Menjadi pemimpin kalau orang faham tidak akan jadi rebutan.Pemimpin adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan di dunia dan akhirat.Ia ibarat kayu api sanggup terbakar dan terkorban.Pemimpin sebenarnya adalah satu jawatan yang menyiksakan.Kalau bukan terpaksa, yang faham tidak akan mahu jawatan ini.Menjadi pengikut lebih senang.Yang tak faham akan bertungkus lumus merebut rebut jawatan, kerana di sini ada kekuasaan,kekayaan dan kemegahan.Kerana itu jawatan pemimpin jadi rebutan di akhir zaman.Di usahakan sekalipun secara rasuah dan penipuan, sekalipun jadi huru hara didalam kehidupan.Walaupun jadi huru hara didalam Negara.Jawatan pemimpin sudah jadi komersial, kerana itulah ia jadi rebutan sangat.Kerana merebut jawatan terjadi jatuh menjatuhkan,timbul krisis dan pergaduhan.Rakyat jadi mangsa, Negara jadi pertaruhan, AGAMA jadi mainan.
Olih Cikgu Ku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan