Antara ciri-ciri utama tarbiah Al-Ikhwan Al-Muslimin khususnya di sisi para pelopornya adalah, menjadikan tradisi menyambut amalan Maulidul Rasul sebagai suatu yg sgt digalakkan dan amalannya dilakukan secara meluas. Ini kerana tradisi tersebut justeru adalah antara wasa'il (cara-cara) mendekatkan masyarakat Islam dengan "kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.".
“ Aku ingatkan bahwa di antara tradisi kami adalah kami melaksanakan peringatan Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam di Maukib setelah hadrah setiap malam mulai tanggal satu hingga tanggal dua belas Rabi’ul Awwal di salah satu rumah anggota kami “ (Muzakkirat Ad-Da'wah wa Ad-Da'iyyah)
Imam Hassan Al-Banna rah. menceritakan kecintaannya kepada amalan menyambut Maulid Nabi s.a.w. dengan berkata " ...dan saya sebut bahawasanya antara adat kebiasaan kami adalah dengan kami keluar memperingati Maulid Rasulullah s.a.w. di suatu tempat, lalu kami bernasyid dengan qasidah-qasidah yg biasa dibaca pada menzahirkan kegembiraan yg penuh keriangan yang sempurna" (Muzakkirat Ad-Da'wah wa Ad-Da'iyyah)
Syaikh Abbas As-Sisi rah. menceritakan tentang sambutan Maulid Nabi s.a.w. bersama Imam Hassan Al-Banna rah. di Masjid Nabi Daniel di Iskandariyyah, Mesir. Malah, Imam Hassan Al-Banna sangat menggalakkan amalan menyambut dan memperingati Maulid Rasulullah s.a.w. (Fi Qofilah Al-Ikhwan Al-Muslimin 1/48).
Syaikhul Azhar Imam Abdul Halim Mahmud rah. juga menceritakan tentang tradisi menyambut Maulid Nabi s.a.w. dalam kalangan Ikhwan:
"Kami selalunya pergi beramai-ramai pada setiap malam menuju Masjid As-Sayyidah Zainab r.anha lalu kami menunaikan solat Isya'. Setelah itu kami keluar daripada masjid lalu membentuk beberapa saf (barisan) yg dipimpin di hadapan oleh Imam Mursyid Hassan Al-Banna, lalu beliau bernasyid dengan nasyid-nasyid maulid Nabawi lalu kami mengikutinya (dalam bernasyid) dengan suara kuat secara berjamaah" (Al-Ikhwan Al-Muslimin Ahdaath Sana'at At-Tarikh 1/109)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan