Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Khamis, Mac 13, 2008

Apabila Pemimipin di Didik oleh Rakyat

Naiknya seorang pemimpin melalui demokrasi ialah melalui belas kasihan Rakyat yang mengundi untuknya.Iaitu setelah dia puas berkempen memujuk dan mengambil hati Rakyat tadi. Bahkan ada yang telah membeli undi daripada Rakyat. Begitu sekali merendah dirinya pemimpin pada rakyatnya. Rakyat jadi tuan, pemimpin jadi peminta sedekah (secara terhormat).Rakyat tidak memerlukan apa apa daripada pemimipin nya tapi pemimipin dan konco konconya pernah mengemis sesuatu daripada Rakyat.Kadang kadang hingga mengorbankan wang yang banyak untuk membeli hati Rakyat.

Inilah demokrasi.Pemimpin berasa nasibnya ditentukan oleh Rakyat.Ertinya pemimpin sangat bergantung pada Rakyat. Dalam keadaan itu pemimpin tentu tidak boleh sewenang wenang atau memandai mandai, kelak dia akan dihukum oleh Rakyat. Sedang dia (pemimpin) cukup bimbang kalau kalau dia tidak diundi lagi untuk jadi pemimpin. Jawatan sebagai pemimpin bagaikan saluran kekayaan yang sangat dirindui dan diperlukannya. Oleh itu apa yang sudah diberi oleh Rakyat (melalui pilihanraya) perlu dibayar kembali. Segala janjinya dalam piliharaya kepada rakyat adalah hutang yang perlu dibayar tanpa alasan dan berdolak dalih.

Begitulah pemimpin yang bersandar atau berharap kepada simpati Rakyat.Rakyatlah yang mengarahkanya, bukan dia yang mengarah Rakyat.Rakyat yang mendidiknya, bukan dia yang mendidik Rakyat. Kehendak Rakyat diperturuti, bukan kehendak dia.Jadi jatuh bangunnya atau kuasanya terletak di tangan Rakyat dan rakyatlah yang menentukannya.

Hal ini tidak berlaku dalam pemerintahan dan kepimpinan dunia Islam.Kenaikan pemimpin menurut kaedah Islam ialah kerana taqwa, ilmu, akhlak, daya kepimipinan dan kegigihannya.Dia dinaikkan bukan kerana dia meminta tapi kerana Rakyat mahukannya.Rakyat tahu kalau pemimpin itu naik untuk memimpin mereka akan mendapat pimpinan dan didikan kearah kebenaran, kebahagiaan dunia akhirat.Sebab itu mereka memilihnya.Dan kalau di takdirkan kerana ketegasannya membangunkan Islam, rakyatnya belum mahu lagi menerima pandangan atau sikapnya, pemimpin itu sanggup jatuh demi mempertahankan prinsipnya.Sebab dia memimpin tanpa ada kepentingan peribadi atau duniawi tetapi kerana ALLAH semata mata.Sebab itu dia tidak tunduk kepada Rakyat walaupun Rakyat menjatuhkannya.

Pemimpin Islam sejati tidak mengharapkan bintang bintang di dahi, di dada atau di bahu (Datuk, Tan Sri…….).Yang ada hanyalah bintang bintang di langit, iaitu jolokan yang diberi Rasullullah SAW kepada Sahabat Sahabat yang benar benar memimpin umatnya sebagaimana sabdanya, yang bermaksud:

Sahabat Sahabat itu ibarat bintang dilangit, jika kamu mengikut mereka kamu mendapat petunjuk”.

Renungan:

Keamanan dan kebahagiaan tidak akan wujud bagi Rakyat selagi parti yang memerintah sendiri merasa ia belum selamat dan aman.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...