Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Oktober 03, 2008

KELEMAHAN DEMOKRASI MEMILIH PEMIMPIN (Sambungan)

Orang orang sekular memandang tujuan melantik pemerintah ialah untuk jalankan kehendak kehendak rakyat.Sebab itu mereka dinamakan wakil rakyat. Sedangkan dalam Islam, pemerintah bukan wakil rakyat.tetapi wakil ALLAH atau Khalifatullah. Untuk jalankan pemerintahan menurut cara yang ditentukan oleh ALLAH. Kedua dua pandangan ini mempunyai maksud, cara dan matlamat yang amat berbeza.

Biasa nya pemimpin atau pemerintah yang di tunjuk oleh jari (undi) mereka tidak di cintai dengan kasih murni dari hati. Kasih rakyat kepada mereka kalaupun ada adalah kerana kepentingan kepentingan tertentu saperti jawatan, gaji atau subsidi yang di harapkan. Ketaatan yang di beri cuma waktu di depan.Di belakang mereka, rakyat menipu, mengutuk dan menderhaka.

Sebab itu pemimpin begini, kalau tersilap atau tersalah sedikit akan di hentam, di caci maki dan di jatuhkan. Rakyat mudah melupakannya apalagi kalau sudah tidak berkuasa. Baru pencen saja, hidup mereka sudah jadi terbuang tersisih dan terhina..Bila mereka mati terus di lupakan orang. Walhal pemimpin pemimpin Islam, maqam nya di ziarahi walaupun sudah beribu beribu tahun.Kalau beginilah rupanya demokrasi Barat, untuk apa lagi ia di pertahankan dan di perjuangkan? Kalau sudah nyata ianya kotor, buruk dan jahat, mengapa di ikut?

Satu lagi kelemahan demokrasi ialah ia memungkinkan terlantik nya musuh untuk jadi pemimpin. Yakni musuh atau kuncu kuncu musuh melobi untuk menjadi calon. Saperti terjadi di Iraq dan Afganistan, dimana kuncu kuncu Amerika di pilih menjadi pemimpin kepada rakyat.

Bagi orang orang yang mencintai kebenaran, mereka tentu mencari cari satu cara baru yang suci, bersih dan mulia. Apakah tidak ada lagi di dunia ini kebenaran dan kemulian sehingga manusia terpaksa bergelumang dengan najis dan kejahatan ideology demokrasi? Jawabnya ada, iaitu ISLAM. Kebenaran mutlak yang datang nya dari ALLAH termaktub dalam Al Quran, terserlah dalam Sunnah Rasulullah SAW dan perjalan Khulafar Rasyidin.

Satu persoalan lagi. Betul kah wakil rakyat itu memwakili rakyat? Kalau rakyat di kawasan itu ialah petani , hidup ala kadar, inginkan pembelaan hidup dan mahukan pemimpin yang berjuang untuk kebaikan hidup mereka dunia dan akhirat, apakah wakilnya juga membawa identiti dan hasrat yang sama? Atau pemimpinnya pergi membawa identiti dan hasrat perbadinya yang telah diperolehi hasil amanah rakyat yang di khianatinya? Bukankah ia sudah berlagak menjadi orang kaya dan orang besar, yang cakap pun besar dan mahu memperjuangkan lagi kebesaran dan kekayaannya itu? Itu lah yang berlaku sekarang. Rumah rumah wakil rakyat bagaikan istana tersergam berpagar di tengah tengah rumah rumah kayu rakyatnya. Kereta wakil rakyat bagaikan singa melintasi deretan rakyat yang berjalan kaki atau berbasikal. Makan minum dan pakaian wakil rakyat adalah sesuatu yang mustahil dapat di rasai oleh rakyat.Gayanya itu ialah seolah olah wakil dari kalangan orang orang kaya dan raja raja, bukan lagi mewakili rakyat yang serba dhaif dan sederhana.

Pelik, wakil rakyat patutnya betul betul macam rakyat. Ia bayangan rakyat untuk suarakan hasrat rakyat.Bagaimana boleh bayang bayang lain dari objeknya.Suaranya pun sudah lain.Salah gunakan amanah rakyat.Sudah khianat dan zalim dengan tugas yang dipikulkan oleh rakyat.Hal ini mesti disedari oleh kita semua. Supaya segala penyakit masyarakat dapat dikenal pasti untuk mengubati demi tercapai masyarakat idaman yang aman, makmur, dan mendapat keredhaan Allah.

Selain dari pemilihan pemimpin cara undi rakyat ini, ada satu lagi cara kenaikan pemimpin di buat. Iaitu cara DIKTATOR yang dimana ianya lebih jahat dan kejam.

Sumber: Khazanah Cikgu Ku

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...