Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, Januari 28, 2008

TSUNAMI- A reminder from GOD
It has been a year since Tsunami struck an Indonesian town of Banda Aceh and various other coastal parts of Asia.Why has this happened? God Al Mighty has His own agenda with this special incident and let us ponder a little on the wisdom and enlightenment from Tsunami Among God`s virtues associated with Tsunami are: 1. To those with taqwa, it is to upgrade their status 2. To those solehin, it is to have their sins revoked or forgiven 3. To those obstinate and defiants refusing to accept God and His systems (even though they are Muslims), Tsunami is God`s punishment for them. 4. To those unbelievers, it is a condemnation There are various additional virtuousness from the Tsunami`s incident : 1. With the increase of Islamic awareness throughout the Asian region, probably there are still those who could be made to repent or realize but not through sermon, preaching or teaching. They are the hard-headed and hard hearted group of people, unyielding to God. Hence, Tsunami is the hard and fast actions to make them realise who they really are in this world. They would realise they are only God`s servants, created in this world to serve God and not yielding to nafs, syaitan or their own mind or intelligence. 2. Human beings should know their wrong doings towards God which could have prompted such God`s action in Asia or far east: a. We are God`s creations living on His earth and yet we use a man-made living system, rejecting His system as if His systems are out of date, unglobal and various other accusations and insults towards God and His systems. b. We believe our livelihood, fate, illness all come from God and yet in our struggle in life, daily work and enslavement, we do them not for God but for our own desires and syaitan. We are not bothered about God. We pledged to God during our daily prayers as our word of honour or oath: " Indeed my prayer, my sacrifice, my living and my dying are for Allah, the Lord of the Worlds".However, after the solat, the living concept no longer follows God`s commands but submit. Writer: Abuya Sheikh Asaari Muhammad

Jumaat, Januari 25, 2008

Bersihkan jiwamu terlebih dahulu, pasti Tuhan akan membantu… Orang yang bersih hatinya sentiada rendah diri dengan Allah Taala Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya Jika mendapat ujian kesusahan hatinya berkata " Kerana dosakulah ujian ini datang" "Tuhan menghukum ku kerana dosaku" "Moga2 aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat" Kalau ada orang lain yang bernasib baik, mungkin berpangkat atau kaya gembira hatinya.. Dia menumpang gembira dengan kegembiraan orang lain… Sekiranya ada orang yang mendapat kecelakaan accident, miskin, sakit… hatinya turut sedih dengan kesedihan orang Jika dia mendapat nikmat dia merasa malu dengan Tuhannya kerana merasa tidak layak menerima nikmat itu Hatinya merasakan…" Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat untuk aku bersyukur atau kufur?" Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya dia redha sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan Bila disusahkan orang, terus teringat dosanya "Kerana dosakulah aku disusahkan." Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu, dengan kebaikan… Nikmat Tuhan disyukurinya pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya Hatinya sentiasa cemas kematian di depan mata, bila-bila masa boleh tiba.. Gelisah dengan dosanya amal-ibadahnya dilupakan sahaja kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya… Kakinya di dunia namun hatinya sentiasa dengan Tuhannya perasaannya sentiasa memikirkan akhirat Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhan.. Tulisan seorang Hamba Allah - I am not the writer~

Rasulullah mengubati Penyakit Masyarakat

Rasulullah telah melahirkan dan menimbulkan manusia yang jiwanya terpaut dengan akhirat, rindu dengan akhirat dan seronok dengan akhirat.Bahkan setengahnya ingin agar cepat balik ke akhirat. Akhirnya bukan sahaja harta dihabiskan untuk akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan untuk akhirat.Mereka mahu cepat cepat kembali ke akhirat.Mereka mahu mati syahid menjadi para syuhada. Kita tidak begitu seronok bahkan takut dengan mati walaupun untuk mati syahid sebab jiwa kita sudah keduniaan.Dunia sudah menghayati jiwa kita.Setengah setengah sudah bertuhankan dunia dengan sedar atau tanpa sedar.Kereta sudah menjadi Tuhan, nama dan pangkat sudah menjadi Tuhan, kebendaan sudah menjadi Tuhan sehinggakan kita takut mati, kerana "benda benda" itu sudah menggantikan tapak tauhid.Kita sudah membuat sesuatu untuk dunia di mana sepatutnya dunia itu menjadi landasan kita ke akhirat. Sudah ada pula amalan amalan akhirat di hantar kedunia, saperti membaca Quran untuk merebut nama dan hadiah, bersembahyang untuk memancing undi, berwirid berzikir untuk dipuja puji, ugama di jadikan alat untuk meraih undi, dan bersedekah untuk mendapat publisiti.Bersedekah untuk di muatkan beritanya di TV dan dada dada akhbar. Sebenarnya kita tidak kekal di dunia ini.Kita tidak dapat elak daripada kematian dan apabila mati maka kita akan pulang ke akhirat.Kita tidak dapat pertahankan diri dari mati walau sebanyak mana pun ilmu yang kita miliki, walaupun kita begitu berkuasa dan gagah. Tulisan olih Cikgu Ku

Tentang berjuang untuk mendapatkan Negara Islam

Pada hari ini begitu banyak sekali badan badan pejuang Islam yang di pelopori dan pada sekali imbas kita nampak seolah olah mereka mempunyai matlamat yang sama cuma menggunakan teknik dan strategi yang berlainan disebabkan semua badan itu menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan.Cuma apakah hakikat itu benar atau tidak memerlukan satu analisa yang serius serta ikhlas.Kita tidak boleh terlalu gopoh dan melulu dalam tindakan kita kerana seluruh umat Islam hari ini ingin mencari keredhaan Allah. Kita takut kalau kalau pada zahirnya kita nampak mereka mereka ini semuanya mengaku sebagai pemimipin kepada umat Islam serta benar benar memperjuangkan Islam.Mereka mereka ini pula sering memperkatakan Al Quran dan Hadis di dalam perjuangan mereka serta selalu pula melaungkan slogan slogan Islam dengan mengajak orang ramai mengikut perjuangan mereka.Tetapi peribadi, sikap dan tindak tanduk mereka sentiasa bercanggah dengan ajaran Islam.Jadi orang orang yang tak faham akan Islam dengan sebenarnya serta dengan menyeluruh, akan terikut ikut dengan kata kata mereka.Akhirnya orang ramai terjebak. Rasulullah pernah mengingatkan kita melalui sebuah hadis akan bentuk perjuangan akhir zaman ini iaitu akan adanya orang orang yang memperkatakan kebaikan sedangkan di dalam kebaikan itu ada kekeruhan dan kejahatan. Ini adalah kerana mereka mereka itu pada zahirnya berjuang menegakkan Al Quran dan sunnah tetpai sikap dan tindak tanduk mereka adalah jauh bercanggah dengan Al Quran dan sunnah.Misalnya, mereka menentang sistem riba sedang mereka sendiri mengamalkan nya. Mereka memperkatakan sistem pendidikan sekular tetapi mereka terlibat di dalamnya.Kemudian mereka memperkatakan hukum Islam tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya saperti anak anak isteri mereka masih mendedah aurat.Mereka memperkatakan corak hidup cara Islam tetpai mereka sendiri tidak mengamalkan hidup cara Islam. Tulisan olih Cikgu Ku

Rabu, Januari 23, 2008

FADHILAT AIR ZAM-ZAM DAN RAHSIANYA

1. Air zam-zam merupakan air yang terbaik diatas muka bumi dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit (dengan izin Allah s.w.t) 2. Air zam-zam diberkati dan mengenyangkan peminumnya. 3. Air zam-zam menyempurnakan hajat peminumnya (dengan izin Allah s.w.t). 4. Allah s.w.t telah menjadikan air zam-zam yang berkat ini sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya kewujudan Baitullah di bumi tersebut. 5. Air zam-zam merupakan salah satu daripada mata air syurga. 6. Air zam-zam merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t di bumi Makkah. 7. Air zam-zam merupakan salah satu daripada nikmat yang besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah. 8. Air zam-zam keluar dari kawasan yang paling mulia di muka bumi ini. 9. Air zam-zam merupakan air yang dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah s.a.w beberapa kali. 10. Air zam-zam boleh menyembuhkan demam panas. 11. Banyak meminum air zam-zam merupakan sebahagiaan dari tanda keimanan dan kebebasan dari sifat munafiq (hal ini kerana orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya, wallahu a'alam). 12. Air zam-zam merupakan minuman orang-orang mulia (al-abrar). 13. Air zam-zam boleh menambahkan kekuatan tenaga tubuh badan kita. TERBITAN ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...