Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Mac 02, 2008

Renungan Menjelang Pilihanraya - Orang Mukmin merindui Negara Islam

Sebagai orang Islam kita mesti bercita cita untuk mengIslamkan seluruh aspek kehidupan kita.Dari yang sekecil kecilnya hingga yang sebesar besarnya.Inilah tuntutan kalimah syahadat yang kita ikrarkan sebaik sahaja mengambil keputusan untuk memeluk Islam.Seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi menolak tuntutannya, tiada ertinya syahadah itu padanya.Mungkin dia seorang yang Munafiq (Hipokrit) Memang sepatutunya seorang Muslim merindui Negara Islam sebagai negara tempat tinggalnya.Kerana di dalamnya dia dapat menjadikan seluruh aspek kehidupannya sebagai ibadah kepada ALLAH. Tetapi dalam Islam seseorang tidak di ajar meminta atau merampas kuasa pemerintah.Walaupun pemerintah ini kurang Islamik.Tidak juga dengan cara bertanding dalam pilihanraya.Bahkan kalau ditawarkan pun, seseorang seharusnya tidak begitu ghairah untuk menerima.Sebab orang Mukmin melihat tugas memimpin itu bagaikan kerja meratakan gunung,Kalau hanya dengan cangkul sebatang, munasabahkah ianya boleh di lakukan? Sedangkan dalam sejarah terlalu sedikit pemimpin yang berjaya menegakkan keadilan dalam Negara.Ertinya terlalu ramai pemimpin yang tidak adil.Sedikit yang selamat ke Syurga, ramai yang akan di lempar ke Neraka Sebenarnya orang beriman tidak akan merebut rebut jawatan kepimpinan.Hanya apabila tiada pilihan lain lagi, dalam keadaan terlalu memaksa , sedangkan menolaknya bererti Negara dan masyarakat akan rosak binasa, maka waktu itu orang beriman mesti bertanggungjawab menyelamatkan keadaan. Negara Islam mesti dibangunkan dan dipertahankan. Buah Fikiran Cikgu Ku

1 ulasan:

webmaster berkata...

PEMIKIRAN YANG CUKUP JUMUD dr cikgu ku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...