"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudian dia berjumpa Rasulullah ﷺ lalu ditanya kepada Baginda Rasulullah.
Ya Rasulullah.Siapakah yang menjadi Wali Allah?Kemudian Rasulullah ﷺ menjawab mereka yang membaca,mempelajari kitab tanbih dan kitab muhadzdzab dan ditempat itu selalu dibaca kitab tanbih dan kitab muhadzdzab Al-Imam Abu Ishaq asy-Syirazi.
Kemudian dia bermimpi buat kali kedua dan ditanya kembali "Ya Rasulullah,siapakah Wali Allah?Maka dijawab Baginda Rasulullah.Mereka yang mempelajari kitab tanbih dan muhadzdzab.Kemudian bermimpi lagi buat ketiga kalinya bertemu Rasulullah ﷺ.Ditanya lagi siapakah Wali Allah Ya Rasulullah.
Maka Baginda Rasulullah ﷺ menjawab mereka yang mempelajari kitab tanbih dan kitab muhadzdzab.Lalu ditanya lagi.Kalau orang-orang yang mempelajari Al-Quran Ya Rasulullah.Maka Baginda ﷺ mengatakan mereka adalah orang-orang yang khusus pilihan daripada Allah سبحانه وتعالى." Mengenai masalah mimpi ini telah ditetapkan oleh Nabi ﷺ dalam hadis sahih Bukhari bahawasanya mimpi-mimpi yang bagus itu adalah bahagian 46 bahagian daripada wahyu Nabawi yang mana kalau mimpi berjumpa Nabi ﷺ di dalam kitab Sahih Bukhari disebutkan "Barangsiapa yang bermimpi berjumpa aku maka pasti mimpinya adalah benar kerana syaitan tidak boleh menyerupai diriku". Maka sungguh salah kalau ada orang yang memilih jalan dan hidup yang berpendapat mimpi ini semuanya salah,tidak benar.Demikian juga salah pula kalau ada orang yang memilih jalan dan hidup yang berpendapat bahawa dengan dasar mimpi akhirnya membolehkan dia meninggalkan syariat disebabkan mimpi kemudian dia meninggalkan hal-hal yang sesuai,diajarkan dengan ajaran Nabi ﷺ.
Maka dua-dua ini tidak benar.Yang benar adalah yang berada di tengah-tengah yang mana meletakkan mimpi sesuai dengan apa yang dilakukan/diajar/dibolehkan di dalam syariat.
#MutiaraKata[AL-MUSNID AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ]
Mungkin ada di antara kita yang selalu bermimpi ataupun pernah bermimpi bertemu dengan Para Ulama ataupun orang-orang yang soleh.Maka di sini sedikit perkongsian ilmu yang dijawab Al-Allamah As-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki mengenai tafsiran mimpi.
Bagaimana kalau kira-kira kita bermimpi berjumpa Ulama,bermimpi berjumpa dengan orang-orang yang soleh,mimpi pergi ke Makkah,mimpi tawaf,mimpi sedang saie,mimpi wukuf di padang Arafah,mimpi sedang berada di raudhah.Itu semuanya diantaranya adalah mimpi-mimpi yang elok.
Itu adalah mimpi-mimpi yang mulia.Nabi kita menyebutkan di dalam hadis "Tidak terpisah daripada perkara kenabianku melainkan mubashiroh.Apakah itu mubashiroh Ya Rasulullah.Nabi kita menjawab mimpi yang baik yang dimimpikan oleh seseorang atau yang dilihat oleh orang lain.
Kalau kita bermimpikan perkara yang baik maka kita boleh menceritakannya kepada orang lain tetapi kalau kita bermimpi perkara yang tidak baik jangan kita ceritakan kepada orang lain.
Jadi kata Ulama diantara makna tafsiran mimpi bertemu dengan orang-orang yang soleh maka kebaikan dan kesolehan orang itu sedikit sebanyak akan terimbas kepada kita.Sedikit sebanyak kebaikan orang itu akan kita dapatkan kemuliaan daripada orang yang mulia.
Jadi kira-kiranya kebaikan orang yang kita mimpikan itu InshaAllah ketabahannya,kebijaksanaannya,kemuliaannya,kesopanannya akan terimbas dan menular kepada kita.
Sebagaimana yang kita telah ketahui, segala mimpi-mimpi yang baik itu adalah dari Allah ﷻ manakala mimpi yang buruk itu datangnya dari Syaitan.
#MutiaraKata[AL-ALLAMAH AS-SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI]
Via Fb Muhamad shahbudin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan