Rasa kehambaan dalam solat.(Foto Sumber).
Jika di dalam ibadah solat kita tidak melahirkan sifat kehambaan atau di saat kita solat kita tidak merasai yang kita ini hamba tuhan, maka mustahil di luar solat kita dapat merasa yang diri kita ini hamba.Apabila sifat kehambaan tidak wujud dalam diri kita maka yang wujud adalah sifat mazmumah.Penyakit jiwa ini lah yang menjadikan manusia sentiasa berkrisis.Orang politik dengan penyakit gila kuasanya. Suka bergaduh dan jatuh menjatuhkan.Yang berkuasa pula berpenyakit angkuh tidak boleh bertolak ansur serta bersifat menindas.Jiwa rakyat bercelaru dan kucar kacir dek di pergunakan oleh pemimpin pemimpin yang berpenyakit jiwa ini.Dan berbagai kecelaruan dan krisis manusia terpaksa hadapi oleh kerana hilang nya rasa kehambaan kepada Tuhan.
Justeru rosaklah masyarakat, hilang lah bahagia dan terseksa lah hidup.
Maka ibadah Solat yang di jiwai hingga timbul rasa kehambaan akan melahirkan hamba hamba Allah saperti berikiut:
- Peribadi yang kuat keyakinannya
- Peribadi yang kuat Imannya
- Peribadi yang mempunyai akhlak yang tinggi
- Peribadi yang berdisiplin
- Peribadi yang bersih dari maksiat dan kemungkaran (kecuali sedikit)
- Peribadi yang kuat syariatnya
- Peribadi yang bersih jiwanya
- Peribadi yang kurang sifat sifat mazmumahnya.
Wallahu'alam.
2 ulasan:
nice sharing :-)
boleh guna pakai bila bukan muslim persoalkan ttg napa perlu solat
jika benar....bersolat itu mezahirkan manusia bersifat HAMBA, maka berzakat pada Asnaf tiap tahun menzahir bersifat apa....ya. ZAKAT TIAP TAHUN itu wajib diserah pada ASNAF tapi apakah usaha mika kearah zakat ini....wujud ke....atau takde. Buat dekkkkkkkkkkk...aja. HAMBA jenia apa...kalau 'solat 5 waktu' layan tapi zakat....boleh belah.......elak saja.
Catat Ulasan