Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, Mei 31, 2014

Jalan kita bukan jalan melaknat, menuduh dan mencaci maki

“Taushiyyah Al-Habib Umar bin Hafidz yang Meruntuhkan Penyakit Hati”

Di hadapan kita ada qudwah (teladan), Rasulullah Saw. bersabda: “Seorang mukmin tidak melaknat, menuduh dan berkata keji.” “Aku tidak diutus sebagai pelaknat ataupun berteriak-teriak di pasar.”

Baginda Saw. bukan pencaci, bukan pula pelaknat. Begitu juga dengan pengikut baginda dari kalangan ulama, tidak ada diantara mereka pelaknat yang suka melaknat orang. Bukan juga pencaci, yang mencaci bahkan terhadap orang awam. Apatah lagi terhadap para ulama, terlebih lagi para sahabat Nabi Saw. dan tabi’in. Mereka (para sahabat dan tabi’in) adalah sumurnya penghargaan, asas kehormatan.

Metode (dakwah) yang baik dan benar tidak ada caci maki sama sekali. Nabi Saw. tidak diutus untuk mencaci dan memaki. Tidak pula seorang wali Allah bertugas untuk mencaci atau memaki. Tidak pula berdiri hakikat ilmu dengan caci maki sama sekali!

Tidaklah berdiri suatu madzhab dengan caci maki kecuali madzhab iblis dan madzhab pengikut iblis, pada setiap waktu dan masa. Merekalah yang terbiasa meneruskan tradisi caci maki terhadap manusia, melaknat manusia, memancing emosi dan menanam kebencian di antara umat Islam.

Adapun para Nabi, para ulama dan para wali, mereka menebar kasih, menyebar persaudaraan, menyebarkan akhlaq, menyebarkan kesucian hati, menyebarkan sikap menghargai, selalu menetapkan batasan, mengekang hawa nafsu, bersifat sabar dan menahan amarah. Inilah jalan yang ditempuh para nabi, para wali, para ulama dan orang-orang shaleh.


Sumber: Pondok Habib

Jumaat, Mei 30, 2014

Konsep Umum Al-Balwa [ Musibah Yg Umum]

    "Umum al Balwa" bukan lah jalan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Ia adalah satu kekelonggaran yang bila mana sesuatu perkara itu susah dielakkan, maka kita mengambil pendirian paling memudahkan.

    Kita  lihat,  bagaimana  beberapa  perkara  yg  dimaafkan,  kerana  sukar untuk  menghindarinya;

    Contoh

    1. Percikan air kencing yang terlalu sedikit yang tidak dapat dilihat, oleh mata yang sihat penglihatannya (apabila ia mengenai pakaian atau badan), sama ada najis tersebut mughallazah, mukhaffafah atau mutawassitah.

    2. Darah, nanah, darah kutu anjing dan najis yang sedikit yang dibawa oleh lalat, selagi ia bukan perbuatan manusia dan bukan dengan sengaja.

    3. Darah atau nana luka walaupun banyak dengan syarat ia terjadi pada diri manusia itu sendiri, bukan hasil daripada perbuatannya dan bukan dengan sengaja. Disyaratkan supaya darah atau nanah tersebut tidak mengalir ke tempat lain.

    4. Tahi binatang yang mengenai biji-bijian ketika ia memijaknya. Begitu juga tahi binatang ternakan yang mengenai susu ketika diperah dengan syarat najis tersbut tudak banyak hingga mengubah keadaan susu tersebut.

    5. Tahi ikan di dalam air selagi air tersebut tidak berubah. Begitu juga tahi burung pada tempat-tempat yang selalu ia berluang alik padanya seperti kawasan tanah suci Makkah, kawasan tanah suci Madinah dan Jamek Umawi. Ini adalah disebabkab 'umum al-balwa (musibah yang umun) dan sukar untuk dipelihara daripadanya.

    6. Darah yang mengenai baju tukang daging sekiranya tidak banyak.

    7. Darah yang ada pada daging.

    8. Mulut kanak-kanak yang terdapat najis muntah padanya apabila ia menghisap susu ibunya.

    9. Tanah jalan yang mengenai manusia.

    10. Bangkai yang tidak mengalir darahnya atau yang tidak berdarah apabila terjatuh ke dalam sesuatu cecair (air minuman) seperti lalat, lebah dan semut dengan syarat ia terjatuh dengan sendirinya (bukan dicampak) dan ia tidak mengubah keadaan cecair tersebut.

      Rujukan : Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 1

      http://ahmadraje.blogspot.com/2012_04_01_archive.html

      Ahad, Mei 25, 2014

      Majlis Ilmu


      Kelas Agama UKE
      Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bertemu dua kumpulan muslimin . Satu kumpulan sedang beribadah sambil bermohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. , manakala satu kumpulan lagi sedang mengadakan majlis ilmu . Kedua-duanya baik , tetapi Nabi memilih yang terlebih baik .

      Nabi s.a.w. memilih majlis ilmu yang sedang berlangsung . Baginda duduk bersama-sama kumpulan kaum Muslimin yang hadir dalam majlis tersebut . Walaupun Baginda seorang Nabi dan orang yang alim serta paling berilmu di kalangan sekalian manusia , Nabi tetap cinta kepada ilmu pengetahuan .

      Malah pada bulan Ramadan , Nabi s.a.w. akan bertadarus al-Quran dengan Malaikat Jibril a.s. Nabi membaca dan Malaikat Jibril a.s. mendengar sambil menyemak bacaan Nabi . Ia juga termasuk dalam proses belajar .

      Nabi s.a.w. bersabda , " Ilmu itu merupakan khazanah (perbendaharaan) anak kuncinya ialah bertanya . Kerana itu bertanyalah kamu, kerana dengan bertanya itu akan diberikan ganjaran empat golongan . ( Iaitu ) orang yang bertanya , orang yang mengajar , orang yang mendengar dan orang yang mencintainya ." ( Riwayat Abu Na'im daripada Sayidina Ali )

      Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

      (Riwayat al-Bazzar).

      Pengajaran hadis:

      i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :

      a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain

      b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)

      c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.

      d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

      ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

      iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

      Wassalam

      Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

      Sabtu, Mei 24, 2014

      Mujahadah- Pahit yang Awal, Manis di Penghujung

      Mujahadah itu amat payah kerana Syurga Allah itu sangat indah. Mujahadah itu pahit pada permulaannya sahaja. Kemanisannya akan dirasai saat kaki sudah bertapak di Syurga Ilahi nanti. (Allahumma Ameen!).

      Pernahkah kita merasai gula-gula yang pahit pada mula kita menggigitnya, namun, manis bila kita sudah mengunyahnya? Begitulah mujahadah. Hanya pada permulaannya saja, mungkin, kita akan rasa keperitan dan kepahitan. Kerana, Allah mahu menguji, apa benar mujahadah kita kerana-Nya? Sebab itu, Dia datangkan ujian dan cubaan untuk kita, yang bergelar hamba-Nya.

      “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah al-Ankabuut : 2)

      Bagaimana mungkin kita hanya bergoyang kaki saja di dunia ini, kemudian, mati dan terus boleh masuk Syurga? Andai begitu, senangnya mahu masuk Syurga! Tidak perlu kepada mujahadah dan sebagainya. Namun, hakikatnya adalah sebaliknya. Syurga Allah itu terlalu mahal dan untuk mendapatkan sesuatu yang mahal, perlu kepada pengorbanan yang bersungguh-sungguh. Iaitu, mujahadah!

      Andai kita selak kisah cinta dalam lipatan sejarah, pasti kita akan bertemu dengan nama insan-insan hebat yang mana, Syurga menunggu kehadirannya. Bagaimana mereka bertemu dengan kebenaran setelah menentang Islam itu sendiri? Bagaimana hati mereka diketuk dengan sapaan hidayah-Nya, setelah mereka membunuh ramai insan yang tidak berdosa?

      Kita ini sering leka dengan maksiat. Kita ini sering terlupa dengan nikmat yang dibuai dunia. Kita ini sering alpa dengan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Hingga semua itu, menutup mata hati kita untuk melihat dan mengenal cinta Allah yang sebenar.

      “Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).” (Surah al-Israa’ : 72)

      Biarlah permulaan penghijrahan hidup kita dihiasi dengan ujian, dugaan dan cubaan sepanjang kita menuju ke arah mujahadah kerana-Nya. Asalkan di akhir natijah hidup kita nanti, Syurga Allah yang bakal kita kecapi. InsyaAllah.

      Jika kita yakin dan percaya dengan rahmat dan kasih sayang Allah, maka, kita akan dihinggapi rasa ketenangan sentiasa. Tidak ada gundah yang tidak berpenghujung. Tidak ada rasa sedih dan resah yang tidak akan berakhir. Ujian dan dugaan akan terus datang untuk menguji kita. Semua itu hanya akan berakhir bilamana nafas kita di dunia ini juga berakhir.

      “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk : 2)

      Imam Hambali pernah ditanya oleh anaknya, “Ayah, bila kita boleh berehat?”

      Maka, jawab Imam Hambali, “Kita hanya akan berehat bila kita benar-benar sudah menjejak ke Syurga”.

      MasyaAllah! Jadi, dunia ini adalah tempat untuk kita berpenat! Kerana Syurga adalah tempat rehat kita yang sebenar-benarnya!

      Imam al-Ghazali pernah mengatakan bahawa seseorang tidak akan dapat menjadi hamba Allah dengan sebenarnya jika masih mencintai dunia.

      Allah s.w.t. mengingatkan kita “dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan.” (Surah Al-An’am, 6:32)

      Wassalam

      Sumber: JAKIM

      Khamis, Mei 22, 2014

      Munafik - Bercakap bohong, mungkir janji...

      ISTILAH munafik, pastinya bukanlah sesuatu yang baru di dalam masyarakat Islam. Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan bahayanya sifat munafik ini.


      Firman Allah s.w.t.: Di antara orang-orang Badwi yang ada di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka melampau dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, tetapi Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami seksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar. (at-Taubah: 101)

      Namun, masih kurang di kalangan umat Islam khususnya, yang berusaha menghayati, memahami serta prihatin terhadap ancaman yang berpunca daripada ciri-ciri golongan munafik ini.

      Menurut Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain, munafik atau nifaq adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab.

      `

      `Dari segi bahasa, munafik membawa maksud berpura-pura. Manakala dari segi istilahnya, nifaq atau munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura menjadi Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan dan perbuatan mereka adalah bertujuan meruntuhkan Islam,'' terang bekas Mufti Wilayah Persekutuan ini secara ringkas akan pengertian munafik sebagai pembuka bicara, petang itu.

      Tambah Mohammed Yusoff, pada zaman Rasulullah s.a.w., golongan munafik ini mendapat sokongan dari luar seperti kaum Musyrikin.

      Menyedari tindakan dari luar tidak berkesan, maka taktik untuk merosakkan perpaduan umat Islam melalui jalan dalam digunakan, iaitu berpura-pura seperti seorang Muslim tetapi dalam masa yang sama menikam dari belakang.

      ``Golongan munafik ini begitu licik sehinggakan keakraban yang wujud antara mereka dengan orang Islam yang tulen, menyebabkan orang-orang Islam yang berpegang di jalan yang benar, menganggap golongan munafik ini sebagai sebahagian daripada mereka.

      Mengaburi

      ``Ini dibuktikan melalui kisah kesungguhan golongan munafik ini mendirikan sebuah masjid baru bagi mengaburi penglihatan umat Islam pada masa itu,'' katanya antara salah satu langkah awal cara golongan munafik ini mempengaruhi dan memperoleh kepercayaan umat Islam, sebelum meneruskan misi meracuni pemikiran mereka.

      Malah jelas beliau, golongan munafik ini semakin terserlah pada zaman Abu Bakar apabila mereka ingkar membayar zakat.

      ``Satu contoh kemunafikan yang paling terang berlaku pada zaman pemerintahan para sahabat, Abdullah bin Saba' iaitu seorang munafik yang terkenal.

      ``Abdullah memfitnah Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Talib hanya kerana dia tidak menerima kepimpinan dua sahabat Nabi,'' kata tokoh agama yang berpengalaman ini.

      Yang pastinya, ujar Mohammed Yusoff, matlamat golongan sebegini ialah untuk menggoncangkan keyakinan umat Islam, orang yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang masih belum kukuh keyakinannya kepada agama Islam.

      Tambah beliau lagi, pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., baginda tidak menguar-uarkan kemunafikan golongan ini kerana tidak mahu menimbulkan suasana huru-hara dari segi hubungan kemanusiaan.

      ``Ini menunjukkan kepada kita bahawa bukan mudah untuk menghadapi golongan munafik, dan Nabi sendiripun tidak dapat menghadapinya secara terang-terangan kerana dibimbangi tindakan baginda dieksploitasi oleh golongan munafik sehingga boleh menjatuhkan imej Rasulullah s.a.w. sendiri kerana dituduh tidak mempercayai atau berprasangka buruk terhadap para sahabat,'' terang Mohammed Yusoff yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

      Malah akui beliau, golongan munafik ini lebih sukar dihadapi daripada musuh yang sebenar. Golongan ini diumpamakan seperti musuh di dalam selimut.

      Subversif

      Jelas beliau lagi, golongan munafik ini dalam istilah moden boleh disebut golongan subversif ataupun merosakkan dari dalam.

      Menjelaskan sifat munafik yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang mempunyai tiga perkara ini, maka dia adalah seorang munafik walaupun dia berpuasa, sembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengatakan dirinya seorang Muslim.

      Para sahabat bertanya, ``Apakah tiga perkara ini?'' Jawab baginda: Iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia tidak menepati janjinya dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya. (Riwayat Muslim)

      Namun pada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Mohammed Yusoff menjelaskan, hadis kedua ini memberikan tambahan kepada tanda-tanda orang munafik iaitu: Empat sifat, sesiapa yang bersifat dengannya bererti dia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu daripada sifat-sifat itu bererti dia mempunyai satu sifat munafik sehingga dia meninggalkan sifat itu.

      Sifat tersebut ialah: Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia memungkiri janjinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya dan apabila berbalah (bertengkar) dia melampaui batas.

      Namun, tegas beliau, ini adalah ciri-ciri yang umum. Hakikatnya, di dalam dunia yang moden ini ciri-ciri tersebut hanya menjadi panduan.

      Antara ciri-ciri lain yang boleh dikategorikan dalam persoalan munafik, jelas Muhammad Yusoff ialah:

      1. Mereka yang bercakap tentang Islam tetapi menyimpan niat buruk untuk menghancurkan Islam.

      Mereka mendabik dada mengakui mereka memperjuangkan Islam tetapi apa yang dilakukan itu sebaliknya meruntuhkan Islam.

      2.Bercakap perkara yang menimbulkan keraguan umat Islam terhadap ajaran Islam.

      3.Golongan yang bertindak mengadu domba umat Islam berpandukan kepada tafsiran-tafsiran tentang ajaran Islam. Bagi yang berkeyakinan mereka akan berbalahan antara satu sama lain.

      Contohnya, mengatakan bahawa sesuatu ajaran Islam itu hanya untuk satu golongan sahaja, sedangkan ia adalah ajaran Islam yang universal.

      4.Bercakap tentang Islam tetapi sebenarnya meniru argumentasi musuh Islam yang jelas.

      Misalnya bercakap tentang Islam tetapi menggunakan pandangan orientalis. Sedangkan kita ketahui bahawa golongan Orientalis adalah musuh Islam.

      Golongan ini memang menolak pandangan ulama, pejabat agama kerana menganggap golongan ini kolot dan banyak lagi pandangan negatif.

      ``Ini boleh dikategorikan semi-munafik kerana membelakangkan mereka yang pakar dalam sesuatu bidang itu.

      ``Contohnya, sekiranya kita hendak membina rumah, tentunya kita meminta pandangan daripada pakar yang berkaitan bukannya meminta pandangan daripada orang agama,'' seloroh beliau.

      Terang Mohammed Yusoff lagi, apa yang berlaku dalam masyarakat kini ialah golongan yang kononnya mengembangkan Islam dan mengubah pemikiran rakyat tetapi tidak berpunca daripada kitab yang muktabar dan tidak berdasarkan hadis.

      Konteks

      Kalaupun berdasarkan al-Quran dan hadis, tetapi tidak melihat dua sumber ini dalam konteksnya atau secara menyeluruh atau daripada sudut pandangan golongan lain.

      ``Di dalam pekerjaan misalnya, kita telah diamanahkan memegang sesuatu tugas tidak kiralah jawatan besar mahupun kecil, di sisi Allah s.w.t. adalah sama. Di dunia, besar jawatan dan tugas imbuhannya dilihat pada sumber pendapatan.

      ``Allah tidak melihat pada gaji tetapi Allah melihat apabila seseorang itu menerima amanah tidak kira kecil atau besar, ia mestilah ditunaikan.

      ``Gaji bukan ukuran Allah tetapi sifat amanah seseorang hamba, itulah yang utama di sisi Allah,'' terang beliau.

      Senario sekarang ulas Mohammed Yusoff, ramai di kalangan umat Islam yang tidak takut diri memiliki ciri-ciri munafik.

      ``Ini kerana, dosa dan pahala itu boleh dikompromi. Contohnya rasuah, waktu mula-mula berkerja, dia sanggup melafazkan aku janji yang dikira amanah yang terpikul di bahu tetapi apabila bekerja kita sanggup melakukan pembohongan, mencuri masa kerja dan pelbagai lagi.

      ``Dari segi istilah, ini sudah dikira munafik. Lebih-lebih lagi, kesalahan tersebut dilakukan secara terang-terangan seperti penipuan, rasuah, menggelapkan duit syarikat dan banyak lagi,'' katanya sifat munafik ini, mampu merosakkan institusi kekeluargaan, masyarakat, sekali gus melumpuhkan sistem pemerintahan sesebuah negara itu.

      (Oleh ZUARIDA MOHYIN)

      Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0624&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz32PaKdN2u

      Ahad, Mei 18, 2014

      Kau yang Zalim!

      AL-asfahani dalam al-Mufradat fi Gharib al-Quran menjelaskan makna zalim dari sudut bahasa dan kebanyakan ilmuwan ialah menetapkan sesuatu bukan pada tempat yang sepatutnya, sama ada dengan mengurangkannya atau membuat penambahan.

      Berdasarkan pengertian ini, maka semua perbuatan yang mengundang dosa dan maksiat kepada ALLAH sama ada melakukan perkara yang haram atau meninggalkan perkara yang wajib termasuk dalam perbuatan zalim. Ini kerana dia telah melakukan perkara bukan pada tempat yang ALLAH reda.

      ALLAH dengan sifatnya Maha Adil sama sekali tidak akan melakukan kezaliman kepada makhluk ciptaanNya. Namun, manusia itu sendiri yang menzalimi diri sendiri. ALLAH menegaskan: “Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sesuatu apa pun, tetapi manusia itu sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.”. (Surah Yunus: 44).

      Dalam hadis qudsi, ALLAH secara jelas menegah diriNya dari sifat zalim. Rasulullah berkata: ALLAH berfirman: “Wahai hambaku, sesungguhnya aku haramkan kezaliman ke atas diriku, dan aku jadikannya haram juga dalam kalangan kamu, maka janganlah kamu berlaku zalim…”. (Riwayat Muslim)

      Apabila ALLAH mengharamkan diriNya melakukan kezaliman ke atas hambaNya, maka ALLAH juga mengharamkan manusia melakukan kezaliman ke atas manusia lain. Bahkan ditegaskan supaya berlaku adil dan menegakkan keadilan sesama manusia.

      “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. dan bertakwalah kepada ALLAH, Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: 8)

      Secara asasnya, zalim boleh dibahagikan kepada dua jenis: kezaliman yang besar dan kezaliman yang kecil. Kezaliman yang besar ialah apabila seseorang menzalimi dirinya sendiri dengan kufur dan syirik kepada ALLAH.

      Kezaliman yang kecil ialah selain daripada perbuatan syirik dan ia boleh dilihat dari dua aspek. Pertama; seseorang itu menzalimi diri sendiri dengan perbuatan maksiat di antara dirinya dengan ALLAH. Kedua; seseorang itu melakukan perbuatan zalim ke atas orang lain dan mencabuli hak-hak mereka.

      Syirik adalah kezaliman yang terbesar. Manusia yang syirik dikira melakukan kezaliman kerana dia meletakkan ibadahnya kepada selain dari ALLAH. ALLAH menjelaskan “Sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar”. (Surah Luqman: 13)

      Dalam sebuah hadis, Abdullah bin Mas’ud bertanya kepada Rasulullah: Dosa apakah yang paling besar? Rasulullah menjawab: Kamu jadikan sekutu bagi ALLAH, sedangkan Dia yang menciptakan kamu”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

      Dosa kezaliman yang terbesar ini tidak akan diampunkan melainkan dengan taubat nasuha sebelum ajal datang menjelma. Sesiapa yang mati dalam keadaan kufur dan syirik kepada ALLAH, maka dosanya tidak akan diampunkan dan kekal di dalam neraka.

      Seseorang yang melakukan maksiat kepada ALLAH, sebenarnya dia terjebak dengan kezaliman yang kecil. Dia menzalimi dirinya sendiri. Namun begitu, peluang yang disediakan baginya untuk kembali memperbetulkan diri sangat luas. Perbanyakan istighfar dan segera bertaubat. ALLAH sedia menanti untuk menerima taubat dan mengampunkan dosa.

      Selain itu, kezaliman juga berlaku antara manusia ke atas manusia lain. Kezaliman boleh berlaku dalam dua keadaan sama ada dengan menafikan hak-hak yang sepatutnya mereka berhak perolehi atau melakukan sesuatu yang mendatangkan kesusahan dan  mudarat ke atas diri mereka.

      Antara contoh kezaliman ini ialah:

      • Kezaliman anak kepada ibu bapa

      ALLAH meletakkan perintah taat dan berbuat baik kepada ibu bapa di tempat yang tertinggi selepas perintah tauhid dan ibadat kepada ALLAH. Menderhakai ibu bapa pula adalah dosa besar selepas dosa syirik. “ dan hendaklah kamu beribadat kepada ALLAH dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. (Surah al-Nisa’: 36).

      • Kezaliman ibu bapa kepada anak

      Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan kewajipan ke atas anak-anak. Antaranya ialah kewajipan nafkah, memberi pendidikan terutamanya yang berkaitan urusan agama, mendidik dengan peribadi dan akhlak mulia dan sebagainya. Mana-mana ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab sebenarnya mereka telah berlaku zalim kepada anak-anak.

      • Kezaliman suami kepada isteri

      Suami wajib menunaikan tanggungjawabnya yang diperintahkan ke atas isterinya. Menyediakan nafkah, tempat tinggal dan pakaian merupakan kewajipan asas yang perlu diambil berat oleh suami. Di samping itu, kewajipan yang lebih besar ialah membimbing dan mengingatkan isteri agar menjadi isteri yang solehah, tidak melakukan perkara yang boleh menjerumuskan dirinya ke neraka. Suami yang membiarkan isterinya melakukan kemaksiatan dan tidak pula ditegurnya, maka itulah dayus yang sebenar. Mana-mana suami yang mengabaikan tanggungjawab ini maka dia telah berlaku zalim kepada isterinya.

      •  Kezaliman isteri kepada suami

      Kezaliman isteri kepada suami boleh berlaku dalam beberapa keadaan. Antaranya ialah tidak mentaati perintah suami dalam perkara kebaikan dan tidak melanggar syariat. Isteri yang enggan memenuhi keinginan suami untuk melakukan hubungan, tanpa ada sebarang keuzuran, maka dia telah berlaku zalim kepada suaminya. Keluar rumah tanpa izin suami, berkelakuan buruk dengan suami, menyebarkan keaiban suami kepada orang lain, meminta talak dari suami tanpa ada sebab yang diiktiraf oleh syariat.

      Ini adalah contoh-contoh bagaimana kezaliman dari isteri ke atas suaminya.

      •  Kezaliman ahli ilmu dan pendakwah

      Ahli ilmu dan pendakwah sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat lain. Tidak sepatutnya mereka ini terjebak dalam kancah kezaliman kerana ianya boleh mencemarkan kredibiliti mereka di mata masyarakat. Namun, amat malang dan menyedihkan apabila ada di kalangan mereka yang terlibat dalam dunia dakwah, turut melakukan kezaliman. Contoh kezaliman yang dilakukan ialah apabila adanya perasaan hasad dengki, cemburu dan iri hati sesama mereka.

      Akibatnya ada yang sanggup menyebarkan fitnah, membuka keaiban bahkan ada yang sengaja mencari-cari kesalahan pendakwah atau ahli ilmu yang lain. Selain itu, menyembunyikan fakta kebenaran demi meraih sokongan dan menarik minat masyarakat kepadanya juga merupakan suatu kezaliman. Berdiam diri dengan kemungkaran yang jelas bahkan menyokong pula kemungkaran tersebut adalah kezaliman yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli ilmu dan pendakwah.

      Inilah sebahagian contoh kezaliman yang melibatkan hak manusia dengan manusia yang lain. Kezaliman juga berlaku daripada pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Hak-hak dan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat namun dinafikan oleh pihak pemerintah yang berkuasa, maka ini adalah kezaliman. Pemerintah yang dilantik untuk memegang tampuk kekuasaan bukanlah tiket untuk mereka mengaut keuntungan dan mengumpul harta kekayaan dengan melakukan penindasan dan kezaliman. Rakyat diminta untuk berjimat cermat, sedangkan mereka berbelanja bagai tiada had. Rakyat tertekan dan menderita disebabkan kenaikan harga, sedangkan mereka sedikit pun tidak terasa. Bahkan terus sombong dan megah dengan pangkat dan kuasa.

      Jika kita terlibat dalam dosa melakukan kezaliman sama ada kezaliman kepada Sang Pencipta atau sesama makhluk ciptaanNya, rebutlah peluang memohon ampun, selagi pintu taubat masih terbuka. Sesungguhnya kezaliman adalah penyesalan di hari akhirat kelak. Biar menyesal di dunia, jangan sampai dibawa ke akhirat sana kerana itulah kerugian yang nyata.

      “dan Segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada ALLAH Yang tetap hidup, lagi yang kekal mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman”. (Surah Toha: 111)

      ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya sedikit pun, tetapi kitalah yang menzalimi diri kita sendiri. “Sesungguhnya ALLAH tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri”. (Surah Yunus: 44)

      Abd Razak Muthalib – Perunding motivasi di RK Training & Management merangkap pensyarah di International Islamic College.

      Sumber: Sinar Harian

      Selasa, Mei 13, 2014

      Hukum melintas di depan orang sedang solat

      Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.

      Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.

      Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w  :-

      لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً

      Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]

      Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-

      إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ

      Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]

      Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.

      Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.

      Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-

      فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي

      صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

      Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]

      Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas.  Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.

      Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia.  Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.

      Sekian

      Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

      www.zaharuddin.net

      Rebutlah peluang meraih pahala haji dan umrah selepas Solat Subuh berjamaah.



      [Lihat Penjelasannya di sini: AAM (Riyadh As-Solihin); MAKSUD WAKTU SYURUQ DAN HUKUM SOLAT SUNAT ISYRAQ. http://www.youtube.com/watch?v=SKDBcYBqvrk]

      Isnin, Mei 12, 2014

      Kemanakah Kita Esok?

      Mati itu benar

      Perit untuk kita dengar tentang kisah kematian,tapi itu adalah lumrah kehidupan sekarang,tiap2 hari pasti ada khabar kematian,di akhbar,di mulut2,di mana2 sahaja..kerana kematian itu adalah lumrah kehidupan..

      Ali Imran surah 3 yang bermaksud :

      "145. dan (tiap-tiap) makhluk Yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) Yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan Yang demikian) sesiapa Yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa Yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur."

      Gusar hati mengenangkan mati,kerana mati itu adalah pasti..tidak kira apa2 sekali,yakni malaikat,manusia,haiwan..dan apa2 benda yang hidup pastikan merasa mati..semuanya dengan kehendak ALLAH. Dalam Surah An-Biyaa' ayat ke 35 yang bermaksud :

      "tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

      kita sekian lama hidup tidak mengenang sekalipun asal usul kematian...kematian itu adalah pasti,kerana itulah ALLAH mengirimkan kita khabar2 kematian hari2 bagi supaya kita bersiap siaga untuk berhadapan dengan NYa.

      kerana ALLAH telah berfirman dalam surah Yassin ayat ke 83 yang bermaksud :

      "oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

      dan Jika kita tidak percaya sekalipun terhadap kematian yang bakal menjemput kita,cukuplah kita duduk di hospital sepanjang hari,boleh dikira hari2 kita berjumpa insiden atau mana2 manusia yang dijemput untuk mengadap Ilahi...

      dan ingatlah ketika itu kita akan dihitung,dihadapkan ke arah neraka bagi yang menderhaka,dan bagi yang taat insyaALLAH syurgalah tempatnya..

      firman ALLAH dalam surah Yassin ayat ke 63 yang bermaksud :

      ""Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah)."

      Jsdi sebagai insan,kita wajib diingatkan terhadap mati,kerana itu kita kena bersiap siaga menghadap mati,biarpun bukan kita,mungkin esok harinya adalah kita?kita tidak tahu ajal kita...kerana mengenai ajal maut hanyalah ALLAH.

      Mari kita renungi diri kita, adakah cukup amal kita untuk berhadapan dengan ALLAH.

      kerana janji janji kita sebelum kita dijadikan manusiapada ketika alam ruh lagi kepada ALLAH telahpun dirakam di dalam Al Quran dalam surah al A'raaf ayat 172 yang bermaksud :

      "dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Itulah selalunya diperingatkan kita pada notis2 di masjid-masjid,di surau-surau.

      "Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan"

      sebelum kaki berhenti melangkah,tangan terputus nikmat,lidah menjadi kelu,mata menjadi buta,jantung berhenti berdegup,badan menjadi kaku...ada baiknya kita bermusahabah diri....merenung siapa sebenarnya diri kita...apa tujuan hidup kita...kenapa kita diciptakan di dunia ini..kenapa harus kita bersembahyang...cukupkah masa untuk kita bertaubat dan beramal..sebelum kita terlambat. Marilah..pintu rahmat ALLAH itu sentiasa terbuka..

      ALLAH itu maha pengampun lagi maha pemurah...

      Wassalam

      Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

      Ahad, Mei 11, 2014

      Jangan semberono haramkan GST

      GST Logo

      Oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki

      Polemik mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) nampaknya bukan lagi setakat berlegar seputar hujah-hujah ekonomi dan sara hidup. Kini semakin ramai ‘mufti-mufti’ segera yang mengharamkan GST atas hujah simplistik dengan mengatakan Rasulullah SAW tidak pernah mengiktiraf sumber negara selain zakat dan sedekah.

      Jika semudah itulah hukum haram dijatuhkan kepada GST maka segala cukai-cukai yang selama ini dikutip kerajaan juga haramlah jawabnya. Ini kerana kaedah fekah menyebutkan “Apa yang diharamkan untuk dilakukannya, maka haram untuk mengambilnya".

      Justeru segala pendapatan juga jadi haram kerana lebih 70 peratus hasil negara hari ini bergantung pada cukai tidak kira cukai langsung seperti cukai pendapatan mahupun cukai tidak langsung termasuklah duti kastam, duti eksais, cukai perkhidmatan dan cukai barangan.

      Maka bukan sahaja kesan ‘haram’ ini terpakai kepada Kerajaan Persekutuan sahaja, malah kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah Pakatan termasuklah negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor juga dianggap menerima pendapatan haram daripada pelbagai jenis cukai yang dikenakan termasuklah cukai tanah, cukai pintu, cukai perniagaan dan bermacam lagi.

      Sebab itulah dalam Islam, hukum halal-haram tidak boleh sewenang-wenangnya dijatuhkan berasaskan sentimen dan kefahaman dangkal mengenai satu-satu perkara. Malah menghalalkan yang haram mahupun mengharamkan yang halal boleh menjatuhkan seseorang kepada kekufuran.

      Berbalik kepada isu ‘fatwa-fatwa jadian’ mengenai pengharaman GST ini, persoalan asas yang perlu dibangkitkan, apakah benar cukai tidak dibenarkan dikutip oleh kerajaan?

      Sebelum mengupas lanjut, perlu difahami bahawa permasalahan cukai adalah termasuk dalam ruang-lingkup Siyasah Syariyyah iaitu pentadbiran hal-ehwal awam negara Islam yang perlu diteliti aspek mencapai kemaslahatan (kebaikan) dan menolak kemudaratan selagi tidak melanggar batas-batas Syariah dan prinsip-prinsip umumnya.

      Dalam konteks muamalah atau hal-ehwal keduniaan, Islam membuka ruang kepada pelbagai ijtihad dan pandangan yang boleh berubah mengikut zaman dan tempat kerana prinsip digariskan Allah: “Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran" (Al-Baqarah:185).

      Cukai dalam istilah Arab dipanggil ‘dharibah’. Malah ada juga ulamak yang mengaitkan istilah ‘al-maks’ juga membawa makna cukai berasaskan Hadis Nabi SAW: “Sesungguhnya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ (cukai) adalah di dalam neraka" (Riwayat Ahmad).

      Sesetengah ulamak menggunakan dalil inilah bagi mengharamkan sebarang bentuk cukai yang dikenakan ke atas rakyat. Ini kerana dalam kaedah usul fiqh, sebarang ancaman neraka menerusi nas membawa pengertian bahawa perkara yang disebutkan adalah haram.

      Namun sebahagian ulama lain termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi mempunyai pandangan berbeza dengan menegaskan bahawa kalimah ‘Maks’ di dalam konteks hadis ini membawa maksud khusus iaitu “sejenis cukai yang diwajibkan oleh sebahagian pemerintah dan penyokong mereka untuk bersenang-lenang dengannya walaupun menyempitkan rakyat mereka" (Al-Qaradawi, Kitab Fiqh al-zakat).

      Pendekatan

      Justeru mereka berpandangan pengambilan cukai sebagai tambahan kepada zakat, sedekah, jizyah dan ushur adalah harus bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pekerja kerajaan dan penyedian infrastruktur untuk kemudahan rakyat.

      Pandangan ini berasaskan kaedah fekah yang masyhur iaitu: “Pendekatan atau tindakan seseorang pemerintah kepada rakyatnya adalah berasaskan kemaslahatan" (Imam As-Suyuuti, Kitab Al-Ashbah Wan Nazooir).

      Pendekatan inilah yang diambil oleh para sahabat khususnya Khalifah Umar al-Khatab yang antara terawal melakukan ijtihad baru mengenakan cukai Kharaj (cukai tanah). Ini kerana, Khalifah Umar RA mula melihat kemaslahatan atau keperluan untuk menjana pendapatan lain apabila wilayah kekuasaan Islam berkembang ke Iraq, Syam dan Mesir terutamanya bagi menampung keperluan perbelanjaan pertahanan, penggajian tentera dan kakitangan kerajaan yang menguruskan hal-ehwal rakyat.

      Ini dinukilkan oleh Imam Abu Yusuf dalam kitab Al-Kharaj yang ditulis beliau bagi memahamkan Khalifah Kerajaan Abbasiyyah paling berpengaruh dan dikenali sebagai raja yang warak iaitu Khalifah Harun Ar-Rasyid (786-809 Masihi):

      “Khalifah Umar berijtihad untuk perkenalkan cukai Kharaj setelah bermesyuarat dengan pimpinan dari kalangan Ansar dan Muhajirin akan keperluan menampung perbelanjaan kerajaan yang telah meluaskan jajahannya sehingga Syam, Jazirah, Kufah, Basrah dan Mesir. Walaupun pada mulanya ditentang Abdur Rahman bin Auf, namun ijtihad Umar disokong Ali, Uthman, Talhah dan Ibnu Umar."

      Pandangan mengharuskan pengenalan cukai juga dikongsi oleh ulama-ulama Muktabar seperti Ibnu Hazim, Imam Haramain Al-Juwaini, Imam Al-Ghazali dan Imam As-Syatibi. Imam Ibnu Taimiyyah pula dalam kitabnya yang masyhur ‘Siyaasah as-Syariyyah fi Islah al-Ra’yi Wa al-Ra’iyyah’, mengharuskan pembayaran cukai berdalilkan qias aulawi:

      Katanya: “Jika sekiranya Allah mewajibkan ke atas para sahabat yang berjihad dengan harta dan jiwa raga mengeluarkan ushur atau cukai dari hasil tanaman mereka, maka sepatutnya lebih diwajibkan ke atas golongan yang berkemampuan yang tidak keluar berjihad mengeluarkan kewangan untuk menampung perbelanjaan jihad (untuk kepentingan umum)"

      Apa yang penting sebagaimana yang digariskan oleh para fukaha silam, sistem percukaian yang dibina hendaklah berasaskan keadilan dan dikenakan pada golongan berkemampuan hingga tidak membebankan rakyat. Cukai ini juga hendaklah dipungut oleh pemerintah bagi menampung perbelanjaan untuk menguruskan kepentingan rakyat dan kemaslahatan yang diperakui syarak.

      Hakikatnya GST bukanlah satu jenis cukai tambahan yang diperkenalkan kerajaan di kala ramai yang merasai terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Sebaliknya GST adalah satu penstrukturan percukaian baru bagi menggantikan skim cukai lama iaitu cukai barangan dan cukai perkhidmatan yang sudahpun dikenakan selama ini.

      Pengalaman 160 buah negara yang memperkenalkan GST selama ini telah membuktikan bahawa sistem cukai ini adalah lebih telus dan adil bahkan mampu mengelakkan daripada berlakunya ketirisan sumber perolehan negara yang amat penting bagi disalurkan kembali kepada rakyat.

      Bukan itu sahaja model GST Malaysia yang mengecualikan cukai ke atas barangan keperluan asas rakyat seperti beras, gula, garam, minyak masak dan lebih 1,000 senarai barangan keperluan lain termasuk segala barangan asas yang dijual di pasar basah seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan tentunya tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

      Ini bermakna GST hanya dikenakan bagi mereka yang berkemampuan untuk menggunakan barangan dan perkhidmatan melebih keperluan asas. Peniaga-peniaga kecil yang pendapatan kurang daripada RM500,000 setahun juga dikecualikan GST.

      Justeru tidak timbul isu bahawa GST haram kerana turut mengenakan cukai kepada golongan miskin. Malah pendekatan baru struktur cukai ini bagi memastikan semua peringkat dalam rantaian penawaran (supply chain) berdaftar akan memudahkan kerajaan memantau harga barangan dengan lebih berkesan bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga sesuka hati.

      GST tentunya dapat menjaga kemaslahatan rakyat yang sebelum ini seringkali dimangsakan dengan kenaikan harga barangan tanpa kawalan lantaran kos pengeluaran yang tidak dapat dipantau secara tuntas dan sikap peniaga meraih keuntungan sesuka hati.

      Sebaliknya melalui GST, setiap pengusaha daripada pembekal bahan mentah, pengilang, pemborang sehinggalah peniaga runcit perlu mendaftar dan mengeluarkan resit-resit bernombor siri GST yang sah. Ini bukan sahaja membantu pemerintah memantau harga bahkan mengurangkan ketirisan perolehan akibat sikap tidak bertanggungjawab golongan yang lari daripada cukai sebelum ini.

      Harga barangan tertentu yang dulunya mahal kerana dikenakan cukai berganda juga sepatutnya lebih murah apabila GST diperkenalkan kelak kerana setiap rantaian penawaran, hanya dikenakan cukai sekali sahaja dengan kadar 6 peratus iaitu terendah berbanding 160 negara lain.

      Justeru hujah-hujah semberono yang mem‘fatwa’kan GST haram dikutip kerajaan kerana menindas rakyat adalah satu tohmah dan pandangan dangkal tanpa memahami secara holitisk mekanisme GST ini.

      Apa yang mustahak kini ialah untuk kerajaan memastikan sistem dan operasi GST yang bakal diperkenalkan tahun hadapan benar-benar berfungsi dengan berkesan. Pada masa yang sama segala bentuk ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan negara sebagaimana laporan Audit Negara perlu ditangani bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa cukai yang dibayar tidak dipersia-siakan.

      Akhirnya falsafah cukai dalam Islam adalah bagi memenuhi prinsip adil dan saksama sehingga kekayaan dapat dikongsi oleh segenap lapisan masyarakat sebagaimana yang dijelaskan dalam Surah Al-Hasyr ayat 7: “Supaya harta itu tidak hanya berlegar sekitar orang kaya di kalangan kamu semata-mata".

      * PENULIS ialah yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM)

      Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

      Sabtu, Mei 10, 2014

      Manusia terbahagi kepada 4 macam

      MANUSIA TERBAHAGI MENJADI 4 MACAM

      Di dalam urusan dunia dan agama, manusia terbahagi menjadi 4 macam:

      1. Ahli yakin                                                        : orang yang dimudahkan urusan dunia dan agamanya.

      2. Pewaris para Nabi                                        : orang yang dimudahkan urusan agama akan tetapi urusan dunianya susah.

      3. Mustadroj (dimanjakan di dunia saja) : orang yang dimudahkan urusan dunia akan tetapi urusan agamanya susah.

      4. Dimurkai                                                           : orang yang urusan agama dan dunianya susah semua.

      Perhatikanlah wahai saudaraku,,,

      KITA TERMASUK GOLONGAN NOMBOR BERAPA?

      Apabila engkau termasuk golongan 1 atau 2, engkau telah berhasil dan mendapatkan keuntungan kebaikan dunia dan akhirat dan termasuk orang yang berhasil dan sukses.

      Apabila engkau termasuk golongan 3 atau 4,,,celaka,,,celaka,,,celakalah engkau. Perbaikilah dirimu sebelum ajal menjemput.

      Pergunakanlah sisa umurmu untuk kebaikan dan kembalilah kepada jalan Allah sekarang juga.

      Mohonlah pertolongan-Nya dan menangislah di hadapan-Nya supaya Dia memudahkan urusan agamamu.



      Oleh: Al Allamah Hb Zain bin Sumait

      Sumber: PONDOK HABIB

      Rabu, Mei 07, 2014

      Adakah wajib jawab salam non muslim?

      ISU:

      Apabila orang bukan Islam mengucapkan salam kpd kita, adakah kita boleh menjawab salam tersebut dan apabila orang bukan Islam tersebut bersin bolehkah kita mengucapkan "bless you".

      PENJELASAN:

      Harus kita menjawab salam dari seorang yang bukan Islam. Ini berdasarkan ayat al-Qur’an yang menyebut : وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُ‌دُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا Maksudnya “Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.” (Surah al-Nisa’:86).

      Ayat ini merupakan ayat yang umum. Frasa dalam ayat وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ, maksudnya “apabila kamu diberi penghormatan”, ia tidak menyatakan إذا حياكم المسلمون , maksudnya “apabila orang Islam memberi penghormatan kepada kamu”, mengkhususkan orang Islam sahaja memberi salam atau penghormatan. Jawapan yang dianjurkan ialah dengan lafaz وعليكم . ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebut “Apabila kamu diberi salam oleh ahli kitab jawablah “wa’alaykum” (riwayat Bukhari dan Muslim).

      Walaubagaimanapun, orang Islam tidak boleh dahulu memberi salam kepada bukan Islam. Ini berdasarkan sabda Nabi “Jangan memulakan salam kepada Yahudi dan Nasara jika kamu berjumpa salah seorang daripada mereka di jalan (Riwayat Muslim).

      Namun seperti saranan Imam Nawawi, orang Islam boleh memberikan ucapan-ucapan yang lain kepada bukan Islam yang menandakan penghormatan seperti selamat pagi, hari yang baik, moga Tuhan berikan kamu kebahagiaan di hari ini dan lain-lain yang seumpamanya. (al-Nawawi, al-Azkar) Dan sekiranya lafaz salam yang diberikan oleh mereka tidak jelas dan bimbang ia merupakan lafaz yang tidak baik seperti “maut atas kamu” (السام عليكم), seperti dilakukan Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. dahulu, maka jawablah sekadar “atas kamu juga” (وعليكم) .

      Adapun lafaz ‘bless you’ kepada orang bukan Islam yang bersin, sekiranya dilafazkan dalam makna yang umum, adalah diharuskan.

      Wallahu a’lam

      (Sumber: Fatwa Malaysia)

      Selasa, Mei 06, 2014

      Isnin, Mei 05, 2014

      7 Zikir Pembuka pintu Rezeki

      1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

      2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin - Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

      3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.

      (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

      4. Membaca Surat Al-IKHLA S: Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

      5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH : Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

      6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

      7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu

      Dawud dan Ibnu Majjah)

      Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.

      Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.

      Jika Dekat maka Mudahkan lah.

      Jika sedikit maka Banyakanlah.

      Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

      YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

      Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.

      Semoga Bermanfaat. InshaaALLA


      (Sumber: KBU -https://www.facebook.com/KamiBersamaUlamakKbu?fref=nf)

      Petikan kata kata Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al Makki

      Wahai hambu ku………

      Petikan Syarah Syeikh Habib Ali Zaenal Abidin

      Akhir zaman telah mempersembahkan kepada kita adanya segolongan Ulama Su’ yang kerjanya mengkafirkan orang lain

      AKHIR ZAMAN TELAH MEMPERSEMBAHKAN KEPADA KITA ADANYA SEGOLONGAN ULAMA SU YANG KERJA MEREKA MENGKAFIRKAN ORANG........

      Di Malaysia kita biasa mendengar kenyataan dan fatwa dari segolongan ulama yg mengaku pejuang Islam mengkafirkan berjuta umat Islam atas dasar perbezaan fahaman politik.

      Lain pula dengan seorang pendakwah hebat dari Kuwait ini iaitu Sheikh Dr. Abdul Rahman Al Sumait, 29 tahun menyebarkan Islam di Afrika, mengislamkan 11 juta orang, membina lebih 5000 buah masjid, 860 buah sekolah, 124 buah Hospital, mencetak 6 juta mushaf dan lain-lain.

      Semoga Allah qabulkan semua amalan baiknya, dan diganjari dengan pahala yang besar....

      Ahad, Mei 04, 2014

      Kerajaan tidak pernah menghalalkan judi dan arak

        DALAM Islam, larangan meminum arak adalah untuk memartabatkan kehidupan ummah. Larangan itu dilaksanakan secara bertahap. Peringkat pertama, meminum arak dilarang secara perbandingan dan berunsur sindiran, sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat yang diturunkan di Madinah. Ketika itu, sebuah masyarakat baru Islam sedang dalam proses pembinaan. Surah itu adalah surah al-Baqarah, ayat 219.

        Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas .

        Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.

        Berdasarkan urutan turunnya ayat-ayat itu, jelaslah bahawa Allah tidak membuat larangan secara sekali gus, tetapi berperingkat sesuai dengan tahap dan pembangunan ummah pada ketika itu. Lagi pun, di peringkat akhir, meminum arak pada ketika itu sudah bertukar menjadi satu kebiasaan, bahkan menjadi amalan dan lumrah.

        Melihat proses pengharaman arak yang dilakukan secara tadrij (berperingkat), ia menggambarkan Islam mementingkan pendidikan daripada paksaan dan bukannya untuk menunjukkan kuasa mutlak ke atas umatnya atau kaum-kaum lain.

        Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan.

        Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain. Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.

        Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.

        Sebelum menghuraikan kesesuaian ini, kita perlu maklum bahawa dalam pemikiran politik pentadbiran Islam, terdapat satu prinsip yang perlu dipatuhi oleh pemimpin apabila mereka ingin memutuskan sesuatu tindakan atau dasar terhadap rakyatnya.

        Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).

        Berbalik kepada isu arak di Malaysia, para ummah tertanya-tanya apakah hukum ke atas satu pemerintahan yang menghalalkan pengimportan arak dan membenarkan rakyat bukan beragama Islam meminum arak secara berlesen? Begitu juga tentang cukai yang dikenakan ke atas najis tersebut.

        Ada pendapat mengatakan cukai itu halal, sekiranya cukai berkenaan bercampur dengan cukai-cukai barangan halal lain. Pendapat ini, seolah-olah menyamakan arak itu dengan air mutanajjis. Air tersebut ialah air yang bercampur antara najis dengan air mutlak dan campurannya pula melebihi dua kolah. Air ini dikira boleh digunakan untuk keperluan bersuci seperti wuduk, mandi dan sebagainya.

        Jika inilah kiasannya, maka ia tidak tepat dan tidak sesuai. Ini kerana dalam masalah air mutanajjis ini, air berkenaan benar-benar bercampur dan tidak boleh dipisahkan lagi. Walhal, dalam kes cukai, jumlahnya boleh dipisahkan di antara satu cukai dengan cukai yang lain. Ini bererti pendapatan hasil daripada cukai arak boleh dipisahkan dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang khusus.

        Dalam soal hukum ke atas pemerintahan yang membenarkan pengimportan arak adalah berbeza. Perlu diketahui bahawa mereka yang mengimport arak bukanlah golongan orang Islam. Bagi bukan Islam, meminum arak adalah satu budaya. Sudah pasti mereka akan membawa masuk arak sama ada secara diizinkan oleh pemerintah ataupun tidak.

        Jika pemerintah mengizinkan, bererti pemerintah dapat mengawal dan memantau kegiatan membekal, menyimpan, menjual dan meminum arak, selain mendapat hasil daripadanya.

        Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.

        Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.

        Ini adalah satu lagi prinsip yang terdapat dalam usul fikah, yang mengizinkan kewajaran ke atas sesuatu tindakan. Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).

        Dalam hal ini, kerajaan Malaysia tidak memberi kebebasan sewenang-wenangnya terhadap arak, baik dari segi iklan atau penjualan kepada rakyatnya. Pada masa yang sama, kerajaan juga tidak memaksa rakyat bukan Islam meninggalkan budaya minum arak kerana melakukan sesuatu secara paksaan akan hanya mengundang keburukan. Lebih penting daripada itu, kerajaan juga mengambil langkah mendidik warganya supaya jangan terjebak ke dalam lembah judi dan arak.

        Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.

        Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.

        Begitu juga dengan persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan membelanjakan wang-wang haram itu. Mereka tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri pernah mengambil cukai daripada masyarakat Yahudi Madinah, atau masyarakat zimmi. Sudah pasti wang cukai yang dibayar oleh masyarakat itu bergelumang dengan sumber-sumber yang haram di sisi ajaran dan syariat Islam.

        Dalam satu riwayat Imam Bukhari r.a yang dipetik dari Ibnu Umar r.a., ketika Rasulullah membuat perjanjian perdamaian dengan penduduk Khaibar, timbul satu permohonan dari Sayah yang telah meminta harta Huyai. Rasulullah menjawab:

        Harta Huyai telah tiada (harta tersebut) telah dibelanjakan untuk keperluan perang.

        Dengan itu, adalah jelas Rasulullah pernah menggunakan harta orang Yahudi. Dalam hal itu, individunya ialah Huyai bin Akhthab bin Sayah - bapa mertua Nabi SAW sendiri. Kegunaannya ialah untuk kepentingan negara iaitu perang.

        Imam Malik menyebut, tindakan menggunakan harta untuk kepentingan negara sebagai maslahah al-'ammah atau keperluan umum. Hikmahnya adalah jika harta tersebut tidak diambil atau digunakan, harta itu akan jatuh ke satu pihak yang mungkin menggunakannya untuk mencemarkan nama baik negara, menentang kerajaan, atau untuk keperluan yang manfaatnya tidak dapat diperoleh oleh masyarakat umum.


        [Oleh: Mohd. Shauki Abd Majid ialah PengurusPenyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.Terbitan Utusan Malaysia

        • 32

          Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz30kEuR7AF

          © Utusan Melayu (M) Bhd

          Jumaat, Mei 02, 2014

          Taufiq dan Hidayah

          "Wabillahi taufiq wal hidayah..." Biasa kita dengar...tapi tak biasa kita memahami maksudnya. Atau "Wabilhidayah wattaufiq..." Yang mana satu dulu ni... taufiq dulu baru hidayah ke atau hidayah dulu baru taufiq ? Apa dia taufiq dan apa dia hidayah ?

          Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, bahawa taufiq itu ialah iradat Allah yang datang dari-Nya sendiri terhadap hamba-Nya untuk melakukan yang baik, diberinya keizinan untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya, didorong oleh kecintaan kepada-Nya.

          Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

          Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepada-NYA. Ianya berdalilkan firman Allah SWT yang mafhumnya :

          “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.” (Surah Al-Ankabut : ayat 69)

          Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya.

          Adapun hidayah pada lughah ialah petunjuk, pada istilah syarak pula ialah petunjuk dan pimpinan @ bimbingan dari Allah kepada hamba-Nya yang dikehendaki sahaja untuk menerima kebenaran.

          Imam Ghazali r.a memberikan kupasan yang menyeluruh, maka dari kata taufiq lahirlah kata-kata lain yang penting untuk dimiliki oleh setiap orang antaranya taufiq, hidayah, inayah, tasdid dan ta'yid. Tapi didalam masyarakat yang popular hanya tiga saja, iaitu taufiq, hidayah dan inayah, sedang ta'yid dan tasdid jarang kita dengar.

          JENIS-JENIS HIDAYAH

          Hidayah itu ada dua jenis:

          1. Hidayah berupa keterangan (hidayatul irsyad wal bayan)

          2. Hidayah berupa pertolongan (hidayatut taufiq wal ilham).

          Kedua-dua hidayah ini dapat dirasakan oleh orang yang bertakwa. Adapun selain mereka hanya mendapatkan hidayatul bayan saja. Ertinya mereka tidak mendapatkan taufiq dari Allah untuk mengamalkan ilmu dan petunjuk yang sampai kepada dirinya. Padahal, hidayatul bayan tanpa disertai taufiq untuk beramal bukanlah petunjuk yang hakiki dan sempurna.

          Hidayah juga merupakan keimanan yang menetap di dalam hati seseorang. Keimanan yang mencakup tiga aspek i’tiqadiy (keyakinan di dalam hati), Iqrariy (pengikraran dengan lisan), dan ‘amaliy (realisasi dengan anggota badan). Termasuk Hidayah Taufiq adalah kemudahan di dalam merealisasikan ilmu dalam amal tersebut.

          Hidayah dalam pengertian ini adalah Hidayah Taufiq, hanya Allah yang mampu menciptakannya di dalam hati seseorang. Hidayah ini hanya untuk orang-orang yang bertakwa.

          KESIMPULAN :

          Hidayah bermakna petunjuk atau bimbingan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang bertakwa.Taufik adalah keizinan Allah berupa terwujudnya amal-amal baik. Dan Inayah pula bererti bantuan dan pertolongan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang terpilih untuk melakukan kebaikan itu. Keseluruhan dari kata-kata tersebut maknanya perlu disandarkan kepada Allah jua.

          Itulah juga kata-kata yang selalu menjadi penutup kata di setiap khutbah, ceramah, kuliah atau dalam setiap majlis ucapan.

          Wassalam

          Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

          Taufiq dan Hidayah

          "Wabillahi taufiq wal hidayah..." Biasa kita dengar...tapi tak biasa kita memahami maksudnya. Atau "Wabilhidayah wattaufiq..." Yang mana satu dulu ni... taufiq dulu baru hidayah ke atau hidayah dulu baru taufiq ? Apa dia taufiq dan apa dia hidayah ?

          Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, bahawa taufiq itu ialah iradat Allah yang datang dari-Nya sendiri terhadap hamba-Nya untuk melakukan yang baik, diberinya keizinan untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya, didorong oleh kecintaan kepada-Nya.

          Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

          Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepada-NYA. Ianya berdalilkan firman Allah SWT yang mafhumnya :

          “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.” (Surah Al-Ankabut : ayat 69)

          Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya.

          Adapun hidayah pada lughah ialah petunjuk, pada istilah syarak pula ialah petunjuk dan pimpinan @ bimbingan dari Allah kepada hamba-Nya yang dikehendaki sahaja untuk menerima kebenaran.

          Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...