Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Mac 10, 2009

Pendapat seorang Ibu tentang PPSMI

Assalamualaikum

Ingin merentet pendapat peribadi kat sini tp jgn lupa disalah erti ....

secara peribadi, sy ibu kepada seorg anak yg bersekolah di drjh 3..pd awal dulu..sewaktu kerajaan nak laksanakan sy cukup rs risau dan bimbang...apakah mampu anak sy menguasi pelajaran matematik & sains dlm bhs inggeris???....sbb waktu sy bersekolah dulu..semua pelajaran menggunakan bhs melayu...melainkan matapelajaran bhs inggeris itu sendiri...itu pun markah matematik & sains sy...x begitu membanggakan.

Tetapi..alhamdulillah...wlp anak sy tidak sebijak anak org lain...namun keputusan ujian dan peperiksaannya bg sains & matematik tidak pernah kurang dr 90%...sy bangga anak sy mampu kuasai mata pelajaran tersebut wlp pd dasar sy agak ragu2...ini kerana sistem PPSMI itu telah terbentuk....dan anak2 kita sudah pasti mampu untuk mempelajarinya wlp dlm bhs inggeris kerana mereka MESTI belajar...

Namun sy agak terkilan bilamana ade pihak yg cuba utk membantah PPSMI ini...kerana apa ya?...Sedangkan sy yg tinggal di hulu kampung ni sendiri amat gembira klu anak2 bangsa kuasai bhs inggeris. Bukan bermakna PPSMI ini akan membunuh bhs melayu...tidak tidak sama sekali.

Cuba anda lihat..ape jua peperiksaan di peringkat sekolah rendah hingga ke menengah...mata pelajaran apakah yg wajib untuk lulus?...pasti bhs melayu / malaysia kan...Jika tidak lulus mata pelajran bhs melayu..maka secantik mana pun keputusan mata pelajaran lain tidak akan bw apa2 pengiktirafan kepada sijil yg diperolehi. Jadi di mana bukti yg dpt mempengaruhi bhw bhs melayu akan hilang jika PPSMI di teruskan???...

Saya sendiri mmg tidak lancar utk berbhs inggeris, ada kala..anak sy yg terangkan pd sy berkenaan penggunaan bhs ingeris itu sewaktu melakukan kerja sekolah sains & matematik dirmh...kan bagus tu....kita sbgi ibu bapa juga boleh belajar sama dgn anak2 kita.

Sewaktu sy bersekolah.sy adalah pemantun peringkat negeri perak sewaktu sy berusia 16thn...hingga sekarang...sy masih mengamalkan penggunaan Pantun dan kata2 kesenian melayu dlm bisness sampingan yg sy jalankan...sy juga sering melatih anak sy mahir dlm kesenian bhs melayu...sering sy berikan sajak2,pantun2,teka teki dlm bhs melayu....namun sy tetap tidak menolak perlaksanaan PPSMI ini....

Hingga kini sy msh menyimpan minat dan mungkin juga boleh sy katakan impian untuk menjadi pensyarah bahasa melayu....tp sy tau..itu tak dpt sy miliki kerana nak masuk universiti mestilah sekurang2nya kredit dlm bhs inggeris kan....kerana itu lah sy meyokong PPSMI ini, demi utk kepentingan anak2 generasi akan dtg yg ingin melanjutkan pelajaran ke universiti...spy anak sy tidak "terlambat:" seperti sy...

Ceria seroja di kala maya,

Di kali huni bersemi melati,

Hidup Melayu kerana Bahasa,

Bahasa Tidak di jual beli

**Perlaksanaan PPSMI tidak akan membunuh bahasa Ibunda selagi ada generasi seperti saya..insyaallah..maka tidak perlu lah memorandum , rusuhan, demonstrasi jalanan.... kaum lain hy bertepuk tgn melihat kekalutan dan keegoan bangsa kita...renung2kan.

Jom ckp Jawa or Banjar...(bhs inbunda gak ni weiii)..ada sape2 yg nak layan tak?... Regards, YAN email : yan@plascentre.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...