Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, September 28, 2009

Umat Islam Perlu Betulkan Cara Berfikir

Kemajuan memang diperlukan, Tapi bukan mengejar kemajuan korbankan iman, Iman tidak boleh ditukar dengan kemajuan, Membangun tidak salah, Membangunlah! Membangunlah! Tapi jangan mengabaikan perintah Allah, Perintah Allah itu keselamatan kita dunia Akhirat, Hendak maju, majulah, tidak salah, Tetapi bukan mengejar kemajuan Korbankan maruah bangsa, maruah negara, Lebih-lebih lagi maruah agama, Maruah agama ada hubungan dengan Tuhan, Tuhan adalah segala-galanya, Maruah bangsa dan negara, lebih-lebih lagi agama, Mesti dipertahankan, Kalau perlu dipertahankan dengan nyawa, Nyawa itu adalah murah, Maruah bangsa, negara dan agama, Tidak ada tukarannya, Jadi umat Islam samada pemimpin ataupun rakyatnya, Jangan kerana mengejar kemajuan Macam orang kafir mengejar kemajuan, Tidak fikir halal haram Dan tidak fikir Tuhan, Umat Islam ada caranya yang tersendiri, Tak sama orang kafir, Orang kafir hanya memikirkan hidup di dunia semata-mata, Orang Islam hidup Akhirat lebih utama, Sebab di Akhirat destinasi akhir kita, Di sana kita berlama-lama, Tidak diukur dengan masa, Hidup di dunia ini, Walau seindah manapun adalah murah, Dibandingkan hidup di Akhirat, Jangan kita tertipu dengan kehidupan orang kafir, Sebab itu Tuhan nak mengingat orang Islam Di dalam Al Quran yang maksudnya: "Janganlah memperdayakan kamu serba adanya orang kafir di dalam negara" Setengah negara umat Islam mengejar kemajuan, Kemajuan tidak dapat dicapai, Tapi iman sudah dikorbankan, Kemajuan tidak sampai ke mana, Tetapi syariat Tuhan sudah diabaikan, Jadi umat Islam samada pemimpin atau rakyat jelata Kena betulkan cara berfikir, Kalau salah berfikir kita akan menjadi hamba orang, Seperti yang berlaku kepada dunia Islam hari ini.

Khamis, September 17, 2009

Si Bomoh dan Ramalan

Kepercayaan Dalam Hal Ehwal Ghaib & Virusnya
Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada 3 sumber sahaja. Iaitu :-
a) Al-Quran b) Hadith Sohih dan Hasan c) Fitrah kejadian alam (sunatullah)
Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya : قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .
Malah Nabi juga bersabda : "Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW" Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.
Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)
Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:
Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43) Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah. Secara mudahnya virus ini terbentuk dari amalan dan kepercayaan berikut :-

Hasil dari kepercayaan ghaib yang tidak di dasari oleh 3 sumber ia itu Al Quran, Al Hadith dan Fitrah semula jadi alam (Sunatullah), maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah. Secara mudahnya virus ini terbentuk dari amalan dan kepercayaan terhadapnya.

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh karena itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti dimana boleh dijumpakan orang hilang, siapa yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi.

Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali 'Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791 )

Sumber Ilmu: Ustaz Zaharuddin http://www.zaharuddin.net/content/view/465/91/

Selasa, September 15, 2009

AHLI AHLI PARTI ALLAH YANG BERTAQWA

Oleh kerana Parti Allah kepunyaan Allah, maka ia sentiasa mendapat bantuan yang tidak di duga dari Allah.Kalau ketuanya bertaraf Rasul, pertolongan itu di namakan mukjizat.Kalau pemimpinnya bertaraf wali, bantuan itu di panggil karamah.Paling tidak Parti Allah itu akan mendapat maunah sekiranya pemimpin atau ketuanya bertaraf orang soleh.Parti Allah sentiasa dapat pertolongan dari Allah, kerana ia kepunyaan Allah.Bila Allah sudah tolong, tidak ada lagi kuasa lain yang boleh menentangnya.Sebab itu Parti Allah pasti menang! Disebabkan kebenaran dan kebaikan serta kejayaan yang di capainya dalam pembangunan insan dan material, maka orang bukan Islam pun suka dan senang menerima kehadiran Parti Allah. Walaupun mereka tidak sanggup menukar agama tetapi mereka senang bernaung dan bekerjasama serta menolong Parti Allah ini.Mereka dikatakan golongan zimmi parti atau zimmi negara Islam.Mereka akui kehebatan Islam dan kebenaran Islam dan taat pada pemimpinnya.Cuma mereka tidak sanggup menukar akidah,Gologan zimmi ini di naungi Parti Allah. Bagaimana Parti Allah mengembangkan sayap ke taraf negara dan ummah? Caranya murni sekali.Bukan dengan peperangan atau rebutan kuasa atau bergaduh dalam pilihanraya, tetapi melalui cara yang tidak diduga.Kalau pun terpaksa berlaku peperangan, ia disebabkan penentangan kelompok musuh yang bimbang kepentingan mereka tercabar bila Parti Allah memerintah.Kelompok itu lah yang mengundangnya ke medan perang.Sedangkan hati rakyat berada di pihak parti yang benar. Ahli ahli Parti Allah adalah orang yang bertaqwa.Bilamana ahli ahli sudah kurang taqwa, kurang ibadah,tidak berakhlak,kurang berkorban dan kurang berjuang menegakkkan hukum Allah, Parti Allah mula malap.Ia hidup di atas ketaqwaan manusia manusia yang mendukung nya. Seorang anak murid Tuan Guru Nik Aziz, yang juga salah seorang tenaga pengajar/penceramah di Masjid tempat saya berkata, dia pernah bertanya TGNA mengenai tanda tanda masyarakat atau sesuatu parti atau harakah Islam itu sudah mencapai taqwa.Maka TGNA jawab bahawa di antara tanda tanda nya ialah apabila kita lihat semua masjid sentiasa di penuhi oleh jemaah dari kalangan masyarakat dan ahli ahli parti Islam pada tiap tiap sembahyang 5 waktu saperti waktu sembahyang Jumaat.Berdasarkan jawapan TGNA menunjukkan bahawa masyarakat,persatuan,harakah atau Parti Islam yang ada di Malaysia belum lagi mencapai tahap taqwa yang boleh di katakan layak menerima bantuan Allah.Sebab itu kita lihat Allah belum lagi ingin memberi kemenangan kepada Parti Parti Islam (yang mengaku Parti Allah) seluruh dunia walaupun mereka sudah berjuang sejak sekian lama lagi.Tidak terkecuali Parti PAS (yang mengaku Parti Allah) di Malaysia yang sudah berjuang sejak lebih 52 tahun.

Demikian ciri ciri jemaah atau Parti Allah.Ia membawa Rahmat dan kemenangan kepada Umat Islam.Ia bukan Parti yang turut sama bermain politik kotor ala Barat saperti yang di amalkan parti parti sekular hingga membawa dan mendokong pergaduhan dan perpecahan sesama umat Islam khas nya dan masyarakat majmuk am nya.

Sumber Ilmu: Petikan syarah Guru Ku.

Ahad, September 13, 2009

Sheikh Bediuzzaman Said Nursi 1877-1960 penentang Kamal Artartuk

Ulama bertaqwa yang sentiasa keluar masuk penjara kerana menentang pemerintahan atTartuk. Jasadnya masih elok walau sudah meninggal 5 hari sewaktu jasadnya dipindahkan ke kubur baru [ akibat takut disabotaj] yang tidak diketahui lokasinya hingga ke hari ini. Tidak pernah berkahwin kerana kesusahan hidupnya menentang penjajahan sekularisme. Kata2 yg sentisasa diingati : "BIARLAH AKU DIBAKAR API NERAKA ASAL KECINTAANKU PADAMU TAK PERNAH PADAM DAN KAU REDHA KEPADAKU."

Hasil kajian mereka didapati bahawa kekuatan utama yang ada pada umat Islam di waktu itu ialah mereka dipimpin oleh pemimpin yang dijanjikan iaitu Sultan Muhammad Al Fateh. Ini berdasarkan hadis2 Rasulullah yang memberitahu bahawa Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan tentera yang baik. Maka apabila Muhammad Al Fateh berjaya memenuh ciri-ciri tersebut maka berlakulah kemenangan di tangannya sepertimana yang disebut oleh Rasulullah itu. Apakah kekuatan yang ada pada Muhammad Al Fateh sehingga berjaya menawan Konstantinopel? Muhammad Al Fateh adalah putera seorang raja Turki yang bernama Sultan Murad. Dari kecil lagi beliau dididik di rumahnya oleh Samsuddin Al Wali, seorang ulama sufi dan waliullah yang masyhur di Turki di waktu itu. Ketika berumur 20 tahun, Muhammad Fateh telah menjadi seorang pengamal tarekat, seorang ahli sufi. Tiada siapa dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan akhirnya dapat menawan dan mengIslamkan Konstantinople pada usia 23 tahun. Konstantinopel jatuh 600 tahun setelah Rasulullah bersabda mengenainya. Kejayaan Muhammad Al Fateh adalah apabila beliau berjaya mendapat bantuan Allah kerana ketaqwaannya serta ketaqwaan tenteranya. Beliau telah berusaha memenuhi ciri-ciri yang disebut oleh Rasulullah iaitu Konstantinopel akan berjaya ditawan apabila rajanya ialah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Baik yang dimaksudkan di sini ialah hingga ke tahap taqwa yang tinggi kepada Tuhan.

Sejarah telah menceritakan kepada kita bagaimana Muhammad Al Fateh sebelum menghantar tenteranya ke medan perang akan memeriksa terlebih dahulu siapakah di kalangan mereka yang tidak sembahyang. Jika ada yang cuai sembahyang maka tidak akan dibenarkan menyertai perbarisan ke medan perang kerana dikhuatiri tidak akan dapat bantuan Tuhan. Begitulah sekali seriusnya Muhammad Fateh dalam mendidik dan memimpin tenteranya bagi memastikan bantuan Tuhan berlaku hingga akhirnya tercapailah kemenangan yang bersejarah itu. Apabila raja, dan rakyat sesebuah negara itu bertaqwa maka akan datanglah bantuan Allah dari sumber yang tidak terduga. Sepertimana yang berlaku pada Muhammad Fateh dan tenteranya, di zaman itu tidak ada siapa yang menduga seorang anak muda bersama tenteranya yang sedikit dapat mengalahkan Rom dan akhirnya mengislamkannya.

Hal memeranjatkan dunia termasuk ulama yang sezaman dengannya. Rahsia kemenangan dan kekuatan umat Islam itu rupanya menjadi perhatian musuh terutama Yahudi. Mereka merancang bagaimana untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam yang bersandar kepada kekuatan dalaman iaitu iman dan taqwa. Mereka menunggu beberapa tahun hingga umat Islam sudah agak lalai, lalu mereka jalankan jarum-jarum mereka untuk merosakkan umat Islam. Apa yang meraka lakukan sungguh halus dan licik hingga tidak mampu dikesan oleh umat Islam di waktu itu. Mereka mulakan dengan mencari jalan untuk merosakkan keturunan umat Islam.

Memang di dalam Islam pun diakui bahawa antara faktor tersirat yang menjadi punca kejahatan seseorang ialah kerana keturunan yang telah rosak seperti keturunan zina. Betapalah kalau tidak dididik, keturunan yang rosak akan menjadi lebih jahat lagi. Oleh sebab itulah Yahudi menaja berbagai bentuk maksiat untuk merosakkan keturunan manusia bermula daripada pergaulan bebas yang akhirnya akan membawa kepada zina. Begitu juga gejala lesbian dan homoseks yang sangat merosakkan keturunan umat Islam. Apabila umat telah rosak, timbulah perpecahan, hilang perpaduan, hilang malu dan maksiat berlaku di mana-mana. Akhirnya sedikit demi sedikit akhlak umat Islam menuju kejatuhan dan kehancuran sama ada secara sedar ataupun tidak. Sebab itulah di antara budaya bangsa Yahudi yang memeranjatkan, kalaulah ada orang Islam yang bermusafir dan menumpang tidur di rumahnya, dia akan menyuruh anak gadisnya tidur dengan orang itu. Akhirnya apabila berlaku penzinaan dan bila lahir anak zina, anak itu juga akan disuruh berzina dan diatur untuk dikahwinkan dengan anak zina juga. Hal ini akan berlaku secara berterusan dan akhirnya akan bercampuraduklah keturunan zina dengan keturunan yang bersih dan apabila majoriti masyarakat terdiri daripada orang yang telah rosak keturunannya maka mudahlah mereka diperkotak-katikkan oleh Yahudi. Sejarah perancangan jahat Yahudi untuk meuosakkan umat Islam ini berlaku sejak zaman Rasulullah dan para Sahabat lagi.

Di zaman pemerintahan Sayidina Umar, anak lelakinya pernah diperangkap tidur di rumah seorang Yahudi. Tanpa disedari dia telah diberi minum arak. Sewaktu anak Sayidina Umar berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar, Yahudi tersebut telah mengarahkan anak gadisnya supaya tidur dengan anak Sayidina Umar. Berlakulah perzinaan hingga menyebabkan anak Yahudi itu mengandung. Setahun selepas itu setelah melahirkan anak, perempuan Yahudi itu telah membawa bayinya berjumpa dengan Sayidina Umar lalu berkata,

"Inilah cucumu hasil daripada perhubungan luar nikah aku dengan anakmu."

Sayidina Umar r.a lalu memanggil anaknya dan dihukum sebat hingga mengakibatkan dia mati.

Begitulah sekali licik dan jahatnya perancangan Yahudi dalam hendak merosakkan umat Islam. Begitulah juga untuk merosakkan Turki mereka telah merancang selama lebih 300 tahun, bagaimana hendak menghancurkan umat Islam Turki. Mereka telah mengkaji dan faham di mana kelemahan umat Islam Turki. Mereka pun mengusahakan agar lahir sebanyak-banyaknya anak zina. Anak-anak itu kemudian dipisahkan daripada ibu bapa mereka. Kemudian Yahudilah yang me'monitor' anak-anak itu, merekalah yang menjadi master 'planner'nya. Anak-anak hasil zina itu diusahakan pula supaya berzina dengan orang lain. Begitulah diusahakan secara sambung-menyambung hingga akhirnya lahirlah Mustafa Kamal Ataturk, seorang manusia yang tidak diketahui siapa ibu bapanya. Dia diasuh, dididik dan di'monitor' oleh Yahudi dan diusahakan hingga menjadi seorang pemimpin yang sangat kejam, zalim dan sangat menentang Islam. Dia memulakan pemerintahan kuku besinya dengan menyembelih para ulama. Sedikit demi sedikit, Turki yang asalnya sebuah empayar Islam yang kuat akhirnya telah berjaya dicorak oleh Yahudi hingga menjadi sebuah kerajaan sekular yang sangat menentang kebangkitan Islam.

Begitulah hasil perancangan Yahudi yang memakan masa ratusan tahun, tetapi dibuat dengan begitu licik dan terancang hinggakan apabila umat Islam tersedar, ia sudah terlambat. Kerosakan sudah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi malangnya, masih ramai umat Islam yang belum menyedari faktor tersirat ini lalu tidak berhati-hati berhadapan dengan perangkap Yahudi. Perancangan ini sebenarnya bukan terhenti di Turki sahaja tetapi dilakukan juga di negara-negaraIslam lain dari generasi ke generasi hinggalah ke hari ini. Selagi ada umat Islam di muka bumi ini selagi itulah Yahudi tidak akan berdiam diri dan akan terus mengusahakan kehancuran umat Islam.

Pernah terjadi di Paris, Yahudi sanggup mengirimkan anak-anak gadis mereka untuk tidur selama setahun dengan rakyat Iraq yang sedang berlatih di sana untuk mendapatkan maklumat tentang kekuatan senjata nuklear di Iraq. Bukan sekadar itu sahaja,mereka juga berjaya mencatur wanita-wanita Yahudi mengahwini pemimpin-pemimpin penting di negara- negara Arab yang menjadi sasaran mereka. Begitu sekali umat Islam yang telah lemah imannya termasuk ke dalam perangkap Yahudi.

Sumber Ilmu: Mohd Naim Mohd Zain - mohd_naim82@yahoo.com

Khamis, September 10, 2009

MALAM AL-QADAR

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT : Yang bemaksud : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) . Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :- Yang bermaksud : “Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 ) Sebuah lagi hadis menyebut :- Yang bermaksud : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim) Sebuah lagi hadis juga menyebut:- Yang bermaksud: " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Waktunya Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih. Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya. Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?. Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu. Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil. Hadith Nabi menyebut:- اYang bermaksud : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim) Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam. Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun? Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450). Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:- bermaksud : “Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim) Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:- bermaksud : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 ) Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :- bermaksud : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 ) Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya. Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia. Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :- bermaksud : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 ) Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :- bermaksud : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan" Mestikah Mendapat Tanda ? Sabda Nabi SAW : bermaksud : “Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim) Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas. Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya. Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya. Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat? Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah : waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat. Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :- bermaksud : “Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 ) Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 ) Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ? Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir 2) Berdoa 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya. 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama. Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut. Sumber Ilmu:Zaharuddin Abd Rahman (http://www.zaharuddin.net/ ) 20 Ramadhan 1428 H 2 Oktober 2007

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat

Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'

'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Selasa, September 08, 2009

BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN SENTIASA

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.

Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

E Mail dari: Marina E-NA (marina_girl84@yahoo.com)

Sabtu, September 05, 2009

Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan- "Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kamu bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Pada bulan ini nafas-nafas kamu menjadi tasbih, tidur kamu ibadah, amal-amal kamu diterima dan doa-doa kamu dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kamu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kamu untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kamu pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kamu dengar. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kamu untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. Wahai manusia! Sesungguhnya diri kamu tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kamu berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud. Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya. Wahai manusia! Siapa saja di antara kamu memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air. Wahai manusia! Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui siratul mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain. Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kamu. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kamu agar tidak pernah menutupkannya bagi kamu. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kamu untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kamu. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kamu. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’. Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya. Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang. Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka. Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kamu perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kamu perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah] Sumber ilmu:http://mykhilafah.com/ramadhan/1520-khutbah-rasulullah-saw-ketika-menjelang-ramadhan

PAKATAN MENDOKONG ISLAM ATAU KUFUR?

Untuk ke sekian kalinya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini berdepan satu lagi konflik percaturan politik Pakatan Rakyat (PR) apabila timbul isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor. Usaha PAS yang tidak membenarkan penjualan arak secara terbuka ditentang keras oleh rakan karibnya dari DAP. Tekanan demi tekanan diterima dari pelbagai sudut menyebabkan PAS tersepit di antara ‘pegangan’ dengan hukum Islam dan kepentingan politik yang wujud dalam PR. Sebelum itu, PAS juga goncang seketika gara-gara cadangan Presidennya sendiri untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan. Konflik dalaman PAS diperparah dengan kelicikan UMNO yang sememangnya pakar dalam politik hipokrasi memecahbelahkan lawan. Pemimpin tertinggi PAS bertelagah sesama sendiri sama ada untuk mengekalkan kesetiaan ‘perkahwinan’ mereka dengan PR atau bertukar pasangan kepada UMNO/BN. Secara logiknya, tidak ada bezanya bergabung, baik dengan BN atau PR kerana di dalam kedua-duanya terdapat parti sekular dan parti kafir. PAS Kedah juga pada 1 Julai lalu ‘ditampar’ hebat oleh DAP yang mengumumkan untuk keluar daripada PR akibat tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya. Demikianlah serba sedikit beberapa siri tekanan yang dialami oleh sebuah parti Islam dalam perkahwinan campur mereka dengan parti sekular dan parti kufur. Ini yang terdedah, manakala yang tidak terdedah seperti perebutan jawatan, perebutan projek dan banyak lagi perbalahan lainnya ‘terpaksa’ ditelan oleh PAS, dan ada yang hanya menunggu masa untuk meletup.
Untuk baca sepenuhnya sila Klik di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...