Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Khamis, April 24, 2008

Sifat dan Watak Manusia

Manusia tidak kira apa bangsa sekali pun mempunyai sifat dan watak semula jadi yang sama. Sifat semula jadi manusia ingin senang, kaya, glamor, disayangi,suka di puji, suka dihormati, ingin berkuasa, suka kemegahan, suka hiburan, suka kemewahan, suka di kasihi, dan lain lain yang di sukai oleh hati.

Semua manusia berjuang menuju kearah perkara yang di sebut tadi.Kalau tidak dapat semuanya, dapat sebahagian pun jadi.Tidak dapat secara halal secara haram, tidak dapat secara baik secara jahat, tidak dapat secara bersih secara khianat. Dengan cara apa pun tidak apa, yang penting dapat.

Kita pula kalau suruh orang berusaha secara baik apakah kita mampu berbuat baik? Kalau kita suruh orang jujur, apakah kita mampu berlaku jujur? Kalau kita suruh orang berlaku adil, apakah kita juga boleh berlaku adil? Kalau kita tidak suka orang khianat, apakah kita tidak khianat? Kalau kita tidak suka orang rasuah, apakah kita tidak suka rasuah? Kalau kita tidak suka orang menyalah guna kuasa, apakah kita begitu juga?

Dengan alasan apa kah manusia hendak mendapat segalanya tadi secara sihat? Dengan amaran? Boleh kah kita tunduk dengan amaran? Dengan denda? Dengan denda juga adakah orang itu boleh menjadi baik? Dengan hukuman? Apakah hukuman boleh mendidik orang itu sedangkan orang yang membuat undang undang menghukum itu pun apakah lebih baik daripada orang yang kena hukum?

Di sini baru kita nampak, hendak suruh orang menjadi baik dan jujur bukan mudah.Kerana kita sendiri tidak semudah untuk berbuat apa yang kita katakan. Oleh itu hendak suruh orang baik, kenalah kita baik dahulu.

Hendak suruh orang jadi baik jangan kaitkan dengan lain lain hal.Tapi kaitkan dengan TUHAN.Hanya orang yang rasa berTUHAN sahaja mudah jadi baik.

Olih Cikgu Ku

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...