Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, September 25, 2010

Orang yang berkuasa mampu melakukan apa saja

Petikan kata Ulama:


"Lihatlah beza antara kekayaan dan kekuasaan. Yang kaya tetapi tidak berkuasa, kemungkinan saja ditindas. Tetapi yang berkuasa mampu melakukan apa sahaja."


Oleh kerana itu manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa. Kuasa merupakan jambatan kepada tercapainya segala keinginan manusia yang tiada batasan. Oleh itu, untuk memiliki kekuasaan manusia berlumba-lumba mencari kemenangan. Bahkan dengan kekuasaan, manusia ada kelebihan untuk mengekalkan kemenangan.


Bila berpolitik, manusia mahukan kemenangan semata-mata. Bila berdebat, manusia ingin tewaskan semua musuhnya. Bila bermesyuarat, manusia mahu pandangannya sahaja diterima. Bila kaya, dia pergunakan manusia. Bila berkuasa, dia mahu buat apa sahaja. Semuanya kerana "virus nak menang" yang penghujungnya adalah kekuasaan.


Sayangnya, kerana "nak menang" manusia gadaikan agama, bangsa dan tanah air sendiri. Syirik, rasuah, caci maki, kafir mengkafir, khianat, pecah amanah dan berdusta lain dipraktikkan kerana virus "nak menang" telah berakar di jiwa. Kemungkaran menjadi juara, kebaikan pula yang dicela.


Wahai saudaraku, sedang Islam itu sendiri adalah agama kemenangan bahkan menyeru umatnya agar sentiasa menang. Jika ingin kemenangan hakiki yang kekal abadi, lihatlah bagaimana Islam melatih umatnya untuk menjadi pemenang seterusnya juara di dunia dan akhirat".

1 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

Nabi Muhammad dah tunjukkan cara terbaik untuk menangkan Islam. Tapi org sekarang lebih suka tgk contoh paris hilton dan lady gaga. sigh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...