Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Khamis, Januari 20, 2011

Fatwa di langgar kerana berfahaman sekular.

Ideologi sekularisme tajaan barat yang memisahkan urusan kehidupan dunia dari agama telah menular ke hampir semua negara Islam di dunia ini.Rupa rupa nya ideologi ini telah memberi hasil yang amat buruk sekali kepada penghidupan manusia sejagat.Kehidupan manusia bukan bertambah baik tetapi menjadi begitu pincang dan cacat.Di barat di mana ideologi ini bermula masyarakat manusia sudah hilang identiti kemanusiaannya.Manusia ramai yang sudah tidak percaya kepada agama, kerana mereka menganggap agama itu candu yang merosakkan akal fikiran manusia.Walhasil tanpa agama, mental dan spiritual manusia di kuasai oleh nafsu dan syaitan, hingga jadilah manusia saperti syaitan atau binatang.Akal dan jiwa yang murni sudah tidak berfungsi lagi.


Kita orang Timur walaupun katanya beragama,(yang bergama Islam pun juga) sudah berjaya di rosakkan oleh fahaman sekular tajaan barat itu.Kita sudah hampir jadi senasib dengan orang barat sebab agama tidak di jadikan panduan hidup.Agama pada sesetengah orang hanya tinggal nama sahaja.Sebab itu umat Islam di timur, termasuk di Malaysia yang sepatutnya hidup dalam keadaan berbaik baik sudah jadi kelam kabut dan huru hara macam orang barat.

Pemerintah dan pemimpin oleh kerana berfahaman sekular mereka menganggap agama perkara kedua dalam pentadbiran negara.Jika ada fatwa yang di keluarkan oleh mufti mufti yang mereka sendiri lantik, yang tidak menyebelahi mereka, mereka tak ambil peduli dan langgar.Mereka menjatuhkan kredibilti mufti mufti mereka sendiri.Contoh, pada satu ketika dulu seorang mufti negeri Perak telah menfatwakan bahawa aktiviti "Jom Heboh" mendorong kepada maksiat maka ianya haram di anjurkan.Pemerintah tak ambil peduli.Sepatutnya kalau mahu membenarkan ianya di anjurkan juga cari jalan alternatif untuk "mengIslamkan" Jom Heboh itu.Ini boleh di lakukan kalau mahu, saperti yang di lakukan oelh kerajaan Negeri Kelantan tidak lama dulu.Jom Heboh berjaya di anjurkan di sana dengan syarat syarat yang di tetapkan, iaitu megikut lunas lunas syariat Islam.

Begitu juga berlaku dalam persatuan persatuan, NGO dan parti Islam yang juga tidak kecuali di landa fahaman sekular.Ada sebuah parti yang mempunyai dewan ulama tetapi kerap kali suara mereka tidak mahu di dengar oleh beberapa orang pemimpin nya kerana pendapat dan nasihat dewan ulama mereka tidak menyumbang kepada "politik gain" parti.Walaupun mereka mengaku mereka tidak sekular,samada sedar atau tidak, sengaja atau tak sengaja, tetapi ajaran sekular mereka guna juga.Ini menunjukkan fahaman sekular telah melanda di mana mana tempat orang Islam macam bah yang tidak dapat di bendung lagi.

Sekular mengajar ulama ulama yang patut jadi obor menaungi umat menjadi peluru peluru berpandu yang mengeluarkan fatwa fatwa yang bercanggah di antara mereka hingga umat jadi kucar kacir.

Sekular juga mengajar ibu ayah yang sepatutnya jadi ketua rumahtangga menjadi penjahat penjahat yang menyeksa anak anak.Anak anak sepatutnya begitu kasih dan taat kepada kedua ibu bapa.Tetapi tidak demikian.Ajaran sekular telah mengajar anak kita bertanya kita balik "Mengapa lahirkan saya di dunia, mengada ngada nak lahirkan saya maka tanggunglah beban?" Begitu lah sikap anak berpendidikan sekular.

Suami isteri susah untuk berbaik baik.Suami kalau mahu "menggauli" isteri tanpa persetujuan di kira rogol dan suami boleh di dakwa di mahkamah.Ini ajaran sekular.Mereka tinggal serumah tetapi tidak sehaluan.Sering berselisih faham, berkrisis, berpecah belah dan bercerai berai.Kegilaan kepada dunia serta sikap kau kau aku aku yang di ajar oleh fahaman sekular telah memutuskan kasih sayang dan rasa kemanusiaan sesama manusia.

Muda mudi sekular zaman ini sudah rosak sama sekali.Mereka bukan lagi pemuda pemudi harapan agama dan negara bahkan menjadi pemuda pemudi masaalah agama dan negara.Sistem pendidikkan sekular yang di guna pakai oleh pemerintah gagal melahirkan manusia manusia yang bertanggung jawab.

Sekularisme tidak ada cara untuk memproses manusia supaya berfungsi sebagai manusia.Nafsu sahaja yang di gemukkan tapi jiwa dan akal manusia tidak di bentuk untuk menjadikan manusia benar benar manusia saperti yang gariskan dalam ajaran Islam.Akhirnya manusia mewarisi watak haiwan atau syaitan.Sudah tentu lah acuan yang rosak akan mengeluarkan kuih yang rosak.

Bilakah akan lahir seorang pemimpin penyelamat yang akan menyelamatkan umat Islam sedunia dari cengkaman Sekularisme ?



Wallahu'alam.

1 ulasan:

Kholid Ali berkata...

Saya sangat setuju dengan hampir keseluruhan apa yang diperkatakan penulis. Bercakap soal masalah anak-anak maka ibubapa lah yang sering dipersalahkan. Pemimpin (pemerintah) beragama Islam juga menuding jari kepada ibubapa pada hal mereka juga memegang amanah membimbing masyarakat terutama anak-anak muda kejalan yang diredai Allah swt. Mufti sekadar mampu bersuara tapi tak mampu berbuat apa-apa bagi memastikan segala yang difatwakan dipatohi !! Tapi Mufti yang bersuara pun hanya seorang dua yang lain ? berkecuali lah agaknya !! Mereka "yang berkecuali" mungkin tak mau syurga yang dijanjikan Allah swt dan tak mau juga neraka !! Hari ini ialah hari terakhir tahun 2010 dan beberapa jam lagi akan muncul tahun 2011 dan segala perancangan kearah maksiat sebagai menyambut kedatangan 2011 turut didokong oleh pemimpin pemerintah beragama Islam.

Sedekad yang lalu sistem pendidikan agama hampr "dibunuh" oleh pemerintah berfahaman sekular. Hingga hari ini ianya belum betul-betul dipulihkan. Anak-anak yang dididik secara terpisah dari ajaran agama (sekular) lebih terpengaroh dengan segala maksiat yang "dihalalkan" oleh pemerintah. Apa ibubapa mampu lakukan ?? Anak belajar di Kuala Lumpur atau di mana-mana saja walau pun sekadar 50 km dari rumah mana mungkin segala gerak geri anak-anak dipantau ??

Ratusan tahun negara kita dijajah tapi penjajah tidak lakukan apa yang pemimpin Melayu/Islam pernah lakukan !!. Sebaliknya pendidikan ala Barat yang berpaksikan ajaran-jaran sekular dibuka seluas-luasnya. Berapa orang pemimpin negara kita yang berpendidikan Barat ?? Hampir kesemuanya berpendidikan barat.PM keempat tidak berpendidikan Barat (tetapi tetap sekular) walau pun pada mulanya rakyat beragama Islam menaroh harapan tinggi apabila berbagai slogan yang bercirikan Islam dilaung-laungkan. Antaranya Penerapan Nilai-Nilai Islam dan banyak lagi.

Yang menakutkan ialah Allah menjanjikan neraka paling bawah kepada kaum munafiq dan adakah ramai dari kalangan kita yang mewarisi Islam akan terselamat dari dicap munafiq setelah segala cara hidup banyak yang terkeluar dari ciri-ciri orang beriman ?? Yang jadi pemimpin tentunya orang bijak pandai tapi lebih rela bersekongkol dengan syaitan dan paling malang ialah penyokong dan pengikut mereka yang tersangat nipis imannya akan terseret kedalam golongan ? munafiqin. Di hadapan Allah lain mereka cakap tapi "di belakang" Allah apa yang mereka lakukan tidak serupa dengan apa yang dijanji dihadapan Allah swt !! Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...