Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, April 12, 2009

Orang Politik dan Rakyat - apa mereka mahu sebenarnya?.

Melihat kepada gelagat dan telatah orang politik dimana sahaja, contoh terbaru apa yang berlaku di Perak, amat memualkan rakyat umum. Rakyat tahu disebalik laporann-laporan yang tersirat itu amat banyak lagi yang terselindung dan tidak tersingkap. Rakyat tidak lagi melihat apa yang berlaku, tetapi sebab apa sesuatu peristiwa itu berlaku. Betapa pun ditutup, tidak akan mengubah perasaan rakyat umum yang menganggap terdapat berbagai muslihat disebaliknya.

Tindakan-tindakan dalam politik sering dikaitkan dengan tektik kotor atau bermain kotor. Orang politik tidak mengira kesan jijik yang dilihat oleh rakyat. Apa yang penting bagi orang politik ialah mencapai matlamat politik. Semua cara adalah halal.

Memang itulah yang diajarkan dalam politik yang sumber ilmu politik itu adalah Yahudi. Apa akan terjadi sekiranya rakyat umum muak, bosan dan benci terhadap politik begini? Samada BN mahupun PR memakai tektik yang sama. Sama-sama jahat politik.

Resah dan keluh kesahnya rakyat umum di terima sambil lewa dan acuh tak acuh oleh orang politik. Kalau adalah bancian dan statistik nescaya semua pehak terkejut bahawa dalam tempuh lima tahun terakhir ini paling banyak berlaku demonstrasi. Sebenarnya bukan tiada saluran atau tidak tahu saluran, tetapi itulah tandanya keluh kesah rakyat. Namun bagitu perasaan rakyat siapa yang mahu peduli. Kekosongan jiwa rakyat itu siapa yang mahu memenuhinya.
Apa sebenarnya yang rakyat mahu? Rakyat mahukan pemimpin yang bersikap umpama ayah dan ibu kepada mereka. Pemimpin yang membawa kasih sayang. Pemimpin yang menjadi penyelamat, pembela dan penghibur melalui kasih sayang. Mahukan pemimpin yang memimpin rohaniah mereka serta memenuhi kehidupan mereka. Mahukan pemimpin yang benar-benar mampu menggandingkan material dan spiritual, seiring membangun tamadun material dan rohaniah. Barulah kepuasan hidup rakyat dapat dipenuhi. Rakyat mahukan pemimpin yang benar-benar baik, bersih dan bertaqwa yang Tuhan bantu dan tolong segala urusannya. Segala urusan rakyat Tuhan mudahkan. Makmur segala hasil bumi. Tenteram semua manusia dari gejala sosial. Inilah tanda berkat dari Tuhan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari Mr Bad

mariah kita pakat2 renung...kemana hala tuju kita semua

Tanpa Nama berkata...

JAWAPAN MUDAH
1 Orang Politik mahu kuasa, Pangkat dan pulusssss.........
2. Sanggup Putar belit hukum agama dan fakta yang benar......untuk menang
RAKYAT MAHU
1. Mahu Kemajuan , Mahu orang yang di sokong menang walaupun tak sesuai
dan tak layak.. jadi pemimpin......
2. Menyokong Politik berdasarkan Agama tetapi tidak tahu disebaliknya.....
3. Rakyat Buat tunjuk perasaan mahu menang ......yang buat ini kurang fikir tentang risiko dan bahaya diri....
4. Bila Polis Laksana undang-undang pun cakap zalim...........
5. Kalau negara huru hara mereka salah pemerintah dan Polis tidak cekap......yang mula rusuhan dia tapi salah orang lain......
6. Yang tunjuk perasaan .....Melayu yang bodoh Melayu.....Polis pun Melayu.......yang untug fikirlah siapa? jual T/Shirt, Lilit Kepala, Topi.....sampai air minumpun jadi duit........yang rugi siapa??? Melayu.......

Melayu......Melayu........Melayu ......Negara Melayu.......runtuh Negara Melayu......Yang memerintah pun Melayu ......Apa hal Melayu mahu rosak Melayu........hapuskan perpecahan Melayu jadikan Melayu Bersatu.........Mulaii Sekarang........Lepas PIlihan raya fikir untuk bersatu bukan mahu pecah.........





jgn la idop bawah tempurung dan berfikir sempit... jgn sebab ada 2,3 kerat org cakap nada mcm ni
dan kita pn terikut sama. kalau nak tau..sama2 la menyelam dunia politik ni, dan utk penutup cerita
saya nk tnya.. Nk ke Tuan Guru2 mcm nik aziz, haron din,taib azamudin atau hadi awang yang ibadah hariannya memang dah cmfm bukn setakat kita tk larat nk buat malah tengok pn penat..sangup bergelumang dan mengetuai politik jijik,kotor yg mcm dikata nie!!!
pk laa,ada hikmah dan petunjuk bagi manusia yg br pk..

Macam Tok Guru.....Tak Nak.......................

Dari Asri Cd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...