Al Quran yang diturunkan kepada umat Islam menyatakan beberapa larangan, dengan mengarahkan mereka supaya membuat pilihan dengan teliti dan bijak serta memakan makanan yang baik dan berkhasiat.
Dalam memilih maknan dan minuman, Islam telah menetapkan tiga garis panduan yang penting iaitu: - Sama ada makanan itu diharamkan Allah
- Sama ada makanan itu diperolehi secara halal atau haram
- Sama ada bahan itu boleh memudaratkan kesihatan
- Semua bahan mentah dan rumusan mesti halal
- Binatang yang halal untuk makan saperti lembu mestilah di sembelih mengikut hukum Islam, yang mana penyembelihan nya itu di lakukan oleh seorang Islam yang waras akal fikirannya, dengan memotong urat leher binatang sembelihan hingga putus, dengan menggunakan benda tajam saperti psau. Perkataan "Bismillah" perlu disebut ketika sembelih.
- Bahan ramuan halal tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan bahan haram saperti produk daripada babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan