Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Mac 27, 2015

Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,

“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”

Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,

“Tidak”.

Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,

“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”

Maka Allah berfirman yang ertinya,

“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.

Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,

“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman,

“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah,

“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi,

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan

Sumber: http://www.syahirul.com/

Khamis, Mac 26, 2015

Timbul Isu Hudud - Akibat Tidak Faham Qaedah

Assalamu'alaikum semua.. Pagi ini Al-Faqir nk kongsi bersama tentang Isu Hudud Kanun Jenayah Syariah .

Sebenarnya Ummat ISLAM yang bertempik melalak nak kan Hukum Hudud ALLOH di lakasanakan itu, Mereka sebenarnya hanya ada kesedaran sahaja , Hakikat sebenarnya mereka JAHIL tentang Hukum ALLOH. Belajar kitab Fiqh pun tak lepas, kalau belajar pun tak sampai Bab Jinayah hanya sekadar Bab Rubu' Ibadat sahaja , itu pun bukan menadah kitab tapi menyandar di dinding2 Masjid sambil dgr Ustaz2 mengajar (Penuh Takabur cara jadi Mustima'an pun) . Yang ada nya hanyalah mendengar huraian Hukum Hudud itu di ceramah2 pentas2 Politik yg penceramahnya menerangkan Hukum Hudud dgn tidak lengkap, Sekadar membuat Isu Politik untuk menghentam pihak lawan yg tidak laksanakan Hukum Hudud, Supaya penyokong dan pendokong kita "lembut lidah" kata kat Gu Lawan kita " Tolak ISLAM", "TOLAK HUKUM ALLOH", "NEGARA MALAYSIA BUKAN DAULAH ISLAM SBB TAK BUAT HUDUD" dan mcm2 lah lagi . Ini lah budaya yg berlaku telah berkurun lamanya di Negara kita. Dosa mereka yg berceramah seperti itu sangatlah besar kerana "Khianat pada Ilmu" .

Setelah kita belajar dengan sehabis-habis "Lumat" dan Mengkaji (Tasawwurkan) semampu2 kita , Akhirnya dapatlah kita Faham seperti berikut:

1. Hukum Hudud ialah Hukum ALLOH yg WAJIB FARDHU KIFAYAH di atas Ummat ISLAM melaksanakannya tetapi di Wakilkan perlaksaanya di atas Kerajaan ISLAM. Dan WAJIB kita beriman dan yakin dengan Hukum Hudud tersebut, Jika Ingkar hukum nya Kafir (Bukan Hudud je, Ingkar Kewajiban Solat2 dan Lain2 pun sama lah)

2. Wajibnya Hukum Hudud itu bukanlah seperti Wajib 'Aini Solat yg kita sedia maklum jika Solat di tinggalkan ianya Wajib di Qodho dan tidak ada 1 Qaedah Fiqh pun yg menggugurkan keWajipan Solat walaupun ianya Wajib Muwassa' (Wajib yg di perluaskan)

3. Hukum Hudud ini di gugurkan/di tangguhkan dahulu jika ianya tidak mencapai maslahat UMMAT bahkan membawa keMUDHORATan kerana Sabda Jaddina Muhammad S.A.W :

النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ادرؤوا الحدود بالشبهات

Tinggalkan Hudud dengan sebab adanya Syubhat

Qaedah Fiqhiyah :

الحدود تسقط بشبهات

Hudud itu gugur perlaksaannya dengan sebab ada Syubhat dan bagai-bagai syubhat yang di sebut oleh para Ulamak di dalam Kitab-Kitab Qowa'id Fiqhiyyah.

Maka Syubahat itu mestilah kita Tasawwurkan , apa dia Syubahatnya berlaku di dalam dunia UMMAT ISLAM sekarang ini , Usahkan Malaysia yg warganegra berbilang bangsa dan agama , Mesir yg 95% arab ISLAM da berapa sahaja peratus kristian sampai sekarang tidak lagi menjalankan Hukum Hudud. Sedang Al-Azhar As-Syarif dan Alim Ulamak besar2 bnyk di sini. Soalannya kenapa?? Jawapannya ......... ( Panjang sangat kena buat ceramah khas atau wacana khas atau debat khas kalau nak bahas dan nak jawab bab ini. Saya berani sahut cabaran kalau ada yg nak anjur)

Anda boleh Rujuk Fatwa Syaikhuna Syaikh Nuruddin Ali Goma'ah (Bekas Mufti Mesir Tahun ini dan Murid Al-Musnid Dunya Syaikh Yasin Al-Fadani ) di Blog saya di sini :

http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2013/02/hukum-hududpolitik-kepartian-dan.html?spref=fb

Baca betul-betul sampai habis. InsyaALLOH Faham.

4.Hukum Hudud di Laksanakan apabila dengan perlaksana'annya akan mencapai Maslahat-maslahat berikut

Maqosid Syar'iyyah ( Kulliyat yang 5 atau Kulliyat yang 6) serta menjaminkan ke"IZZAH"an ISLAM dan selepas KeADILAN dalam Pemerintahan di sempurnakan ( KeAdilan dari sudut pendidikan aqidah, syri'ah dan akhlaq , keAdilan dari sudut ekonomi,pembangunan,sosial dan sebagainya ) sebagai contoh :

Hukum Zina di sabit dengan 3 cara :

1) Iqror si penzina

2) Mengkemukan 4 orang saksi yg cukup syaratnya tidak fasiq.

3) Qorinah

Maka Jika si penzina itu mengaku , itu sudah jelas akan hukumnya. Adapun bila di tuduh berzina , Maka si penuduh itu hendaklah mengkemukan 4 saksi , Jika gagal mengkemukan 4 org saksi , Maka hendaklah di bawa "Qorinah" untuk mengelak daripada berlakunya Hukum Qazaf . Maka "Qorinah" itu termasuklah DNA,GAMBAR, VIDEO, Bekas Air Mani dan sebagainya. Maka 4 Mazhab Ittifaq bahawa "Qorinah" ini terpakai dan WAJIB di siasat sehabis2nya termasuk seperti Ujian PoliGraf dan sebagainya. Akan tetapi bila memutuskan Hukum berdasar "Qorinah" Maka hukuman itu tidak masuk di bawah "Hudud" kerana tidak ada 4 org saksi , Hanya masuk ia di dalam "Hukuman Ta'zir" . Barulah Hukum itu mencapai keAdilan. Persoalannya kenapa orang tidak menerangkan dgn Jelas bab ini???!!! hanya berhenti setakat " Tak ada 4 org Saksi segera kena Qozaf 80 sebatan". Fuyoooo bermaharaja lela laaa Perogol.

Contoh lagi di Zaman Jaddina Sayyiduna Muhammad S.A.W , ada seorang Sohabat Nabi yg bernama AbduLLOH yg di panggil "Himaroh" kerana beliau suka buat lawak jenaka dan Baginda S.A.W ketawa dgnnya. 1hari beliau di tangkap kerana minum arak lalu Baginda S.A.W suruh laksankan Hukum Hudud yakni dengan memukul (Kaifiyyat memukul dalam ISLAM tidaklah sebagaimna memukul mcm WWF , ) Bahkan di riwayat dalam hadis tersebut para sahabat berkata : di antara kami ada yg memukul nya dengan tangan sahaja dan ada dengan baju sahaja. Tiba2 dalam hal memukul tersebut ada salahseorang sahabat melaknat AbduLLOH : ALLOHummal'anhu. Seraya Baginda S.A.W memarahinya :

لا تلعن فاءني أعلم انه حب الله ورسرله

Begitu juga hadis yg menceritakan berlakunya Hukuman Had Rejam Penzina Yg pernah merasai persetubuhan yg halal. Ketika berlakunya penrejaman tersebut seorang sahabat terperecik darah penzina itu, Lalu melaknat. Seraya Baginda memarahinya dengan mengatakan benda yg sama.

Ini menunjukan Jaddina Sayyiduna Muhammad S.A.W suruh berlaku "Adil" yakni Hudud itu di laksanakan tetapi mulut Ummat mesti di didik dengan Akhlaq , kerana sabda Baginda S.A.W :

سباب المسلم فسوق

Mencela orang ISLAM itu Fasiq. Bahkan seberat2 Fasiq di dalam ISLAM ialah mencela sesama ISLAM kerana ALLOH Ta'ala berfirman :

وَلاَ تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الفُسُوقُ

Jangan kamu mengelar denga cerca'an , Sejahat2 Nama Fasiq perbuatan itu.

Maka sekarang pemimpin2 ISLAM masih lagi tidak berjaya mendidik Akhlaq Ummah, pengikut dan pendokong masing-masing . Lihat sahaja di Page Tuan Guru Babo Hj Abdullah Sa'amah An-Najmiah , Berapa ramai yg jaga tangan dan mulut mereka . Maka selagi pendidikan Akhlaq ini tidak dapat di tangani . Sesuatu UMMAH itu tidak duduk di dalam ke Adilan.

Mudoh2 kecek gak , Kito ni xrejam lagi org zina tapi duk menympoh seranoh parop doh sedangkan Baginda S.A.W ajar ialah rejam tapi melaknat,menyumpoh seranoh tu di tegah, jangan buat.

Bahkan Sayyiduna Nabi S.A.W di dalam riwayat hadis hadis bab hukum hudud ini, Baginda banyak kali mengelak dari menjatuhkan Hukuman Hudud bila mengaku/Iqror oleh si penjenayah itu di hadapan Baginda S.A.W . Bahkan dalam Hadis2 itu ada meriwayatkan bila tertangkapnya orang melakukan Jinayah itu dan di bawa kehadapan baginda S.A.W dan di laksanakn hukuman Hudud itu keatas pesalah tersebut, Sahabat RodhiyaLLOhu'anhum berkata :

كأنك تكره يا رسول الله؟؟

Seolah2 engkau benci kami tangkap ini ya RosulaLLOH?? Lalu baginda besabda : "Kalaulah kamu semua tidak bawa kehadapan aku, Nescaya pintu Taubat bagiNYA masih terbuka,Tetapi bila ianya di bawa ke sini (Keraja'an ISLAM) maka hukuman mesti di jalankan.

Begitulah baginda S.A.W mengajar kita supaya menutup 'aib diri kita juga. Kerana Sabda Baginda lebih kurang mafhumnya "Dosa yg di buat secara sembunyi2 itu lebih mudah bagi ALLOH utk mengampunkan nya jika seorang itu bertaubat nasuha berbanding jika seorng itu menceritakan dosa yg di buat itu kepada org ramai kerana ketika dia melakukan dosa di malam hari ALLOH telah menutup 'aibnya jika dia sendiri yg tidak membuka 'aib itu". Begitulah yg terjadi bila seorang sahabat ada pergi mengubati pesakit perempuan di hujung Kota Madinah lalu balik berjumpa baginda dan menceritakan yg dia telah bercumbu2 dgn perempuan itu :

ففعلت كل شيء الا زنا

Lalu Sayyiduna Umar Al-Faruq R.A berkata :

قد سترك الله لو سترت نفسك

Sesungguhnya telah menutup 'aib engkau oleh ALLOH , buat apa kamu mari duk nok cerito kat kami??.

Pendeknya di sini menegaskan Isu Hudud ini bukan Isu Parti Politik atau Kerajaan . Bahkan ianya Isu Ummat ISLAM sejagat.JANGAN lagi menuduh dan menunding kesalahan kepihak yg lain. SATU DOSA BESAR BILA MEMPOLITIK KEPARTIANKAN ISU HUDUD INI Bahkan sepatutnya dan Sayugianya Ummat ISLAM Wajib mencari, mengkaji, mempelajari daripada mana puncanya Hukum ini tidak dapat di laksana di seluruh Negara ISLAM .. Hatta Negara Saudi yang melaksnakannya pun tidak melaksana dengan cukup syaratnya . Antranya mereka melarang daripada merakam kannya sedangkan Hukum Hudud ini :

فليشهد عذابهما

Mesti di persaksikan di persembahkan ke khalayak ramai. Inilah yg sy kata tadi supaya tidak timbul pencemaran ke"Izzah"an ISLAM itu.

Jadi kita sebagai UMMAT ISLAM jom sama-sama kita pakat belajaq,kaji apa punca yg sebenarnya. Adakah di sebabkan dengan runtuhnya sistem Khilafah Islamiyyah ?? Lalu penjajah Kuffar menanamkan benih2 Syubhat di dalam negara ummat ISLAM sehingga Keraja'an kita tidak mampu utk melaksnaknnya?? kerana Orang Kafir pun bijak dan kaji tentang ISLAM

الحدود تسقط بشبهات

Hudud itu gugur dengan sbb adanya syubhat.

Sebab itulah asas kerajaan ISLAM itu ialah "KEADILAN" bukan Parti KeAdilan. Sayyiduna Umar R.A masyhur bukan kerana berjaya memotong tangan pencuri,merejam org berzina dan sebagainya tetapi kerana ADILnya Sayyiduna Umar R.A. sehingga beliau mengungkapkan :

لو تعثرت بغلة في عراق لحاسبني الله يوم القيامة لماذ يا عمر لم تصلح هذا طريق فيها؟؟

kalu tergelincir seekor kaki baghol di hujung iroq nescaya di hisab oleh ALLOH di hari Qiamat " Heei Umar, Bakpo mu tidok baiki jalan sehingga baghal tu sakit kakinya kerna tergelekcoh?? .

Maka Tujuan ISLAM itu ialah "ADIL" dari segi Aqidahnya, Fekahnya, Akhlaqnya dan ekonomi, sosial dan pembangunannya. Bukan semata-mata menghukum . Adapun pemimpin2 kita sekarang kebanyakannya melaung sahja nak ke'Adilan tapi dia sendiri tak praktik pun keadilan itu dalam diri mereka. Contohnya tidak boleh di kritik dan di nasihati kononya mereka Pemimpin lagi Ulamak lagi ... Fuyooooo sedangkan Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq R.A ketika beliau di lantik menjadi Khalifah beliau berkhutbah :

ياءيها الناس ,قد وليت عليكم ولست بخيركم ان أحسنت فأعينوني وان أسأت فقوموني

Heei Manusio, Sesungguhnyo aku di lantik jadi khalifoh di atas kamu padahal aku bukan terbaik di kalangan kamu ,Jika aku berbuat baik maka tolonglah aku di atas taqwaLLOH dan jika akau buat benda tidok baik maka perbetulkan aku. Sayiduna Umar R.A pernah di tegur oleh permpuan tua, Sayyiduna Mua'awiyyah R.A pernah di tegur dgn Mata Pedang . Mereka bersikap adil. Kita baru tegur dan nasihat sikit jee pun dah di pulau, di hentam di tuduh macam2... Duk Mano "ADIL" weeeii??

sedangkan ALLOH Ta'ala berfirman :

وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Jangan di sebabkan kamu benci dengan 1 puok itu dengan kamu tidak berlaku ADIL terhadap mereka. Buat buat ADIL lah kerana ianya sedekat2 TaqwaLLOH.

Alah ko gu lawan suruh buat adil, bila kita nok nasihat di pulau di hino tidak di beri tempat. Mano gaak yg kita duk laung2 semangat keAdilan tu??

Sejarah mengajar kita , Lihat sahja di Sudan bila menangnya Parti ISLAM dan cuba melaksanakn Hudud dan ternyata ianya gagal. Begitu juga di tanah air kita contohnya negeri ku sendiri .. Ianya SUDAH BOLEH di laksankan , tiada sekatan apa2 di peringkat Pusat atau perlembaga'an .. Tetapi belum juga di Laksanakan . Sila Rujuk Blog Dewan Ulamak Pas Pusat : http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=323%3Ahudud-boleh-dilaksanakan-di-kelantan&catid=17&Itemid=19

Tapi kalu Bab Aqidah,Solat,Thoharoh, Tutup Aurat, Munakahat, Mu'amalat dan sebaginya pun Ummat masih lagi Jahil Tukil apatahlagi bab Jinayah. Hanya sekadar laungan membuta tuli sahaja lah tanpa di sertakan dengan ILMU ISLAM , ISLAM itu bukan dengan munasabah aqal boleh fikir sendiri tapi dengan Belajar Tafaqquh Kata Jaddina Sayyiduna Ali A.S wa KarromaLLOHuwajhah :

ديننا بنيان علي نقول لا مناسبة علي العقول

Dan Sabda Baginda S.A.W :

العلم بتعلم والفقه بتفقه

Qadhi iyyad berkata:

ﻋﻠﻴﻚ ﺑﻄﺮﻳﻖ ﺍﻟﻬﺪﻯ ﻭﺇﻥ ﻗﻞ ﺍﻟﺴﺎﻟﻜﻮﻥ،

ﻭﺍﺟﺘﻨﺐ ﻃﺮﻳﻖ ﺍﻟﺮﺩﻯ ﻭﺇﻥ ﻛﺜﺮ

ﺍﻟﻬﺎﻟﻜﻮﻥ

hendaklah kamu berada di jalan petunjuk (belajar itu sebab bagi petunjuk) walaupun sikit bilangan org yg melalui jalan itu. Jauhkan diri dari jalan kerosakan, walaupun sedikit bilangan pelaku kerosakan itu.

Dan Aku tetap di jalan belajar, mengkaji dan terus mengkaji . Biarlah golongan Talaqqi dan Tafaquh ini tak ramai mcm golongan yg semangat ISLAM pun.

Nasihat ini di tuju khas buat Sharifah Fatimah Benyahya Fatin Nadiah Al'AydrusFahim Al'Aydrus Shafiena Fiesha Nabilla Sham dan Sahabat dan Sohabiah ku di FB , yg jadi kawan atau yg melanggang FB ku dan Seluruh UMMAT ISLAM kerana aku mencintai UMMAT ISLAM yg damai, Adil, tenteram, Salim Aqidah Syari'at dan Akhlaqnya.

Tidak payah nak berdebat2 dalam komen FB ini ya, Kalau nak debat ke wacana ke apa, Jangan lupa anjurkan bila sy balik Malaysia.. Hahahaha InsyaALLOH sy mau je. Yang tak maunya komen bukan main ganas dalam FB , Bila balik habuk batang hidung pun tak nampak.

Daripada Si Jahil lagi FaqiruIlaLLOH As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس Ustaz Syed Faiz Al-Idrus .

Sumber: http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2013/05/isu-hudud-akibat-tidak-faham-qaedah.html

Ahad, Mac 22, 2015

BEZA ULAMA DAN ORANG YANG JAHIL DALAM MEMAHAMI AL QURAN

Saya ingin berkongsi sedikit perbincangan yang wujud dalam kelas selepas Subuh bersama Fadhilatus Syaikh Hafizahullah agar kita dapat menilai pihak yang mengutuk dan pihak yang dikutuk.

Seorang pelajar bertanya kepada Fadhilatus Syaikh ; "Apakah cara yang benar untuk memahami agama ini dan memahami Al-Qur'an dan Hadith?"

Fadhilatus Syaikh menjawab :

"Baik,sebutkan kepadaku apa yang engkau faham dari ayat

[وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ بَعْدِي أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الأَلْوَاحَ]

pada perkataan "wa alqa al-alwah"?

(Ayat yang menceritakan tentang Nabi Musa Alaihis Salam pulang dari bermunajat lalu melihat kaum Baginda menyembah berhala)

Pelajar itu menjawab : "Ayat ini bermakna Nabi Musa AlaihisSalam telah melempar lembaran wahyu yang dipegangnya akibat terlalu marah dengan perlakuan kaum Baginda"

Mendengar jawapan dari pelajar tersebut,Fadhilatus Syaikh menerangkan secara panjang lebar :

"Apabila engkau mentafsirkan perkataan أَلْقَى dengan makna melempar atau menghempas,ketika itu engkau telah melakukan kesalahan yang amat besar dalam memahami kalaamullah.

Lembaran wahyu itu mengandungi kandungan Taurat.

Taurat adalah kitab suci.

Kefahaman engkau bahawa Saidina Musa melempar dan mencampakkan kitab suci akibat terlalu marah mengandungi kesalahan yang amat besar.

Pertamanya ia bercanggah dengan perkara pokok dalam agama iaitu Para Nabi adalah Maksum.

Maksum bererti terpelihara dari melakukan sebarang perkara terlarang dalam syariat,walaupun hanya sekadar khilaf aula.

Perbuatan melemparkan lembaran suci adalah haram hukumnya.

Bagaimana engkau boleh faham bahawa Saidina Musa melemparkan lembaran wahyu yang suci itu?

Kemudiannya,engkau cuba pula untuk merasionalkan kefahaman engkau itu dengan berkata perbuatan itu dilakukan kerana Saidina Musa terlampau marah ketika itu.

Kefahaman ini lebih berat kerana engkau mengatakan bahawa Saidina Musa dapat ditewaskan oleh perasaan marah,sehingga melakukan perkara yang dilarang syarak,sedangkan kita dapat lihat orang-orang soleh biasa mampu mengawal marah mereka. Kefahaman sebegini amat-amat bercanggah dengan persoalan maksumnya para Nabi.

Oleh itu,cara yang benar untuk memahami ayat ini dengan betul adalah dengan kita mestilah menghimpunkan terlebih dahulu kesemua ayat dan hadith yang menyebut lafaz أَلْقَى lalu kita teliti penggunaannya.

Kita perlu lihat apakah makna lafaz ini dalam penggunaan bahasa Arab yang fasih.

Apabila kita melihat kamus-kamus utama bahasa arab,kita akan mendapati perkataan أَلْقَى membawa makna "meletakkan sesuatu dalam keadaan tenang".

Apabila kita menghimpunkan ayat Al-Qur'an yang menyebut perkataan أَلْقَى sebagai contoh ayat yang menyebutkan tentang Ibu Saidina Musa ingin menyelamatkan anaknya yang baru dilahirkan dari buruan Firaun :

وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّ مُوسَىٰ أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ .

Adakah lafaz "فَأَلْقِيهِ" di sini bermaksud "lempar dan campaklah anakmu itu ke sungai"?

Tentu sekali tidak dapat digambarkan bahawa seorang ibu yang penyayang yang ingin memastikan keselamatan anaknya akan melempar dan mencampakkan anaknya ke dalam sungai itu.

Pastinya makna yang tepat bagi lafaz itu adalah "letakkanlah anakmu itu dengan baik di sungai.."

Kemudian Fadhilatus Syaikh menghimpun dan menyebutkan ayat-ayat lain satu persatu (sekitar 10 ayat dan hadith) yang mengandungi perkataan الإلقاء untuk menjelaskan maksud sebenar dari perkataan tersebut yang mana akhirnya membuatkan kami semua yang hadir dapat faham makna sebenar bagi lafaz أَلْقَى yang disebut dalam kisah Nabi Musa setelah pulang dari bermunajat dengan Allah tersebut.

Fadhilatus Syaikh menegaskan lagi bahawa adalah menjadi satu kesalahan yang besar apabila kita cuba mentafsir dan memahami ayat Al-Qur'an dengan berpandukan penggunaan semasa di zaman kita bagi lafaz tertentu dengan mengabaikan makna asal dalam penggunaan bahasa arab.

Sebagai contoh perkataan أَلْقَى tersebut yang biasanya diguna pada zaman kita dengan makna يرمي yakni melempar dan menghempas,sedangkan makna asalnya berlainan dengan penggunaan hari ini.

Akhirnya,Fadhilatus Syaikh menekankan 4 syarat utama dalam memahami sebarang Ayat Al-Qur'an,Hadith atau sebarang perbahasan dalam persoalan agama:

1. Mestilah menghimpunkan segala ayat dan hadith yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.

2. Mestilah berkemampuan untuk menyusun atur dan menggabungjalinkan segala dalil yang telah dihimpunkan tadi.

3. Mestilah memastikan ketepatan dalam mengeluarkan makna dari lafaz-lafaz ayat dan hadith tersebut dengan mengikuti disiplin istinbat yang betul (lughah arabiah dan usul fiqh)

4. Kefahaman yang telah dikeluarkan tadi ditimbang dan disemak pula dengan perkara teras dan pokok dalam agama juga maqasid syariah.

HafizaAllahu Syaikhana As-Syaikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari yang telah mendidik dan menunjukkan buat kami akan jalan dan cara faham untuk mendalami agama dengan benar.

Bukan sekadar dakwaan dan semangat yang jauh dari panduan Ilmu.

Oleh : Ustaz Muhammad Noorazam bin Bahador

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153125808547458&set=a.130931747457.106611.591167457&type=1

Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia

Khamis, Mac 12, 2015

Tarekat Tasawuf menurut Imam Ghazali

Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang ilmu dan amalan tarekat Tasawuf merupakan ilmu rasa yang dicapai dengan cara merasa (berterusan berzikir mengingati Allah) dan ber‘uzlah sahaja. Katanya:

“Ilmu dan amalan tarekat Tasawuf adalah ilmu rasa (zawq) yang hanya dapat dicapai dengan cara merasa (berterusan berzikir mengingati Allah) dan jalan ‘uzlah sahaja. Ianya tidak akan dapat dicapai dengan jalan mendengar dan ta’lim (belajar) seperti ilmu hadis, ilmu kalam, ilmu tauhid, ilmu tafsir dan lain-lain.”

Amalan tarekat Tasawuf merupakan jalan tarbiyah keimanan menerusi berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu dengan bersungguh-sungguh di dalam suasana ber‘uzlah dalam tempoh tertentu. Riadah atau latihan kerohanian yang berat ini dipimpin oleh pembimbing rohani atau shaikh mursyid melalui kesungguhan dan kegigihan usaha menentang kehendak-kehendak nafsu jahat, sifat-sifat tercela serta akhlak yang rendah dan hina supaya terhias diri kita dengan sifat-sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia.

1. Definisi Ilmu dan Amalan Tarekat Tasawuf

Definisi ilmu Tasawuf mengikut Kamus Dewan (Edisi Keempat: 2007) adalah menuntut atau mengamalkan ilmu ‘uzlah (bersuluk) iaitu ajaran atau jalan untuk mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Tarekat Tasawuf didefinisikan oleh para tokoh Tasawuf sebagai jalan mujahadah dari aspek pencapaian kesempurnaan hati melalui berbagai-bagai halangan dan mengharungi berbagai-bagai tingkatan di jalan Allah itu.

Wallahualam

'Tarekat Tasawuf menurut Imam Ghazali

Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang ilmu dan amalan tarekat Tasawuf merupakan ilmu rasa yang dicapai dengan cara merasa (berterusan berzikir mengingati Allah) dan ber‘uzlah sahaja. Katanya:
“Ilmu dan amalan tarekat Tasawuf adalah ilmu rasa (zawq) yang hanya dapat dicapai dengan cara merasa (berterusan berzikir mengingati Allah) dan jalan ‘uzlah sahaja. Ianya tidak akan dapat dicapai dengan jalan mendengar dan ta’lim (belajar) seperti ilmu hadis, ilmu kalam, ilmu tauhid, ilmu tafsir dan lain-lain.”

Amalan tarekat Tasawuf merupakan jalan tarbiyah keimanan menerusi berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu dengan bersungguh-sungguh di dalam suasana ber‘uzlah dalam tempoh tertentu. Riadah atau latihan kerohanian yang berat ini dipimpin oleh pembimbing rohani atau shaikh mursyid melalui kesungguhan dan kegigihan usaha menentang kehendak-kehendak nafsu jahat, sifat-sifat tercela serta akhlak yang rendah dan hina supaya terhias diri kita dengan sifat-sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia.

1. Definisi Ilmu dan Amalan Tarekat Tasawuf
Definisi ilmu Tasawuf mengikut Kamus Dewan (Edisi Keempat: 2007) adalah menuntut atau mengamalkan ilmu ‘uzlah (bersuluk) iaitu ajaran atau jalan untuk mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Tarekat Tasawuf didefinisikan oleh para tokoh Tasawuf sebagai jalan mujahadah dari aspek pencapaian kesempurnaan hati melalui berbagai-bagai halangan dan mengharungi berbagai-bagai tingkatan di jalan Allah itu.

Wallahualam'

Ahad, Mac 01, 2015

Panduan Memilih GURU

Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, “Jika anda berguru kepada seseorang demi untuk sampai kepada Allah, maka ikutilah saranan ini : Hendaklah anda berwudhuk dengan sempurna, mindamu penuh khusyuk dan matamu jangan memandang selain dari tempat wudhuk saja. Sesudah itu, anda terus pergi bersolat. Anda buka pintu solat itu dengan wudhuk tadi, kemudian anda buka pintu istana Allah pula dengan solatmu. Apabila sudah selesai solat, tanyalah Allah menerusi bisikan hatimu – Siapa yang patut saya ambil sebagai pembimbingku, atau guruku? Siapa yang benar-benar dapat menyampaikan ajaran-Mu kepadaku? Siapakah orang pilihan-Mu? Siapakah Khalifah-Mu? Siapakah Wakil-Mu?

Allah Maha Pemurah, nanti pertanyaanmu yang serius itu akan dijawab-Nya. Tanpa ragu lagi, bahawa Dia akan mendatangkan ilham ke dalam hatimu. Dia akan memberikan petunjuk ke dalam dirimu, iaitu petunjuk yang paling batin sekali, yakni sirr. Allah akan memberikan tanda-tanda atau isyarat yang jelas. Pintu cahaya-Nya akan dibukakan buatmu, lalu cahaya itu akan mendorongmu ke jalan yang benar. Ingatlah, siapa yang berusaha dengan sungguh-sungguh mencari pasti akan mendapat.

Firman Allah Ta’ala :

“Dan orang-orang yang bermujahadah (pada perjalanan) menuju Kami, nanti Kami akan menunjuki mereka jalan-jalan (yang menyampaikan mereka) kepada Kami.”

[Al-Ankabut : 69]

Keputusannya terletak pada dirimu sendiri, pada hatimu yang diberikan cahaya kelak. Anda sendiri yang memutuskan nanti, bukan orang yang anda hendak berguru kepadanya. Apabila hatimu telah bulat tertumpu kepada orang itu, maka mulakanlah berguru kepadanya. Dialah yang menjadi pilihan Tuhan untukmu. Jangan ambil peduli tentang miskin atau kayanya, tentang susur galur keturunannya, tentang rupa dan perawakannya, tentang cara dan kaedahnya, tentang kata-kata dan bicaranya. Apa yang terpenting ialah batinnya, hatinya bukan zahir dan bentuknya.

Di majlisnya, jangan anda tergesa-gesa bercakap dan menarik perhatiannya kepadamu. Perhatikan khidmat yang berfaedah yang dikerjakannya terhadap Tuhan. Dia adalah pengajar dan pembimbing, bukan hanya untuk dirinya sendiri, malah juga untuk orang lain. Dia hanya penyampai bukti-bukti ketuhanan. Anda hendaklah bersedia menerima apa yang Allah hendak menyampaikan melalui orang atau pembimbing itu. Tumpukan perhatianmu kepadanya. Jangan sekali-kali melanggar perintahnya, atau melampaui batas yang ditentukannya. Hendaklah anda mendengar kata bicaranya dengan penuh khusyuk dan tekun. Jangan sampai anda merasa syak dan sangka buruk terhadap arahannya, terhadap kata-katanya, terhadap perlakuannya, kerana semua itu timbul dan muncul daripada kerohaniannya. Anggaplah ia lebih bijaksana dari orang lain, dan biarkan dia membimbingmu menuju Allah dalam keadaan tenang dan tenteram, asalkan matlamatnya mestilah Allah semata, dan bukan ghairullah.

Wallahualam.

Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama

Ilmu

Ilmu itu:

1. Malakah (Kemampuan)

2. Al-Mudrakah (Pengetahuan)

3. Masail (Permasalahan)

Bermula dari mengkaji permasalahan, insya Allah nanti akan sampai pada taraf al-malakah (bakat).

- Syekh Usamah Sayyid Azhary


Sumber: Suara Al Azhar.

ADAB

Al-Imam al-Kisaie rahimahullah menceritakan bahawa satu hari beliau menjadi imam di dalam solat dan Khalifah Harun al-Rasyid rahimahullah menjadi makmum di dalam solat tersebut.

Bacaannya sangat mengkagumkan dan sememangnya beliau seorang imam di dalam ilmu al-Quran.

Tiba-tiba al-Imam al-Kisaie tersilap bacaannya yang beliau ungkapkan bahawa kesilapan itu kanak-kanak pun tidak akan melakukannya.

Beliau tertukar daripada ayat { لعلهم يرجعون } kepada { لعلهم يرجعين}.

Setelah selesai menunaikan solat , Khalifah Harun al-Rasyid bertanya dengan penuh adab kepada al-Imam al-Kisaie :

" Bacaan yang kamu baca wahai Imam diambil daripada riwayat mana atau daripada bahasa kaum mana wahai Imam? "

Maka jawab al-Imam al-Kisaie :

" Kuda yang handal juga kadang-kadang tersungkur wahai Khalifah"

Betapa mulianya akhlak orang-orang terdahulu kepada para ulama mereka , Khalifah tidak mengatakan " Kamu Silap" tetapi bertanya dengan penuh adab.

Zaman sekarang, ilmu kurang tetapi kritiknya lebih daripada ahli ilmu. Allahu Allah..

Jauhnya kita dengan zaman tersebut.Semoga Allah mengurniakan kita adab seperti para salaf terdahulu.. Amin ya Rabb.

Wallahualam.

(Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...