Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Sabtu, Februari 25, 2012
Orang bodoh tak kenal orang pandai
Rabu, Jun 01, 2011
Biar lah orang kata
Khamis, April 01, 2010
ENGKAU PEJUANG AGAMA ATAU PEROSAK?
Engkau hendak berjuang?
Bagus kalau itulah yang kamu mahu
Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri
Sudahkah kau mengenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiran mu?
Apakah fikiran mu sudah Islam?
Sudahkah engkau kenal nafsu mu?
Fahamkah engkau kehendak kehendak nafsu mu?
Ke mana dia hendak membawa mu?
Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsu mu selari?
Lebih lebih lagi sudahkah engkau faham jiwa mu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak di lepaskan
Yang negatif hendak di tahan
Melepaskan yang positif dan menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin,
ia itu jiwa
Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk hutan belantara yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan jangan engkau akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kamu
Bahkan harimau pun boleh membaham kamu
Kawan, perkataan berjuang mudah di sebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan
Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan di taati
Kalau belum sampai taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan
lebih banyak, tanpa di sedari
Sekali pun niat engkau suci.
(Nukilan Pejuang)
Isnin, Disember 21, 2009
Isnin, September 28, 2009
Umat Islam Perlu Betulkan Cara Berfikir
Jumaat, Mei 08, 2009
Manusia hilang malu
Jika malu sudah tercabut daripada hati
Hatinya sudah tidak terasa apa apa tentang apa yang dia cakap dan apa yang dia buat
Dia akan bercakap apa sahaja tanpa disukat
Dia juga berbuat apa sahaja tanpa memikir akibat
Orang yang tidak malu, Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya
Tuhan ada atau tiada dia tidak ambil kira lagi
Yang dia fikir dia bebas, dia boleh buat apa dia suka
Kebebasan jangan di sekat, orang lain peduli apa
Bercakap lucah boleh aje, mencarut tidak mengapa
Pegang dan tepuk perempuan perkara biasa
Pada dia tidak ada pantang larangnya
Apa orang hendak kata, biarlah apa dia hendak kata
Banyak orang cacat hati, dia tidak terasa apa apa
Hatinya telah kebal daripada merasa malu dengan manusia
Orang pun telah bercakap cakap tentang nya
Bukan dia malu bahkan terasa megah dan bangga pula
Begitulah jika sifat malu pada seseorang sudah tidak ada
Padahal malu itu perbezaan di antara haiwan dan manusia
Apabila malu sudah tercabut daripada hati manusia
Itulah dia haiwan yang berupa manusia yang melata.
Oilh Cikgu Ku
Khamis, April 02, 2009
Berbuat Dahulu Baru Bercakap
Sabtu, Mac 28, 2009
Engkau Pejuang Islam atau Perosak?
Jumaat, November 07, 2008
Mari Kita Bercerita tentang Nabi Kita
Mari kita bercerita tentang Nabi kita, Yaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat, Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya, Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi, Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa, Supaya yang lupa diingat kembali,Bertambah ingat lagi, Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia, Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita, Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia, Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya, Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya, Maka dia diberi julukan oleh Tuhan 'fathonah', Bahkan yang paling 'Fathonah' dikalangan rasul-Nya, Ilmunya bukan didapati dari aqalnya, Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya, Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya, Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya, Kerana inilah dia tidak perlu menulis Dan membaca seperti manusia biasa, Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa, Kalau dari aqal mungkin dilupakannya, Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat, Tawakalnya luarbiasa, Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup Tuhan merezekikannya, Dia tidak membunuh orang, Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya, Tapi dia tidak membunuhnya, Dia mengambil jalan yang utama, Yaitu memaafkannya, Kerana itu orang itu Islam ditangannya, Beraninya luarbiasa tiada tandingannya, Dia sanggup lewat dihadapan musuhnya seorang diri, Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga, Kasih sayangnya sangat ketara, Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda, Orang yang bersalah dimaafkannya, Sekalipun orang itu tidak memintanya, Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya, Dia membuka bajunya untuk disebat, Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya, Lalu dimerdekakannya, Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya, Pemurahnya tidak ada taranya, Macam angin kencang lajunya, Tiada siapa yang dapat menandinginya, Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta, Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara, Kalau ada orang mengata dan menghinanya, Dia diam saja, tidak menjawabnya, Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja, Cuma ketaranya pada mukanya, Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya, Sekalipun musuhnya, Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar, Paling tidak, dia makan berdua, Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu, Dia tidak pula mencercanya, Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya Sehingga orang tidak tahu marahnya, Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia, Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya, Sabarnya luarbiasa, Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya, Dia redha, Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran 'Ulul Azmi' Yang tiada bandingannya, Bahkan dia ketua 'Ulul Azmi', dikalangan rasul-rasul, Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa, Diberi gelaran sahabat namanya, Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya, Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya, Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga, Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya, Kerana menjadi sahabat-sahabatnya, Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit, Rasul adalah bulan purnama, Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur, Menunjukan hatinya sentiasa jaga, Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu'nya, Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya, Sekalipun orang itu kafir, Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya Kerana menghormati tetamunya, Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan, Sekalipun binatang yang melata, Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan, Sekalipun menyalahi utama, Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya, Dia orang paling pemalu, Malunya kalah anak dara yang paling pemalu, Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya, Kalau dia lewat, tidak diizinkan perempuan dihadapannya, Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam, Hingga bengkak-bengkak kakinya, Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga, Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya, Tapi dia buat dengan sukarela, Kerana mencari redha Tuhannya, Dia sebaik-baik suami, Tidak mampu orang lain membuatnya, Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya, Satu cerita yang menyayat hati kita, Seorang buta yang benci kepadanya. Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya, Hingga sampai waktu wafatnya, Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya, Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya, Kamu ini siapa? Saidina Abu Bakar berkata "Saya Abu Bakar Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, Yang Rasul itu sudah wafat" Sibuta itu terkejut! Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci, Kerana terkejutnya menjadikan dia mati, Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia, Kalau dia bersahabat atau berkawan Mengutamakan kawannya, Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya, Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya, Setiap orang merasa dia dihormatinya, Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya, Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita, Supaya lebih terperinci lagi Cerita dan beritanya, Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya, Agar lebih nampak dia manusia istimewa, Dia tidak akan makan sebelum lapar, Dia akan berhenti sebelum kenyang, Tidak macam manusia biasa, Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya, Kalau dia suka kerana Tuhannya, Kalau dia marah pun kerana Tuhannya, Bukan kerana peribadinya, Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta, Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah, Kecuali sekali saja didalam hidupnya, Yaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya, Makan minumnya bukan diusahakannya, Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya, Tapi pengikutnya disuruh berusaha, Terutama yang ada keluarga, Dia tidak menerima upah, Lebih-lebih lagi meminta upah, Kerana usaha perjuangannya, Tetapi ulama dihari ini, memakan upah Dari usaha dakwahnya, Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia, Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya, Takut dengan Tuhan ketara dimukanya, Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya, Hartanya diserahkan habis kepadanya, Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya, Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan, Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa, Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami, Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin, Kalau dia bercakap lantang suaranya, Tegang urat nadinya, Kalau dia bercakap bak mutiara, Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya, Kalau dia berucap atau berpidato, tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya, Tidak seperti ulama-ulama hari ini, Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya, Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya, Bukan dari hatinya, Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, Tidak seperti kebanyakan manusia, Dia bercakap pendek sahaja, Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya, Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim' Kata-katanya singkat tapi padat, Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas, Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa, Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada, Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa, Kita sambung lagi cerita nabi kita, Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa, Juga tidak akan bercakap yang sia-sia, Sekalipun tidak berdosa, Kalau dia ketawa tidak berbunyi, Insafnya dapat dilihat dimukanya, Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara, Dia melahirkan kegembiraan bila Kawan-kawannya gembira, Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya, Rasulullah mudah menangis Kerana takutkan Tuhannya, Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya, Akhlaknya sungguh agung,Tuhan memujinya, Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia Sebelum dan sesudahnya, Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya, Tuhan berkata "Akhlaknya, sungguh agungnya, tidak ada siapa boleh menandinginya, tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba" Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya, Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya, Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya, Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya, Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya, Tawadhu' dengan Tuhannya, sentiasa ada, Sangat ketara, didalam hidupnya, Dia berpakaian jubah dan serban, Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau, Warna lain ada juga dipakainya, Tapi sekali sekala, Makanan yang dia suka, susu dan kurma, Daging sebagai lauknya, Itulah penguat badannya, Demikianlah secara ringkas Yang global tentang cerita nabi kita, Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya, Didalam sejarah nabi kita ada dicerita, Mukjizat banyak berlaku ditangannya, Yang lahir dan yang batin, Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith, Yang kekal sampai keakhir zaman, Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia, Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya, Tetapi apa yang disebutkan itu Sudah memada, Bagi orang yang tiada masa mengkajinya, Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan nabi kita, Orang itu boleh menjadi ikutan manusia, Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya, Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat manusia, Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini, Orang yang menceritakan nabi, Dia melupakan diri, Dia menceritakan memujikan nabi, Tapi dirinya tidak terpuji, Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap nabinya, Walaupun dia seorang pemimpin, Orang tidak suka mengikutnya, Lidahnya tidak masin, Dia berkata tidak mengkotanya, Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya, Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya, Sekianlah adanya. |
Ahad, Julai 13, 2008
Engkau menagih keadilan dengan orang lain tetapi tidak diperolehi,
Engkau meratus dan membebel merata negara,
Isytihar kepada manusia memohon simpati,
Apakah engkau pernah memberi keadilan kepada orang lain? Jawablah sendiri,
Engkau ingin dikasihi, Rasa tidak senang orang yang membenci,
Tidak pernah engkau mengasihi orang lain,
Apakah engkau orang yang pengasih, Jawablah lagi sekali sahaja,
Orang yang tidak adil dengan engkau, Engkau sudah tidak tahan, Meraung ke sana menjerit ke sini,
Tapi pernahkah engkau tahu,
Ada orang sepanjang hidupnya tidak pernah mendapat keadilan,
Sepanjang hayatnya tidak pernah mendapat kasih sayang?
Mereka tidak menjerit di merata negeri,
Kerana mereka tahu suara mereka tidak akan didengar,
Mereka tahu tidak siapa yang simpati,
Penderitaannya mereka tanggung sendiri,
Patutnya seorang wira ‘Gentleman’ dengan ujian, Tabah dengan cabaran,
Tidak ada riuh rendah menjerit ke sana, ke mari,
Ingin mengisytiharkan diri seorang pengecut,
Bukan pejuang bangsa jauh sekali agama,
Baru engkau merasa sakit apabila engkau dizalimi,
Setelah engkau dizalimi baru engkau merasa indahnya keadilan ini,
Engkau mula memperjuangkan keadilan itu pun mungkin bukan untuk orang,
Tapi untuk kepentingan diri,
Tapi engkau seret sekali orang ramai,
Padahal sebelum ini ribuan orang yang terzalim,
Bahkan jemaah ku engkau ikut serta musnahkan,
Waktu itu engkau ada kuasa,
Engkau boleh jadi pembela,
Setelah kuasa tiada di tangan, Konon baru hendak jadi pembela,
Berapa lama engkau hendak berlakon di atas pentas dunia ini,
Berlagak seperti pembela, Hakikatnya engkau penipu,
Kerana itulah dari dahulu lagi aku katakan pada mu,
Engkau akan jatuh terhina,
Mungkin engkau masih ingat kata-kata ku dulu,
Sekarang dengan izin Allah telah menjadi kenyataan,
Sedar dan insaflah,
Bertaubatlah banyak-banyak dari sekarang,
Akuilah kesalahan sendiri,
Tegakkanlah keadilan di atas diri mu dahulu,
Sebelum memperjuangkannya kepada orang lain,
Jangan berlakon lagi, Janganlah berpura-pura dalam kehidupan ini,
Engkau melolong ke sana- ke sini,
Meraung ke sana meraung ke sini,
Sakit hati dengan orang menzalimi mu,
Engkau lahir rasa kemarahan,
Engkau nyatakan kebencian merata negeri,
Engkau ajak orang menyokong mu,
Di mana kesabaran mu? Lebih-lebih lagi di mana keredhaan mu?
Bukankah hakikatnya ujian itu dari Tuhan mu?
Ertinya engkau marah dengan Tuhan,
Engkau isytihar kepada orang aku tenang,
Tapi sikap mu menyatakan ke tidak tenangan jiwa mu,
Engkau isytihar diri mu pejuang,
Pejuang yang sejati sabar dengan ujian, redha dengan ketentuan,
Pejuang yang hakiki lebih suka baiki diri, Daripada menyalahkan orang,
Pejuang sebenar lebih memandang kesalahan sendiri daripada kesalahan orang lain,
Engkau tidak belajar dari sejarah,
Bagaimana para Rasul diuji lebih dahsyat yang mereka terima daripada kamu,
Tetapi memohon ampun dari Tuhan,
Mereka menyalahkan diri sendiri,
Selepas itu mereka mendapat pembelaan dari Tuhan,
Sekarang orang semakin kenal siapa kamu,
Makin banyak cakap makin orang kenal diri mu,
Tidak payah orang lain mengatakan,
Sikap kamu sendiri mengatakan kamu, Tapi kamu tidak sedar,
Orang lain yang berfikiran boleh menilainya,
Engkau inginkan kasih sayang,
Tapi engkau tidak pernah memberi kasih sayang pada orang,
Engkau inginkan keadilan,
Pernahkah engkau adil kepada orang?
Engkau tidak suka dizalimi,
Tapi engkau sedarkah,
Engkau selalu sahaja menzalimi orang,
Sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung,
Sama ada disedari atau pun tidak,
Sama ada fizikal atau mental,
Engkau kan manusia,
Apa yang engkau suka itulah juga disukai oleh orang lain,
Apa yang engkau tidak suka itulah yang tidak disukai orang lain,
Janganlah minta orang lain bertimbang rasa,
Engkau juga perlu bertimbang rasa pada orang lain,
Jangan tunggu orang lain mulakan, Engkaulah memulakan dahulu,
Jangan engkau menagih dahulu, Engkau agihkanlah dahulu.
Olih: Abu Nizam 1998
Sumber:http://heliconia.wordpress.com/2008/07/11/mesej-untuk-keadilan-10-tahun-lalu/#more-1892Selasa, Julai 08, 2008
Wahai Pejuang Kebenaran
Engkau kata hendak mencari keredhaan Tuhan
Engkau mengaku hendak menegakkan syariat Nya
Tapi bila diuji tidak sabar dan tidak tahan
Ketentuan Tuhan tidak pula redha menerima nya
Engkau berkata hendak memperjuangkan hak Tuhan
Tapi setiap kerja yang engkau buat minta pujian
Memang pujian itulah yang engkau cita citakan
Pujian itulah sebenarnya perjuangan engkau
Engkau bercerita hendak membuat kerja kerja Tuhan
Tapi dapat nikmat tidak di agih agihkan
Di mana syukurnya engkau kepada Tuhan
Dapat nikmat makan seorang
Engkau mengaku hendak memperjuangkan Islam
Tapi bercakap mengata, memfitnah dan mengumpat orang
Sepatutnya engkau perjuangkan kasih sayang
Kenyataannya engkau memecahbelahkan perpaduan,
Kawan! Bercakap mudah mengkotakan susah
Menyebut senang, mengamalkan payah
Sedarlah insaflah kawan
Memperjuangkan Islam tidak semudah yang di cakapkan.
Olih Cikgu Ku
Jumaat, Januari 25, 2008
Bersihkan jiwamu terlebih dahulu, pasti Tuhan akan membantu…
Orang yang bersih hatinya
sentiada rendah diri dengan Allah Taala
Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya
Jika mendapat ujian kesusahan
hatinya berkata
" Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukum ku kerana dosaku"
"Moga2 aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"
Kalau ada orang lain yang bernasib baik,
mungkin berpangkat atau kaya
gembira hatinya..
Dia menumpang gembira dengan kegembiraan orang lain…
Sekiranya ada orang yang mendapat kecelakaan
accident, miskin, sakit…
hatinya turut sedih dengan kesedihan orang
Jika dia mendapat nikmat
dia merasa malu dengan Tuhannya
kerana merasa tidak layak menerima nikmat itu
Hatinya merasakan…" Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat
untuk aku bersyukur atau kufur?"
Cemas jiwanya,
gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya
Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya
dia redha
sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan
Bila disusahkan orang,
terus teringat dosanya
"Kerana dosakulah
aku disusahkan."
Dia tidak berdendam
bahkan mendoakan orang itu,
dengan kebaikan…
Nikmat Tuhan disyukurinya
pemberian dan pertolongan orang
diingati dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas
kematian di depan mata,
bila-bila masa boleh tiba..
Gelisah dengan dosanya
amal-ibadahnya dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya…
Kakinya di dunia
namun hatinya sentiasa dengan Tuhannya
perasaannya sentiasa memikirkan akhirat
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhan..
Tulisan seorang Hamba Allah - I am not the writer~












