Lidah cabul, suka memaki hamun, mengumpat dan suka berkata benda benda kotor adalah sifat keji yang di larang oleh agama.Ia nya adalah di antara sifat sifat yang tercela.Dalam agama manusia yang ada sifat ini di kategorikan manusia yang jahat dan durjana.
Amat malang sekali Umat Islam zaman ini terutama pemimpin pemimpin politik berdemokrasi dan penyokong penyokong nya, ramai yang terkena penyakit ini.Mereka mengamalkan sifat ini terang terang tanpa segan silu.Seolah olah ia nya satu kemestian bagi orang orang politik untuk memiliki sifat ini dalam berpolitik.Orang politik yang tidak mempunyai sifat ini akan tertekan dan tersingkir.
Bahkan ada ahli ahli agama yang membenarkan perkara ini (terutama bab mengumpat) atas alasan menentang kezaliman.Memang benar tetapi sifat ini tidak boleh di pergunakan sesuka hati .Hanya kadhi, hakim dan ulama sahaja boleh mengumpat.Kerana mereka arif dalam perkara ini.Bagi orang awam adalah terhad.Itu pun ada juga ulama mengatakan mengumpat yang di benarkan itu pun amat bahaya kalau di laksanakan.Ia nya umpama bermain main di pinggir neraka! Tersilap mengumpat masok ke dalam lubang neraka.
Mengumpat itu melanggar kehormatan orang lain saperti yang di jelaskan oleh Sabda Rasulullah s.a.w:
"Wahai golongan orang orang yang telah beriman lidah nya, tetapi belum beriman hati nya! Jangan lah kamu mengumpat kaum Muslimin dan jangan pula mengintip intip keaiban keaiban nya.Sebab barang siapa yang mengintip keaiban saudara nya nescaya Allah akan mengintip keaiban nya, nescaya Dia kan mendedahkan nya, meskipun ia berada di tengah tengah rumah."
Sabda nya lagi"Wahai orang orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang di hina itu lebih baik dari yang menghina.Dan jangan pula kaum perempuan menghina perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina."
Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud:
"Waspadalah kamu dari kata kata yang kotor, kerana sesungguh nya Allah Ta'ala tiada suka kepada kata kata yang kotor dan perilaku yang cabul."
Rasulullah s.a.w pernah melarang para sahabatnya supaya jangan memaki hamun kaum Musyrikin yang terbunuh di dalam peperangan Badar dengan sabdanya:
"Jangan kamu memaki maki mereka ini, yakni orang orang Musyrikin yang terbubuh di dalam perang Badar itu, sebab caci maki mu itu tidak akan memberikan apa apa kesan kepada mereka, malah sebalik nya kamu akan menyakiti hati orang orang yang masih hidup (dari keluarga si mati).
Bahawsanya kata kata kotor itu adalah suatu kejahatan.
Rasulullah bersabda lagi:" Bukan seorang Mukmin jika ia jadi pencaci, pelaknat, yang suka berkata kotor kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata kata hina."
Datang seorang Arab badawi kepada Rasulullah s.a.w lau bertanya.
"Wahai Rasulullah! Berikanlah aku suatu wasiat ! Maka Rasulullah pun bersabda:
" Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah. Kemudian sekiranya ada orang yang memalukan engkau lantaran sesuatu keaiban yang di ketahuinya ada padamu, maka jangan lah hendaknya engkau membalasnya dengan memalukan nya lantaran sesuatu keaibannya yang engkau mengetahui pula, kelak bencananya akan tertimpa atas orang itu, manakala pahalanya pula akan dicatitkan bagi mu.Juga jangan sekali kali memaki sesuatu."
Rujukan: Kitab Ihya' Ulumiddin
2 ulasan:
ASSALAMUALAIKUM...... ^_~
Berdasarkan dalil-dalil berkenaan Ghibah, para ulama dan sebahagian besar mereka bersepakat bahawa secara umumnya mengumpat(Ghibah) adalah haram . Ghibah dibolehkan untuk tujuan yang sah mengikut syari’at, di mana ada permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kecuali hanya dengan melakukan ghibah tersebut. Ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah yang membenarkan dan tidak melarang Ghibah pada keadaan tertentu seperti yang disebutkan dalam dalil-dalil di bawah. Terdapat enam situasi yang membolehkan Ghibah dilakukan:
1. Mengadukan kezhaliman (at-tazhallum).
Boleh bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang menimpa dirinya kepada penguasa, qadhi, atau yang memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut keadilan ditegakkan, misalnya dengan mengatakan Si Fulan telah melakukan kezaliman terhadapku dengan cara seperti ini dan itu
2. Permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb).
Seseorang itu boleh menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran. Dengan kata lain, maksud penceritaan itu mesti menuju kepada terhapusnya suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu tidak bertujuan untuk mencegah kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.
3. Permintaan fatwa (al istiftâ`).
Misalnya, seseorang mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini. Lalu apa yang harus aku lakukan padanya?; Bagaimana cara agar aku terlepas darinya, mendapatkan hakku, dan terlindung dari kezaliman itu? Atau apa sahaja pertanyaan yang seperti itu. Maka hukumnya boleh jika diperlukan. Tetapi lebih tepat dan lebih afdal jika ia mengatakan, bagaimana pendapat anda tentang orang atau seseorang, atau seorang suami yang telah melakukan hal seperti ini? Oleh itu, ia akan dapat memperoleh jawapan tanpa perlu menceritakan perinciannya iaitu tanpa perlu menyebut siapa orangnya dan sebagainya. Meskipun demikian, tetap dibolehkan untuk melakukan perincian (at ta’yîn).
4. Mengingatkan kaum muslimin agar sentiasa berwaspada terhadap suatu keburukan dan menasihati mereka (tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum).
Terdapat beberapa situasi antaranya adalah:-
~ menceritakan keburukan sifat orang yang memang perlu disebutkan keburukannya (jarhul majrûhîn) iaitu dari kalangan para perawi hadis dan saksi-saksi (di pengadilan, dsbnya)
~ meminta pandangan atau pendapat (musyawarah) tentang seseorang calon suami/isteri yang bakal di nikahi (mushâharah), kerjasama, memutuskan kerjasama, mua’amalat dan lain sebagainya, atau tentang hubungan kejiranan.
~ jika seseorang melihat orang lain yang belajar agama pada orang yang berbuat bidaah atau orang fasik dengan niat untuk mendapatkan ilmu dari pelaku bidaah dan orang fasik tersebut, lalu dengan itu dikhuatiri ia akan mendapat kemudaratan, maka ia mesti menasihatinya dan memberikan penjelasan mengenai keadaan sebenarnya.
5. Seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya
Memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya. Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.
6. Panggilan nama atau gelaran(at-ta’rîf).
Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A’masy (Si Mata Rabun) atau al-A’raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A’maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari di gunakan.
Dari: Mat Ali
Salam ,
Mohon jangan fwd email macam ni lagi, sebenar orang2 yang terlibat dalam
perjuangan saja yang tahu bertapa pedihnya bila kita dihina & difitnah
dalam media2 kerajaan lebih2 lagi semasa pilihanraya, orang Pas macam
manusia biasa jugak, bila terlalu ditekan kadang2 terlepas cakap juga,
orang2 yang tidak terlibat dalam perjuangan politik kepartian tidak akan
dapat merasa kan semua ni, kita berjuang bukan untuk kepentingan diri tapi
untuk Islam,kita memang akui memang banyak kelemahan sana sini yang harus
diperbaiki tapi bukan caranya kita mempromosikan kelemahan tersebut semata2
untuk dicredit golongan ini,kita patutnya fokus dan lebih kritis kepada
permasalahan ummah yg lebih besar..
wassalam
Catat Ulasan