Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Jun 24, 2008

Sudah dapat Kerajaan baru bolih memperjuangkan Islam?

Walaupun kita di perintah memperjuangkan Islam itu secara keseluruhan dari peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, politik, perhubungan, kebudayaan,negara, seterusnya alam sejagat, namun Islam ada memberi kaedah:”Tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.”

Di dalam memperjuangkan semua, buat lebih dahulu apa yang boleh dibuat.Ertinya laksanakan lebih dahulu Islam yang ada di dalam kuasa kita, ia itu peribadi kita, keluarga kita, dan jemaah, kumpulan atau parti kita.(Tak perlu tunggu pilihanraya untuk dapat Negara baru nak laksanakan Islam). Tegakkan lebih dahulu iman , Islam dan ihsan itu atau tegakkan lebih dahulu akidah, syariat dan akhlak itu di dalam diri kita, keluarga kita dan ahli ahli jemaah atau parti kita. Cara ini lebih mudah di tegakkan kerana ia ada di bawah kuasa kita. Kalau di luar kuasa kita lebih lebih lagi di dalam negara dan alam sejagat, sudah tentu susah dan amat sulit hendak di tegakkan kehendak kehendak ajaran Islam itu daripada persoalan akidah, syariat dan akhlak. Selagi kuasa belum ada di tangan kita, cukuplah kita sarankan lebih dahulu atau mengingatkan lebih dahulu kepada pihak pihak yang ada kuasa di dalam negara dan seterusnya alam sejagat.Tapi yang ada di bawah kuasa kita, saperti yang telah di sebut tadi, kita buat dan perkemaskan sungguh sungguh hingga menjadi contoh atau role model kepada orang lain. Mengapa setiap individu dan jemaah atau parti parti Islam itu perlu laksanakan dahulu? Perlu di ingat bahawa Islam bukan setakat ilmu.Tidak juga sebagai slogan. Bahkan setakat keyakinan pun belum cukup.Tapi Islam itu adalah agama ilmu, yakin dan amal.Selepas itu barulah sesuai untuk di perjuangkan agar ia lebih luas lagi daerahnya dan lebih ramai penganut penganutnya.

Ini kerana Islam adalah agama wahyu yang datang dari pada Allah, di sampaikan kepada Rasulullah, kemudian terus disampaikan kepada semua manusia untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Ia merupakan hadiah yang paling besar dari Allah Taala demi keselamatan kita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...