Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, Jun 13, 2011

Wanita Solehah = PENAWAR / Wanita Seksi = RACUN: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

Wanita Solehah = PENAWAR / Wanita Seksi = RACUN: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !): "1. Baca ini dan fahami ini dahulu. Sabda Rasulullah s.a.w. : 'akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mer..."

Khamis, Jun 02, 2011

Siapa dia Ulama

Orang alim hakiki (ulama tulen) adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Mengetahui ilmu usul fiqh seperti nasikh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang menggali ucapan-ucapan salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.” (Wujubul Irtibath bi ‘Ulama, hal. 8)
Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan ciri khas seorang ulama yang membezakan dengan kebanyakan orang ialah saperti mana yang di berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama.” [QS.Fathir: 28].
Terdapat beberapa ungkapan ulama dalam mendefinisikan ulama. Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah dalam kitab beliau Kitabul ‘Ilmi mengatakan: “Ulama adalah orang yang ilmunya menyampaikan mereka kepada sifat takut kepada Allah.” (Kitabul ‘Ilmi hal. 147)
Ibnu Juraij rahimahullah (wafat 150 H) menukilkan (pendapat) dari ‘Atha (wafat 114 H), beliau berkata: “Barangsiapa yang mengenal Allah, maka dia adalah orang alim (ulama).” (Jami’ Bayan Ilmu wa Fadhlih, hal. 2/49)
Badruddin Al-Kinani rahimahullah (wafat 861 H) mengatakan: “Mereka (para ulama) adalah orang-orang yang menjelaskan segala apa yang dihalalkan dan diharamkan, dan mengajak kepada kebaikan serta menafikan segala bentuk kemudharatan.” (Tadzkiratus Sami’ hal. 31)
Abdus Salam bin Barjas rahimahullah (wafat 1425 H) mengatakan: “Orang yang layak untuk digelar sebagai orang alim (ulama tulen)  bilangannya sangat sedikit sekali dan tidak keterlaluan kalau kita mengatakan jarang”.

Bukan dinamakan alim bila sekadar fasih dalam bersyarah atau pandai menulis, orang yang menyebarluaskan karya-karya atau orang yang men-tahqiq kitab-kitab yang masih dalam tulisan tangan. Kalau ulama diukur dari sudut ini, maka ramai lah orang yang boleh di gelar alim ulama. Tetapi ini lah yang ada dalam fikiran kebanyakkan orang orang yang tidak berilmu. Dengan ini maka ramai orang tertipu padahal ia bukan ulama.

Rabu, Jun 01, 2011

Riak perosak ibadat

Menunjuk itu riya'
Pada suatu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Quran, surah “Thoha”, di biliknya yang berhampiran dengan jalanraya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah Al-Quran.
Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah “Thoha” dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan.
Lalu katanya, “Demi Allah, sesungguhnya telahku baca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun”. “Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?” Lelaki itu berkata.
“Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah ‘Arasy : ‘Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu’. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya”.
Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, “Kenapakah tindakan itu dilakukan?”.
“Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumah mu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu.
Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu”.
Si abid terjaga dari tidurnya. “Astaghfirullaahal-’Azhim! Sungguh licin virus riya’ menyusup masuk ke dalam kalbu ku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya.
Benarlah kata alim ulama’, serangan penyakit riya’ atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh tahun”.

Biar lah orang kata

Biarlah orang mengata kita,
jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah,
jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita,
kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita,
doakan petunjuk buat mereka
Bercakaplah yang memberi faedah
atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang,
lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang,
lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang,
lupakan kejahatanya
Alangkah baiknya
balas kejahatan orang
dengan kebaikan
Wahai saudara-wahai saudari
itulah panduan kita
Jadikan ia panduan
di dalam pergaulan
Krisis tidak akan panjang,
permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan
jika ingin aman dan harmoni
Tuan atau puan
begitulah Islam memberi panduan
Untuk keselamatan
hamba-hambaNya di dunia
Tidak ada pada ajaran
agama-agama lain
dan sebarang ideologi
Hanya ada pada Islam yang sejati
Begitulah sebahagian
etika didalam pergaulan
Marilah kita bersama-sama
mengamalkan bersungguh-sungguh
Walaupun berat sekalipun penat
Untungnya banyak di dunia akhirat
Tulisan: Mauizoh Alexendria

CIVIL DEMOCRATIC ISLAM – Strategi Amerika (US) menghalang kebangkitan Islam melalui demokrasi..


Buku Bertajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies adalah mengenai kajian CIA yang dikeluarkan melalui agensi dibawahnya National Security Research Division (RAND). Sememangnya RAND telah sekian lama menjalankan kajian terhadap ummat Islam dan merupakan “think tank” bagi tindakan strategic US terutama bagi menghadapi kebangkitan Islam.Buku Civil Democratic Islam (CDI) ini boleh saya katakan antara kertas kerja yang paling progresif pernah dikeluarkan oleh RAND. Melihat tajuknya serba sedikit telah menggambarkan apa kandungan intipatinya.Dalam pendahuluan bagi buku ini, tanpa selindung penulis mengumumkan bahawa musuh utama dunia adalah Islam yang akan menyebabkan perubahan ideologi baru dunia. Maka buku ini adalah strategi yang perlu diambil US untuk menghalang kebangkitan ini. CDI mengklasifikasikan ummat Islam kepada 4 golongan yang mana setiap golongan ini mempunyai penerimaan yang berbeza terhadap nilai-nilai barat dan strategi menghadapi mereka juga berbeza.
Golongan pertama, adalah golongan fundamentalis:
Ciri utama golongan fundamentalis adalah mereka sama sekali menolak demokrasi , hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat. Inilah musuh US yang tidak boleh bertolak-ansur. Mereka secara spesifik merujuk kepada gerakan yang menolak sama sekali nilai barat seperti demkorasi, menuju menegakkan khilafah seperti gerakan-gerakan jihad Islam yang menolak semua ideologi barat.
Golongan kedua, adalah golongan tradisionalis:
Golongan tradisionalis ini lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan. Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih tertumpu soal kerohanian. Golongan yang dikaitkan adalah seperti golongan wahhabi dan ulama-ulama yang lebih cenderung membahas ilmu berbanding soal politik.
Golongan ketiga, adalah golongan modenis:
Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global. Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain. Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini.
Manakala golongan yang keempat, adalah golongan sekular:
Yang telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada dan tokoh-tokoh pemikir mereka.Jika kita teliti,US menjadikan sejauh mana penerimaan atau penolakan ummat Islam kepada nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perundangan, ekonomi dan nilai-nilau utama lain untuk mengklasifikasikan ummat Islam. Kita tidak terperangkap dengan klasifikasi ini kerana sebenarnya mereka mengklasifikasikan ummat Islam untuk kepentingan mereka menghadapi kebangkitan Islam. Dari situ mereka menetapkan kaedah dan strategi berbeza, bergantung kepada bentuk pemikiran ummat Islam.
Dalam bab yang kedua, dibahaskan strategi untuk mencari ‘partner’ untuk apa yang mereka sebut menerima demokrasi Islam. Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi demokrasi dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam.
Dari penulisan buku ini, mereka seringkali menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular- golongan pemerintah dan pemikir sekular- bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini. Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari maneuver golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.
Oleh itu RAND mencadangkan, untuk memberi sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik, memberikan pendapat, ruang-ruang melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis. Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami. Maka mereka perlu diberikan peluang bergerak dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka. Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan.
Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik. Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain. Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan. Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis. Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional.Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan. Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam.Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis yang menolak demokrasi digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.
Dalam bab ketiga, RAND menerangkan strategi-strategi untuk menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara langsung menyerang mereka.
Secara umumnya, golongan Islam modenis hendaklah diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari. Ini kerana golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah sekular. Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat tidak terhakis. Benarkan mereka menyebarkan pandangan-pandangan mereka.
Manakala sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis. Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis.
Bagi golongan tradisionalis, ulama’-ulama’ mereka perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis. Ini merupakan golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dikacamata ummat. Keupayaan mereka membahas agama perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan fundamentalis. Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar disokong untuk mewujudkan perseteruan sesame Islam dan secara spesifik disebut mereka ini wajar diberi dana untuk membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka. Secara jelas diberitahu, segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka.
Bagi menghadapi golongan yang mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi, serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka, wujudkan gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran. Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis kecuali menentang dan menghancurkan mereka.
Itulah ringkasan apa yang digariskan oleh RAND untuk US menghadapi kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan kita mengikut sejauh mana penerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari situ diatur strategi yang berbeza. Saya yakin ramai ummat Islam yang ikhlas berjuang tidak menyedarihal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA.
Inilah pentingnya ummat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran yang sangat jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda  kita untuk melihat dunia dengan kacamaata politik Islam agar dengan itu kita dapat bergerak menuju kebangkitan Islam.
Persoalan nya ,adakah kita mahu jadi golongan yang benar-benar mahu menghancurkan kekufuran, atau menyokong demokrasi Islami tajaan mereka dan diperalatkan tanpa sedar atau mahu tunduk dengan strategi mereka – US? (Tulisan – Wuzara)

Majlis akad nikah yang lucu tetapi mengecewakan

Foto Hiasan yang tidak ada kena mengena dengan tulisan ini
SENARIO I
Sahabat saya seorang Imam masjid,pendakwah dan juga seorang jurunikah di  salah satu qariah di Ampang Selangor menceritakan satu kisah lucu tetapi menyedihkan di satu majlis pernikahan yang baru dia sempurnakan minggu lepas di sebuah masjid.
Biasalah sebelum memulakan akad nikah jurunikah akan meminta bakal suami membaharui syahadah  nya dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Maka bakal suami ni mula nak melafazkan syahadah tetapi nampak terkial kial Dia  asyik toleh ke kiri dan ke kanan seolah olah nak  minta bantuan dari orang sebelah tetapi mungkin malu.
Dengan teragak agak dia pun mula melafazkan syahadah dengan sebutan yg lintang pukang telo, bahasa Bangla.Jurunikah pun hairan dan berkata dalam hati, rakyat Malaysia kah orang ini? Apabila cek KP memang sah orang Melayu.
Berkali kali jurunikah  ajar dia mengucap dgn betul tetapi tak boleh juga dia sebut dengan betul.Macam mualaf aje.Lama kelamaan  jurunikah kata tak apalah dulu, lalu minta dia cuba lafazkan erti syahadah dalam bahasa Malaysia.Ini terjemahan dua kalimah syahadah yang di lafazkan si bakal suami itu “SAJA AKU MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH DUA RAKAAT KERANA AULLAH”.Jurunikah tersentak kerana tak pernah jumpa hal macam ini.
Para hadirin tidak boleh tahan lalu ketawa besar walaupun sedar mereka sedang berada di dalam dewan masjid.Sahabat saya pun (jurunikah tu) nak ketawa juga tetapi dgn susah payah menahannya.Dia kata memang lucu tetapi sedih kerana sudah pasti di luar sana ada lebih ramai lagi pemuda saperti ini yang tidak reti mengucap . Renung renung lah…………
SENARIO II
Kisah ini saya sendiri yang menyaksikan.Satu majlis pernikahan anak perempuan kenalan saya di sebuah masjid di Sepang.Anak perempuanya itu pelajar di UK.Bakal suami nya sedang bermaustatin di UK.Sudah sekian lama berada disana kerana belajar .Kini sudah bergelar Jurutera dan berkerja di sana.Sesudah ijab qabul dan jadi suami isteri mereka dijangka kembali ke UK.
Saperti biasa sebelum majlis akad nikah di sempurnakan jurunikah minta bakal suami melafazkan dua kalimah syahadah.Si “bakal” ni terpinga pinga lalu berbisik sesuatu dengan pengapitnya (juga dari UK – pelajar).Kelihatan si pengapit membisikan sesuatu kembali.Lantas lepas itu dia melafazkan syahadah.Bukan syahadah yang dia lafazkan  tetapi selawat.Bukan selawat kata jurunikah.Saya minta awak ucap dua kalimah syahadah.Tak reti.
Jurunikah terpaksa ajar lafaz dua kalimah syahadah hingga berkali kali barulah upacara akad nikah boleh dijalankan selepas itu .

Bila orang tua ini nak mati

Suatu hari Amirul Mukminin Saidina Umar ingin meninjau ninjau di sebuah pasar.Sedang dia berjalan jalan di dalam pasar kelihatan seorang wanita muda sedang bersusah payah memikul sebuah bakul besar di belakangnya, sambil membeli belah.Saidina Umar sangat hairan kerana dia tidak pernah melihat wanita muda memikul bakul besar.
Lalu dia mendekati wanita itu dan bertanya:
Amirul: Apakah yang puan bawa di dalam bakul itu?
Wanita: Oh di dalamnya ada bapa ku yang sangat tua.
Amirul : Mengapa tidak tinggalkan dia di rumah.Kan ini menyusahkan?
Wanita: Bapa ku sudah sangat tua.Dia tidak boleh bergerak tanpa di bantu.Dan tidak boleh di tinggalkan bersendirian.Makan minum, mandi dan pakiaan nya semua aku yang uruskan.Lagi pun apabila aku nak tinggalkan, dia akan menjerit dan menangis saperti kanak kanak.Maka sebab itu aku bawa dia bersama kemana aku pergi.
Mendengar cerita itu Amirul Mukminin sangat terharu sampai menitis air matanya.
Amirul: Puan sangat hebat.Puan anak solehah.Belum pernah terjumpa seorang anak perempuan berbakti sedemikian rupa kepada seorang bapa.
Wanita: Ya Amirul Mukimin! Aku tak hebat saperti sangkaan tuan.Aku ingin berterus terang kepada tuan.Aku memang kasih, sayang dan menjaga kebajikan bapa aku dengan baik.Tuan sendiri dapat melihat betapa susahnya aku menjaga nya.Tetapi hati ku tidak se mulia saperti yang tuan sangka itu, kerana sentiasa terdetik mengeluh dan mengata ngata ,“BILA ORANG TUA INI HENDAK MATI, MENYUSAHKAN AJE.”
Semoga Allah jauhkan kita dan anak anak kita dari bersikap saperti wanita ini?

Wallahu’alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...