Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Mac 10, 2009

Isu PPSMI

SAYA bukanlah seorang yang bijak berbahasa Inggeris dan apabila hari bertemu ibu bapa, topik utama yang akan dibuka oleh guru-guru saya adalah kelemahan saya menguasai bahasa Inggeris. Jika mendapat 40 markah, maka saya sudah gembira dan di hati saya hanya berkata, bahasa Inggeris tidak penting sebab kita duduk di Malaysia. Semua boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Hari ini saya berada di UiTM dan telah menyambung pelajaran dari diploma ke sarjana muda. Hari pertama pembelajaran di UiTM, saya menjadi kekok. Setiap masa bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar. Mujurlah bukan saya seorang sahaja terkulat-kulat di dalam kelas memahami setiap patah perkataan dari pensyarah tersebut, namun ramai lagi. Hari demi hari, saya mula memahami setiap patah perkataan.

Walaupun berbahasa Inggeris, namun sehingga kini saya boleh menguasai setiap subjek yang diajar. 7 Mac 2009, saya hanya menggelengkan kepala. Bantahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibu negara membuatkan saya termenung. Apakah ikhlas mereka memperjuangkan nasib bahasa Melayu atau hanya menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka?

Jika dahulu masyarakat Melayu takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah beraliran Inggeris kerana gusar akan dimurtadkan, maka masyarakat kini kembali kepada fitrah. Melayu yang berfikiran terbuka rupanya masih di takuk yang lama.

Melayu hari ini mengutarakan pendapat bahawa PPSMI akan membunuh bahasa Melayu yang juga jati diri masyarakat. Malah, saya percaya mereka yang datang dari pelbagai latar belakang memahami tujuan utama PPSMI ini tetapi sedaya mungkin cuma membutakan mata dan hati untuk memandang ke hadapan. Apa yang mereka lihat hanyalah anak-anak kampung yang merana memahami isi kandungan matapelajaran yang diajar. Bukankah ini menunjukkan kelemahan kita? Bukankah ini memperlekehkan anak-anak kampung? Di manakah kebolehan kita?

Adakah kebolehan kita hanya menyalak di jalan raya dan menuduh kerajaan memenggal leher bahasa seperti yang dilaungkan oleh salah seorang sasterawan negara menerusi sajak 'Puisi Keranda 152'nya?

Teringat saya kata seorang guru. Budaya 'menolak' ini menyerang semua lapisan masyarakat Melayu. Bila ada pihak menaja penentangan terhadap PPSMI maka ramailah yang akan terpengaruh. Orang-orang Melayu dicadang supaya belajar yang mudah-mudah sahaja. Subjek yang berat serta susah janganlah dicuba. Maka bertambah-tambahlah lagi ketakutan mereka untuk berusaha belajar.''

Mengapakah sewaktu pengenalan kepada PPSMI pada tahun 2003 dilakukan, tiada pula gerakan-gerakan sebegini menghalang melainkan hanya suara-suara kecil yang kedengaran. Namun, apabila berbilion ringgit dilaburkan untuk PPSMI, barulah golongan-golongan sebegini mahu membantah secara besar-besaran.

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang melabelkan golongan yang menyokong PPSMI adalah celaka kerana PPSMI menghilangkan jati diri seperti yang dilaporkan Harakah bertarikh 23 Februari 2009.

Pada hemat saya, sekali lagi pihak-pihak tertentu menggunakan anak-anak sebagai senjata untuk kepentingan politik mereka. Ia seperti mahu menutup. Bukankah yang belajar itu anak-anak kita dan seharusnya anak-anak tersebut yang perlu membuat keputusan.

Cara yang paling elok adalah pihak kementerian mewujudkan semula pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan dalam masa yang sama meneruskan agenda PPSMI.

Biarkan anak-anak memilih samaada ingin memasuki kelas yang mengajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Itulah penyelesaian yang terbaik supaya tiada lagi yang menuduh kerajaan membina keranda untuk bahasa Melayu.

Saya berkata, menerusi pengalaman. Bukanlah pengalaman belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tetapi pengalaman berada di universiti yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal ini kerana kini saya sudah boleh memahami bahasa Inggeris walaupun terlambat dan saya cuma berharap agar generasi akan datang akan lebih sedar akan kepentingan menguasai bahasa selain bahasa ibunda.

Persetankan dakyah yang mengatakan Jepun boleh membangun dengan memartabatkan bahasa mereka kerana Jepun menguasai ilmu sedari awal berbanding kita yang terlewat untuk menguasai ilmu.

RAKYAT BIASA Melaka

Ayat sokong PPSMI

TERUSKAN PPSMI. Ini saja cara orang Melayu untuk pecah monopoli bangsa lain dan kuasai teknologi serta ekonomi. Teruskan bersaing. Jangan mengalah anak Melayu. -DIN

PM, Hishamuddin dan Kabinet, jangan melatah. Teruskan PPSMI. Biarkan mereka yang tidak setuju itu bersekolah pondok saja. Jangan sokong atau bantu jika anak-anak mereka ingin belajar di universiti. -012-3564XXX

TERUSKAN PPSMI demi kebaikan anak Melayu. Penentang PPSMI adalah pembunuh senyap masa depan Melayu. -ORANG KAMPUNG

KEPADA pejuang mansuh PPSMI, anda semua pandai bahasa Inggeris. Kenapa perlu sekat cucu-cicit belajar bahasa lain. Kita semua dah senja. Beristighfar banyak-banyak. -ANAK JOHOR

SEBAGAI ibu yang tidak pandai berbahasa Inggeris, sokong 100% PPSMI. Harap Menteri Pelajaran teruskan PSMI untuk masa depan anak-anak yang lebih baik. -IBU PRIHATIN IJA

KALAU benar Gapena pejuang bahasa Melayu, bantahlah bahasa penghinaan Karpal Singh terhadap Pemuda UMNO. -LADO PODEH

PELIK dengan sikap pembangkang PPSMI bukankah memahami lebih dari satu bahasa adalah amat penting supaya kita tidak mudah diperdaya. Jadilah bangsa Melayu yang berfikiran positif. -017-5238XXX

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...