Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, Mei 19, 2008

Kemungkaran pembawa Bencana

Apabila umat Islam sudah lupakan Tuhan dengan melakukan kemungkaran, kemungkaran yang bermacam macam, tinggal solat, dedah aurat, sesat akidah,mencuri, merompak, merogol, menipu, rasuah, hasad dengki, membunuh, memfitnah, mengumpat dan berbagai bagai jenis lagi.Maka kemurkaan Tuhan pun berlaku. Apabila Allah murka, Allah turun kan bencana sebagai hukuman, bukan saja kepada yang berbuat dosa bahkan kepada semua umat di kawasan itu.Di datangkan orang orang jahat membuat kacau bilau.Di timpakan berbagai bagai penyakit kronik yang menakutkan.Bencana alam pun dilakukan di mana mana, memusnahkan segala galanya. Di waktu itu hidup pun dalam ketakutan, pergi sana ada perompak, pergi sini ada perogol, jumpa orang kena tipu, dengan polis pun kita tidak selamat,jalan sana ada tanah runtuh, hujan sikit ada banjir, makan minum pun sudah tidak selamat.Air dan udara pun ada racun.Di sana keracunan di sini keracunan.Makanan tidak halal (di kata halal) di dapati di mana mana.Rakyat sama rakyat bercakaran.Pemimpin pemimpin pun sama.Masing masing hendak menegakan ideologi masing masing.Masing masing mahu menegakkan benang yang basah.Keamanan dan ketenangan sudah tidak ada di mana mana.Hidup resah dan gelisah, jiwa sentiasa cemas.Huru haralah kehidupan di mana mana, dunia dah jadi neraka. Untuk menenangkan semula kehidupan di dunia ini, semua golongan kenalah membaiki diri.Jauhilah kemungkaran, jangan membuat dosa lagi untuk meredakan kemurkaan Tuhan kepada umat manusia. Bertaubatlah banyak banyak dan buat baiklah segera.Berkasih sayanglah sesama manusia.Bermaaf maafan satu sama lain dan bekerjasama agar Rahmat Tuhan dicucuri semula . Keamanan pun bermula. Olih: Cikgu Ku

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...