Aqidah atau Tauhid adalah ilmu yang mengkaji tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara ghaib dengan dalil dalil yang boleh menghilangkan segala keraguan di dalam hati manusia.Ilmu ini juga mendedahkan kebatilan,keraguan dan pendustaan orang orang kafir terhadap orang orang beriman yang mempercayai Allah,rasul rasul, kitab kitab,hari akhirat,qadha dan qadar.
Berikut adalah senarai Kepentingan Akidah atau Tauhid dalam Islam:
- Amalan amalan seseorang tidak diterima oleh Allah kecuali amalan amalan orang yang beriman yang berasaskan aqidah.
- Orang yang tidak beriman dan tidak mengharapkan pahala dari Allah dan tidak takut seksa Allah,dan beramal bukan menuntut keredhaan Allah, tidak berhak menerima pahala daripada Allah.
- Orang yang tidak beriman yang mengerjakan apa jua amalan yang baik didunia, pada hari kiamat kelak tidak dapat memberi sebarang pertolongan kepadanya kerana kekufuranya didunia dahulu.
- Aqidah, suatu perkara yang terpenting juga dalam hidup dan kehidupan dunia.Mereka yang jahil dalam aqidah saperti orang buta yang tidak kenal bentuk diri nya sendiri.
- Mereka yang tidak mengenal Allah pencipta alam ini dan yang menjadikan diri mereka sendiri adalah orang yang hidup tidak beraqidah dan tidak bertauhid.
- Aqidah menanamkan keimanan dalam hati seseorang.Mereka yang tidak tertanam dalam hatinya keimanan adalah mereka mereka yang terpedaya oleh kesenangan hidup didinia.
- Mereka yang hidup didunia tanpa dipandu oleh aqidah dan tidak tertanam keimanan dalam hatinya, mereka selalu bergembira hidup didunia ini dan berangan angan hidup lebih lama.
- Beraqidah dan bertauhid adalah suatu perkara yang terpenting untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.Mereka yang jahil dalam aqidah binasalah iman dan amalan mereka dan banyak maksiat dan dosa akan berlaku.
- Mereka yang hidup didunia dan diakhirat hendaklah membentuk diri mereka dengan iman dan Islam yang berasaskan aqidah yang sahih.
- Aqidah menjadi asas utama membentuk diri manusia menjadi seorang mukmin dan muslim, dan Allah menyuruh manusia hidup beriman dan beragama Islam.
- Tertakluk dibawah aqidah itu iman dan Islam.Iman membentuk manusia mempercayai Allah,malaikat malaikat Nya, kitab kitab Nya, rasul rasul Nya, hari akhirat,takdir baik dan jahat.Dan juga membentuk manusia bersifat sabar, taqwa dan lain lainnya.
- Islam membentuk manusia beramal ibadat, saperti solat, puasa, zakat, haji dan lain lainnya, dimana iman dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana kedua duanya tertakluk di bawah aqidah
- Merek yang tidak mempercayai rukun iman dan rukun Islam adalah bermakna hidup mereka tidak beraqidah dan dirinya tidak dapat dibentuk dengan aqidah dan mereka termasok dalam golongan orang yang tidak beriman dan tidak Islam.
- Kehidupan manusia di dunia mempunyai hubungan dengan Allah yang diikat oleh aqidah melalui kalimah tauhid dan juga hubungan manusia dengan manusia yang diikat dengan dua kalimah syahadah.
- Mereka yang berikrar sama sama mengakui tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad utusan Allah, dan sama sama beragama Islam dan sama sama mendapat petunjuk hidayah dari Allah kejalan yang benar, hubungan mereka adalah hubungan keimanan dan keagamaan.
- Manusia yang menghubungkan diri dengan Allah pada semua urusan hidupnya,bermakna mereka telah mentauhidkan rabubiyah Allah,iaitu mengiktikadkan bahawa Allah menjadikan dan mentadbir semua urusan manusia di alam dunia ini.
- Aqidah dan tauhid menjadi asas agama, dan Allah menjadikan manusia untuk menyembah dan beribadat kepada Nya dan menghubungkan di antara manusia dengan Allah.
- Hubungan manusia sesama manusia dalam agama menimbulkan kerjasama membela keutuhan agama dengan megorbankan harta dan jiwa yang di dorongkan oleh keimanan yang padu.
- Hubungan manusia sesama manusia mentauhidkan Allah dan amal ibadat tertakluk dibawah tadbir tuhan yang satu, kitab yang satu, rasul yang satu dan kiblat yang satu.
- Hubungan manusia sesama manusia dalam keagamaan akan mewujudkan perpaduan ummah dalam ikatan yang satu, iaitu persaudaran dalam agama Islam.
- Aqidah menjadi asas utama untuk mengukukan keyakinan manusia kepada beragama yang menjadi fitrah manusia yang memerlukan kehidupan beragama.
- Agama Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan panduan aqidah, supaya seseorang itu menjadi orang yang beriman dan Islam yang kamilah yang berasaskan aqidah Islamiah yang sahihah.
- Keyakinan manusia beragama tidak akan menjadi kukuh tanpa berasaskan keimanan dan keislaman yang di pandu oleh aqidah.Dan keimanan serta keislaman mudah di selewengkan oleh orang orang yang berhasrat merosakkan aqidah orang orang yang beriman dan Islam.
- Setiap orang yang beriman wajib (Fardhu ‘Ain) mempelajari ilmu aqidah atau ilmu tauhid supaya aqidah mereka itu teguh dan kukuh dan tidak boleh diselewengkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
- Mempelajari ilmu akidah atau ilmu tauhid dengan mendalam adalah Fardhu Kifayah.Dan gugurlah fardhu kifayah itu jika ada di antara orang Islam di tempat mereka yang mengetahui masaalah masaalah aqidah yang lebih mendalam dan luas .
- Maudhu’ asasi didalam al Quran adalah maudhu’ ilmu tauhid kerana didalam al Quran banyak terdapat firman Allah menggesa manusia beriman kepada Allah, malaikat malaikat Nya, kitab kitabNya, rasul rasulNYa, hari akhirat, qadha dan qadar.
- Firman firman Allah yang diturunkan sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bolehlah dikatakan hampir seluruhnya membahaskan masaalah masaalah disekitar aqidah dan tauhid dan masaalah masaalah yang berhubung dengan nya.
- Dalam ilmu aqidah dan tauhid didapati dalil dalil naqli dan aqli juga hujah hujah untuk menetapkan serta menyakinkan aqidah seseorang dan menjadikan syahadah mereka itu betul, Islamnya betul, imannya sah, dan amalan amalannya diterima Allah.
(Sumber: Kitab Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah oleh Bekas Mufti Sabah Haji Said Haji ibrahim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan