Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, Januari 23, 2008

FADHILAT AIR ZAM-ZAM DAN RAHSIANYA

1. Air zam-zam merupakan air yang terbaik diatas muka bumi dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit (dengan izin Allah s.w.t) 2. Air zam-zam diberkati dan mengenyangkan peminumnya. 3. Air zam-zam menyempurnakan hajat peminumnya (dengan izin Allah s.w.t). 4. Allah s.w.t telah menjadikan air zam-zam yang berkat ini sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya kewujudan Baitullah di bumi tersebut. 5. Air zam-zam merupakan salah satu daripada mata air syurga. 6. Air zam-zam merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t di bumi Makkah. 7. Air zam-zam merupakan salah satu daripada nikmat yang besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah. 8. Air zam-zam keluar dari kawasan yang paling mulia di muka bumi ini. 9. Air zam-zam merupakan air yang dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah s.a.w beberapa kali. 10. Air zam-zam boleh menyembuhkan demam panas. 11. Banyak meminum air zam-zam merupakan sebahagiaan dari tanda keimanan dan kebebasan dari sifat munafiq (hal ini kerana orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya, wallahu a'alam). 12. Air zam-zam merupakan minuman orang-orang mulia (al-abrar). 13. Air zam-zam boleh menambahkan kekuatan tenaga tubuh badan kita. TERBITAN ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...