Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Jun 12, 2012

Wasiat Rasulullah kepada para Sahabat

Berkata Syeikh Dr Mahmoud, di riwayatkan daripada guruku Syeikh Muhamad Yasin al Fadani al Jawi daripada gurunya Sayidina Mu’az bin Jabal bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepadaku maksudnya: “ Wahai Mu’az, sesungguhnya aku mencintaimu, maka ucapkana lah ‘Ya Allah, tolonglah hamba untuk berzikir pada Mu, mensyukuri Mu dan baik beribadat pada Mu (Riwayat Abu Daud)
Kemudian antara wasiat wasiat Rasulullah saw yang Baginda wasiatkan kepada sahabat mulia Sayidina Abu Zar al Ghiffari, bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

  • Aku berwasiat kepadamu untuk bertaqwa kepada Allah.Sesungguhnya taqwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu.Hendaklah engkau membaca al Quran dan berzikir mengingati Allah.Jika kamu berzikir mengingati Allah, sesungguhnya itu adalah zikir (sebutan) namamu dilangit dan cahaya untukmu dibumi’.

  • Dan hendaklah engkau, wahai Abu Zar, panjang diamnya, kecuali berkata yang baik.Sesungguhnya diam itu menghalau syaitan daripadamu dan diam itu menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu.Jangan sekali kali mematikan hatimu dan menghilangkan cahaya wajahmu.Dan hendaklah engaku mujahadah melawan nafsumu'”.

  • Sesungguhnya mujahadah melawan nafsu itu adalah kewalian umatku.Hendaklah engkau mencintai orang miskin, duduklah bersama mereka kerana mereka pada hari kiamat esok mempunyai daulat yang besar.Wahai Abu Zar, pandanglah orang dibawahmu, jangan engkau pandang orang di atasmu, maka yang demikian itu terlebih sayugia untukmu agar kamu tidak meremehkan nukmat yang Allah berikan kepadamu”.

  • Wahai Abu Zar, hendaklah kamu bersilaturrahim dengan kerabatmu, meskipun mereka memboikotmu, dan hendaklah kamu berkata yang hak, walaupun kebenaran itu pahit.r,aKebenaran ituialah apa apa yang datang kepadamu daripada Allah swt.Dan jangan kamu takut golongan yang mencerca dan mengkritikmu.

  • Wahai Abu Zar, jangan lah kamu mengata orang lain apa apa yang ada pada dirimu sendiri.Cukuplah bagi seseorang itu menjadi pengecut bilamana dia ada tiga sifat ini; tahu apa yang ada pada semua orang lain, tetapi tidak tahu apa yamg ada pada dirinya; mahu orang berbuat sesuatu sedangkan dia juga melakukannya dan menyakiti makhluk”.

  • Wahai Abu Zar, tiada akal yang terlebih baik daripada tadbir dan tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada menyakiti orang lain. Tiada kebaikan yang terlebih baik daripada akhlak yang mulia”.

Jadi, marilah kita sibuk dengan diri kita sendiri, sebelum sibuk dengan kesalahan dan kelemahan orang lain. Jika rumah kita dibuat daripada kaca, janganlah kita melempar orang lain dengan batu.
Semoga Allah memberikan kita hidayah dan taufiq Nya.


(Di nukil dari : Majalah Solusi Bil. 40)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...