Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, April 26, 2010

Politiking Melampau Merosakkan Keharmonian dan Kasih Sayang Umat Islam



Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa cinta dan kasih para Sahabat yang sungguh mendalam terhadap Rasullullah SAW dan sebaliknya, telah membuatkan mereka berjuang dan berkorban habis habisan.Hingga nyawa pun sanggup dikorbankan demi cinta. Al hasil dalam tempoh yang sekejap sahaja, ISLAM telah membentuk Negara dan empayar kepada tiga perempat dunia. Demikian bukti bahawa dengan cinta manusia rela mengorbankan lebih masa dan tenaga hingga memperolihi hasil yang luar biasa.Sedangkan tanpa cinta, sesuatu kerja itu di buat dengan sambil lewa dan hasilnya mengecewakan!


Tapi sayang sekali hari ini, dunia sudah ketandusan kasih sayang dan cinta ini. Orang miskin tidak sayang pada orang kaya, Rakyat tidak sayang pada raja atau ketua negaranya, masyarakat tidak sayang pada ulama, bahkan anak anak tidak sayangkan ibu bapa dan isteri tidak menyayangi suami.



Dunia hari ini begitu ketandusan kasih sayang.Keadaannya genting sekali. Manusia saling benci membenci iaitu kebalikan dari berkasih sayang. Akibatnya masing masing saling mencari jalan untuk menyusahkan orang lain. Masing masing saling berprasangka dan saling mencurigai. Paling tidak, saling tidak memperdulikan dan tidak ambil tahu. Usaha usaha untuk mengatasinya hampir hampir tidak ada sama sekali.

Benci membenci jadi budaya tradisi yang membuatkan manusia terhina dengan bentuk krisis dan masaalah sesamanya.Kakitangan pejabat mencaci caci Boss mereka di belakangnya.Orang politik dimaki hamun oleh pengundinya, ulama dihina hina oleh masyarakat, menteri menteri dimusuhi oleh berbagai lapisan masyarakat dan jadi bahan bualan negatif.Demikian seterusnya yang berlaku dalam realiti hidup hari ini akibat tidak adanya sifat sifat yang cantik untuk membuat manusia saling jatuh hati dan sayang menyayangi.



Mana kasih sayang pengikat perpaduan manusia? Mana keharmonian hidup, ketenangan serta kepuasan?


Kita rindu melihat orang Islam sesama orang Islam (khususnya di Malaysia ini) kasih mengasih di antara satu sama lain dan ketepikan ideologi politik masing masing. (Politik songsang yang di amalkan di Malaysia telah banyak membuat kerosakan dengan memecah belahkan hati hati masyarakat khususnya masyarakat orang Islam).Dan kita ingin melihat orang bukan Islam kasih kepada orang Islam dan sebaliknya. Kita juga rindukan pemimpin yang memberikan kasih sayang kepada pengikutnya dan sebaliknya. Hinggakan kita berkerjasama dengan penuh harmoni dan mesra.



Kita ingin melihat dunia kembali damai, aman, harmoni dan makmur dengan wujudnya kasih sayang sesama manusia.





2 ulasan:

Wakil Kampus Negara berkata...

Salam hormat dan salam ziarah. WKN memohon keizinan memetik artikel disini..dah petik pun.. senang2 ziarahlah KN dan berforum disana. [Himpunan Suara Mahasiswa Malaysia & Dari Kampus ke Lapangan Umat]

xstream berkata...

Amri kasih sayang tanpa tujuan jelas amat mengelirukan. Kenapa seseorang itu hendak kasihkan seseorang? Kerana cantik, hensem, banyak harta, rumah besar, bijaksana atau macam mana? Kerana apa? Politik adalah sebahagian dalam hidup dan politik apa yang tidak songsang? Poltik bersandarkan Islam itulah yang patut kita sokong maka akan ia akan memupuk kasih sayang kerana Allah SWT dan Rasul SAW. Kasih dan cinta bertauhidkan kepada keEsaan Allah SWT dan Rasul SAW mesti no wahid dalam segenap kehidupan. Kita takut seperti cinta dan kasih sayang yang banyak dipupuk dan diajar dengan meluas dalam ajaran Kristian (LOVE) menjadi sumber inspirasi dan rujukan. Sehingga berzina kalau dalam keadaan kasih dan cinta tidak menjadi masalah kerana dalam kristian keselamatan adalah melalui Jesus sahaja, ditampar pipi kanan diberikan pipi kiri dan itulah intipati ajaran kristian.

Kembali kepada tauhid seperti kata2 tak kenal maka tak cinta, kenal Allah SWT dan Rasul maka kasih sayang akan datang dengan sendiri sebab itulah disebut umat Islam bersaudara tidak kiralah dia bangsa apa sekalipun. Politik berasaskan kaum melahirkan kasih sayang sesama kaum itu sendiri, melayu sayang melayu, cina sayang cina dan india sayang india. Politik perkauman akan membuahkan permusuhan. Politik yang tidak menyandarkan keputusan berasaskan syariah maka mudah sahaja mengundang bala, ekonomi kapitalis, menghormati pemimpin zalim, hormat kepada mereka yang berkuasa melebihi hormat kepada ketaqwaan pastilah menjerumuskan pelbagai masalah.

Masalah ini kemudian menjadi terbalik seolah2 puncanya kerana kurang kasih sayang. Penaakulan yang salah berkenaan kasih sayang akan membuahkan tindakan yang salah juga dalam menyelesaikan masalah. Kembalilah kepada Islam, berdakwah kepada yang belum Islam dan tarbiah berterusan kepada umat Islam pastilah Allah akan membuka hati2 yang keras untuk menerima Islam, kenal Islam maka kasih sayang sesama umat akan bermula.

Sahabat menyayangi Nabi dan berkorban bukan kerana cintakan Nabi sahaja tetapi kerana ia adalah arahan Rabb yang Maha Kuasa yang menurunkan Al-Quran sebagai bukti kerasulan Nabi SAW. Apabila mereka menerima kebenaran dan yakin dengan kebenaran maka barulah rasa sayang dan cinta kepada Allah dan Nabi SAW melebihi dari cinta kepada keluarga, isteri dan anak2. Ganjaran yang besar kepada yang mahu syahid dan berjuangan dijalan Allah menyebabkan Islam telah berjaya tersebar diseluruh pelusuk dunia. Cinta tanpa Iman adalah cinta palsu, kasih sayang tanpa Iman adalah kasih sayang dunia semata, kata2 sayang dalam lagu hanyalah retorik semata2 tetapi cinta kepada Allah SWT adalah cinta yang sebenarnya dan hakiki. Apakah makna sayang dan kasih? Apakah akan pasti membuahkan bahagia? Kebahagian yang kekal adalah apabila kita bertaqwa kepada Allah dan sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuanNya. Ingatlah harta dunia berupaya menggugat kasih sayang. Ingatlah harta itulah menjadi rantai berapi menyeksa kita diakhirat nanti. Hanya kasih sayang dalam Islam dan Iman adalah kasih sayang sebenar.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...