(Gabungan artikel dari tulisan di blog Insan Berdakwah dan tulisan Dr. Umar Abdullah Kamil)
Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)
Kaum Khawarij telah dibuktikan menjadi golongan yang paling mudah berburuk sangka. Dalam catatan sejarah, mereka berburuk sangka terhadap Rasulullah s.a.w dalam pembahagian ghanimah, bahkan sehingga sanggup menuduh Rasulullah s.a.w tidak mencari keredhaan Allah Taala. Mereka tidak sabar-sabar untuk membuat kesimpulan daripada sebab Rasulullah s.a.w melebih-lebihkan pembesar berbanding golongan marhein. Padahal apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah dalam rangkai dakwah dan ta’liful qulub. Mereka juga menuduh Syaidina Uthman Affan r.a sebagai pengamal nepotisme dan menuduh Syaidina Ali r.a sebagai pemimpin yang tidak berwawasan.
Dzul Khuwaishirah si bodoh yang melemparkan tuduhannya yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak ikhlas dengan berkata :
"Ertinya : Demi Allah, sesungguhnya ini adalah suatu pembahagian yang tidak adil dan tidak dikehendaki di dalamnya wajah Allah". [Hadis Riwayat Muslim II/739, No. 1062, Ahmad IV/321].
Dzul Khuwaishirah ketika melihat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam membahagi harta kepada orang-orang kaya, bukan kepada orang-orang miskin, dia tidak menerimanya dengan prasangka yang baik atas pembahagian tersebut.
Ini adalah sesuatu yang menghairankan. Kalaulah tidak ada alasan selain pelaku pembahagian itu adalah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam cukuplah hal itu mendorong untuk berbaik sangka. Akan tetapi Dzul Kuwaishirah enggan untuk itu, dan berburuk sangka disebabkan jiwanya yang sakit. Lalu dia berusaha menutupi alasan ini dengan keadilan. Yang demikian ini mengundang tertawanya iblis dan terjebak dalam perangkapnya.
Seharusnya seseorang itu introspeksi, meneliti secara cermat dorongan, tindak tanduk dan maksud tujuan serta waspada terhadap hawa nafsunya. Hendaklah dia berjaga-jaga terhadap 'pendorong-pendorong' iblis, kerana dia banyak menghias-hiasi perbuatan buruk dengan dibungkus secara indah dan rapi, dan membaguskan tingkah laku yang keji dengan nama dasar-dasar kebenaran yang mengundang seseorang untuk menentukan sikap menjaga diri dan menyelamatkan diri dari tipu daya syaitan dan perangkap-perangkapnya.
Jika Dzul Khuwaishirah mempunyai sedikit saja ilmu atau sekelumit pemahaman, tentu tidak akan terjatuh dalam kumbangan ini.
Berikut kami paparkan penjelasan dari para ulama mengenai keagungan pembahagian Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan hikmahnya yang tinggi dalam menyelesaikan perkara.
Berkata Syaikh Islam Ibnu Taimiyah :" Pada tahun peperangan Hunain, Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam membahagikan ghanimah (harta rampasan perang) Hunain pada orang-orang yang hatinya lemah (muallafah qulubuhum) dari penduduk Najd dan bekas tawanan Quraisy seperti 'Uyainah bin Hafsh, dan beliau tidak memberi kepada para Muhajirin dan Anshar sedikitpun.
Maksud Baginda, dengan memberikan harta rampasan perang kepada mereka, secara halusnya sebagai untuk mengikat hati mereka dengan Islam, kerana keterkaitan hati mereka dengannya merupakan maslahat umum bagi kaum muslimin. Sedangkan yang tidak baginda berikan adalah kerana mereka lebih baik di mata Baginda dan mereka adalah wali-wali Allah yang bertaqwa dan seutama-utamanya hamba Allah yang soleh setelah para Nabi dan Rasul.
Jika pemberian itu tidak dipertimbangkan untuk maslahat umum, maka Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak akan memberi pada aghniya', para pemimpin yang ditaati dalam perundangan dan akan memberikannya kepada Muhajirin dan Anshar yang lebih memerlukan dan lebih perlu diberikan keutamaan.
Oleh sebab inilah orang-orang Khawarij mencela Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan dikatakan kepada baginda oleh pelopornya :" Wahai Muhammad, berbuat adillah. Sesungguhnya engkau tidak berlaku adil ". dan perkataannya :" Sesungguhnya pembahagian ini tidak dimaksudkan untuk wajah Allah .....". Mereka, meskipun banyak shaum (berpuasa), solat, dan bacaan Al-Qur'annya, tetapi keluar dari As-Sunnah dan Al-Jama'ah.
Memang mereka dikenal sebagai kaum yang suka beribadah, wara' dan zuhud, akan tetapi tidak disertai ilmu, sehingga mereka memutuskan bahawa pemberian itu semestinya tidak diberikan kecuali kepada orang-orang yang berhajat, bukan kepada para pemimpin yang ditaati dan orang-orang kaya itu, jika di dorong untuk mencari keredhaan selain Allah -menurut perasangka mereka-.
Inilah kebodohan mereka. Kerana sesungguhnya pemberian itu menurut kadar maslahah agama Allah. Jika pemberian itu akan semakin mengundang keta'atan kepada Allah dan semakin bermanfaat bagi agama-Nya, maka pemberian itu jauh lebih utama. Pemberian kepada orang-orang yang memerlukan untuk menegakkan agama, menghinakan musuh-musuhnya, memenangkan dan meninggikannya lebih agung daripada pemberian yang tidak demikian itu, walaupun yang kedua lebih memerlukan". [Lihat Majmu' Fatawa : XXVIII/579-581, dengan sedikit ringkasan].
Sebenarnya pemberian ini dibuat diatas kepentingan agama Islam. Kerana itu setiap kali sesuatu perbuatan anugerah pemberian yang dilakukan itu mendatangkan ketaatan yang lebih kepada Allah dan kemanfaatan kepada agama maka perbuatan itu adalah lebih aula atau lebih utama. Sesuatu anugerah pemberian itu amatlah berharga nilainya dalam usaha mendirikan ugama Allah, menewaskan musuh, menzahir dan mempropagandakan Islam itu, maka ia adalah lebih utama daripada memberi kepada golongan yang tidak memberi timbal balik faedah yang banyak.
Oleh kerana itu anugerah pemberian kepada golongan yang memberi timbal balik yang lebih besar itu lebih wajar walaupun kedudukan golongan yang kedua dari kalangan orang mukmin itu lebih memerlukan pemberian tersebut. Memang menjadi kewajipan kepada setiap individu agar memiliki sifat kebijaksanaan , memahami ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan fiqh al-dakwah serta memahami maqasid al-syariah agar tidak terumbang ambing di dalam perkara yang samar dan belum ditentukan tentang kedudukan hukumnya.
Sekiranya seseorang itu tidak memiliki ciri-ciri tersebut maka ia akan menghadapi suatu keadaan yang terkebil-kebil tidak menentu lalu ditimpa pula dengan kerosakan dan membawa kepada hilang pedoman hidup. Setelah itu individu tersebut akan ditimpa oleh sifat buruk sangka, kecelaan dan pada masa yang sama juga ianya telah melakukan pelbagai perkara kebaikan yang wajar diberi pujian dan ucapan terima kasih.
Fenomena ini sedang berjalan dengan giatnya di negara kita. Sikap buruk sangka sudah menjadi sebahagian daripada rangka dakwah atau pengembangan pengaruh. Sebarang keburukan yang membabitkan kaum yang disokongnya, segera dikatakan sebagai berita palsu atau adu-domba dan fitnah sekalipun dia belum lagi melakukan siasatan yang membenarkan sangkaannya.
Read more: http://www.penaminang.com/2014/06/ideologi-khawarij-ada-pada-ahli.html#ixzz352qEWcfH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan