Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, Mac 28, 2009

Engkau Pejuang Islam atau Perosak?

Engkau hendak berjuang? Bagus kalau itulah yang kamu mahu Berjuang sasarannya adalah manusia Engkau mesti kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri Sudahkah kau mengenal dirimu sendiri? Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiran mu? Apakah fikiran mu sudah Islam? Sudahkah engkau kenal nafsu mu? Fahamkah engkau kehendak kehendak nafsu mu? Ke mana dia hendak membawa mu? Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsu mu selari? Lebih lebih lagi sudahkah engkau faham jiwa mu? Jiwa ada perasaannya Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif Yang positif hendak di lepaskan Yang negatif hendak di tahan Melepaskan yang positif dan menahan yang negatif Adalah satu perjuangan Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin, ia itu jiwa Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua Ertinya engkau laksana masuk hutan belantara yang tidak mempunyai pedoman Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan Jangan jangan engkau akan tersesat nanti Marabahaya hutan akan membinasakan kamu Bahkan rimau pun boleh membaham kamu Kawan, perkataan berjuang mudah di sebut Tapi tidak mudah difahami Berjuang mudah diperkatakan Tapi tidak mudah dikotakan Ia memerlukan ilmu yang cukup Tidak sekadar semangat yang cukup Ia memerlukan pemimpin yang tepat Yang boleh memimpin dan di taati Kalau belum sampai taraf ini Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang Kalau engkau berjuang juga Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan lebih banyak, tanpa di sedari Sekali pun niat engkau suci. Nukilan: Ustaz Hj Ashaari Muhammad

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...