Belajar Cara Kritik Dan Ikhlas Daripada Tasawur Asasi Gerakan Islam oleh Al-Ustadh Fathi Yakan menyatakan ada beberapa syarat-syarat untuk memberi kritikan iaitu;
1.Siasat kebenaran: Gesaan kepada semua muslim untuk menyelidiki sebarang berita ataupun info sebelum mengkritik dan mengkaji sejauh mana kebenaran khabar-khabar angin dan kata-kata yang diterimanya.Kebanyakan khabar-khabar angin adalah palsu dan tidak benar.Demikian juga kata-kata orang. RasuluLlah SAW bersabda; "Sesuatu khianat itu menjadi besar apabila engkau bercakap kpd saudara engkau tentang sesuatu percakapan,ia percaya benar kepada engkau sedangkan engkau berbohong kepadanya"(Al-Bukhari) Makanya sesuatu kritik hendaklah tidak berasaskan pada dzan,sangkaan dan syak akan tetapi hendaklah didatangkan sekali dengan dalil dan bukti-bukti yang jelas.
2. Siasat tujuan untuk memberi kritikan Hendaklah kita mengkaji faktor-faktor yang mendorong seseorang itu mengkritik kerana kita takut dia dipengaruhi oleh hawa nafsu semata-mata seperti hendak membalas dendam,menghina ataupun ada tujuan-tujuan lain..Sekiranya rangsangan tersebut tidak jelas dalam dirinya maka hendaklah saudara Muslim itu segera menghentikan kritikannya itu.Termasuk jugalah sekiranya ia tidak merasa puas hati ataupun tahu bahwasanya perbuatannya itu didorong semata-mata mencari keredhaan Allah,kepentingan Islam ataupun irihati pada orang lain.
3. Bersemuka dengan individu tersebut Kita jua disuruh menyelidiki terlebih dahulu cara-cara ataupun kiat-kiat terbaik dan ungkapan paling baik dalam memberi nasihat.Syarat untuk memberi peringatan ialah nasihat-menasihati pada kebenaran dan bukan pada kebatilan Al-Asr:3 Adalah lebih baik sekiranya nasihat itu diberikan secara keseorangan kerana itu lebih berkesan dalam dirinya dan lebih selamat dari dimasuki oleh syaitan.
Benarlah sepertimana kata-kata Saidina Ali RA; "Nasihat di hadapan orang ramai adalah tamparan" Saudara yang memberi nasihat itu jua hendaklah dengan cara bersopan,beradab dan merendahkan suara.
Berapa banyak perkataan yang tidak dapat diterima oleh manusia terus menjadi dendam dan permusuhan yang berakhir dengan putusnya hubungan persaudaraan selama-lamanya.Ingatlah saudara-saudara bahaya kegelinciran lidah dan seperti mana disebutkan oleh RasuluLlah SAW; "Tidak menjadi lurus iman seseorang hamba sehinggalah hatinya lurus,tidak menjadi lurus hatinya sehinggalah lurus lidahnya".
Kasar dan lepas cakap dalam kritikan hanyalah membawa kepada penutupan hati dan telinga.Sementara lemah lembut dapat membuka perasaan untuk mendengar nasihat dan membawa kesan di dalam jiwa.
4. Siasat Tajuk Saudara yang memberi nasihat hendaklah ia mengemukakan dalil syara' sebagai penguat hujahnya serta nasihatnya.Perbincangannya dengan saudaranya itu hendaklah dengan tajuk yang sesuai dan sederhana jauh dari menyimpang dan keterlaluan supaya perkara itu tidak bertukar kepada pertengkaran dan perbahasan serta dikongkong pula oleh perasaan dan nafsu serta dipermain-mainkan oleh syaitan sehingga pecah jalinan persaudaraan.
5. Berlapang dada dan sabar Yang memberi dan menerima hendaklah bersikap sabar dan berlapang dada.Hendaklah menjadi pemandu dalam dua pihak tadi ke arah mendapatkan keredhaan Allah Rabbul A'lamin lebih-lebih lagi dalam berpegang teguh pada kebenaran.sama sekali tidak boleh memenagkan satu pihak dan menjatuhkan satu pihak yang lain.
Saudara-saudara hendaklah mendengar apa yg sering diulangkan oleh Saidina 'Umar al-Khattab RA; "Orang yang paling aku sukai ialah orang yang dapat menunjukkan kesalahan Ikhlaskah kita?
Ikhlas kepada Allah adalah bermaksud segala amal adalah melulu kepada Allah.
Bagaimana sekiranya kita menganjurkan satu majlis sambutan hari raya tetapi dalam masa yang sama dengan niat menunjukkan yang kita pun boleh buat sambutan raya seperti ini,adakah kita dikira ikhlas kepada Allah?
Suka saya memetik jawapan naqib saya,Ust Zulkifli Ahmad..Jawabnya cukup mudah.Apa-apa kerja yang kita buat (selagi mana tidak bertentang dengan syara') bertujuan agar syiar Islam naik makanya ia dikira ikhlas di sisi Allah.
Perbezaan yang sedikit sahaja di sudut niat sudah boleh menentukan di manakah nilai amal kita di sisinya.Itulah niat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan