Tapi ramai orang baik di musuhi, terutama yang baik dan berpengaruh pula.Dia di fitnah, di tuduh, di hasad, dan di cari kelemahan kelemahannya. Mengapa manusia bersifat begitu? Kerana manusia itu sangat mementingkan diri sendiri.Dia suka kebaikan orang, dia sendiri tidak suka membuat baik.Dia suka orang baik, tapi jangan sampai orang itu di sayangi dan terpengaruh kerana kebaikannya.
Begitulah berlaku di setiap zaman Ia pernah berlaku juga kepada para Rasul dan orang soleh di zamannya. Sifat sifat semacam ini berlaku kepada semua orang.Sekali pun dia para ulama, lebih lebih lagi orang yang berpolitik, kecuali yang bertaqwa dan takutkan ALLAH.
Penyakit inilah yang menghuru harakan masyarakat di sepanjang zaman.Lebih lebih lagi di akhir zaman ini.Penyakit ini lah menjadi penghalang kebaikan dan kebenaran. Begitulah watak manusia jika tidak takutkan TUHAN. Kerana itulah takutkan TUHAN itu penting.Tidak takut TUHANlah punca segala penyakit masyarakat hingga gejala ini tumbuh subur.
Maka perjuangkanlah untuk takut kepada TUHAN.Itulah rahsia untuk membasmi penyakit masyarakat ini.
Olih Cikgu Ku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan