"Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bimbang orang Melayu berpecah belah.Orang Melayu tidak di hormati,dan boleh di permainkan serta di peralatkan.Orang Melayu suka menyimpan perasaan syak wasangka sesama sendiri maka dengan ini timbul lah perasaan curiga, sangsi dan dengki hingga menyebabkan timbul tindakkan yang negatif yang di mana ianya merugikan bangsa sendiri".
Bagi saya ini terjadi kerana sudah timbul satu penyakit atau kemungkaran di kalangan bangsa Melayu di Malaysia.Penyakit ini datang dari sikap terlalu taksub dalam berpolitik.Bangsa Melayu menganggap Politik adalah segala galanya.Lebih lebih lagi ada di kalangan pemimpin politik yang telah mentafsirkan politik adalah sebahagian dari Agama.Politik itu agama, agama itu politik.(Persoalan nya adakah politik dari ideologi barat yang di amalkan mereka Islamik?).
Bangsa Melayu cenderung kepada dua perkara besar yang sangat merugikan, iaitu berlebih lebih dalam berhibur dan berpolitik.Berlebih lebih berhibur buat Melayu lupa dan leka.Berlebih lebih berPolitik menimbulkan perasaan negatif di antara sesama orang orang Melayu.
Apa sebab terjadinya Politik melampau.Sebab munculnya pemimpin pemimpin Politik dan penyokong penyokong yang hasad, dendam dan gila kuasa.Mereka menghasut masyarakat dengan berbagai bagai fatwa songsang hingga masyarakat menjadi kacau bilau saperti sudah sanggup menghina bangsa dan Raja sendiri.Pemimpin pemimpin yang tidak bertanggung jawab ini lah yang telah menyebabkan masyarakat jadi porak peranda dan berpenyakit.
- Disebabkan keyakinan terhadap Tuhan sudah luntur dan tipis.Perasaan Tauhid hampir sudah tidak ada.Sudah tidak rasa adanya Tuhan.Dan yang paling malang sudah tidak takut dengan Tuhan.
- Masyarakat hanya kejar keduniaan dan hampir sudah lupa akan ada nya akhirat.Sekiranya masih ingat akhirat keyakinan tentang nya sudah terlalu tipis.Urusan akhirat pun sudah di jadikan untuk dunia.Saperti memperalatkan agama untuk kepentingan duniawi.
- Tiap tiap ahli masyarakat dari peringkat pemimpin hingga ke rakyat biasa terlalu sayang dan cinta hanya kepada diri sendiri.Dalam hal hal mahu membela nasib diri sendiri maka mereka terpaksa melanggari hak asasi orang lain, merosakkan kepentingan orang lain, dan memijak kepala orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan