Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, Mac 11, 2009

Apabila Agama lain guna nama Allah

Semua makhluk berhak menyebut dan mempergunakan nama Allah, kerana Allah tuhan Alam semesta. Tetapi persoalan nya Allah yang di maksudkan Islam dengan Allah yang di maksudkan Kristian berbeza dan tidak serupa.Yang di maksudkan Allah oleh Kristian ialah "tuhan 3 dalam satu (Trinity)". Dan bagaimana pula di kuil, gambar dan patung patung Hindu dan Buddha bila di panggil Allah? Tentu akan timbul kekeliruan dan mengancam akidah Umat Islam yang tipis Iman dan Ilmu nya. Lihat di Indonesia nama Allah bebas di gunakan oleh agama bukan Islam.Hasilnya kedudukan agama Islam di sana jadi bercelaru.Satu contoh kecelaruan, orang Islam dan Kristian boleh kahwin tanpa perlu menukar agama kerana masing masing mengaku menyembah Allah.Lepas itu anak anak mereka boleh pilih agama mana hendak ikut.Agama bapa nya atau agama ibu nya.Tidak kah ini sudah jadi keluarga celaru? Dari keluarga celaru terbina pula rakyat celaru dan akhirnya di peringkat negara bagaimana pula? Boleh kah kita sebut negara IslamKristian atau negara KristianIslam? Kalau begini jadi nya di mana kah letak nya kedaulatan agama wahyu agama Islam agama Allah nanti? Apabila sesiapa sahaja boleh pergunakan dan peralatkan perkara perkara yang berkaitan dengan nama Allah? Apa yang saya lihat dan persoalkan ada lah penggunaan nama Allah dari sudut amali nya oleh bukan Islam.Kita curiga bagaimana mereka boleh menjaga kesucian nama Allah ini sebagaimana kita umat Islam menjaganya. Bagi bukan Islam apa guna di sebalik nama Allah sedangkan mereka tidak faham dan kenal siapa itu Allah.Sekiranya mereka tidak mengerti dan mengenali siapa itu Allah maka tidak layak lah untuk mereka menggunakan nama Allah. Sedangkan kalimah Allah bukanlah satu kalimah sekadar menjadi tulisan atau sebutan bagi tuhan semata mata.Ia merupakan nama yang melambangkan Akidah atau agama bagi orang yang menggunakan nya. Kesimpulan:
  • Sudah tentu "tuhan 3 dalam satu" tuhan agama Kristian bukan tuhan Allah. Maka dalam konteks ini mereka tidak boleh guna nama Allah.
  • Sudah tentu tuhan patung agama Hindu dan Buddha bukan tuhan Allah.Maka mereka tidak boleh sebut Allah merujuk kepada patung patung tersebut.
  • Apa untung nya Umat Islam di Malaysia jika nama Allah di benarkan di guna oleh bukan Muslim?
  • Benarkah melarang mereka guna nama Allah akan membantutkan dakwah.Dan menjauhkan orang bukan Islam untuk mendekati Islam?
  • Orang Kristian tidak perlu menamakan tuhan mereka itu Allah kerana tidak tersebut di dalam bible tuhan mereka namanya Allah.Dalam kitab agama Hindu dan Buddha langsunglah tidak wujud nama Allah.
  • Mengapa tiba tiba di Malaysia mereka beria ia mahu guna nama Allah? .Sudah tentu mereka ada ajenda.Mungkin untuk mempermudahkan kerja dakyah mereka memurtadkan orang Islam dengan memperguna atau memperalatkan nama ALLAH.
  • Tidak mustahil satu hari nanti gereja gereja di hiasi dengan logo logo tulisan Allah.Menara di letak lambang Allah ganti lambang salib.Hingga akhirnya Masjid dan gereja nampak kurang perbezaan nya.Siapa nanti akan keliru?
  • Mereka akan pakai T Shirts berlogokan tulisan Allah.Umat Islam ada hukum berkaitan kegunaan nama Allah.Umpama tulisan nama Allah tidak boleh di bawa ke dalam tandas dan tempat tempat maksiat dan kotor.Bagi mereka, tidak jadi masaalah, mereka boleh bawa nama Allah kemana mana sahaja mereka suka, ke tandas, tempat perjudian kerana mereka tidak terikat dengan hukum hukum Islam .
Saya hanya menyuarakan kebimbangan saya.Saya tidak tolak pendapat Dr Asri dan TGNA .Tetapi saya lebih setuju dengan pendapat ramai ulama dari JAKIM, dan beberapa ulama lain di luar JAKIM. Realiti nya boleh kah kita jamin agama agama lain, terutama Kristian di Malaysia. tidak akan ambil kesempatan mengguna nama Allah sebagai alat untuk memesongkan umat Islam yang kian tenat akidah nya hari ini? .

19 ulasan:

Danu berkata...

Betul sekali. Di Indonesia, orang Kristen suka menebut Allah untuk Tuhan bapa mereka. Bahkan mereka sudah terbiasa mengucap alhamdulillah bila bersyukur. Dan insyaallah bila berjanji. Kata-kata tersebut sudah membudaya, sebab umat Islam di Indonesia lebih 80% dari total jumlah penduduk Indonesia. Kalau kita lihat sejarah, kaum Quraysh di zaman Nabi juga menyebut Allah sebagai Tuhan, walau mereka menyembah berhala. Kaum Yahudi, sepengetahuan saya juga menyebut Allah. Wallahu'alam. May Allah swt bless you.

Tanpa Nama berkata...

Dari: Kartina Idris

Saya sangat setuju dengan pandangan sdra amri. Saya pernah menulis
mengenai perkara yang sama dan menentang penggunaan kalimah suci Allah
oleh agama selain Islam.

Kita akui Allah adalah tuhan semesta alam. Tapi orang bukan Islam
mempercayai banyak tuhan. Penggunaan nama Allah hanya sebagai
gula-gula memikat hati orang islam untuk mendekati dan akhirnya masuk
kristian. Ini dilakukan setelah mereka gagal mempengaruhi umat islam
di malaysia kerana adanya halangan-halangan undang-undang.

Berbeza dengan Indonesia yang memberi kebebasan kerana tiada
undang-undang dikuatkuasakan. Justeru itu media disana pun bebas
menyiarkan propaganda agama selain islam secara langsung.

Tanpa Nama berkata...

Dari: Judge
kesimpulannya terdapat dalam tulisan ini sendiri ....."Tentu akan timbul kekeliruan dan mengancam akidah Umat Islam yang tipis Iman dan Ilmu nya."
So, kuatkan iman dan ilmu sebab sekarang ini maklumat dari luar dan internet tidak boleh di kawal oleh undang2, mungkin suratkhabar atau majalah boleh di kawal dengan undang2 tapi bukan internet dan juga bila pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negeri.......jadi bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Dari: Mann Trex
Salam alaik,

SAMADA MAU ATAU TIDAK, Dakyah Kafirin akan berterusan untuk mejatuhkan umat Islam kepada tahap hamba atau sehingga anak-anak Muslim murtad beramai-ramai atau moral jadi lebih buruk dari kafirin. Kafirin mempunyai kesungguhan daya, keyakinan diri, saluran yang banyak dan dana yang besar.

Yang sedihnya ialah kalangan Umat Islam yang dok sibuk khianat antara satu sama lain dengan pelbagai corak, bentuk dan alasan. Dari tahap yang miskin, yang sederhana sehinggalah kepada yang mewah dan cerdik pandai. Sebab apa begitu? Apabila matlamat kewangan telah mengatasi nilai iman dan amal yang soleh.

Satu lagi yang menambah parah ialah perpecahan Umat Islam disebabkan POLITIK. Hari-hari selama beberapa tahun ni di seluruh dunia termasuklah di MALAYA ni, umat Islam dok cantas-mencantas antara satu sama lain kerana POLITIK ASABIYAH.

Tambahan pula mata pencarian kini menggagalkan doa dan memutuskan talian rahmat Allah. Memanglah daging lembu, kambing dan ayam itu semuanya halal jika disembelih menurut syariat. Memanglah sayur dan ikan itu halal. Malangnya, sumber kewangan yang membeli makanan tersebut dikotori dengan rasuah, riba, penipuan, mengelat, membohong, merampas, mencantas, menekan atau mencuri. Dahlah sumber rezeki kotor, makanan mendapat power tambahan apabila dicampuri pula dengan bahan syubahat yang dijual di pasaran.

Dalam keadaan sudah begitu lemah, datang pula budaya muzik di luar maupun di dalam rumah, ketika ramai maupun bersendirian. Budaya mencari penyanyi berbakat dan pandai berjoget yang menyebabkan ibu, ayah, adik dan kakak menghabiskan masa dari satu channel TV kepada channel TV yang lain. Untuk hiburan secukupnya, melanggan pula ASTRO untuk mempastikan Ananda Krishna kekal di tahap billionaire dunia. Agar bakat sentiasa diasah, sistem-sistem karaoke disediakan di sana-sini ketika aktiviti outing famili atau pejabat hatta dalam bas dan kereta sekalipun. Supaya muzik sentiasa berdamping setiap saat, MP3 Player bagaikan goreng pisang panas di Low Yatt Plaza. Tidak cukup itu, apabila menelefon rakan-rakanpun, kita terpaksa mendengar muzik-muzik terkini Caller Ring Tone. Ramuan ini semua seolah-olah mengesyorkan agar muzik teriang-iang ketika saat tibanya ajal.

Disaster formula Umat Islam = Sifat Khianat + Politik Asabiyah + Sumber Rezeki Kotor + Bahan Makanan Syubahat + Budaya Leka.

Disaster formula ini dibangun sendiri dengan ribuan alasan. Ia amat melumpohkan, sangat melemahkan dan merugikan komuniti Muslim sendiri.

Bukti daya Umat Islam semakin lumpoh boleh dibaca sendiri di dalam berita domestik dan antarabangsa. Amerika attack Iraq dan Afghanistan dan Israel attack Gaza, sekor pun tak berani membantu mangsa dengan kekuatan. Sekadar menceceh buat persidangan akhbar. Itupun sebagai PR exercise supaya tidak hilang kerusi. Obama pujuk-pujuk sikit dan puji melambung, para mangkok politik jadi cair. Ahli politik kasik tanah sekangkang kera atau quota rumah murah untuk sepupu-sepipit, habis semua kotoran politik ditanam dalam-dalam sebagai baja.

Disaster Formula Umat Islam + Dakyah Kafirin = memang akan tiba masa orang akan murtad beramai-ramai atau diperhambakan dan dipergadaikan. Hasilnya adalah semakin ramai Umat Islam tidak berdaya atau tidak sanggup menghadapi sebarang pencerobohan agama maupun negara. Apatah lagi membantu umat Islam tempat lain.

Jalan keluar isu >>> Perbetulkan matlamat hidup, kembali kepada akhlak mulia dan mencari peluang untuk beramal soleh.

Jika meneruskan Disaster Formula >>> Umat Islam akan semakin kurang menyebut ALLAH, semakin susah mengingati ALLAH dan semakin payah menurut perintah ALLAH. Jika gitu, sebab apa pulak nak marah jika kaum lain nak pakai perkataan ALLAH? Dan seterusnya jangan pula marah dan mempersoalkan ALLAH jika dia memperkayakan kaum lain dan membiarkan hidup umat Islam terumbang-ambing bagaikan buih di lautan.

Tanpa Nama berkata...

Agreed. well said.

Thanks & Regards


From: Meor Alwi Abdul Manan

Tanpa Nama berkata...

Dari: Nizam Ipoh
BerHAK mengguna tapi bukan salahguna. isk isk isk

Tanpa Nama berkata...

Dari: Mat Ali
Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham."
Demikian dinyatakan oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sebelum ini pernah menulis setahun lalu dalam blognya yang bertajuk:"Beza antara merebut nama Allah dan mempertahankan akidah." berhubung isu berkaitan.

"Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan 'Allah'. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik," katanya dalam laman blognya itu baru-baru ini

Katanya Majlis Fatwa Perlis ketika beliau menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah.

"Jangan kita nak 'divert' isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

"Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya.

Katanya jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan katakan bahawa agama Islam yang melarang tetapi beritahu orang bukan Islam bahawa peraturan Kerajaan Malaysia yang melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

"Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam." katanya ynag kini masih berada di Lampeter, United Kingdom. - azm _

Tanpa Nama berkata...

Dari: Mohd Asri Abdul Rahman
Siapapun tidak menafikan bahawa Allah Zat Yang Esa adalah pencipta segalanya dan apa yang ada di langit dan di bumi juga diantara kedua-duanya. Manusia akhir zaman ini adalah juga tergolong dalam umat Muhammad dan ada yang beriman, zindik, munafik dan masih kafir dari menerima hidayat Allah sw.t. Dia Al Khaliq yang disebut dengan pelbagai nama dan gelaran melalui dialek dan atau loghat yang berbeda-beda. Ada melayu sebut Allah (bersamaan loghat arab) yang india muslim banyak menyebut Alla dan lidah bergulung mat saleh macam tempat kerja aku pula sebut Ellah. Kita juga diberitahu bahawa Allah di rujuk sebagai Tuhan oleh musyrikun, Yahudi dan nasara kerana sempadan geografi yang tidak jauh beza semenjak dahulu. Dalam membahaskan siapa Tuhan sebenar yang ujud mencipta dan mematikan dan sudah tentu persamaan tersebut berbeda dialek dan loghat dan hanya Allah Azza Wajalla Maha Mengetahui. Sekiranya nama tersebut sebegitu ikhlas hendak kita pamirkan agar pihak lain turut menggunakan nama tersebut " thaT is fine" kata mat saleh.
Untuk itu kita kena ikhlas pula menerima keikhlasan mereka yang bergaul tidak seperti kebanyakan kita yang sibuk meruntun kesibukan duniawi dan fana dalam polimik politik yang bagaikan dunia hampir nak kiamat.

"Segala Puji bagi Allah kerana menemukan persamaan kita dalam mencari kebenaran kehidupan dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Suci untuk sama-sama kita berjalan ke Rumah-Rumah Allah sama ada gereja atau masjid. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kita sebagai anak-anak adam kena hidup harmoni untuk mencapai petunjuk serta darjat yang di redhai agar Allah meredhai kehidupan kita di dunia dan akhirat. Maha suci Allah yang mengutus Isa dengan Namanya yang Maha suci".
Mungkin itu anatara kebanyakan yang akan kita atau anak-anak kita dengar saban hari dari mulut mereka.

Teringat aku satu waktu dulu semasa melayani dakyah kristian disekitar brickfields yang membawa aku menginap beberapa hari dalam hostel mereka dan dilayani begiru mesra dan baik. Alhamdulillah, di kesebalikkanya seorang rakan sekolah aku berketurunan india menerima islam dan bernikah dengan seorang wanita dari kedah yang beruntung.
Mungkin kita melayu merasakan ini peluang yang amat baik berdakwah pada mereka kerana penerimaan menggunakan nama Allah yang tidak diingini vatican. Itu niat yang baik bermotif pada keadaan yang belum lagi mampu kita diramalkan.
Sebanyak mana dan sejauh mana kita berdakwah pada rakan-rakan bukan islam semasa berbual-bual kosong dimeja-meja makan dan ditempat-tempat awam kita kena insafi. Mereka kristian sedar tidak akan mampu membalikkan akidah kebanyakan umat melayu yang islam malahan sebaliknya antara mereka pula yang ramai memeluk islam kerana ilmu dan kesedaran. Mereka melihat betapa umat melayu muda kini telah terhakis kesedaran agama serta menjauhi ilmu dan adab kerana kepentingan survival dalam sosial .Keadaan itu menampakkan betapa longgarnya anak-anak muda melayu yang hanya beragama menurut ajaran nenek moyang tanpa mengerti hakikat sebenar agama mereka. Mereka para-para mubaligh dan pendakyah kristian rajin bergaul dan beramah mesra dan kejelekkan perangai dan tabiat kebanyakan dewasa melayu melumpuhkan pertahanan apabila hujah melalui serangan minda yang bertalu-talu. Apatah lagi dimana lelaki melayu yang kebanyakannya gagal menjaga maruah mereka, wanita dan anak-anak hingga terdedah pada pengaruh yang merosakkan. Antara melayu masih bercakaran dan dalam beragama diantara umat islam pula solah-olah berbeda syurga dan neraka dan menjadikan Tuhan sebagai barangan milik mereka. Yang ini sesat yang itu sesat yang ini pula zindik dan yang itu pula kafir melainkan dia yang beriman dan dia sahaja yang betul walaupun syahadah dan Tauhid itu sama. Lebih parah lagi bila Alquran dan Hadis ditempelkan pada logo dan konsep fahaman politik dan pertubuhan tapi isinya dipenuhi najis dan pembohongan.
Mungkin apa yang kita ingini sekarang adalah kehendak Allah s.w.t jua iaitu Tuhan bagi segala yang bernafas dan yang mati dan Dia yang Mematikan akan Menghidupkan pula agama diantara kita. Hanya Dia yang Mengetahui siapa yang dipilihnya untuk beriman setelah diuji. Mungkin sebagai orang dewasa kita telah rasa mencukupi dan arif agar rela diri dan generasi kita diuji. Kita yang pohon agar iannya dimakbulkan dan kita pula perlu sedar dan bersiap menempuh ujian tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Assallamualaikum. ..

Ya...memang ada kebenarannya pendapat dari Saudara Amri,
Baru2 ini pembaca ruangan ini ada melampirkan lirik lagu Agnes
Monica ( ALLAH PEDULI )....akhir2nya dia menyatakan " SEBAB
ALLAH JESUSKU MENGERTI "

Awalnya kita bangga seorang Kristian menyebut Allah....rupa2nya
bagi mereka Allah adalah Jesus.....

Tak mustahil anak2 Islam akan menyanyikan lagu2 tersebut...memang
tak mustahil...siapa nak disalahkan ?.Lama kelamaan akan membekam
dalam hati mereka...siapa perlu disalahkan ?.
Tak mustahil juga lagu2 ini akan berkumandang di dalam rumah kita..
siapa yang perlu dipersalahkan ?.

Ingatlah wahai Islam sekeliannya. ...kafir laknatullah ini akan berusaha
secara halus untuk menjatuhkan Islam....jadi tanggung jawab kita untuk
menghalangnya.


Wassallam

Tanpa Nama berkata...

Kalimah Allah: Hormati agama

ISU kalimah Allah SWT yang digunakan oleh umat Islam dan golongan bukan Islam kembali menjadi perdebatan dan persengketaan hangat dewasa ini.

Isu ini sebenarnya sudah pun digemburkan pada dua tahun lepas, iaitu pada bulan Februari 2007. Namun, ia kembali hangat apabila ada beberapa pihak mula cuba untuk memperkatakannya semula.

Menerangkan kembali kronologi isu ini, ia bermula apabila permohonan semula oleh Herald Catholic yang mewakili pihak Gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam tulisan-tulisan ajaran Kristian mereka.

Namun, sebenarnya pada 16 Mei 1986 lalu, Kabinet telah pun mewartakan berkenaan larangan bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.

Usaha pihak tertentu bagi memohon digunakan kalimah Allah ini boleh ditafsirkan dengan banyak pengertian. Secara pandangan jujurnya, bagi golongan ini, ia satu pendekatan untuk lebih memahami akan ajaran Islam itu sendiri, maka kalimah Allah diguna pakai untuk mendapatkan makna lebih jelas.

Namun perlu diingat, bahawa apabila membincangkan berkenaan kalimah Allah, ia sekali gus bersangkut-paut dengan akidah Islam iaitu prinsip dalam agama Islam, yang mana ia menjadi satu pegangan yang tidak boleh diterjemah sesuka hati.

Dengan melihat suasana dan keadaan, ia boleh berubah dan dipakai sesuka hati. Jika itulah pandangannya, maka ia tidak benar!

Mungkin pada sudut dakwahnya, pandangan ini nampak agak 'keras' dan jumud. Boleh saja dikatakan bahawa dengan membenarkan penggunaan kalimah ini, ia akan mampu menarik golongan bukan Islam untuk lebih memahami Islam.

Bukankah banyak lagi medium lain seperti dialog antara agama dan sebagainya. Maka gunakanlah peluang ini untuk lebih memahami Islam.

Yang lebih membimbangkan, baru-baru ini seorang penyanyi dari negara seberang yang bernama Agnes Monica dengan berani memutar belitkan makna sebenar kalimah Allah dengan maksud yang salah.

Lebih mengecewakan, terdapat agenda doktrinisasi yang sangat halus dengan menggunakan medium nyanyian untuk menarik golongan yang kurang faham terhadap perkara-perkara sebegini.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) melihat isu dengan serius dan meminta tindakan segera perlu diambil.

MPMUM bersedia menyediakan medan perbincangan antara pemimpin-pemimpin agama, golongan intelektual serta kerajaan bagi menyelesaikan isu ini.

Seterusnya sesi penerangan kepada masyarakat perlu diadakan agar mereka faham dan tidak keliru dengan persoalan agama sebegini.

MOHD. AIZAT MOHD. SALEH
Pengerusi Biro Kerohanian,
Kepimpinan dan Pembangunan
Insan, Majlis Perwakilan
Mahasiswa Universiti Malaya

Fudzail berkata...

Tuesday, March 03, 2009
Why non Muslims cannot use the word Allah.
It is something to ponder. I have to admit that I may not agree with TG Nik Aziz on this matter but then again, I am not well-versed on this. I still have doubts on the real agenda of the christians in Malaysia to pursue the usage of Allah as it is the main thing about their religion. Why don't they use Allah in all the Bibles?

There will be confusions as God in christian is about trinity....the god, the son and the holy ghost.

Why non Muslims cannot use the word Allah.

Dr Khalif Muammar

1-There is no nas qat’i (conclusive/definitive evidence) from the Qur’an and the Sunnah on this matter. All the evidences put forward by those who permit it, do not show that it is permissible for non Muslim to use the word Allah. Since there is no conclusive evidence from the Qur’an and the Sunnah, this matter falls under zanniyyat, something which is based on human discretion. Muslim scholars need to base their argument on historical, epistemological, theological and semantic analysis. There will be right and wrong opinions depend on who has the strong argument. Definitely wisdom and in-depth analysis must be stressed, and not just literal interpretation. Although there is no conclusive evidence this does not mean that we cannot reach certainty in dealing with this issue. In this short but compact paper I will provide conclusive arguments which will demonstrate that non Muslim should not be permitted to use the word Allah in any ways to refer to their God even in their publication for their own community. As long as they live in Muslim country they have to respect their Muslim neighbors.

2-The fact is that the word Allah even though it was used before Islam, it has been Islamized, the meaning of it is no longer the same as before. By permitting non Muslim to use it we actually doing deislamization. We are reverting the course which was done by our Prophet. Hence, we will be responsible for making more Muslim become confused.

Professor Wan Mohd Nor says the context of Arabs and the Malay world is different, non Muslim in our land especially did not use the word Allah before this, there is no such word in their language before, in the original work they called it Yahweh, why not they call tuhan Yahweh. Therefore, it is evident that this issue is brought to confuse the Muslims.

They wanted Allah become the name of other gods as well. The fact is that our God is not the same as the god of Christianity, their god can have son, it is a humanized god.

3. We cannot equate God with Allah. Because the word God is generic and the word Allah is a proper name. Therefore when we say la ilaha illallah it is not there is no god but God, this does not make sense, rather it means there is no god but Allah.

When we analyze the use of Allah in the Qur’an there are two forms: general and specific. The verse in surah al-Tawbah: 30 only tells that Christians say messiah is the son of God or Jews say that Uzayr is the son of God. Other oft-quoted verse regarding this issue is..”if indeed thou ask them who it is that created the heavens and the earth, they would be sure to say, “Allah.”(al-Zumar, 39:38). Here the word Allah cannot mean the true God because they don’t know who Allah is simply because no prophet was sent to them. Therefore, the use of Allah here is to mean God in general. Therefore there are two usages of Allah in the Qur’an, the general one and the specific one. The spesific use such as that “verily the religion before Allah is Islam” (innaddina indallahi al-Islam), (Ali Imran: 19). Allah here is not just god but the true God.

4-The spirit behind this issue is religious pluralism. They are saying that Muslim God is the same as God in other religion. They wanted to convey that we, Christians and Muslims, have the same God. This is against Islamic creed. Our Aqidah tells us that other god is not the true God (La ilaha ghayruh). When we renounce religious pluralism, it does not mean that we also reject religious tolerance and religious diversity. In fact Muslims are the one who introduce these concept to the world. The charter of Madinah is the conclusive evidence on this.

5-Prof. Wan Mohd Nor also said there is limit of meaning for each word we use, the word wahyu is not the same as revelation, we cannot say that I receive wahyu, but you can say that in English. “I got revelation last night”. Obviously they don’t differentiate between wahyu and ilham (intuition).

Every word that has been Islamized is understood in the framework of Islamic worldview. Words such as Allah, masjid, salat, wahyu, rasul, ulama, are some words that cannot be used by other religious community and vise versa. Therefore we cannot call our ulama as paderi and masjid to become temple. In masjid you don’t just ask from God, and you don’t worship idol in it. So what we do in a masjid is substantially different from what they do in their holy place. The main reason that you came to masjid is to submit yourself, to obey Him. Therefore, sujud (prostation) is a symbol of submission, this is what sujud means of which the name masjid is derived from.

6-God before Islam is not only Allah, there is a lot of god during the jahiliyyah period. Allah was a general word. The specific names for their god are al-lata, al-uzza, al-manat etc. when Islam came it give new meaning to Allah. Islam did not introduce new word so that it will be easier to teach people about God. The word Allah before Islam is no longer the same compared to the one used after Islam has been established in the Arab country. Allah became the proper name and official name of the true God. Like the word Islam, literally it is submission but it become the official name of a religion.

Non Muslim may acknowledge that God is the Creator, this is in the Rububiyyah level, but they deny the Uluhiyyah part when they commit shirk and believe in polytheism. A Muslim is the one who submit to Allah in the level of Uluhiyyah. At this level Muslims believe only Allah is the true God. They only follow His guidance.

7. If Muslims in other country permit non Muslim to use the word Allah it is a mistake. Muslims in these countries usually do not have the power to stop it. In Indonesia, liberalization of Islam and secularization of Muslim community has long been in place. We in Malaysia are lucky to have a government that takes this matter seriously. Therefore, we must strive hard to prevent the use of Allah by other religious community. And the non Muslim community must understand it is not a quarrel for the sake of a name, but it is about the protection of the Islamic Creed (Aqidah), and this has nothing to do with religious tolerance or intolerance. This is about respecting other religion.

Malaysian Government and its subsidiaries are put on pressure if they do not allow the use of Allah by the Christians. The government will be accused of violating freedom of expression. Evidently, freedom of expression become the highest principle, above all considerations including religious and the interests of the people. The question is do we have to submit to the liberal values propagated by the West? As an independent and sovereign state, we should disregard what others will say if we can prove academically that what we do is the best for our community. As Muslims we should base our values on our religion, why should we let the West dictates their values on us. Certainly they are not superior in matters such as values, ethics and morality. Even if they do, we have the right to have our own values, our own identity.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....

secara generalnya, Allah itu Tuhan sekelian Makhluk.... akan tetapi, dalam isu yang ditimbulkan hari ini, kenapa nama ALLAH itu digunakan SEKARANG oleh 'mereka', bukan dari dulu-dulu lagi... atau 'mereka' sudah SEDAR betapa pentingnya ALLAH dalam kehidupan mereka atau "mereka' sedar bahawa keimanan kepada ALLAH YANG ESA, SATU, TIADA DUANYA itu amat-amat penting. jesteru itu menggunakan nama yang MAHA MULIA itu dimana-mana, hatta di bawa kedalam bilik 'renungan'... DANNN apakah agenda 'mereka' disebalik penggunaan nama YANG MAHA AGUNG itu???

Dunia hari ini berada dalam kepesonngan tanpa disedar oleh kita, lebih-lebih lagi dikalangan orang-orang melayu yang mengaku ISLAM... Dimanakah ISLAM mereka hari ini... Adakah hanya dilihat dari nama ALLAH yang dibawa merata-rata. melihat kepada situasi yang amat kritikal. contohnya para pendakyah menggunakan nama ALLAH dalam mengelirukan umat ISLAM yang baru ingin mengenali ISLAM...

Maafkan saya kalau tersilap bicara. Ingin ditegaskan sekali lagi, ALLAH itu untuk semua makhluk di alam fana ini... TETAPI, dalam menjaga kesyumulan agama ISLAM, nama YANG MAHA AGUNG itu tidak boleh sewenang-wenangnya dipermainkan oleh agama-agama lain atas tujuan2 yang amat meragukan.

Tanpa Nama berkata...

Jika kita orang Islam melaksanakan tanggungjawab kita (1) meningkatkan ilmu agama masing2, (2) berdakwah kpd yg bukan Islam mengenai Islam, tak ada masalah. Yg keliru jadi cerah.

Masalahnya kita rata2 malas nak belajar dan tingkatkan ilmu.
Bila ilmu kurang, mudah ditipu dan disesatkan oleh yg bukan Islam.
Daripada berubah dan bersungguh2 dalami ilmu, kita lebih suka relaks seperti
sediakala, hanya kita beri amaran kpd bukan Islam: "Kau jgn sesatkan aku!"
Dan kita berharap mereka akan patuh!!! Boleh percaya ka?

AHMAD

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt

Baru baru ini , isu pengunaan nama Allah swt oleh orang yang bukan Islam dalam risalah mereka, sama ada untok penganut agama mereka sendiri atau untok propoganda mereka, menjadi satu polimik yang sekarang telah masuk ruang politik.

Baru baru ini dua pemimpin utama , PAS dan PKR telah mengatakan persetujuan mereka untok membenarkan orang bukan Islam untok mengunakan nama Allah swt dalam risalah mereka.

Mari kita cuba lihat cerita ini.

Bidang menjaga hal ehwal Agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Sultan dan Raja Raja Melayu. Mereka telah melantik para pegawai dan para mufti untok melaksanaakan tugas untok menjaga hal ehwal ISlam, melindungi Islam dari cemohan dan kebinggungan yang mungkin timbul.

Mereka , para pegawai dan para ulama yang bertanggungjawap semesti nya mencari dan mendapat maklumat, yang adakala nya tidak dapat di ketahui oleh rakyat jelata. Ini kerena rakyat jelata, atau mereka yang bukan berwajib, kurang usaha untok menjalankan kerja kerja, seperti yang di jalankan oleh pihak yang bertanggungjawap.
Ini asas menghormati mereka yang di pertanggungjawapkan tugas.

Di Malaysia dengan masyarakat berbilang kaum, kita bertembung dengan perbezaan kepercayaan. Antara nya ialah antara Islam dan Kristianity( kristinatity di sini bukanlah ajaran yang di ajar oleh Sy Isa a.s, tapi yang telag di robek dan di reka oleh mereka mereka yang menukar ajaran mulia Sy Isa a.s).

Antara perkara pokok ia lah siapa Isa a.s dan siapa Jesus Christ. ? Kerana sehingga ini kita membiarkan orang Kristian untok mengatakan yang Jesus adalah Isa a.s, maka ramai umat Islam hari ini keliru dan menganggap yang Jesus dalam Agama Christian adalah Isa a.s. Kita biarkan mereka mengatakan yang Christmas adalah perayaan kelahiran Isa a.s dan kita biarkan mereka mengatakan yang Isa a.s di salib di atas kayu dan mati di atas salib.Kita berdiam diri dengan pembohongan tentang sa orang Nabi Allah swt yang kita muliakan.

Untok mempercayai akan Ajaran Isa a.s, bererti mengakukan akan ujud nya Allah swt yang tidak beranak dan tidak di peranakkan. Isa a.s tidak di salib, tidak mati di atas salib, olih itu concept " original sin" tidak ujud.YAng di salib, yang di panggil Jesus ialah sa orang Yahudi yang di letakkan olih Allah swt . Yang di salib bukan sa orang nabi Allah swt. Hakikat ini, ramai yang masih keliru, terutama sekali anak anak muda yang pengetahuan ISlam mereka cetik.

Allah swt. Maha suci Allah swt pada Dia, ada sifat sifat yang memperlihatkan keAgungungan nya, Kesaksian akan keEsaan Nya, Ke Agungan nya.
Sama seperti pembohongan yang Jesus ia lah Isa a.s, begitu juga pembohongan pada nama Allah swt. Pada Zat maha suci Allah swt, tidak pada Nya ada anak, atau di peranakkan.

Untok mengatakan yang nama Allah swt boleh di gunakan pada kepercayaan yang bermaksud pada Zat yang mempunyai anak, Zat yang menjadi sebagaian dari satu dalam tiga, bukan saja membenarkan pembohongan, makalah membenarkan kekeliruan terus bertambah pada umat manusia .


Kita juga tidak boleh tidak sedar akan usaha mubaligh Kristian yang mencetak dan menyebarkan racun mereka, dengan mengunakan banyak keadah yang seakan apa yang ujud dalam ISlam,. Banyak yang mereka telah buat, dari mengadakan kitab yang mereka reka dalam bahasa arab, sehingga mengatakan risalah dengan memulakan bicara dengan Basmalah. Banyak yang telah mereka buat hanya untok mengeliru dan memperdaya umat manusia.

tentu sekali para pegawai yang di pertanggongjawapkan untok melindungi Islam, tahu akan banyak perkara yang tidak di ketahui olih umum. OLih itu kenyataan beberapa ahli politik yang beragama Islam yang mempersoalan pengharaman pengunakan nama Allah swt olih orang bukan Islam, adalah satu lagi contoh di mana , adab sa orang hidup sa orang mukmin dalam masyarakat , di ketepikan, hanya kerana kehendakan kemenangan kuasa. Kerana Kuasa , kekeliruan umat manusia dalam hal sepenting ini, sanggup di perjudikan.

Salam
aks qodhait

Tanpa Nama berkata...

Mengapa sibuk-sibuk dengan isu perkataan “Allah” ini?

JAWAPAN:

Orang yang berpengetahuan tentangnya wajib menyibukkan diri kerana ia adalah persoalan akidah, bukan sekadar persoalan fiqh harian, politik, tajwid dan lain-lain. Sebagaimana yang kita sedia maklum, persoalan akidah ialah persoalan tertinggi dalam agama Islam.


SOALAN:

Bagaimana ia boleh dikatakan persoalan akidah?


JAWAPAN:

Bayangkan orang-orang Kristian yang biasa memakai baju bertulis “Jesus is Crazy” menukarkannya kepada “Allah is Crazy”. Bayangkan juga jika penganut agama Hindu menuliskan “Alif lam lam ha” di dahi patung-patung Tuhan mereka di kuil. Bagaimana pula jika orang-orang Yahudi membuat sebuah filem yang memaparkan Allah (dilakonkan oleh Arnorld tanpa berpakaian- contoh) teruk dibelasah oleh Yaakob (dilakonkan oleh Jim Carrey-contoh) dalam pergaduhan? Mengapa tidak, dalam Old Testament diceritakan Tuhan mereka (Allah) pernah bertumbuk dengan manusia bernama Yaakob dan Tuhan(Allah) kalah.


Anda bersetuju mereka menggunakan perkataan “Allah” untuk tuhan-tuhan mereka?


Rata-rata yang mahu menggunakan “Allah” untuk Tuhan mereka di negara kita ini ialah kaum Kristian Trinity (sila pelajari serba-edikit perbezaan anatara Kristian Unitary dengan Kristian Trinity untuk mendapatkan pemahaman sebenar penentangan kami). Bagi kaum ini, Jesus ialah Allah, Roh Kudus ialah Allah dan Tuhan Bapa juga ialah Allah. Ketiga-tiganya Allah dalam satu kesatuan. Jesus 100% Allah, Roh Kudus 100% Allah dan Tuhan Bapa 100% Allah. Semuanya setara dalam segala hal, tidak berkurang walaupun sedikit.


Sau hari mereka berkata kepada anak-anak muda Muslim, “Allah ialah Jesus, Jesus ialah Allah.” Jika anak-anak muda kita menyangkalnya, mereka akan katakan, “Lihat bukti-bukti ini. Pemerintah kita mengizinkan kami menggunakan Allah untuk Tuhan kami. Ulama-ulama kamu juga benarkannya. Jadi kami gunakan Allah untuk Tuhan kami iaitu Jesus, Roh Kudus, Maria dan lain-lain. Bagaimana kamu boleh menidakkannya pula?”


Di sini ada kemungkinan anak-anak muda kita akan terperangkap. Mereka akan meyakini bahawa Allah ialah Roh Kudus dan Roh Kudus ialah Allah.


Boleh nampak apa yang cuba saya sampaikan?

Bukankah ia persoalan akidah?


Bolehkah kita senang-senang mengatakan, “Biarlah, saya tak mahu panjang-panjangkan isu ini” tanpa mahu menarik balik kebenaran yang kita beri?


Bukankah kebenaran yang diberikan itu akan jadikan hujah oleh mereka yang bukan Islam sampai bila-bila hingga ke zaman anak cucu kita?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan kerana melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.
''Jika berpolitik, gunalah secara matang jangan bertolak ansur dengan hukum agama, yang salah tetap salah.
"Kalimah Allah bukan untuk buat 'suka-suka,' inilah mereka tak faham sensitiviti Islam. Nama Allah untuk orang Islam saja. Jadi, janganlah nak main api dengan hukum agama,'' tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tegas beliau, tindakan mengenakan hukuman adalah perlu sebagai pengajaran kerana menggunakan isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.
"Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum ini status Melayu yang dipersoalkan, kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain.
"Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama, ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan," katanya.
Semalam, Anwar ketika berkempen di Batang Air berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menggunakan kalimah Allah kerana ia adalah hak masing-masing.
Katanya, di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.
Sementara itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad pula berpendapat, tindakan Anwar itu adalah sebagai taktik politik.
''Ini adalah agenda politik untuk meraih undi memenangi pilihan raya,'' katanya.
Shaikh Ismail berkata, sepatutnya isu sensitiviti agama tidak dibangkitkan sebaliknya agenda membangunkan kedudukan orang Melayu terutama dari sudut ekonomi mesti diberi keutamaan.

Tanpa Nama berkata...

Penyelewengan kalimah Allah sudah di isyaratkan dalam Surah Al baqarah

(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (al-Baqarah: 75)
Huraian
Golongan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah golongan ahli agama Yahudi yang amat arif dengan kitab-kitab suci mereka iaitu golongan yang mendengar kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s di dalam kitab Taurat tetapi kemudiannya mereka mengubah maksud dan membuat penafsiran yang menyeleweng daripada ruang lingkupnya.
Mereka melakukan pemesongan ini bukan kerana tidak mengetahui maksudnya yang sebenar tetapi mereka benar-benar tahu tentang pemesongan itu dan sengaja melakukannya. Mereka melakukan perbuatan ini semata-mata kerana dorongan hawa nafsu dan kepentingan peribadi mereka sendiri.
Golongan yang seumpama inilah sudah pasti menyeleweng lebih jauh lagi daripada kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kerana mereka mempunyai hati yang tidak bertanggung jawab dan berpegang teguh dengan kepalsuan yang mereka sendiri mengetahui kepalsuannya.
Sesungguhnya tiada harapan lagi bagi golongan seperti ini akan beriman kerana orang yang beriman itu bersifat mudah, senang dan lembut dan hatinya sentiasa terbuka kepada cahaya iman.
Tabiat orang yang beriman bersifat lurus, malu dan segan melakukan pemesongan dan penyelewengan sedangkan golongan tersebut lebih berkesanggupan menentang dakwah Islam dan mengadakan fitnah ke atasnya.
Kesimpulan
Orang-orang yang beriman hendaklah berhati-hati apabila berdepan dengan golongan Yahudi atau segolongan orang-orang yang mendengar Kalam Allah lalu membenarkan dan beriman kepada ayat-ayat Allah.
Golongan seperti ini tetap ada sebagaimana segolongan manusia yang mendengar Kalam Allah dalam Taurat dan mereka pasti akan membenarkan kebenarannya tetapi tetap menyelewengkannya hanya kerana hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri.
-Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Pasal penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam ni......teringat saya pengalaman dulu semasa hidup di negara orang......sempat berkenalan dengan seorang paderi sebab seorang kawan menyewa bilik di rumahnya. Rupa-rupanya, paderi ni dulu seorang India muslim yang berasal dari Malaysia, tapi dibesarkan oleh makcik/pakcik nya di UK hingga akhirnya jadi soerang paderi Kristian yang berkhidmat di negara yang menjadi tempat tinggalnya pada masa itu. Apa yang menarik sikit pasal paderi ni, dia masih memilih untuk makan ayam/daging yang disembelih secara Islam yang dibeli dari kedai daging arab muslim yang saya kenal pemiliknya.....dia beritahu semasa menjamu saya masakannya....hehe...
Bila paderi ni asalnya orang Islam.....dah tentulah banyak benda pasal kepercayaan Islam dia tahu.....dan timbul jugalah topik agama dalam perbincangan pada hari itu. Cuma, bila dia guna perkataan 'Allah' dan lain-lain istilah yang bersangkutan dengan Islam, tidak timbul perasaan marah dan sakit hati saya terhadap dia sebab.......dia tidak bertindak untuk mengambil perkataan-perkataan tersebut sebagai istilah yang sama dalam ugama Kristian nya......tidak macam gereja Kristian Malaysia yang sekarang ini mahu guna 'Allah' sebagai nama tuhan Kristian, dengan cara yang boleh mengkorupkan maksud 'Allah' itu sendiri.
Rasanya...satu kesilapan x-PM Pak Lah dalam membenarkan Bible diterjemah bebas guna 'Allah' menggantikan 'God' atas desakan bumiputera Iban dulu (Bernard Dompok ni banyak push agenda Kristian masa jadi menteri di JPM dulu)......jika pun terpaksa, dia patut hadkan istilah tersebut untuk Bible dalam bahasa Iban sahaja, dan bukan bebas hingga boleh guna dalam terjemahan bahasa melayu......hingga mendedahkan ugama Islam di Malaysia kepada masaalah terbaru ini yang mempersendakan Islam..

Dari Dato Seri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...