Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Disember 11, 2009

POLITIK ISLAM TIDAK LAGI RELEVEN?



Bila kita tanya kepada kebanyakan tokoh politik Islam, mengapa mereka ikut serta dalam sistem politik Barat.Biasanya mereka akan menjawab "Tiada pilihan lain- dharurat". Benarkah begitu? Adakah Islam tidak ada jalan sendiri dalam hal berPolitik? Adakah Islam tidak sempurna hingga kita umat Islam kena dan terpaksa ikut sistem ideologi politik bikinan manusia yang juga bertentangan dengan Islam? Adakah Islam tidak ada cara untuk berpolitik dalam arena politik dunia sekarang? Adakah politik Islam sudah tidak releven dan ketinggalan zaman atau sudah mati, walhal kita rata rata mengaku Islam itu syumul?

Rasulullah lahir di waktu zaman politik jahiliah sedang menguasai dunia.Keadaan serupa sedang berlaku di zaman kita sekarang di mana politik ideologi barat sedang menguasai dunia.Namun baginda tidak pun mengikut serta cara politik mereka? Baginda tidak pun ikut cara mereka dan berkata "keadaan dharurat - tiada pilihan".Baginda berjuang menampilkan politik Islam di tengah tengah sistem politik jahiliah yang sedang melanda ibarat bah yang tidak boleh di tahan tahan ketika itu.Baginda berjaya membunuh politik karut itu.

Hari ini mengapa kita tidak mahu ikut jejak Rasulullah dan amalkan politik yang tidak Islamik?.Tokoh tokoh politik Islam kata itulah politik.Politik tidak Islamik digunakan untuk menegakkan negara Islam? Mereka menghalalkan cara atas alasan "dharurat" kerana tiada pilihan.Kata mereka kita guna politik barat untuk melawan politik barat.Ya kah? (Seolah olah mereka menganggap Islam tidak ada jalan sendiri untuk berpolitik).Mereka juga meng-cap mana mana jemaah,harakah atau NGO Islam yang tidak terlibat dalam politik sebagai tidak berjuang untuk Islam.Kumpulan yang cuba mengamal politik cara Islam pula di cemuh.Mereka menganggap adalah mustahil Politik Islam boleh bangkit di tengah tengah arus politik barat yang amat kuat.Lalu mereka bermati matian lah berjuang atas platform yang tidak Islamik itu yakni melalui sistem politik TAGHUT.

 Kesal, sistem politik Islam sendiri di anak tiri dan pinggirkan.


6 ulasan:

Zakri Kamaludin berkata...

ISLAM ITU BETUL, COMPREHENSIVE & RAHMAT. ALLAH KATA DLM QURAN ISLAM ITU
RAHMAT BAGI SELURUH ALAM............YG MEROSAKKAN ISLAM, ADALAH ORG
ISLAM & MUSUH ISLAM......

ISLAM BUKAN UTK ORG ISLAM SAJA...ISLAM ITU UTK ALAM
INI....ALLAHHUAKBAR...ALLAH HUAKBAR...ALLAHHUAKBAR....

YA ALLAH YA TUHANKU, BERILAH PETUNJUK KPD ORG YG TAK KENAL APA ITU
ISLAM....

WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

islam tu apa?
mereka tak pandang la politik islam..
apa yang mereka buat.. mereka rujuk barat..

Optimus Prime berkata...

Salam

Klu amalkan politik ISLAM .... camne nak RASUAHhhhhh ???

Manzurul Safar berkata...

idea menarik, tapi perlu penerangan tentang apa yang dikenali sebagai politik Islam. Bagaimana cara berpolitik menurut Islam. Apakah sirah Nabi saw yang boleh diteladani berkaitan dengan politik Islam.

Adakah politik dalam konteks semasa ini secara total tidak syar'ie, atau sebahagian sahaja yang memerlukan kepada suntikan elemen Islamik?

Sangat menarik untuk dibincangkan.

Wallahua'lam.

Mohd Asri Abdul Rahman berkata...

Macam mana agaknya Rasulullah berpolitik?..dan seperti kata-kata saudara Amri bahawa Poilitk Islam mampu bangun ditengah-tengah keangkuhan zaman gelap politik barat . Harap sesiapa yang arif ulas sedikit.....

Semasa di Mekah waktu mula-mula baginda mendapat wahyu dan menjadi Nabi menghadapi kezaliman serta penindasan puak Quraish.
Bagaimana baginda s.a.w. menunjuk ajar sahabat-sahabat berpoilitik di luar negeri termasuk Yaman dalam era tekanan politik serta penindasan di mekah.
Kemudian cara berpolitik baginda sebagai Rasulullah s.a.w. semasa peringkat awal hijrah dan seterusnya di madinah .
Bagaimana caranya pula berpolitik dalam era atau zaman sekarang yang dikatakan banyak bidaah yang menerbitkan pelbagai rumusan serta idea baru yang bercelaru hasil gabungan pelbagai tamadun dan kebudayaan .
Termasuk tamadun serta ilmu yang dicetuskan atau dimajukan sendiri sarjana-sarjana Islam terkenal terdahulu.
Bermula dengan cara-cara berpolitik yang diizinkan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bolehkah Islam atau Ad-Din diperjuangkan 100%.
Bagaimana pula untuk berpolitik sesama muslim global yang mempunyai pelbagai mazhab serta fahaman yang berbeza dari segi furuqiah secara ikhlas. Juga cara-cara berpolitik menghadapi kesedaran ilmu atau manipulasinya dari tamadun barat dan lain-lain dalam cara-cara beragama yang pelbagai.

Tanpa Nama berkata...

Adakah negara kita akan ada seorang pemimpin seperti Rasulullah S.A.W... adakah di Arab sekarang ini politiknya seperti di zaman Rasulullah S.A.W.

Yang pasti politik negara kita masih diterajui oleh org Islam.. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...