Perkara yang terlalu berat yang perlu dijaga adalah amanah, tetapi ianya akan menjadi terlalu ringan apabila mulut merasa ghairah menceritakan tentang aib jenazah yg diuruskannya.. AllahuRabbi..
Apakah syarat ke atas orang yg memandikan mayat/jenazah?:
1) Beragama Islam.
2) Bukan musuh.
3) Merdeka.
4) Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
5) Sabar.
6) Tabah dan berani.
7) BERAMANAH.
- Ramai orang mampu dengan syarat di atas, malah ramai juga yang kecundang dengan sifat 'Amanah'..
- Kita perlu mengetahui apa kelebihan dan pahala bagi orang yang menguruskan dalam pemandian jenazah, merahsiakan aib jenazah dan mengikhlaskan niat melakukannya kerana Allah swt..
'LURUSKAN NIAT'
- Bagi yang mengurus jenazah itu akan mendapatkan pahala yang besar dengan dua syarat :
1) Hendaklah dalam mengurus jenazah itu seseorang benar-benar ikhlas dan tidak bertujuan untuk memperoleh upah atau ucapan terima kasih.
2) Benar-benar menutupi jenazah dengan rapat dan tidak menyebarluaskan keburukan yang telah dilihatnya dari jenazah tersebut, sebagaimana hadits Nabi:
( من غسل مسلما فكتم عليه غفر له الله أربعين مرة ومن حفر له فأجنه أجري عليه كأجر مسكن أسكنه إياه إلى يوم القيامة ومن كفنه كساه الله يوم القيامة من سندس واستبرق الجنة ) رواه الحاكم 3: 395, باب من رأى شيئا من الميت فكتمه ولم يتحدث به
"Barang siapa yang memandikan seorang muslim, seraya dia menyembunyikan dengan baik, maka Allah akan memberikan ampunan 40 kali kepadanya. Dan barangsiapa membuatkan lubang untuknya lalu menutupinya maka akan diberlakukan baginya pahala seperti pahala orang yang memberinya tempat tinggal kepadanya sampai hari kiamat kelak. Dan barang siapa mengkafaninya, niscaya Allah akan memakaikan kepadanya dihari kiamat kelak, pakaian dari kain sutra tipis dan pakaian sutera tebal syurga."
(HR. Hakim dan Baihaqi)
- Hadith ini menunjukkan kelebihan yang amat besar bagi mereka yang ikhlas menguruskan dalam pengurusan jenazah saudara semuslim. Mereka juga antara orang yang akan diberikan pakaian di akhirat pada saat semua orang bertelanjang menantikan saat pembalasan daripada Allah swt.
- Al-Imam Ibn Qudamah ketika mengulas tentang merahsiakan keaiban mayat berkata:
“Jika ia melihat sesuatu yang baik (pada jenazah) seperti tanda-tanda baik, muka yang bercahaya, wajah yang dalam keadaan senyum dan seumpamanya, disunatkan dia menceritakannya agar memperbanyakkan orang memohon rahmat untuknya, dan agar adanya galakan untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh jenazah (ketika hidupnya)…”
(Al-Mughniy, 3/371)
- Apabila ada yang tidak amanah, maka sia-sia lah amalan mereka seperti debu-debu yang bertebangan..
Wallahualam...
~Aku berani dlm menguruskan apa jenis situasi jenazah, tetapi aku amat takut apabila memegang suatu amanah~
(Merahsiakan aib jenazah itu adalah suatu amanah yg perlu dipegang hingga ke akhir hayat.)
Sumber: #Amanah #PengurusanJenazah #FardhuKifayah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan