Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Khamis, April 02, 2009

Berbuat Dahulu Baru Bercakap

Berbuat lah lebih dahulu baru bercakap Kerana buah ilmu itu adalah amalan yang sudah dibuat Jangan lah bercakap dahulu baru berbuat Lebih lebih lagi bercakap langsung tidak berbuat Ilmu yang tidak diamalkan macam senjata tidak di gunakan Ia akan berkarat Apa ertinya simpan senjata sebanyak banyaknya tidak di gunakan Ia akan menjadi bebanan Begitulah ilmu yang banyak tidak di amalkan ia akan jadi beban di Akhirat Orang yang berilmu tidak mengamalkan ilmu masuk Neraka lebih dahulu daripada orang kafir Ilmu adalah panduan jalan kehidupan Atau penyuluh jalan kehidupan untuk menuju matlamat Alangkah anehnya orang yang ada lampu suluh di tangan berjalan di waktu malam lampu suluh tidak di gunakan Ertinya walaupun ada lampu di tangan tapi dia masih di dalam bahaya Berjalan di dalam gelap tidak menggunakan lampu Padahal lampu ada di tangan Lampu itu semata mata hendak ditunjuk kepada orang Begitulah ahli ilmu yang tidak beramal padahal ilmu di perkatakan Itu tentulah semata mata hendak tunjuk pandai kepada orang ramai Bermegah megah dengan ilmu tidak ghairah beramal. Di rakam dari syarah: Ustaz Hj Ashaari Muhammad

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...