Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, April 13, 2009

Isu Ngor Kee Ming dan Al Quran

Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat

Saya terpanggil untuk menyuarakan bantahan saya.Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.
  1. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong ayat Al Quran ketika itu?
  2. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak........
  3. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari itu.
  4. Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat mainan politik nya untuk tujuan meraih undi.
  5. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu bahawa ianya bermotif politik.
  6. Begitu murah kah maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???
  7. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam selepas ini.
  8. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang.
  9. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?
  10. Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.
  11. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati
  12. Mengapa?
  13. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru.
  14. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah.
  15. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran
  16. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid.... dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya.
  17. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya malam itu?
  18. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan seorang yang mahir.
  19. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?)
  20. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan bertepuk tangan.Malang........dan memalukan..............!!!
  21. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.
  22. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam sudah tentu hari ini nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.
Untuk pengetahuan, Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia baru-baru ini telah memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian dan keagungan kitab suci itu.

25 ulasan:

R@duan berkata...

baik kita dokan,semoga ngar di kurniakan hidayah dari Allah SWT. untuk mendekati Islam, daripada kita membebel tak tentu pasal..

Tanpa Nama berkata...

Dari Mat Liah

Kalau nak tengok dari segi negatif aspect, memang seperti yang saudara Amri tuliskan. Malah banyak lagi yang boleh di tulis.

Tapi bagi pendapat saya, sekiranya kita dgn secara rigid menghadkan orang bukan islam utk cuba-cuba memahami, atau meniru hujah-hujah pasal kehidupan dan juga politik yang terdapat banyak dlm ayat Allah Subhanahuwatalla & hadis, berkemungkinan kita orang islam sendiri yang jadi penghalang kepada yang bukan islam utk mengikuti ayat-ayat Al-Quran.

Bagi kita orang Islam, ayat2 Al-Quran adalah suci dan tidak boleh di-permain-mainkan. Bagi orang bukan islam, ayat2 Al-Quran adalah satu tulisan dalam bahasa Arab yang sangat tersusun indah. Seperti kita orang Islam yang di galakkan utk membaca dan memahami tulisan2 dari penulis kafir tentang kehidupan, sains, teori metematik, fizik dan sebagainya, saya kira tidak salah bagi orang bukan islam yang ingin memetik beberapa ayat suci Al-Quran untuk memperjelas pendapat dan saranan mereka.

Malah kita sepatutnya berbangga dan patut jadikan galakan yang Al-Quran itu adalah utk semua samada orang Islam atau bukan Islam. Mungkin ianya sebagai permulaan utk orang bukan Islam melihat apa yang tertera didalam Al-Quran tentang kehidupan, politik dan sebagainya.

Kita selalu mendengar ucapan yang di petik dari falsafah lama seperti confucius, Ghandi, Steven Covey etc. Bagi saya, kitab-kitab yang ditulis oleh Iman-Iman Islam yang terkenal adalah jauh lebih baik.

Mungkin apa yang di perkatakan oleh En. Ngor Kee Ming ada kelainan atau pun tersasar dari maksud sebenar ayat Al-Quran itu, tapi bukankah itu satu tangungjawab kita sebagai orang Islam utk membetulkan beliau. Insya Allah, semoga satu hari nanti Allah SWT membuka pintu hati beliau utk lebih memahami ayat Al-Quran dan menjadikan beliau dekat dgn Islam dan bersama menyebarkan syiar Islam.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya ada perkembangan positif orang bukan islam mau menelaah kitab suci orang islam kerana pada hemat saya AQ itu untuk manusia tak kira lah dia itu siapa asalkan manusia , itu pun saya petik dr AQ juga ALLAH yang berkata sedemikian surah 2/185-Bulan Ramadhan diturunkan permulaan AQ sebagai petunjuk bagi manusia -jelas lah manusia itu tak kira lah Melayu/Cina/India/Yahudi/Nasrani/Majusi/Arab atau apa apa saja lah bangsa asalkan dia manusia dan bukan binatang olih itu kalau kita yang rasa lebih pandai daripada Cina itu berjumpa dengan nya dan jelaskan atau buat tarbiah dengan lebih jelas mungkin dengan tarbiah dan penjelasan itu dapat membuka pintu hati nya untuk mendalami ISLAM yang SEBENAR BENAR nya siapalah tahu mungkin ada nya inisiatif yang sebegitu dapat menambah satu lagi umat MUHAMMAD dan bukan membunuh atau mematahkan tunas yang sedang bertunas-Wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

Dari Rokino Bajuri:
Assallamualaikum,

Ana agak setuju dengan sebahagian pendapat anta (atau anta cut & paste je!). WALAUBAGAIMANAPUN: Bagi ana walaupun si Ngor itu sebelum memetik dan membaca serta menterjemah ayat Quran tersebut tentulah dia dah 'refer' dengan kawan2 dia dalam PR. Kalau tak, tak kan dia berani nak membabi buta jer...!

Anta kata dia berbuat demikian kerana tujuan politik. Ana setuju, Islam tu juga adalah polotik kan? Islam dan politik tak bisa dipisahkan. Sekurang2nya bila si Ngor tu berani mengunakan ayat2 al-Quran, ahli2 politik melayu terutamanya dari BN sepatutnya berasa amat malu kerana mereka sendiri sebagai umat Islam tak mahu atau tak berani nak baca ayat Quran...! Itu yang dia orang bising sangat hingga report kebalai polis...! Rasanya baik anta selidik dahulu tentang diri si Ngor itu, entah2 dia sedang mendalami Islam...mana tahu satu hari dia akan jadi saudara kita...! Tak ke malu anta nanti pada beliau...! Anta kenal ANN WAN SENG? Bukankan pada mulanya beliau pun lebih kurang si Ngor ni juga...akhirnya beliau sekarang seorang MUSLIM...! Pernah tak anta mengutuk beliau dahulu?

Baiklah, kenapa anta tidak membantah bila masjid-masjid kita membenarkan non-Muslim masuk kedalamnya. Jantan betina orang2 non-Muslim itu dibenarkan masuk kedalam masjid2 kita...siap dibuat 'jubah' khas untuk amoi2 yang pakai hot pant dan mini skirt....! KENAPA TAK BANTAH? kalau nak difikir mendalam bukan kah si non-Musliam tu semua berak pun tak basuh, mandi hadas pun tidak, ada pula tu yang betinanya mungkin ada yang sedang datang bulan masa dia masuk kedalam masjid ketika itu...! Kenapa tak bantah? Bukankan masjid itu tempat kita beribadah, tampat suci kita, kenapa biar non-Muslim yang tak mandi hadas dan tak basuh berak tu masuk masjid kita??? Buatlah bantahan...! Siapa tahu semasa si non-Muslim tu masuk kedalam masjid, meleleh darah datang bulannya, atau terjatuh tahi kering bekas dia salat tak cuci tadi....Apa kata kita buat bantahan...! Wallahuaqlambisawab.

amri el wahab berkata...

Sahabat sahabat sekalian,izinkan ana mengulas dan berbincang mengenai kenyataan Sdr Rikino Bajuri saperti berikut:

Islam dan Politik tidak boleh di pisahkan?.
Politik yang di amalkan oleh orang orang politik di Malaysia adalah politik ciptaan barat yang salah satu perkara membenarkan dan menghalalkan maki hamun, carut mencarut,hasut menghasut, fitnah memfitnah, kata mengata, dan jatuh menjatuhkan.Bahkan salah satu formula politik barat ialah "you tell lies ten times to make your lies looks like truth".Berbohonglah hingga sepuluh kali dan akhirnya orang akan percaya kepada kamu.Jadi "pembohongan" juga adalah salah satu taktik mainan politik.Semua yang tersebut adalah tersasar dari nilai nilai murni Islam.Orang barat mengatakan "politik is a dirty games".Orang politik yang ingin "survive" dalam arena politik hendak tidak hendak terpaksa terlibat dengan permainan kotor ini.Tidak kira siapa, hatta ahli agama sekali kalau tidak hati hati, pasti akan terlibat dan bergelumang dengan permainan kotor ini.
Maka dalam konteks ini ana percaya bahawa kata kata yang mengatakan Islam dan politik tidak boleh di pisahkan adalah tidak releven lagi memandang dari sudut suasana arena politik di Malaysia yang sememang nya sedang mengamalkan politik kotor.Memang benar kata kata bahawa politik itu sebahagian dari Islam tetapi politik yang bagaimana ? Tentu sekali politik Islam yang sebenar datang dari langit yang di wahyukan oleh Tuhan dan ianya bersih dan suci dari gejala gejala kekejian politik cipataan manusia .Orang yang hendak berkata kenalah ikhlas berkata "Politik Islam dan Islam tidak boleh di pisahkan".

En Ann Wann Seng yang sdr sebutkan, adakah dia mendapat hidayah dan taufiq dari pentas politik? Adakah dia dapat Islam dari hasil memaki hamun orang di atas pentas politik? Adakah dia bawa ilmu Islam yang dia perolehi sebelum Islam dengan berceramah di atas pentas politik, mencemuh lawan , mengutuk dan mengata dan di samping memperalatkan dan mempergunakan ayat Al Quran untuk menegakkan hujjah politik kotornya saperti Ngor? Dia dapat Islam dari pentas yang bersih melalui kajian, dan perdampingan nya dengan harakah harakah atau jemaaah jemaah Islam di Malaysia sebelum ini?
Rumusan: Apa yang ana persoalkan bukan tidak membenarkan orang bukan Islam mempelajari Islam.Dan bukan tidak membenarkan orang bukan Islam masok Masjid.Walhal kita semua tahu ramai pensyarah pensyarah bukan Islam mengajar Islam di universiti universit di barat.Bahkan ada yang mengajar ilmu tauhid (cemas juga kan?).Tetapi apa yang mencemaskan dan membimbangkan ialah kalau tidak di kawal, orang bukan Islam akan mempergunakan dan memperalatkan Islam untuk kepentingan diri dan politik mereka.Siapa yang boleh jamin perkara ini tidak akan berlaku?
Ingat...... TGNA pernah mengatakan DAP syaitan........jadi berhati hati berkawan dengan syaitan.(Sila klik link:http://hembusan-amal.blogspot.com/2009/04/pas-jangan-jadi-kan-islam-bahan-ketawa.html).

Ini adalah pendapat ana semata mata.Dalam persoalan ini adalah lebih bijak kita rujuk kepada ahli agama atau ulama yang ahli dalam soal ini dan dia pula neutral atau berkecuali........neutral dalam erti kata ulama yang tidak terlibat dengan kerajaan dan mana mana parti politik.

arizWanmerahs berkata...

Saya bersetuju 100 persen tulisan atau artikel saudara amri kat sini. dan saya juga setuju tulisan saudara yang mengulas ketidak fahaman Anonymous yang kat atas ni. Jadi saya nak letakkan artikel ini kat dalam blog saya juga. Sekian terima kasih daun keladi... :)

Tanpa Nama berkata...

MMg saya kenal siapa Nga Kor Ming, juga pasal anugerah yg beliau dapat. Sebagai seorg yg bijak berpidato, beliau akan menggunakan berbagai isu dan fakta demi untuk menyampaikan ceramahnya agar org tertarik. Itulah objektif seorg pemidato. Dia akan menyampaikan tajuk pidato dgn baik namun itu bukan bermakna fakta yg beliau keluarkan adalah sama dgn kepercayaan beliau.
Secara kesimpulannya, beliau menyampaikan ceramah untuk menarik perhatian org ramai dan bukan kerana mempercayai apa yg beliau sampaikan. Itulah peraturan pemidato terbaik seperti beliau.
Persamaan juga boleh di kaitkan bila kita sampaikan ceramah dgn menggunakan Bible sebagai rujukan bila kita berceramah untuk menarik perhatian golongan tertentu padahal bukannya kita percayapun pada Bible tu.
Jadi tegasnya, Nga Kor Ming tidak mempercayai Al Quran itu dan janganlah pula kita cepat terpedaya menerima dan mempercayai kata2 beliau. Janganlah kita pendek akal dan terus menganggap bahawa beliau itu telah tertarik dgn Islam dan telahpun menerima Islam sehingga beliau buktikan dgn kalimah syahadah dan mengaku sebagai islam di depan seluruh umat manusia.

Rozi Amiruddin

Tanpa Nama berkata...

-kepada amri betul apa yang anda perkatakan,tetapi cuba kita ambil
pendekatan pada sudut yang lebih terbuka dan positif,saudara ngor tu
bukan membuat ceramah agama atau menafsir ayat Al Quran tersebut
tetapi membaca terjemahannya yang memberi maksud tentang pemimpin
yang adil(secara Rigkas)memang tidak dinafikan bacaan nya salah
disebabkan slang cinanya.Apa yang harus umat islam terutama nya
ulamak dan pemimpin islam buat ialah memperbetulkan nya secara
ilmiah dan berilmu,bukan secara kasar dan keras,
supaya orang boleh melihat islam itu penuh dengan kelem-
butan dan penuh kasih sayang.bukan nya kita hentam tanpa membetul-
kan nya.sesuatu yang amat positif apabila orang bukan beragama islam
boleh menerima dan faham akan isi AL QURAN,kerana AL QURAN itu ada-
lah panduan hidup yang amat sempurna untuk umat manusia.kalau
saudara berada di luar kotak saudara akan melihat di negara islam
diluar sana lebih universal kerana sesiapa saja yang berminat
tentang AL QURAN di beri bimbingan secara baik walaupun seorang
paderi/pedita yahudi.Cuba kita ambil pendekatan seperti nabi
Muhammad SAW,nabi tak pernah mengambil sesuatu tindakan pada sudut
negatif malahan sentiasa positif dlm tindakan baginda.Contohya
semasa Nabi SAW dihalau dan dibaling batu oleh penduduk Taif,
malaikat Jibril menawarkan untuk membinasakan penduduk taif,Nabi
SAW berkata biarkan mereka,kerana kalau mereka tidak beriman,
mungkin anak cucu mereka akan beriman.Islam tidak keras dalam
tarbiyahnya tetapi cukup lembut dan berilmu.Kalau orang bukan
islam dah mula berminat tentang Al Quran,bermakna masa ini lah
patut kita manfaatkan untuk sebarkan sinar Islam bukan menakutkan
mereka.Wassalam ("SAMPAIKAN SATU ILMU ITU WALAUPUN DENGAN SEPOTONG
AYAT")

Dari Ezan

Tanpa Nama berkata...

Pasal penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam ni......teringat saya pengalaman dulu semasa hidup di negara orang......sempat berkenalan dengan seorang paderi sebab seorang kawan menyewa bilik di rumahnya. Rupa-rupanya, paderi ni dulu seorang India muslim yang berasal dari Malaysia, tapi dibesarkan oleh makcik/pakcik nya di UK hingga akhirnya jadi soerang paderi Kristian yang berkhidmat di negara yang menjadi tempat tinggalnya pada masa itu. Apa yang menarik sikit pasal paderi ni, dia masih memilih untuk makan ayam/daging yang disembelih secara Islam yang dibeli dari kedai daging arab muslim yang saya kenal pemiliknya.....dia beritahu semasa menjamu saya masakannya....hehe...
Bila paderi ni asalnya orang Islam.....dah tentulah banyak benda pasal kepercayaan Islam dia tahu.....dan timbul jugalah topik agama dalam perbincangan pada hari itu. Cuma, bila dia guna perkataan 'Allah' dan lain-lain istilah yang bersangkutan dengan Islam, tidak timbul perasaan marah dan sakit hati saya terhadap dia sebab.......dia tidak bertindak untuk mengambil perkataan-perkataan tersebut sebagai istilah yang sama dalam ugama Kristian nya......tidak macam gereja Kristian Malaysia yang sekarang ini mahu guna 'Allah' sebagai nama tuhan Kristian, dengan cara yang boleh mengkorupkan maksud 'Allah' itu sendiri.
Rasanya...satu kesilapan x-PM Pak Lah dalam membenarkan Bible diterjemah bebas guna 'Allah' menggantikan 'God' atas desakan bumiputera Iban dulu (Bernard Dompok ni banyak push agenda Kristian masa jadi menteri di JPM dulu)......jika pun terpaksa, dia patut hadkan istilah tersebut untuk Bible dalam bahasa Iban sahaja, dan bukan bebas hingga boleh guna dalam terjemahan bahasa melayu......hingga mendedahkan ugama Islam di Malaysia kepada masaalah terbaru ini yang mempersendakan Islam...

Dari dato seri

Tanpa Nama berkata...

Betul kita boleh pandang dari sudut positif. Tapi aku susah nak ke arah tu, sbb aku tak nampak yg Ngor tu minat dgn tafsiran ayat Al-Quran. Org cina ialah bangsa yg kuat semangat perkaumannya, tak payah la nak nafi, kita boleh tengok kat mana2 je. Jgn la disebabkan semangat politik yg tak berasas (ataupon bertepuk sebelah tangan, Melayu sibuk berbaik ngan cina, cina tetap pandang sepi terhadap Melayu) org Melayu sibuk nak menangkan/mempertahankan setiap apa yg org cina buat (terutamanya dari DAP).

So aku harap ahli2 politik cina di luar sana, jgn poyo2. Adat resam Melayu, perlembagaan persekutuan yg bela Melayu, institusi kesultanan Melayu pon korang tanak faham dan buat2 tak faham, ni apatah lagi nak sibuk2 tau psl Al-Quran, mesti ada udang balik me. Mesti ada motif tersembunyi. Kalau la diorang ni betul nak petik ayat Al-Quran, ikhlas sgt, aku rasa cukup la sekadar diorang baca terjemahannya.. Siap baca ayat Al-Quran tu sendiri, ni tak lain tak bukan hanya nak mengimpress org2 Melayu. Dan org2 Melayu yg mendengar pon terkinja2 seronok, sebarkan kat jiran2 satu kampung sepupu sepapat ckp cina DAP sorang ni minat dgn Islam. Lame!

Bukak la mata wahai sahabat2 seIslam/seMelayu semua...

Dari Teratai Pink

Tanpa Nama berkata...

Yalah, kalau dah minat sangat (betul2 minat) apa salahnya - ajaklah dia - belajarlah lagi - dan ajarlah dia - mudah2an terbuka hatinya memeluk Islam. Tapai guna ayat Quran utnuk memenuhi tujuan politik tak kena gayanya. Kalau tujuannay berdakwah oklah.

Dari: Zain Kadir

Tanpa Nama berkata...

Dari Zaini Zakaria

Tak perlulah sampai gadaikan agama untuk kepentingan politik..kena ada sempadan dalam berpolitik.. .

Cari persamaan sesama kita jangan besarkan perbezaan sesama muslim

Al Quran dijadikan pedoman bukan permainan... kalau wali2, tuan guru2, pak sheikh2 melencong dari ajaran Islam yang betul maka WAJIB kita tinggalkan mereka..apatah lagi orang bukan Islam yang menggunakan Al Quran yang bukan untuk berdakwah tetapi sebaliknya berkepentingan politik.

Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Assallamualaikum...

Ya benar sekali hujah saudara amri....siapakah dia yang
diberikan hak untuk menbaca dan mentafsir ayat suci
Al Quran?.
Begitulah buruknya politik sekarang...campur tangan kaum
kafir ini dlm hal ugama kita DIBENARKAN oleh pihak pembangkang
malahan mendapat tepukan gemuruh dari orang Islam sendiri.
Bagaimana PEMBESAR PAS ?. Anda kalut ataupun anda telah sadar ?.

Manjakan kaum ini...ya pasti lama laun anda dan ugama anda
akan DITELANJANGKAN tanpa anda sedar dan yang bersorak adalah
orang Islam yang berbangsa Melayu .

Wassallam

Tanpa Nama berkata...

Firman Tuhan ada mengatakan antaranya bermaksud, " Jangan kamu berTuhankan Hawa dan Nafsu.....

Fahamnya ialah kita yang berAgamakan Agama Islam adalah berTuhankan Tuhan yang mencipta kita insan yang bernama manusia.

Bangsa asing kebanyakkannya....mereka adalah kafir atau engkar fitrah bersih jiwa yang telah berTuhan sejak di alam Roh dahulu.

Jelaslah semua bangsa asing yang berAgama selain dari Agama Islam ...yang ada di muka bumi ini...mereka semua berTuhankan Hawa dan Nafsu yang dipakaikan.

Hawa dan Nafsu dipakaikan kepada kita semua untuk tujuan hidup di muka bumi ini. Hawa bermaksud pantang rendah dan Nafsu pula pantang kurang.

Orang kafir yang tidak berTuhan dalam hidup mereka hanya berkhendakkan ( sifat jiwa ) sesuatu mengikut Hawa dan Nafsu sahaja.

Kalau kedudukan jadi rebutan adakah mereka hendak turun ke bawah ?....dan kalau duit jadi Tuhan mereka...pastinya mereka tidak mahu kurang ?

Jelaslah dalam apajua keadaan sekalipun...orang kafir... tetap...mereka adalah berTuhankan Hawa dan Nafsu.

Fikir-fikirkanlah sebelum kita semua menjadi lebih parah.....

Dari Mohd Yunos Mohd Ali

Tanpa Nama berkata...

Mmg saya kenal dgn cina tersebut yg mentafsirkan Al Quran. Beliau adalah penceramah dan pemidato terbaik yg pernah mendapat beberapa anugerah. Sebagai pemidato, beliau memfokus kepada tajuk dgn matlamat utk menang dan bukannya pengertian dan kepercayaan. Saya sendiri pernah menjadi pemidato terbaik semasa diuniversiti dulu dan kemudiannya pernah melatih beberapa pemidato terbaik. Mmg itulah faktanya. Kerana itulah saya katakan bahawa beliau tidak mempercayai Al Quran dan terjemahan beliau hanyalah sebagai gimik utk menarik perhatian org yg pendek akal.
Malah beliau pernah mengaku kepada beberapa penolong peribadi beliau berbangsa cina, yg kemudiannya berbincang sesama mereka dlm bahasa mandarin yang mana kebetulan saya terdengar mereka berkata ... (saya faham bahasa mandarin... mungkin beliau tak sedar...) bahawa.. "yang penting mereka percaya... (tak perlu olah semua sbb buat sakit hati jer)"
Jadi itulah tafsiran saya... SALAH KER?
Saya pernah berbincang ttg urusan perniagaan dgn mereka ini dan saya tanya, apakah mereka sanggup berbuat sesuatu yg di larang oleh agama mereka demi memastikan keuntungan? Malah mereka semua mengaku kepada saya sendiri bahawa tuhan sebenar org cina adalah DUIT dan berpura2 bukanlah satu dosa bagi mereka. Menipu dan memanipulasi bukanlah sesuatu yg haram. Kelakarkan... bila seorg yg mengaku muslim sibuk membela org bukan muslim tentang keimanan mereka.

Rozi Amiruddin

Tanpa Nama berkata...

Apa tujuannya? Apa agendanya? Di seorang kristian - dalam kristianiti tak ada ke apa2 yang nak dipetik. Kalau berminat sangata degan Islam belajar dan tauhidlah. Jadi dia cuma nak IMPRESS orang Melayu yang beragama Islam - tapi malangnya yang mendengar tu pun bukan pakar atau faham sangat tentang Islam - pak turut aje. Seronok dengar dan tepuk tangan.

pejuang bangsa berkata...

SY XFHM NGAN ORG POLITIK SKANG NI N PENGIKUT2NYA BAIK PAS BN PKR(TDK TEMASUK DAP),PARTI2 DIATAS NI SUMERNYE DITUNJANGI OLEH MELAYU ISLAM...YG KONONNYA NK MENJADIKAN SUMER ETNIK KT MALAYSIA NI SATU BANGSA IAITU BANGSA MALAYSIA.KORANG SUME X SDAR KE YG MELAYU NI LEMAH,CUBALAH PG KE AREA2 KLANG(KAW INDIA),TRIANG PAHANG(KAW CINA)PETALING STREET....DLL,TGK LA KLU KORG WAT HAL KT TPT DIORG,COMFIM MATI NYE KNA PUKUL...MASUK TPT DIORG PUN DH PANDANG KT LAIN MCM,NGAN CARA LAYANAN KUANG AJAR DIORGNYE LG...SEOLAH2 OLAH KT NI HAIWAN DIBUATNYA.SAMA KE DNGN LAYANAN KT KLU DIAORG NI MASUK TPT KITA?CARA KT MELAYAN MEREKA,JAGA HATI MEREKA.....MCM NI NK JD SATU MALAYSIA,SEBENARNYA MELAYU X PERKAUMAN TP BANGSA2 LAIN LA...YG KUAT PERKAUMAN.TLGLA...JGN PERCAYA NGAN PEMIMPIN2 POLITIK SKANG NI SBB DIORG X RASA MCM KT ORG BIASA RASA,DIORANG DILAYAN BAIK SEBAB KAUM2 LAIN TU ADA AGENDA,TP KT ORG YG X BERKEPENTINGAN NI TGKLA...CMNE CARA DIORG LAYAN KITA.KITA KLU DIORG WAT MASALAH KT KG KITA,KITA X TERUS MELENTING TP KLU BOLE BBINCANG KT BEBINCANGTP KLU ORG MELAYU WAT HAL KT TPT DIORANG WALAUPUN X SENGAJA KLAU BOLEH NK BG MATI JE.SEDARLAH MELAYU,KITA BOLE BERKONGSI NGAN KAUM LAIN TP APA YG KAUM LAIN LEH KONGSIKAN NGAN KITA??

Tanpa Nama berkata...

salam..


marilah kita sama2 doakan moga2 dengan kejadian ini..
lebih ramai non-muslim cuba mempelajari ISlam..
dan..
moga Allah membuka hati Ngor Ka Ming untuk memeluk ISlam..
ISlam itu indah..HIdayah Allah itu juga pelbagai..


wsalam..

Tanpa Nama berkata...

membaca utk mengkaji dan membaca utk tujuan politik tu lain.
Jgn la kita membolehkan sesuatu kerana dia memihak kepada kita.


contoh:
ada seorag tu kata bla bla bla.... ringkasnya tak boleh guna kroni. pasal tak adil,
zalim dsbnya...


bila kena kena batang hidung sendiri, kata boleh guna kroni. contoh
para sahabat nabi pun amal kroni.....


korang mesti tau sapa yg cakap tu, kalau tak tahu, rajin-rajin le baca dan
mengaji.

Tanpa Nama berkata...

salam,

saya juga tidak setuju ayat al-quran diguna-pakai oleh orang bukan islam dengan sesuka hati.

ya memang betul al-quran diturunkan untuk seluruh alam, tetapi untuk membaca malahan memegangnya sekalipun telah ditetapkan adabnya.

sedangkan wanita islam yang berhaid dan nifas pun dilarang membaca al-quran. inikan pula saudara ngor yang bukan islam ini.

adakah kita patut berbangga jika seorang yang tidak berhadas, dalam keadaan tidak suci , tidak mengucap membaca al-quran.

di manakah letaknya islam anda, membiarkan malahan bermegah dan bergembira bila orang-orang sebegini mempermainkan ayat al-quran dengan tidak mengikut adab yang telah ditetapkan.

al-quran bukanlah hanya sebuah kitab yang anda boleh samakan dengan buku-buku yang boleh dipijak-pijak sesuka hati atau kitab-kitab lain hatta karangan imam-imam besar sekalipun, al-quran itu tiada bandingan.

anda kene ingat rukun iman yang ke-empat, PERCAYA KEPADA KITAB_KITAB.
al-quran itu adalah salah satu cabangan rukun iman.

oleh itu peliharalah ia, bukan sahaja dari segi bacaan, malahan adab membaca dan memegangnya.

jika benar saudara ngor begitu arif dalam pengkajian islamnya maka beliau patut tahu sebagai orang bukan islam, beliau hanya boleh membacakan tafsirannya sahaja.

adakah dia belajar daripada seorang individu islam atau belajar sendiri?

jika beliau belajar sendiri, saya berharap agar ada individu islam yang sudi mengajar beliau dengan betul agar terbuka pintu hati beliau menerima hidayah allah dan bukannya bacaan beliau hanya sebagai gimik politik sahaja.

teguran saya kepada anda yang bersetuju cuma satu sahaja, JANGANLAH ANDA TERLALU GHAIRAH UNTUK MENGHALALKAN ATAU MENGHARAMKAN SEMUA PERKARA YANG ANDA RASA BOLEH MENJADIKAN PERKARA TERSEBUT LEBIH ISLAMIK.

wallahualam...

honeykurt@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

harus diingat al-quran diturunkan utk semua manusia bukannya utk org mlyu saja! jika kita mngnangap org bkn islm tidk bleh membaca al-quran, smpai bila2 pun mreka tdk brmnat dgn islm! saya suka mngambil cntoh tddakkn tony blair yang sekarg ni tengah mgkaji(keistmewaan) isi kndngan al-quran. adkh kdngaran para ulama`2 bsar mmbantah tindkkan tony blair ini?
>
> dlm kes ni (ngor kee ming) kita ptut rsa bangga dgn tndkkn brani yb trsbut. tkkn yb tu tktau risiko ble brmain api? ini jga mnjukkn dkwh parti islam diklntan ini sdkit sebnyk dapat mengubat ketakutan org bkn islm trhdp islm. zman skrng nie kita lebih rasa bangga ble ank2 kita bejya mnjadi pembela undng2 barat dripada mngakkn undg2 allah!
>
> -EwantZzz

Tanpa Nama berkata...

Kpd EwantZzz,

X SALAH KE?????

1st skali i nak tnya, sebelum u tulis pendapat u ,u ada buat rujukan kee?
atau sekadar pendapat sahaja.?

memang betul AL-QURAN diturunkan untuk semua umat manusia, tapi harus diingat, ianya perlu dipelajari dan mesti mempunyai guru untuk mengajar seseorang yang ingin mengaji (membaca AL-QURAN). tidak boleh suka-suka nak sebut ayat suci tersebut.

ini adalah pendapat saya. saya pun bukan pandai sangat pasal ini semua. dan disini saya ingin bertanya kepada yang betul2 pakar dlm bidang ini.

tolong jelaskan.. sebab AL-QURAN bukan mainan.

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Di larang memperalatkan bacaan Al Quran utk tujuan duniawi.
Contoh: Seorang peniaga memasang kaset bacaan Al Quran utk tujuan menarik pelanggan datang membeli dikedai nya.Di sini dia di katakan memperalatkan Al Quran utk tujuan perniagaan nya.
Begitu juga bagi orang politik yang membaca Al Quran bagi tujuan meraih undi dari orang ramai.Di sini dia di katakan memperalatkan Al Quran utk tujuan politik nya.
Tidak salah orang bukan Islam membaca Al Quran selain dari tujuan di atas.

Tanpa Nama berkata...

saya rasas amat baik kalau bukan islam mendekati islam dengan membaca kitab suci quran, terjemahan pun cukup lah.

2. soalan saya, adakah kor meng baca quran tersebut kerana mencari kebenarannya? kagum dengan mukjizatnya? atau semata-mata kerana political mileage? Kalau baca kerana mahukan political mileage dan kita membenarkan kitab suci kita di perlakukan demikian tak herannya tanah melayu di jajah lebih 400 tahun. Baiknya dia quote dari kitab "the teaching of budha" ...tak payah libatkan agama yang dia sendiri tidak percaya. Tambahan pula main ambik sikit-sikit and out of context.

SALIM

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah Orang Bukan Islam Membaca al-Quran?
Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN
Beberapa hari yang lalu saya telah berkesempatan untuk bersembang-sembang dengan seorang sahabat lama saya melalui Yahoo Massenger. Pelbagai perkara diperkatakan oleh kami. Antara perkara yang menjadi topik hangat perbincangan kami ini adalah isu yang berkaitan dengan masalah sosial remaja masa kini dan bahaya pengaruh fahaman Wahabi yang melanda mahasiswa dan mahasiswi di Institut-Institut Pengajian Tinggi Awan / Swasta di Malaysia pada waktu ini. Masalah seperti ini begitu membimbangkan masyarakat Islam yang begitu menaruh harapan tinggi kepada muda-mudi ini untuk mengemudi kemajuan negara pada masa hadapan.
Dalam perbincangan itu juga sempat kami perkatakan mengenai keadaan semasa politik tanahair. Isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan: Adakah boleh orang bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran al-Karim? Perkara ini mula timbul menjadi bahan panas media massa setelah seorang Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis bernama Y.B. Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat (PR) telah membaca ayat al-Quran al-Karim dalam ceramahnya di Bukit Gantang. Perkara ini terus menjadi panas setelah keluar satu kenyataan dari Mufti Kerajaan Negeri Perak iaitu S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria yang mempersoalkan tindakan Y.B. Nga Kor Ming tersebut.
Beberapa pihak dari NGO turut serta membuat laporan polis terhadap tindakan Y.B. Nga Kor Ming ini. Mereka mendakwa Y.B. Nga Kor Ming telah mempersendakan al-Quran al-Karim untuk tujuan politik semata-mata. Namun ketika ditanya pula kepada Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perkara ini maka beliau tidaklah menyalahkan Y.B. Ngo Kor Ming di atas tindakannya membaca ayat al-Quran al-Karim. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidur Am PAS turut memuji tindakan Y.B. Ngo Kor Ming yang cuba mendalami dan memahami agama Islam ini.
Oleh hal yang demikian, sahabat saya ini telah mencadangkan kepada saya untuk menyediakan sedikit informasi dan penerangan yang boleh menjernihkan kembali suasana politik tanahair mengenai isu ini. Saya menerima cadangan ini dengan hati yang terbuka. Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyebelahi mana-mana pihak, namun penulisan ringkas ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk memperbincangkan isu ini secara ilmiah serta membantu memberikan idea dalam menyatukan semula hubungan sesama masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam di Malaysia. Semoga tulisan ini mendapat manfaat yang berguna.
TUNTUTAN KEPIMPINAN DI DALAM ISLAM
Hakikat diutuskan Rasulullah S.A.W. kepada umat manusia adalah untuk memimpin seluruh umat ini dan membebaskan mereka dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Allah Taala juga telah mengutuskan para rasulNya untuk menyeru kepada akidah yang benar dan membawa umat ini keluar dari kemurkaanNya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul pada setiap umat (untuk menyeru): Sembahlah Allah (semata-mata) dan jauhilah thagut.
(Surah An-Nahl: Ayat 36).
Maka kita boleh katakan bahawa makna kepimpinan di dalam Islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi ini demi mewujudkan kebaikkan dan menjalankan proses untuk mengislah umat ini untuk mendapat keredhaan dari Allah Taala. Rasulullah S.A.W. sendiri telah memerintahkan supaya berlakunya kepimpinan itu walaupun dalam bentuk jumlah jamaah atau kumpulan yang sedikit.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Jika tiga orang keluar dalam suatu perjalanan maka hendaklah mereka mengangkat salah satu di antaranya sebagai pemimpin.
(Riwayat Abu Daud).
HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL-QURAN
01. Berikut adalah fatwa dari Syeikh Atiyyah Saqr (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar)seperti yang terdapat di dalam kitabnya Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam:
Soalan:
Saya merupakan seorang guru al-Quran al-Karim dan Bahasa Arab. Terdapat nas-nas al-Quran al-Karim dalam sukatan pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua pelajar dan antara mereka adalah orang Islam dan bukan Islam. Maka adakah boleh orang bukan Islam membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran al-Karim?
Jawapan:
Berkata sebahagian ulama: Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan.
02. Dalam perbincangan dan pertanyaan saya dengan pensyarah hadis kami iaitu Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar maka beliau mengatakan:
Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa.
BAGAIMANA MENGHADAPI KHILAF INI?
Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:
Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.
(Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).
Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.
BERSATU DI ATAS NAMA ISLAM
Isu bacaan ayat al-Quran al-Karim oleh Y.B. Nga Kor Ming dalam ceramah politik di Bukit Gantang tempoh hari membawa kepada pertikaman lidah antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Jika permasalahan seperti ini tidak dapat dibendung dan ditangani dengan baik oleh semua pihak, kemungkinan akan berlaku lagi kerenggangan hubungan yang lebih parah antara umat Islam di Malaysia dari semasa ke semasa. Pada pandangan saya, isu ini sebenarnya boleh ditangani dengan baik sekiranya kedua-dua pihak saling berlapang dada dan menghormati antara satu sama lain. Inilah yang diajar oleh Islam kepada umatnya yang berselisih faham supaya jangan berpecah-belah.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul (Nya) dan pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(Surat An-Nisa: Ayat 59)
Masalah ini akan mula timbul sekiranya ada satu pihak begitu cepat melatah dan cuba memperbesarkan sesuatu isu itu di atas tujuan kepentingan politik masing-masing. Pada saya, kedua-dua tokoh ini (S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat) bercakap dan memberikan pandangan mereka secara bebas di dalam kerangka pemerhatian masing-masing. Kedua-duanya mempunyai hujjah dan alasan yang tersendiri untuk kebaikkan umat Islam di Malaysia. Cuma cara dan jalannya sahaja yang berbeza untuk sampai kepada matlamat yang sama iaitu Islam.
Marilah sama-sama kita menasihati diri sendiri dan sahabat-sahabat kita di sekeliling agar jangan terlalu taasub dan cepat melatah terhadap sesuatu perkara itu. Kadang-kala pihak penyokong dan pengikut yang terlebih agresif dan ekstrem sedangkan para pemimpin mereka tidaklah sebegitu rupa. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sentiasa bersatu di atas nama Islam. Berbincanglah dengan baik sekiranya berlaku sebarang permasalahan. Di luar sana musuh-musuh Islam sentiasa memerhatikan gelagat kita ini untuk mencari kelemahan dan kekurangan suapaya mereka dapat menyerang Islam dari segenap sudut.
PENUTUP
Sebenarnya saya tidaklah begitu layak untuk memperkatakan sesuatu mengenai kedua-dua tokoh ini kerana diri ini tidaklah sehebat mereka. Namun di atas dasar Islam dan ilmu, saya tuliskan juga pandangan peribadi saya mengenai isu ini untuk dikongsi oleh semua pembaca. Saya berharap agar medan politik di Malaysia sentiasa di dasari oleh Islam sebagai tunjangnya supaya masyarakat kita dapat berteduh di bawahnya dengan aman dan harmoni. Semoga tulisan saya ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. InsyaAllah.

Kiriman :Hasan Nazam dari Yahoo group Taman2 Syruga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...