Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, November 02, 2015

Kelebihan solat di Masjid


Kelebihan Solat di Masjid

BILA SOLAT DI MASJID,

In Sya Allah kita akan perolehi:

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i’tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala amin bersama imam
11. Pahala rapatkan sof,
12. Pahala luruskan sof
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala membersihkan masjid
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala sedekah ditabung masjid
23. Pahala mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah saw
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri..

Daripada darjat2 ini, berapa yg tidak boleh dicapai jika solat berjamaah dirumah?

Oleh itu marilah kita berjemaah di masjid/surau sedapat yg mungkin.

(Sumber)

Wallahu’alam..

Hukum binaan di atas tanah kubur


BINAAN DIATAS KUBUR UNTUK PERHIASAN KECANTIKAN DAN BERMEGAHAN ADALAH HARAM

ISU:
Apakah hukum membina batas daripada batu batuan dan apa hukum menghias kuburan? Adakah ianya haram?

PENJELASAN:
Membina batas dari batu batuan di atas kuburan adalah harus sekiranya ia dibuat untuk mengelakkan tanah dari terhakis atau digali atau dikorek oleh binatang. Yang diharamkan ialah membina binaan yang besar untuk tujuan kecantikan dan bermegah-megah. Oleh yang demikian, berhias untuk tujuan di atas adalah haram. Namun sekiranya dibuat binaan asas yang kemas untuk tujuan memperkukuhkan tanah dan memudahkan orang yang menziarahi adalah harus.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pernah membincangkan isu berkaitan dengan binaan atas kubur pada 26 Mei 1976 dan 25 Mei 2010. Keputusannya adalah seperti berikut:

Makruh hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang tanah kubur itu dimiliki oleh orang yang membuat binaan tersebut. Manakala hukumnya harus jika membuat binaan yang bertujuan menyelamatkan kubur itu dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir atau seumpamanya.

Haram hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang diwakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan kekal wujudnya selepas hancur mayat ia menghalang orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu dengan tiada apa-apa sebab yang diluluskan oleh syarak dan meruntuhkan itu hendaklah dengan kebenaran kadi atau kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah kerana dikhuatiri berlaku perbalahan, pergaduhan dan sebagainya. Batu-batu dan perkakas-perkakas binaan menjadi hak milik waris-warisnya dan dipulangkan kepada mereka. Jika tiada waris atau waris enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada baitulmal.

Wallahua'alam?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...