Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, April 12, 2008

Kasihanlah dan simpatilah dengan golongan buruh dan miskin.Mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk menyara anak yang ramai dan tempat tinggal pun tidak selesa.Sedangkan merekalah yang menyediakan keperluan Rakyat dan Negara.Makan minum Rakyat merekalah yang sediakan. Padi dan sayur mereka tanam bagi rakyat makan.Mereka kelaut menyabung nyawa cari ikan bagi Rakyat makan.Kenderaan Rakyat, bas, teksi, keretapi,feri, mereka lah drebarnya.Tempat tinggal atau rumah kita mereka yang buat.Pakaian kita yang berbagai jenis pun mereka yang buat.Padahal gaji mereka tidak seberapa. Pakaian mereka menyedihkan.Mereka menyiapkan makanan Rakyat, makanan mereka ala kadar.Mereka lah drebar kita, tetapi mereka tidak mempunyai kereta.Kasihanlah mereka, simpatilah mereka, bantulah mereka. Wahai orang orang kaya.bantulah mereka walaupun mereka tidak meminta.Bertimbang rasalah dengan mereka, mereka sungguh banyak berjasa kepada kita.Kalau bukan kerana mereka tentulah susah mendapat keperluan kita. Kenanglah jasa mereka dengan memberi bantuan sedikit kepada mereka. Olih Cikgu Ku

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...