Kiriman: Sdr Zulkifli Sulaiman - zulkiflee@utusan.com.my
"Yang menjadi masaalah pada hari ini ialah rakyat dan masyarakat tidak faham siapa itu ulama.Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama sebenarnya.Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab boleh bercakap dan membaca ayat Al Quran"
Dalam Islam yang Hadhari atau realiti atau hakiki, peranan ulama tidak boleh diperkecilkan. Tanpa ulama yang mendidik (tarbiah) dan memberi ilmu (taalim), usaha ke arah membina Islam sudah tentu akan gagal. Kerana tanpa didikan dan ilmu, kita tidak akan tahu bagaimana hendak berbuat dan ke arah mana usaha kita hen-dak dihalakan. Kita juga tidak akan ada kekuatan roh dan jiwa untuk melaksanakannya. Kerja membangunkan Islam bukan calang-calang kerja. la bukan perkara kecil atau mudah. la penuh dengan kepayahan, pengorbanan dan keperitan. Tanpa ilmu dan didikan, kita akan jadi kaku dan beku. Tanpa ilmu kita kaku untuk bergerak. Tidak tahu bagai-mana dan apa caranya. Tidak tahu arah tujuannya. Tanpa didikan pula kita akan beku. Walaupun ilmu ada, tetapi kita tidak ada kekuatan dalaman atau kekuatan jiwa untuk meng-harungi ujian, kesusahan dan pancaroba yang pasti akan di-hadapi.
Umat Islam perlu tahu dan kenal ulama supaya mereka mencintainya dan mendapat didikan serta pimpinan darinya yang wajib mereka perolehi dalam hidup di dunia ini. Umat yang tidak kenal dan tidak cintakan ulama pasti tidak akan bertemu iman dan Islam yang sebenarnya. Mereka tidak akan faham tentang agama anutan mereka. Bahkan mereka tidak akan faham tujuan dan arah hidup yang sedang mereka tem-puh ini. Mereka akan hidup dalam kegelapan, tidak nampak apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang benar dan apa yang salah.
Ulama seperti manakah yang boleh dan mampu mengajar dan mendidik kita ke arah terbangunnya Islam ? Ulama seperti manakah yang boleh menjadi sumber inspirasi dan sumber rujukan kepada para umara dan rakyat jelata yang terlibat dalam membangunkan Islam ? Siapakah yang dikatakan ulama itu? Adakah orang yang agak tinggi ilmu Islamnya itu ulama? Apakah pula peranannya?
PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR
Hadis ada menyebut:
Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."
Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Ke-mudian dia apply dan dipraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.
Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan ma-syarakat tidak faham siapa itu ulama. Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama yang sebenarnya. Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab dia boleh bercakap dan boleh membaca ayat Al Quran. Masyarakat pun mengangap dia ulama.
Sebenarnya ulama itu bukan dia yang melantik dirinya menjadi ulama hanya kerana dia mempunyai sedikit ilmu.Kemudian buat pula persatuan ulama. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam. Title ulama di sisi Tuhan bukan-diukur pada degree atau ijazah, ilmu atau jawatan. diri pun tidak boleh mengaku yang dia itu ulama.
Hanya Allah yang tahu. Ini penting supaya umat tidak keliru siapa yang sepatutnya mereka ikut dan pimpinan siapa yang patut mereka terima. Imam Syafie contohnya, rakyat menga-kui dia ulama tetapi dia sendiri tidak mengakui dirinya ulama Imam Ghazali pun dikata orang sebagai ulama tetapi dia sendiri tidak pernah mengaku begitu. Ulama atau tidak bukan berdasarkan penilaian orang ramai. Bukan juga pada penilaian kerajaan dan lebih-lebih lagi bukan atas dasar merasakan diri sendiri ulama. Kalau begitu, siapakah sebenarnya ulama?
Istilah ulama adalah dari bahasa Arab. Maksudnya disegi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. Boleh dikatakan juga para ilmuan dan para cerdik pandai. Pada segi bahasa, ulama itu adalah orang alim dalam apa sahaja bidang ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, ilmu baik atau pun ilmu jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun tidak. Orang yang mempunyai ilmu di bidang ekonomi misalnya, digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, dia juga digelar ulama.
Berdasarkan fahaman dan pengertian inilah kita sekarang memberi gelaran ulama kepada seseorang, iaitu sesiapa sahaja yang alim dalam bidang ilmu apa pun, kita panggil dia ulama.
Pengertian ulama dalam Islam berbeza.
Di samping ilmu, dia perlu ada syarat-syarat yang lain seperti di bawah:
1. Beriman
Ulama itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman.
Firman Allah: Maksudnya: "Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat." (Al Mujadalah: 11)
2. Beramal
Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka.
Seperti kata Abu Darda`: Maksudnya: "Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya. "
3. Takutkan Tuhan
Mereka mestilah orang yang takut dengan Tuhan.
Firman Allah: Maksudnya: "Hanya sanya yang takut dengan Tuhan Itu ialah ULAMA. " (Al Fathir: 28)
Di sini ada dua perkara besar. Ada dua perkataan di dalam ayat ini yang menjadi kunci iaitu ulama dan takut. Oleh itu, ulama di sini ialah orang yang ada ilmu, Yakni ada ilmu dunia dan ilmu Akhirat, ada ilmu tentang Tuhan, tentang syariat dan tentang akhlak. Kemudian dia takut dengan Tuhan.
Setelah itu, Tuhan berfirman lagi, kalau ulama itu mem-punyai ilmu dunia dan ilmu Akhirat dan dia takut pula dengan Tuhan, maka Tuhan perintahkan melalui ayat-Nya: Maksudnya: "Hendaklah kamu bertanya (tentang Akhirat, tentang dunia iaitu hal-hal ekonomi, masya-rakat dan lain-lain) kepada ahii zikir jika kamu tidak mengetahui." (An Nahl: 43)
Rupanya, ulama itu ialah ahli zikir. Ahli itu orangnya. Zikir itu sifatnya. Ertinya ulama itu, hatinya terhubung dengan Tuhan dan sentiasa terisi dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Hatinya sentiasa hampir (qarib) dengan Tuhan kerana itulah maksud zikir yang sebenarnya. Zikir bukan setakat memegang biji tasbih dan melafazkan istilah-istilah dan ayat ayat zikir. Itu belum boleh dikatakan zikir kerana hanya dibibir sahaja. Belum terasa di hati. Zikir itu ialah apa yang dirasakan di hati. Dengan kata-kata yang lain, ulama itu setidak-tidaknya bertaraf muqarabbin.
Ertinya lagi, ulama itu ilmunya mendarah daging. Maksud-nya dia tidak payah buka kitab. Bila ditanya tentang ilmu Islam, dia boleh terus jawab. Bila dia ditanya tentang masya-rakat Islam, pejam-pejam mata sahaja, dia boleh jawab. Kalau perlu buka kitab, itu guru hendak mengajar atau muailim, bukan ulama. Lagipun apa yang ada dalam kitab itu ilmu orang lain bukan ilmu dia. Kalau buka kitab Imam As Syafie, maka itu ilmu Imam As Syafie. Kalau buka kitab Imam Al Ghazali, maka itu ilmu imam Al Ghazali. Dia hanya menyampaikan ilmu orang. Kalau hanya setakat menyampaikan ilmu orang lain, tidak bolehlah dikatakan ulama.
Ulama atau ahli zikir ini, hatinya ibarat gudang. Segala jenis barang ada di dalamnya. Mintalah apa sahaja yang diperlukan, nescaya dia boleh bagi. Hendak minta apa pun, semua ada di dalam gudang itu. Dia tidak rujuk kepada orang. Malahan dia adalah tempat rujuk. Dia tidak merujuk kepada kitab yang ditulis oleh orang. Dia merujuk kepada hatinya yang penuh dengan ilmu. Sebab itulah, bila disuruh bertanya, Allah tidak sebut tanya guru. Tetapi tanyalah ahli zikir.
Oleh itu, kalau kerajaan atau umara, orang besar atau kecil atau rakyat hendak bertanya, tanyalah ulama atau ahli zikir seperti ini. Jangan tanya para ustaz atau muailim. Walau-pun mereka mempunyai ijazah, hakikatnya mereka faham hanya satu-satu bab sahaja dari ilmu Islam.
Pemimpin sebenar (umara) perlu bergantung kepada ulama atau ahli zikir seperti ini. Kemudian dia apply dan praktikkan ilmu dan nasihat ulama tersebut kepada masyarakat. Ulama seperti ini tidak perlu menonjolkan diri. Kalau dia perjuangkan ilmunya, dia akan tertonjol sendiri.
Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Rabu, Disember 09, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Assalamualaikum,
> Sejak2 akhir ini umat Islam menjadi keliru..ulamak mana yg harus diikuti,dicontohi? ..Ulamak Kerajaan dikatakan..lebih banyak menjaga hati Pemerintah dari mengatakan yg benar,Ulamak pembangkang pulak byk dikatakan suke mengata,mengkritik org,...nak pilih tabligh pulak...kena masuk jemaah baru kita dikatakan betul,jadi umat Islam di Malaysia skrg ni dlm kekeliruan,lebih2 lagi golongan2 yg dekat dgn agama ni lebih suka membantai..golongan 2 agama..dari golongan sekular...semua nak menunjukkan mereka lebih benar..akhirnya kita pun tak tau yg mana harus diikut.
Pening jadinya. lebih-lebih lagi bila timbul percanggahan antara ulama.'ular'mak pun makin ramai. fatwa/statement dikeluarkan mengikut aliran politik sendiri...
Saya setuju 100%..kita kena kenal dan ikut ulamak dlm soal kehidupan beragama ni kerana mereka adalah pewaris nabi ..cuma..bagaimana kita nak menentukan ulama mana yg harus diikut..di negara kita buat masa ni.Agak keliru kita nak melihat ciri ulamak dan umara yg terdapat dinegara kita buat masa ni..nak pilih ulamak pembangkang(yg mungkin ade ciri2 ni)..mcm2 benda negatif yg kita boleh baca di dada-dada akhbar mengenai mereka.Nak pilih ulamak kerajaan..agak pening jugak sebab ade isu tertentu yg mereka..seperti mendiamkan diri mungkin kerana nak menjaga hati pemerintah.Jika memilih pulak ulamak selain dari yg disebutkan tadi..kebanyakkan mereka hanya menyentuh soal..akhirat..tanpa mengambil tahu soal semasa..tu la yg buat umat menjadi keliru..kerana Islam itu..mesti ada DUNIA DAN AKHIRATNYE..baru la..lengkap.Wallahuallam.
Bismillah........terimakasih kerana memberi maklumbalas atas tulisan saya. Maaf andainya menyinggung tetapi terpaksa di nyatakan juga bahawa sanya saudara sebenarnya belum faham dengan jelas tulisan saya di bawah berkenaan ulama pewaris nabi / ahli zikir itu.
Sememangnya dalam mencari ulama pewaris Nabi memang sukar, sememang nya tiada dalam senarai ulama-ulama yang di kenali ( yang tersohor, ternama dan mempunyai pelbagai gelaran dan pangkat). Kalau saudara sudah memantapkan diri dengan ilmu tasauf dan tauhid, saudara akan nampak dengan jelas dimana kesalahan ulama-ulama yang ada yang begitu terkenal dan tersohor dipersada tanahair kita. Mereka hanya menguasai hanya satu atau dua bidang ilmu sahaja , itupun ilmu cabang sahaja bukannya ILMU FARDHU AIN yang wajib dipelajari oleh setiap umat islam.
Sebenarnya pemimpin UMNO pun bukannya tak tahu ulama mana yang harus diikut, sebab tu mereka tak heran sangat dengan ulama-ulama dari Parti PAS dan ulama-ulama dari kalangan mereka sendiri ( yang perasan dan mengangkat diri sebagai ulama). Mereka tahu ulama pewaris Nabi adalah mereka yang ikhlas, tidak mencari nama dan kedudukan (apalaaaagi jawatan Mufti). Diantara pemimpin UMNO terutama Perdana Menteri dan Ketua Menteri, Dato`Najib Tun Razak, Pak Lah dan Datuk Patinggi Taib Mahmud adalah antara mereka yang belajar dengan guru-guru mursyid dan majzub yang mewarisi ilmu-ilmu dari para-para Wali di Tanahair kita. Saya juga ada dengar Tun Mahathir dan Sultan Brunei juga ada belajar dengan guru-guru ini.
Saudara amalkanlah segala sunnah Nabi kita SAW dengan sebaiknya, perbanyakkan amalan sunat terutama solat tahajud, puasa sunat dan bersedekah. Pelajari Kitab Minhajul Abidin (Imam Ghazali) dan Kitab Hikam (Tok Pulau Manis/ Sheikh Ibnu Athoillah) serta perdalamkan ILMU KETUHANAN (ILMU TAUHID). Saudara minta petunjuk dalam berdoa agar diketemukan dengan Ulama Pewaris Nabi, InsyaAllah usaha saudara akan berhasil.
Wallahu a`lam.
zulkiflee@utusan.com.my
Catat Ulasan