Hadith:
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”
Huraian Hadith:
-
Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain.
-
Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain.
-
Haram menumpahkan darah Islam sesama.
-
Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.
-
Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub. [Riwayat: at-Tirmizi, katanya hadis hasan]
[Sumber : JAKIM - Rujukan Kitab Riyadhus Salihin]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan