Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Disember 19, 2010

Menegakkan Islam syumul

ISLAM adalah agama yang syumul.Kenyataan ini sering kita dengar di laung laungkan melaui lidah orang Islam zaman ini, terutama dari lidah pemimpin pemimpin harakah Islamiah yang memperjuangkan Islam.Namun kadang kadang maksud kesyumulan Islam itu kita tak faham dan cara menegakkannya pun kita tidak tahu.Apatah lagi, pada zaman ini, ia tidak pernah wujud dalam realiti hidup kita walau dalam harakah harakah Islamiah .Namun menurut kata pemimpin pemimpin harakah kesyumulan Islam di dalam negara tidak dapat tidak mesti di tegakkan.PAS, Hisbut Tahrir dan dulu nya jemaah Al Arqam (yg di haramkan pemerintah) adalah di antara harakah yang bercita cita untuk menegakkan kesyumulan Islam dalam negara dan  dunia.

Rabu, Disember 15, 2010

Islam tolak fahaman pluralisme agama - IKIM

IKIM: Islam tolak fahaman pluralisme agama
Dis 15, 10 6:26pm
Logo Pluralisme Agama

Islam menolak fahaman pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.


Beliau berkata walaupun demikian, Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya.

"Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur dan berintegriti dari manapun datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas mengenai isu fahaman pluralisme agama yang dilaporkan akhbar hari ini.

Nik Mustapha berkata walaupun berlainan agama, perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, berbelas kasihan dan berkasih sayang sebagai saudara sesama manusia.

"Penganut pelbagai agama juga harus digalakkan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan," katanya.

Sementara itu, IKIM juga hari ini mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung pluralisme agam. Berikut kenyaatan akhbar penuh itu.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ingin menjelaskan bahawa:

Pertama, Islam menolak faham pluralisme agama (religious pluralism) yang mendakwa bahawa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar.

Kedua, hanya ada satu agama yang memiliki wahyu yang lengkap dan sempurna iaitu

Islam (lihat al-Qur'an, al-Ma'idah, 5:3).

Ketiga, walaupun demikian, Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan, dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya. Sementara Islam melarang sikap yang menjadikan agama sebagai bahan ejekan dan bahan permainan, Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur, dan berintegriti dari manapun datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembeling untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.

Keempat, perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, saling berbelas-kasihan, dan saling berkasih-sayang sebagai saudara sesama jiran dan saudara sesama manusia yang berasal dari jiwa yang satu, walaupun menganut agama yang berbeza.

Kelima, isu-isu antara penganut agama perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya, secara saksama dan dalam semangat saling hormat-menghormati terhadap lunas-lunas agama yang universal sifatnya.

Keenam, para penganut pelbagai agama juga harus digalakkan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir-miskin dan golongan yang memerlukan, menyuruh yang ma'ruf, dan mencegah yang munkar, sama ada kepada rakyat biasa ataupun kepada pemimpin, dengan kaedah yang wajar, sopan, jujur dan tulus.

Sumber - Bernama

Isnin, Disember 13, 2010

Mengenali Harakah Islamiah Tulen

Salam sidang pembaca,

Dalam dunia pada hari ini terdapat banyak persatuan,jemaah, harakah,parti politik,dan badan badan NGO yang menggunakan nama Islam.Tetapi adakah mereka ini benar benar jemaah Islamiah tulen? Contohnya sebuah badan di Malaysia yang menggelar diri mereka Sisters In Islam (SIS) badan yang mengaku memperjuangkan hak hak wanita Muslim.

Sebenarnya kita boleh kenal tanda tanda sesebuah badan atau jemaah itu jemaah Islamiah atau tidak melalui ciri ciri yang ada pada mereka.

Terdapat tanda tanda sesebuah badan atau jemaah itu bukan badan atau jemaah Islamiah, walaupun namanya jemaah Islamiah.Di antaranya:

  • Pemimpin dan pengikut nya tidak menitik beratkan soal ibadah.Contoh nya apabila kurang mengambil berat tentang solat ahli ahli sama ada lahir mahu pun batin, waktunya mahupun disiplin solat jemaahnya.

  • Ahli dan pemimpin nya kurang berakhlak.

  • Terlalu kurang mempersoalkan tentang kesalahan dan dosa ahli dan pemimpin jemaah sendiri (muhasabah diri) tetapi banyak mempersoalkan kelemahan,kesalahan dan dosa pihak lain.Dan tidak menegur dan memperbetulkan apabila ada ahli atau pemimpin melakukan kesalahan.

  • Pemimpin nya tidak di taati pengikut dan boleh di tukar ganti melalui undian.

  • Dalam jemaah ada jemaah kecil,berpuak puak atau team team.

  • Kurang perhubungan, tidak ada kasih sayang, tidak ada sefahaman,tidak ada bertolong tolongan dan tidak berkhidmah dalam tidak tanduk baik bersama ahli jemaah atau kepada umat Islam di luar

  • Tidak ada prorgam saperti program tarbiah khusus untuk ahli nya kecuali program program berbentuk umum.

  • Tidak ada khidmat masyarakat kecuali ceramah umum

  • Ahli nya tidak menyumbang dan tidak dapat bergantung kepada jemaah dalam segala aspek.Sebalik nya jemaah bergantung kepada sumbangan ahli.

  • Tidak beroperasi dengan sendiri dan berdikari.

  • Bersekutu dengan orang kafir,menagih dan mengharapkan bantuan dari mereka.

  • Selalu sahaja berlaku krisis dalaman.

Wallahu'alam.
 
 
 
 

Sabtu, Disember 11, 2010

Mesej buat pendokong UMNO dan PAS

Biasanya saya tak gemar menulis meyentuh mana-mana kaum atau puak. Kali ini saya tujukan kepada Zee Lipan (UMNO) dan pendokong PAS .....

Saya ini orang Cina , jadi apa sangat saya nak komen tentang orang Melayu dan Islam. Saya tidak tahu berapa umur Zee Lipan , semoga dia masih lagi muda dan semangat keMelayuannya berkobar-kobar. Saya kurang pasti apa nama Zee Lipan sebenarnya.

Saya sudah lebih 30 tahun mengaji menggunakan kitab-kitab Jawi dan Arab.Tok-tok guru saya adalah orang-orang Melayu. Mereka ada berbagai ragam dan watak ..ada yang lembut ...ada yang garang ...ada yang PAS ...bahkan ada juga UMNO.

Semasa zaman British , di tanah Melayu yang ketika itu penduduk Melayu melebihi 90 peratus. Kemudian datang orang Cina dan India ..penduduk Melayu semakin kurang dari segi peratus. Apa yang menarik ialah sebelum tanah Melayu merdeka banyak terdapat pondok-pondok pengajian kitab di sana sini. Pihak British sebenarnya bukan bimbang terhadap orang-orang Melayu berpendidkan moden , tapi kepada tok-tok guru pondok kerana di situ ditanamkan semangat anti British.

British memang mahu melemahkan pegangan Islam orang-orang Melayu dan di pondok-pondok pengajian ialah benteng pertahanan akidah yang paling kukuh. Sekiranya British menyerang secara terang-terang pengajian pondok atau tok-tok guru , tentu sekali semua ummat Melayu akan bangkit menentang British
dengan seruan JIHAD.

Untuk melawan Islam , pihak British menjalankan perancangan yang sangat halus ...kononnya mahu memberi pendidikan moden dan melihat orang Melayu lebih maju. Mereka membuat sekolah-sekolah , anak-anak Melayu digalakkan belajar di sekolah-sekolah tajaan British , dihantar ke England , kononnya untuk belajar
ilmu pentadbiran yang kata mereka orang-orang Melayu tidak diajar di sekolah-sekolah pondok.

Selepas kemerdekaan ...kedua-kedua puak Melayu , UMNO dan PAS memainkan peranan secara lama kelamaan menjadikan pengajian pondok semakin berkurangan.

Cara UMNO ......
Mereka menjadi pemimpin-pemimpin berfahaman moden , maju dan sekular. Islam bagi mereka mestilah mengikut peredaran zaman. Pengajian ala pondok adalah cara lapuk yang hanya layak melahirkan pak-pak lebai dan tok-tok imam tukang baca doa selamat. Pondok-pondok adalah tempat budak-budak Melayu yang tidak dapat keputusan cemerlang dan budak-budak Melayu cermerlang dalam akademik patut
belajar jadi jurutera dan doktor untuk menyahut kemajuan moden. Maka UMNO pandang rengan terhadap perkembangan pondok-pondok pengajian Islam , belajar kitab-kitab Jawi dan Arab lama. Sebab itulah UMNO tidak peruntukan wang berjuta-juta ringgit memberi sokongan kepada pengajian pondok.

Cara PAS ....
Parti PAS pada permulaan ditubuhkan terdiri daripada ulama-ulama pondok dan juga kelulusan universiti-universiti Timur Tengah , terutama sekali Al-Azhar. Yang mendapat pendidikan universiti menjadi pemimpin PAS. Apa yang berlaku secara halus ialah terdapat dalam PAS sendiri gerakan meremehkan pengajian kitab-kitab tua/lama. Kononnya mereka cuba membersihkan fahaman orang Melayu daripada unsur-unsur bid'ah dan khurafat ...perkara-perkara yang terdapat dalam kitab-kitab tua. Maka anak-anak Melayu dihantar ke sekolah-sekolah Arab yang belajar ilmu ugama secara terhad dan dipilih-pilih sahaja. Jadi ...anak-anak Melayu yang berkelulusan sekolah Arab dan Timur Tengah kurang mahir dan tidak mampu membaca kitab-kitab arab dan jawi lama.

Sekarang sudah lebih 50 tahun tanah MELAYU merdeka ....apa yang Melayu dapat dan apa pula yang Melayu kehilangan ? Satu segi ....British telah berjaya memporak-perandakan Islam dan orang Melayu. Mereka telah berjaya menjadikan pemikiran orang-orang Melayu menjadi kusut. Cara UMNO ialah kesinambungan British yang anti-Islam. Cara PAS pula ....kesinambungan Barat yang berjaya menghapuskan
pengaruh Khilafah Uthmaniah. Orang-orang PAS masa dulu tidak sedar bahawa mereka ada lah alat British , kononnya mereka berjuang untuk menegakkan Islam yang tulin dengan cobaan mereka mematikan pengajian kitab-kitab lama , digantikan dengan fahaman tajdid atau pembaharuan.

Hasilnya .....pondok-pondok di Tanah Melayu semakin hilang satu demi satu. Nik Aziz yang menyedari kesilapan ini sekarang berusaha memajukan semula pondok-pondok di negeri Kelantan.

Saya adalah seorang berpendidikan Inggeris. Saya belajar dengan tok-tok guru secara mengambil berkat cara belajar ...iaitu belajar cara menadah kitab. Minat saya ialah sastera Inggeris dan Metamatik. Saya belajar bahasa Arab kerana mahu memahami tafsir-tafsir al-Qur'an yang ditulis oleh ulama silam seperti ar-Razi , al-Qurtubi , al-Alusi dsbnya.

Saya juga sangat taksub terhadap bahasa dan nahu Arab. Kebolehan saya selepas 30 tahun belajar ialah mengajar lughah , nahu dan sastera Arab. Saya memuja bahasa Arab sebab ia adalah bahasa al-Qur'an.

Jika Zee Lipan (UMNO) dan orang PAS kurang faham apa yang saya tulis ini , sila pergi ke kedai kitab dan beli kitab tafsir yang bernama "Hasyiah as-Sowi". Sila lihat satu mukasurat kitab itu adakah dia boleh faham? Kalau boleh ...alhamduliLLAH. Kalau tidak boleh dia kena belajar bahasa dan nahu Arab. Tungguhlah 10 tahun ..jika dia boleh faham ...jika tidak boleh , tunggulah 20 tahun lagi ..jika TIDAK BOLEH ...jangan cuba tafsirkan al-Qur'an sendiri.

Jika orang tidak juga faham apa yang saya tulis ....silalah datang ke Kelantan dan carilah orang yang bernama Abu Hasan Chan atau tempat mana dia mengajar kitab tafsir "at-Tafsir al-Munir" oleh Dr Wahbah az-Zuhaili. Saya mengajar dalam bahasa Arab , kemudian saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kemungkinan besar tuan-tuan akan bertemu saya di Masjid Cina , Rantau Panjang , Kelantan...insyaALLAH. Berilah salam kepada saya dan saya akan melayani semua orang dengan baik ,,,tak kira Zee Lipan , UMNO atau orang PAS.

You are all welcomed !!!! Ahlan wa sahlan bi_kum wa tamatta'uu bi uluumiddeen
 
 
( Kiriman: Den Felix astahi04@yahoo.com)

Sudah di pilih jadi pemimpin jadi perompak pula

Mana mana pemimpin yang menjadi kaya raya setelah di pilih untuk memerintah negara adalah pengkhianat kepada rakyat dan di kira penzalim.Pandangan saya ini berdasarkan apa yang di praktikkan oleh Rasulullah, Khulafar Rasyidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz.Mereka lebih zuhud dan miskin sewaktu memerintah.Bahkan mereka mati tanpa meninggalkan apa apa harta pusaka.

Jadi hari ini kalau ada pemimpin yang jadi kaya raya kerana tugas menjadi pemimpin ertinya dia sudah melakukan satu kesilapan yang besar di sisi Islam.Mereka ini boleh di katakan merompak harta rakyat.

Bukan bererti khazanah kekayaan negara apabila di serahkan kepada mereka waktu mereka memerintah maka mereka bebas untuk menggunakan nya, lalu mereka ambil untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni kroni.

Mereka menipu rakyat dan memutar belitkan lidah memperkatakan kebaikan tetapi sebenarnya sikap mereka di belakang rakyat jahat sekali.

Mereka sesama mereka sendiri saling rebut merebut harta rakyat lalu mereka berpecah belah, jatuh menjatuhkan dan mengampu menjilat untuk mendapatkan nya.Kebaikan kecil yang mereka buat dibesar besarkan kepada rakyat dengan melindung rompakkan rompakkan besar yang mereka lakukan.Kononnya mereka bantu rakyat dengan memberi sebiji rumah dan Rm 600 sebulan.Manakala mereka sendiri mengambil berpuluh puluh ribu sebulan wang di peruntukkan untuk rakyat.

Kalau begitu tidak hairan lah rakyat di mana mana hari ini sudah hilang sabar lalu bersikap menentang pemerintah.

Rakyat sudah peka dan cerdik dan tidak boleh di tipu lagi.Mereka mengharapkan keadilan dan mahukan kepimipinan yang benar benar adil lagi bersih.

Dan hal ini hanya dapat di buat oleh pemimpin yang boleh mengikut cara pemerintah Islam tulen.

Hanya pemimpin yang bertaqwa yang takut kepada Allah sahaja yang boleh melaksanakannya.



Wallahu'alam.

Jumaat, Disember 10, 2010

Sistem pilihanraya ideologi manusia yang tidak sempurna.

Saya ingin ajak pembaca yang mempunyai minda yang terbuka untuk merenungkan tentang perkara yang hendak saya bentangkan di sini.

Persoalan - Benarkah melalui sistem pilihanraya berdemokrasi, pemimpin yang menang adalah pilihan majoriti rakyat kepada nya? Bila di amati kita dapati perkara ini tidak berlaku.

Mari kita buat sedikit kira kira.. Katakan ada 4 orang calon bertanding di satu kawasan yang pengundinya berjumlah 20 ribu orang.
Katakan keputusannya adalah saperti berikut: Calon A dapat 7000 undi,  B dapat 6500 undi dan C dapat 6500 undi.

Di katakan A menang dengan majoriti kerana berolih 7000 undi berbanding B & C .Jadi mana yang di katakan A menang majoriti .Dia hanya mendapat 7000 undi sedangkan majoriti pengundi berjumlah  13 ribu dari 20 ribu orang menentang dan menolak dia dengan memilih calon B & C? Secara demokrasi di manakah dikatakan dia menang atas sokongan majoriti.Sedang penentangnya lebih ramai dari penyokongnya.

Maka bayangkan di mana mana negara dalam dunia yang mengamalkan sistem pilihanraya saperti ini, parti yang menang dan menjadi pemerintah sebenarnya  mempunyai penyokong yang sedikit dan penentang yang ramai.(berdasarkan formula yang saya utarakan di atas)

Ini lah di antara sebabnya suasana politik di negara negara yang mengamalkan sistem pilihanraya tidak pernah stabil, huru hara dan boleh tumbang dengan mudah kerana pada hakikatnya masing masing parti, baik parti pemerintah atau pembankang tidak mempunyai penyokong majoriti saperti yang di gambarkan dalam sistem pilihanraya ini.

Hampir seluruh negara dalam dunia termasuk negara negara Islam mendokong sistem ini.Tidak adakah sistem lain yang lebih adil yang boleh di ketengahkan?

Wallahu'alam.

Bangkit lah wahai Umat Islam


Ada umat Islam sangat tidak peka kepada musuh Islam.Mereka tidak menganggap musuh itu musuh, bahkan sangat taat dengan musuhnya. Mereka leka atau tidak sedar bahawa mereka sedang menjadi ejen musuh untuk menghancurkan Islam. Ini lah realiti nya umat Islam zaman ini.

 
Mereka berkerja sama dengan musuh kononnya atas nama semangat kerjasama dan tolak ansur.Tetapi di antara Islam sesama Islam sentiasa bergaduh dan bercakaran.Sikap umat Islam yang sangat  berbaik hati dan sentiasa mahu menjaga hati musuh memberi ruang yang selesa bagi musuh untuk memperdayakkan umat Islam.Perangkap mereka sudah mengena.Bahkan perangkap mereka sudah penuh dengan orang orang Islam.Sehingga musuh musuh tidak perlu berkerja keras untuk mengalahkan umat Islam dalam bidang apa sekali pun.Terutama dalam bidang bidang penting saperti politik, ekonomi, pendidikkan, agama dan ketenteraan.

 
Dalam bidang politik contohnya umat Islam sanggup bekerja sama dengan kumpulan orang kafir yang terang terang menolak Islam.Dalam bidang pendidikkan umat Islam salin sistem barat (sistem kuffar).Dalam bidang Agama umat Islam belajar Islam dengan Profesor2 yang bukan Islam.Dalam bidang ketenteraan, contohnya, Arab Saudi yang mendakwa perlembagaannya berdasarkan Al Quran dan Sunnah, sangat menaruh kepercayaan kepada orang kafir Amerika ( musuh Islam).Satu ketika dulu baru sahaja di tegur oleh Saddam Hussein (Iraq), Arab Saudi sudah menjemput dengan hormatnya tentera tentera kafir dari Amerika menduduki buminya.Mereka tidak peduli lah lagi tentang perlembagaan Quran kerana sebenarnya memasukkan tentera orang kafir ke Negara Islam dengan sukarela adalah bid'ah besar.

 
Malangnya umat Islam rasa selesa dan selamat pula berada di dalam perangkap musuh.Bahkan berasa bangga dan bahagia pula menyertai pasukan musuh.Umat Islam lupa bahawa sikap orang kafir sentiasa berazam untuk menjahanamkan Islam.Yang sepatutnya tidak boleh di pandang ringan dan kecil.

Umat Islam leka atau lupa bahawa musuh Islam sentiasa mencari jalan dan berusaha menyususp masuk ke dalam JEMAAH ISLAM untuk menjahanamkan dari dalam.Mereka akan berpesta, bersorak, melompat, menari apabila melihat robohnya jemaah Islam.

Memang Islam tidak mengajar umat mencari musuh.Tetapi ALLAH melalui Quran dan Hadis sudah memberi amaran siapakah musuh umat Islam. Hakikat ini sedia termaktub dalam Al Quran saperti Firman Allah swt bermaksud:

" Sekali kali tidak akan redha orang Yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikuti agama mereka". (Al Baqarah 120)

Wallahu'alam.











Khamis, Disember 09, 2010

Kita di perintah solat kerana kita hamba

Kita di perintahkan mengerjakan solat kerana untuk melahirkan berbagai bagai rasa kehambaan saperti rasa malu, takut, hina diri, gementar, dan bimbang.Kita adalah hamba, agar apabila lahir sifat kehambaan maka akan hilang sifat sifat mazmumah yang merosakkan hidup kita, saperti sombong, ujub, adu domba, mengumpat, memfitnah dan mengaibkan orang lain dan sebagainya.Bermakna solat yang khusyuk dan yang di hayati dapat membakar sifat sifat mazmumah yang menjadi racun sebenarnya.

Rasa kehambaan dalam solat.(Foto Sumber).

Jika di dalam ibadah solat kita tidak melahirkan sifat kehambaan atau di saat kita solat kita tidak merasai yang kita ini hamba tuhan, maka mustahil di luar solat kita dapat merasa yang diri kita ini hamba.Apabila sifat kehambaan tidak wujud dalam diri kita maka yang wujud adalah sifat mazmumah.

Penyakit jiwa ini lah yang menjadikan manusia sentiasa berkrisis.Orang politik dengan penyakit gila kuasanya. Suka bergaduh dan jatuh menjatuhkan.Yang berkuasa pula berpenyakit angkuh tidak boleh bertolak ansur serta bersifat menindas.Jiwa rakyat bercelaru dan kucar kacir dek di pergunakan oleh pemimpin pemimpin yang berpenyakit jiwa ini.Dan berbagai kecelaruan dan krisis manusia terpaksa hadapi oleh kerana hilang nya rasa kehambaan kepada Tuhan.

Justeru rosaklah masyarakat, hilang lah bahagia dan terseksa lah hidup.

Maka ibadah Solat yang di jiwai hingga timbul rasa kehambaan akan melahirkan hamba hamba Allah saperti berikiut:
  • Peribadi yang kuat keyakinannya
  • Peribadi yang kuat Imannya
  • Peribadi yang mempunyai akhlak yang tinggi
  • Peribadi yang berdisiplin
  • Peribadi yang bersih dari maksiat dan kemungkaran (kecuali sedikit)
  • Peribadi yang kuat syariatnya
  • Peribadi yang bersih jiwanya
  • Peribadi yang kurang sifat sifat mazmumahnya.
Hasil dari solat yang bermutu tinggi maka akan lahirlah masyarakat umat Islam yang mempunyai peribadi peribadi saperti yang saya sebut tadi.Jadilah bangsa ini bangsa yang Agung dan Allah akan angkat darjat bangsa ini hingga bangsa lain tunduk kepada nya.

Wallahu'alam.

Sabtu, Disember 04, 2010

Gejala orang Kafir guna ayat Al Quran untuk tujuan Politik

Tentang orang kafir mempergunakan ayat ayat Al Quran di atas pentas politik sudah jadi satu gejala di masa kini.Mereka guna Al Quran untuk tujuan mempertahankan fahaman politik mereka dan juga untuk meraih simpati dan pengikut.Adalah satu pembohongan jika mereka kata mereka membaca dan menterjemah kerana berdakwah .Dan yang amat di kesalkan perbuatan orang kafir ini di perakui pula oleh sesetengah orang politik yang beragama Islam.


Tentu pelik dan ajaib adanya orang kafir yang belum dapat petunjuk dari Allah, ilmu tentang Islam pun tak ada, menterjemah atau mentafsir ayat ayat Al Quran lalu boleh beri petunjuk atau berdakwah kepada orang Islam? Sedang kan bagi orang Islam sendiri kalau nak berdakwah wajib ada ilmu dan sekurang kurang nya bergelar Imam,Ustaz atau Ustazah.

Isi Al Quran ada hidayah, taufiq dan Rahmat Allah untuk seluruh mansuia dan Jin.Maka kita mesti memperakui bahawa, orang kafir tidak boleh di larang bahkan berhak untuk membaca Al Quran.Hanya yang di larang apabila sesiapa, tidak kira orang kafir atau orang Islam sendiri mengguna Al Quran untuk tujuan kepenting kepentingan keduniaan tertentu saperti peribadi,politik, dan komersial.Di larang memutar belitkan ayat Al Quran saperti menterjemah atau mentafsirkan mengikut selera fikiran dan hawa nafsu demi umtuk mencapai maksud dan tujuan politik dan komersial saperti yang saya sebut tadi.

Ada kaedah tertentu yang mesti di ikuti dan di patuhi bagi sesiapa yang mahu menterjemah atau mentafsir Al Quran.Ilmu islam ini unik kerana dia ada ROH. Hanya Ulama dalam bidang ini sahaja yang layak berbuat demikian.Orang Islam yang awam tidak boleh sembarangan menterjemahan atau mentafsir apatah lagi Ah Chong, atau Muthusamy tentu lagi tidak di boleh.


Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...