Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Januari 30, 2011

RENUNGAN: MENGAPA UMAT ISLAM TERHERET KE DALAM KANCAH POLITIK SEKULAR BARAT?

Salam sahabat sahabat pembaca sekalian,

Jauh dalam hati saya dan mungkin di hati hati tuan tuan yang cintakan Islam, sentiasa tertanya tanya tentang persoalan mengapa hari ini umat Islam terheret ke dalam kancah politk kotor barat.Dan sangat sangat inginkan jawapan munasabah dan ikhlas dari yang bijak pandai dan pejuang Islam.


Hari ini apabila di sebut "politik" semua orang menganggap dan menfokas maksud politik itu kepada politik barat.Ia itu politik sekular.Apabila di sebut "politik" aje mereka tidak lagi merujuk perkara penting ini kepada Islam tetapi mengarahkan pemikiran kepada sistem politik pilihanraya.Maka muncul lah istilah istilah saperti "mainan politik", "rasuah politik", "wang politk","sentimen politik", " sumbangan politik", "kenyataan politik", "senyum politik" dan sebagainya.

Bila di tanya mengapa dah ramai pejuang pejuang Islam dan umat Islam terlibat dan terheret dalam politik sekular barat yang kotor itu? Biasanya mereka menjawab "tiada pilihan".

Jawapan ini seolah olah mengambarkan bahawa Islam tidak mempunyai jalan sendiri dalam soal politik.Seolah olah Islam ini tidak sempurna dan tidak ada cara untuk berpolitik di tengah tengah politik barat. Walaupun semua mengaku Islam itu lengkap atau syumul.

Mengapa politik sekular yang kotor dan haram ini digunakan untuk menegakkan Islam? Mengapa jika ada mana mana individu,jemaah atau badan badan Islam yang tidak terlibat dengan politik pilihanraya di cop tidak berpolitik dan di tuduh tidak berjuang? Adakah untuk berjuang hanya di pentas politik sekular sahaja?

Bukan kah cara berpolitik cara Barat yang kita amalkan banyak yang bertentangan dengan Islam? Berpolitik dengan mengaibkan lawan, mengumpat, memfitnah,menuduh,berbohong, buat janji yang mereka tahu mereka tidak akan dapat tunaikan,mengugut pengundi yang dijangka tidak mengundi mereka dengan ugutan jahiliah,dan munafiq.Bersekongkol dengan jemaah orang kafir demi untuk menang pilihanraya walau mereka yakin mereka tidak akan dapat kuasa, kerana yang akan berkuasa apabila menang bukan mereka tetapi kaum kafir sekutu mereka itu.Ada yang rasuah, beli undi, pengundi hantu dan larikan peti undi.Mereka menghalalkan cara atas alasan tiada cara lain.Nampak sangat sistem politik ini memecah belahkan ukhwah Islamiah dan menghuru harakan umat.Tidak hairan lah krisis demi krisis terutama krisis perpaduan ummah melanda umat Islam hari ini.


Orang orang Islam yang berpolitik cara sekular barat melalui jalan jalan yang jijik dan kotor kononnya untuk mendapat hasil yang baik.Politik kotor digunakan untuk mendapat negara Islam, negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.Boleh tercapaikah? Sedang kita tahu bahawa kebaikan itu hanya akan di capai dengan cara baik dan melalui jalan jalan yang baik.Mereka mengandaikan sekiranya tidak menempuh jalan kotor ini (berpolitik barat) bagaimana boleh dapat negara Islam?

Saya tak tahu dan inign tahu dan ingin bertanya.Pejuang pejuang Islam tolong jelaskan..Pertanyaan saya ialah, Islam yang syumul atau lengkap ini tidak ada jalan sendiri kah untuk mendaulatkan Islam itu sendiri? Atau pejuang pejuang Islam kini sengaja tidak mahu mempelajari cara bagaimana Rasulullah dan Khulafa Rasyidin menegakkan Islam? Setahu saya Rasulullah lahir di zaman politik jahiliah menguasai dunia.Namun baginda tidak pun menyertai dan terheret kedalam nya.Baginda tidak pun membuat alasan konon tiada pilihan untuk tidak menyertai politik jahiliah itu.Sebaliknya baginda berjuang menampilkan politik baginda (politik Islam) lalu membunuh politik jahiliah yang karut marut itu.


Wallahu'alam

Jumaat, Januari 28, 2011

RENUNGAN - PEJUANG ISLAM YANG GAGAL

Saya minta maaf sekiranya ada nya pembaca pembaca yang akan tersinggung,berkecil hati dan marah pada saya terhadap apa yang saya tulis di sini.Sesungguhnya Apa yang akan saya paparkan di sini adalah ilmu dan kebenaran.Ilmu mesti dihadapi dengan ilmu dan bukan sentimen.Pemburu kebenaran tidak sepatutnya takut atau tersinggung pada kebenaran.Walaupun dia terpukul dengan kebenaran itu.Sebab kebenaran tidak memecahkan akal dan hati insan.Kecuali yang tidak mahu menerima kebenaran.

Pada setengah abad yang lalu, ketika di peringkat awal era kebangkitan Islam di Malaysia ramai pihak menyatakan keinginan kepada ,masyarakat Islam,sistem hidup Islam, dan dunia Islam.Semua melaung laung supaya sistem hidup Islam di jadikan alternatif kepada sistem sekular yang di katakan sistem jahiliah yang karut dan di benci.

Maka tumbuhlah macam cendawan jemaah jemaah perjuangan, yang saya masih ingat, nama nama besar saperti PAS, Al Arqam, Tabligh,Darul Atiq, Abim, Jim, dan banyak lagi.Maka masing masing pun berjuang.Ketika itu kita lihat semua pihak bersemangat sibuk bersyarah, berslogan, berseminar,bermotivasi berkempen,bertindak dan bermacam macam lagi usaha ke arah untuk menegakkan cita cita mendaulatkan Islam.Hari ini ada jemaah atau parti yang sudah berjuang menjangkau lebih 50 tahun dan ada yang lebih lama lagi.

Tetapi hari ini saya lihat apa yang mereka usahakan tidak memperlihatkan hasil saperti yang di jangkakan.Islam yang mereka laung laungkan dulu dan selama ini tidak tertegak walaupun dalam jemaah atau parti masing masing.Ada jemaah atau parti sudah pun dapat memerintah negeri.Tetapi usah kata di dalam pemerintahan negeri yang mereka perintah tidak wujud sistem Islam, di dalam jemaah atau parti mereka yang kecil pun tidak wujud sistem Islam.Walaupun sudah dapat kuasa namun hendak menarik umat untuk sembahyang dan menutup aurat pun masih gagal.Rupa rupanya sistem politik pilihanraya yang mereka ceburi hanya mampu melobi orang tetapi tidak mampu menarik orang kepada penghayatan Islam.

Walaupun demikian, hari ini, kesedaran umat Islam kepada Islam di seluruh dunia kian meningkat.Kita sendiri pun mahu cara hidup Islam di dalam semua aspek kehidupan kita.Kini kita sudah sedar tentang makanan halal,takut nak melibatkan diri dengan riba, mahu menjauhi sistem pendidikkan sekular,  maksiat dan kemungkaran.Kita mahu Islam jadi cara hidup yang syumul.

Nampaknya pada hari ini pejuang pejuang Islam seakan akan masih belum bersedia walaupun sudah lama berjuang!. Tidak ada apa perubahan pun yang kita nampak yang ada pada mereka, contohnya saperti yang saya sebut tadi di perenggan 4.Kalau ada pun sedikit aje, itu pun di lakukan oleh badan badan NGO Islam (yang kurang ahli dan tenaganya), bukan parti politik yang mempunyai ahli dan penyokong (tenaga) lebih setengah juta orang!

Mengapa jadi begini? Pejuang yang berpentaskan parti politik mempunyai matlamat untuk menang pilihanraya agar dapat memerintah negara.Maka tumpuan untuk mendidik ahli dan penyokong kepada ilmu dan iman, dan perlaksanaan Islam dalam parti kurang di ambil berat.Bukan tidak ada tetapi kurang di beri tumpuan dan keutamaan.Dalam kuliah ilmu yang mereka anjurkan pun berlandaskan untuk kempen mengundi dan menyerang lawan.Apalagi kalau ianya kuliah politik.

Mendengar kuliah sabegini kurang membangkitkan kesedaran ahli dan penyokong untuk rasa takut kepada Allah.Tetapi hanya membangkitkan semangat untuk menghentam lawan dan menang dalam pilihanraya.Buktinya kita boleh melihat perangai perangai ahli ahli dan penyokong parti politik ini yang sangat keji di sepanjang kempen kempen pilihanraya, melaung, memekik,merosakkan harta awam orang, memaki hamun macam orang kena syaitan.

Siapa yang boleh kita harapkan, pejuang dari NGO atau parti politik?


Wallahu'alam.

Selasa, Januari 25, 2011

Mari muhasabah diri wahai pejuang agama

Wahai para pejuang yang mengaku pejuang agama.Pendakwah dan ahli politik.Di antara kalian ada yang sudah berjuang berpuluh puluh tahun.Pernahkah saudara tanya diri sendiri ..........


  • Selama aku berjuang sudah berapa ramai orang yang aku Islamkan? Atau sudah berapa ramai orang Islam aku kafirkan?
  • Selama berjuang berjaya kah aku mendaulatkan Islam di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan sistem ekonomi Islam? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah,parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan sistem pendidikan Islam? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah,parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan kebudayaan Islam? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurang nya di peringkat jemaah,parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan sistem pentadbiran Islam ? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurang nya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku?
  • Dalam dunia Islam menghadapi pencemaran makanan halal.Adakah aku sudah berjaya menegakkan kilang kilang pemprosesan makanan halal untuk umat Islam di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya mencetus dan memupuk perpaduan dan kasih sayang di antara sesama umat Islam di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku? Dengan ini akan teguh dan kuatlah umat Islam hingga di segani musuh? Ataukah selama ini aku sebenarnya menjadi agen pencetus kebencian dan permusuhan umat?
  • Pejuang Islam adalah penyelamat umat manusia.Selama aku berjuang berapa kali aku pernah mendoa kan keselamatan dan kesejahteraan untuk seluruh umat Islam? Kepada umat yang sesat pernahkah aku doakan agar mereka kembali kepangkal jalan.Dan apabila mereka tidak kembali kepangkal jalan adakah aku rasa kesal dan merasakan satu kegagalan bagi diri aku sebagai pejuang di sisi Allah? Pernahkah aku mendoakan untuk pemimpin atau pemerintah yang zalim agar di beri hidayah dan taufiq agar jadi baik,dan kepada pemimpin yang baik agar jadi bertambah baik?

Wahai pejuang! Sekiranya saudara tidak dapat menjawab dengan jawapan yang memuaskan persoalan persoalan diatas maka tanya lah diri sendiri, apa yang saudara perjuangkan selama ini? Apakah yang saudara buat selama ini? Apakah yang saudara cakap selama ini? Apa kah yang saudara dakwahkan selama ini? Ke manakah hala tuju saudara mengajak umat manusia? Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada parti? Atau pejuangan saudara sebagai hobi? Untuk seronok seronok penghibur hati? Atau semangat semangat aje?

Saudara pejuang agama.Pendakwah dan ahli politik.Nilai semula atau muhasabah lah perjuangan saudara! Agar perjuangan saudara ini adalah untuk keredhaan Allah.Bukan kerana fahaman politik sekular dan bukan tujuan nak mengaib dan menghentam orang.

Jumaat, Januari 21, 2011

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

1.azab api neraka,

2.azab kubur,

3.mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan

4.kejauhan dari rahmat Allah swt serta

5.tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w

6.dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

1.penceraian akan berlaku akibatnya,

2.pasangan zina mengandung,

3.bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,

4.mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,

5.apa akan jadi kepada anak-anak ?,

6.kejian masyarakat,

7.ditangkap basah dan diumum di media,

8.adik beradik mengeji,

9.akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,

10.dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,

11.mati ketika zina dan khalwat dilakukan,

12.dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

1.Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

2.Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

3.Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4.Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

5.Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.

6.Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

7.Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8.Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9.Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10.Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

11.Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

12.Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

13.Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

14.Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.

15.Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.

16.Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-
وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)







Sekian

Sumbangan: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/









.

Khamis, Januari 20, 2011

Fatwa di langgar kerana berfahaman sekular.

Ideologi sekularisme tajaan barat yang memisahkan urusan kehidupan dunia dari agama telah menular ke hampir semua negara Islam di dunia ini.Rupa rupa nya ideologi ini telah memberi hasil yang amat buruk sekali kepada penghidupan manusia sejagat.Kehidupan manusia bukan bertambah baik tetapi menjadi begitu pincang dan cacat.Di barat di mana ideologi ini bermula masyarakat manusia sudah hilang identiti kemanusiaannya.Manusia ramai yang sudah tidak percaya kepada agama, kerana mereka menganggap agama itu candu yang merosakkan akal fikiran manusia.Walhasil tanpa agama, mental dan spiritual manusia di kuasai oleh nafsu dan syaitan, hingga jadilah manusia saperti syaitan atau binatang.Akal dan jiwa yang murni sudah tidak berfungsi lagi.


Kita orang Timur walaupun katanya beragama,(yang bergama Islam pun juga) sudah berjaya di rosakkan oleh fahaman sekular tajaan barat itu.Kita sudah hampir jadi senasib dengan orang barat sebab agama tidak di jadikan panduan hidup.Agama pada sesetengah orang hanya tinggal nama sahaja.Sebab itu umat Islam di timur, termasuk di Malaysia yang sepatutnya hidup dalam keadaan berbaik baik sudah jadi kelam kabut dan huru hara macam orang barat.

Pemerintah dan pemimpin oleh kerana berfahaman sekular mereka menganggap agama perkara kedua dalam pentadbiran negara.Jika ada fatwa yang di keluarkan oleh mufti mufti yang mereka sendiri lantik, yang tidak menyebelahi mereka, mereka tak ambil peduli dan langgar.Mereka menjatuhkan kredibilti mufti mufti mereka sendiri.Contoh, pada satu ketika dulu seorang mufti negeri Perak telah menfatwakan bahawa aktiviti "Jom Heboh" mendorong kepada maksiat maka ianya haram di anjurkan.Pemerintah tak ambil peduli.Sepatutnya kalau mahu membenarkan ianya di anjurkan juga cari jalan alternatif untuk "mengIslamkan" Jom Heboh itu.Ini boleh di lakukan kalau mahu, saperti yang di lakukan oelh kerajaan Negeri Kelantan tidak lama dulu.Jom Heboh berjaya di anjurkan di sana dengan syarat syarat yang di tetapkan, iaitu megikut lunas lunas syariat Islam.

Begitu juga berlaku dalam persatuan persatuan, NGO dan parti Islam yang juga tidak kecuali di landa fahaman sekular.Ada sebuah parti yang mempunyai dewan ulama tetapi kerap kali suara mereka tidak mahu di dengar oleh beberapa orang pemimpin nya kerana pendapat dan nasihat dewan ulama mereka tidak menyumbang kepada "politik gain" parti.Walaupun mereka mengaku mereka tidak sekular,samada sedar atau tidak, sengaja atau tak sengaja, tetapi ajaran sekular mereka guna juga.Ini menunjukkan fahaman sekular telah melanda di mana mana tempat orang Islam macam bah yang tidak dapat di bendung lagi.

Sekular mengajar ulama ulama yang patut jadi obor menaungi umat menjadi peluru peluru berpandu yang mengeluarkan fatwa fatwa yang bercanggah di antara mereka hingga umat jadi kucar kacir.

Sekular juga mengajar ibu ayah yang sepatutnya jadi ketua rumahtangga menjadi penjahat penjahat yang menyeksa anak anak.Anak anak sepatutnya begitu kasih dan taat kepada kedua ibu bapa.Tetapi tidak demikian.Ajaran sekular telah mengajar anak kita bertanya kita balik "Mengapa lahirkan saya di dunia, mengada ngada nak lahirkan saya maka tanggunglah beban?" Begitu lah sikap anak berpendidikan sekular.

Suami isteri susah untuk berbaik baik.Suami kalau mahu "menggauli" isteri tanpa persetujuan di kira rogol dan suami boleh di dakwa di mahkamah.Ini ajaran sekular.Mereka tinggal serumah tetapi tidak sehaluan.Sering berselisih faham, berkrisis, berpecah belah dan bercerai berai.Kegilaan kepada dunia serta sikap kau kau aku aku yang di ajar oleh fahaman sekular telah memutuskan kasih sayang dan rasa kemanusiaan sesama manusia.

Muda mudi sekular zaman ini sudah rosak sama sekali.Mereka bukan lagi pemuda pemudi harapan agama dan negara bahkan menjadi pemuda pemudi masaalah agama dan negara.Sistem pendidikkan sekular yang di guna pakai oleh pemerintah gagal melahirkan manusia manusia yang bertanggung jawab.

Sekularisme tidak ada cara untuk memproses manusia supaya berfungsi sebagai manusia.Nafsu sahaja yang di gemukkan tapi jiwa dan akal manusia tidak di bentuk untuk menjadikan manusia benar benar manusia saperti yang gariskan dalam ajaran Islam.Akhirnya manusia mewarisi watak haiwan atau syaitan.Sudah tentu lah acuan yang rosak akan mengeluarkan kuih yang rosak.

Bilakah akan lahir seorang pemimpin penyelamat yang akan menyelamatkan umat Islam sedunia dari cengkaman Sekularisme ?



Wallahu'alam.

Sembilan jenis SIHIR

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
 Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.


2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

Salah satu ayat tolak sihir dari Al Quran:

(Sumber: Pusat Rawatan Islam Darul Manzil  http://darulmanzil.blogspot.com)


Kiriman: Roslan Mohd - mohroslan@gmail.com







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...