Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, Februari 06, 2008

Apa itu Politik Islam

RAMAI pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam di tegakkan.Dan saperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang di amalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang di impot dari BARAT.Ertinya, poltik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam.Ia di buat tanpa berpandukan undang undang Islam.Jika kita mengikut kaedah perjuangan mereka dengan sendirinya kita TERJEBAK ke jalan yang menyimpang daripada syariat.

MAKSUD HADITH NABI S.A.W: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu.

Politik Barat adalah sesuatu yang salah dari syariat dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah.Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan
Islam daripadanya.Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik.Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbul huru hara, kacau bilau dan persengketaan di tengah masyarakat.Ini sudah terbukti.Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka "POLITIK IS A DIRTY GAME."

Kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.

Dalam politik pilihan raya saperti yang ada pada hari ini kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara.Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak ansur 'terpaksa' di lakukan.Ini dapat di lihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak......mengapa?Ini di sebabkan kita takut mereka lari daripada kita.Sikap mementing undi telah menyebabkan kita bertolak ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan.Ini bertentangan dengan ajaran Islam!

3 ulasan:

azharjaafar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azharjaafar berkata...

Terima kasih. Info yang baik.

Perlu kekuatan iman untuk diamalkan. Tanpa kekuatan iman, manusia kan mudah yakin kepada cara selain quran dan sunah walaupun berkobar-kobar melaungkan quran dan sunah.

Narmadi berkata...

Banyak orang berpendapat politik itu kotor mungkin sebagian orang lagi berpolitik adalah the first gate to hold the gold...tepi terlepas dari semua itu isi blog anda keren...salam kenal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...