Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, Jun 30, 2010

Tiba tiba ULAMA sertai UMNO beramai ramai?

UMNO sebenarnya membuka ruang yang luas kepada golongan ulama dan sama sekali tidak menutup ruang dalam menegur dan memberikan nasihat dalam menyatakan perkara yang benar dan yang salah.

Salah seorang ulama muda yang menyertai UMNO hari ini, Fathul Bahri Mat Jahaya berkata pandangan berkenaan adalah hanya pandangan sesetengah pihak dan peluang bersama UMNO akan digunakan sebaik mungkin untuk menegur pemerintah.

Katanya menegur pemerintah serta menegur masyarakat ada adabnya dan dalam agama, Allah menyatakan setiap manusia itu perlu dinasihati kerana setiap diri manusia itu bukanlah sempurna kerana masih ada kekurangan.

“Kita boleh bersama-sama dengan pemerintah. Kita boleh sampaikan nasihat secara langsung bersesuaian dengan hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.

“Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.



Menegur Pemerintah biarlah berhikmah

“Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Kata beliau lagi, maka itulah yang akan diusahakan dalam usaha memastikan apa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

Oleh: Fathul Bahri Mat (Phd) Doktor Falsafah,
 (Salah seorang Ulama yang menyertai UMNO baru baru ini)







Selasa, Jun 29, 2010

DAP tetap tolak Negara Islam


Adakah DAP sudah berubah dan akan sedia menerima  PAS untuk pembentukan Negara Islam di Malaysia jika PR berjaya menawan PUTRA JAYA....???


Ini  jawapan Pengerusi Nasional DAP
 Karpal Singh kepada pihak Media baru baru ini:

“It is impossible for DAP to compromise on that. We cannot compromise for the country to turn into an Islamic state (if PR takes over the government in the future).


(“Adalah mustahil untuk DAP menerima nya.Kami tetap tidak akan menerima pembentukan Negara Islam (jika PR mengambil  alih kerajaan kelak”).


Satu perkara yang amat sukar bagi kedua dua pihak untuk mencari titik pertemuan.Bagi DAP jika dia mengalah bererti ia terpaksa menerima pembentukan Negara Islam.

Bagi PAS pula kalau dia mengalah bererti dia terpaksa lupakan prinsip nya dan juga terpaksa terus bergelumang dengan sistem taghut bersama rakan PR nya.(Dan bagaimana mereka akan jawab di hadapan TUHAN kelak).

Masing masing mahu mempertahankan prnsip masing masing.

Quote: Kini sudah sampai kemana kah kejayaan PAS atas kerja kerja mereka mendakwah DAP saperti yang di janjikan  oleh TGNA kepada pengikut sebaik mula berkawan dengan musuh ketat (DAP) satu ketika dulu ? 

Berdasarkan kenyataan terkini DAP jelas misi PAS untuk menjinakkan DAP belum membuahkan sebarang hasil saperti yang di harapkan.Malangnya senario yang dapat dilihat adalah sebaliknya.








Wallahu’alam.

Isnin, Jun 28, 2010

NAFSU YANG SOMBONG

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

 Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
 "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
 Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
 "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

 Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
 Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.




Rabu, Jun 23, 2010

Al Quran sebagai Pembela di Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"


Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an.

Rabu, Jun 16, 2010

Menghadapi seseorang yang baru meninggal dunia


Kematian adalah satu kejadian yang mempunyai hikmah yang tersendiri.Setiap makhluk samada dia suka atau tidak pasti akan menghadapi mati.


Allah berfirman yang maksudnya:
" Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali".(al-Anbiya ayat 35)


"Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya."
(al-A'raf ayat 34)


"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh." (An Nisa' ayat 78)

Pengalaman saya mendapati ramai yang tidak tahu apa perlu buat sebaik saja salah seorang dari keluarga mereka meninggal.Melainkan membiarkan sahaja jenazah hingga Imam atau pengurus jenazah tiba.


Saya harap dengan penerangan yang ringkas di bawah dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.

 Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, langkah langkah berikut hendaklah dilakukan sambil beringat bahawa jenazah hendaklah sentiasa di hormati.


Mati itu adalah suatu kejutan.Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:


"Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan."

  1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
  2. Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) "Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia."
  3. Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
  4. Rapatkan mulutnya
  5. Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
  6. Luruskan kakinya.
  7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 
  8. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
  9. Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
  10. Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
  11. Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat. 

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.


Isnin, Jun 14, 2010

Awat hangpa jadi begini PAS?

PAS ibarat mengata dulang paku serpih
Oleh Jamhariah Jaafar
2010/06/14




Parti lebih sanggup bersekongkol dengan bukan Islam, untuk kekal kuasa 




BETAPA seriusnya apabila manusia bersikap mudah lupa – bukan saja lupa kepada kenyataan yang pernah dibuat, malah cuba mengajar orang lain berbuat baik sedangkan dia sendiri gagal melaksana apa yang cuba diajar

Muktamar PAS ke-56 berakhir semalam membuktikan betapa mudahnya membelasah lawan kiri dan kanan, tetapi akhirnya nyata ia ibarat mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Enam usul diluluskan sebulat suara dan satu daripada usul itu mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi. 



Usul ini asalnya daripada cadangan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan satu agensi khusus bagi menguruskan perjudian memang tidak boleh dielakkan sepanjang pertandingan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung, nyata hanya memberi tamparan balik kepada PAS yang masih membenarkan perjudian dijalankan di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. 




Mungkin ada baiknya kita melihat kepada pentadbiran Islam PAS di Kelantan, walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, judi berbentuk loteri Big Sweeps terus dibenarkan. Menurut seorang blogger, kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket loteri di premis mereka di bawah dasar ‘Membangun Bersama Islam’. 




Bagaimana pula pendirian PAS dengan pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, yang masih membenarkan perjudian dan penjualan arak. 

Di Selangor, tindakan pemimpin PAS, Datuk Dr Hassan Ali menegur perjudian dan penjualan arak yang berleluasa di negeri itu, mencetus pertelingkahan di antara parti Islam ini dan DAP, sehingga satu rundingan serius diadakan bagi meleraikan perselisihan yang berlaku. Pemimpin PAS itu tidak lagi menimbulkan sebarang isu yang secara jelas bertentangan dengan pendirian Islam. 




Justeru, amat buruk apabila PAS dengan lantang mengutuk pentadbiran BN yang ditunjangi UMNO sebagai tidak Islamik semata-mata kerana ia mahu mengekang perjudian ‘bawah tanah’ di kalangan bukan Islam, tetapi menutup mata terhadap pemerintahan Islam PAS di Kelantan yang terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dan mendapat faedah apabila mengenakan cukai ke atas premis yang menjual arak. 




“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar dijual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992. 




Apabila dikritik mengenai tindakan itu, Nik Aziz pada 26 November, 1994, pernah dipetik sebagai berkata: “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan.” 




Justeru, adalah lebih baik pemimpin PAS mendengar nasihat ahli akar umbinya supaya jangan terlalu mencaci lawan, sebaliknya membetulkan landasan perjuangan ke arah mewujudkan sebuah negara Islam yang semakin kabur. 




“PAS sebenarnya masih ada kelemahan. Kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan memerintah sesebuah negeri, memegang kuasa dan dipandang orang, tetapi niat dan perlakuan kita menunjukkan seolah-olah kita tidak perlu merujuk kepada jemaah dalam membuat keputusan. Bagaimana ahli mahu mengikut jemaah kalau pemimpin tidak memberikan contoh terbaik,” tegur perwakilan dari Perlis ketika perbahasan. 




Ramai ahli PAS yang ditemui amat skeptikal dengan tindakan kepemimpinan utama parti itu membuka pintu begitu luas kepada orang bukan Islam, apa lagi membenarkan mereka menjadi calon PAS (kerana membenarkan calon bukan Islam menggunakan logo PAS bertanding pada pilihan raya akan datang). 




Menginsafi keghairahan barisan kepemimpinan PAS menakluk Putrajaya, ada menasihatkan kepemimpinan tertinggi parti itu jangan seperti melukut di tepi gantang, parti saja besar berbanding – PKR dan DAP – tetapi suara tak kedengaran. 




“Kita berharap pemimpin (PAS) tahu apa yang mereka lakukan, kerana kita membuka pintu terlalu luas kepada orang bukan Islam, se dangkan sekutu kita (PKR dan DAP) adalah dua parti yang mempunyai keahlian bukan Islam. 




“Mengapa kita mahu menaikkan kemarahan bangsa Melayu terutama yang menjadi penyokong tegar kita dengan sewenang-wenangnya. Mereka tidak faham dengan pendirian kepemimpinan ketika ini. Apa lagi ketika bangsa Melayu yang juga umat Islam negara ini insaf dengan tekanan serius yang diberi bangsa lain. Kita memang mahu menang tetapi tidaklah sampai menggadaikan hak anak bangsa sendiri,” kata seorang ahli PAS. 




Ramai ahli dan penyokong PAS berpendapat lebih baik kepemimpinan tertingginya meleraikan dulu kemelut perpecahan dalaman yang tidak nampak tetapi amat terasa, melihat dengan serius hubungan Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata mempunyai hubungan dengan kepemimpinan Yahudi di gelanggang antarabangsa, menyelesaikan dulu masalah pembangunan dan sosial di dalam negeri yang diperintah kerana mencaci orang lain, isu di tempat sendiri sebenarnya masih tidak terbela. 




Kelantan sebagai tuan rumah Muktamar ke-56 ini menghimpunkan golongan ulama dan bijak pandai agama, tetapi pada masa sama, masih gagal meningkatkan pendapatan rakyatnya ke tahap memuaskan, golongan lelakinya yang malas dan bergantung kepada wanita,gejala dadah serta masalah sosial terutama di kalangan remaja semakin serius, manakala proses pembangunan wajar lebih menyeluruh ke seluruh pelusuk negeri. 




PAS secara keseluruhan juga wajar menonjolkan kewibawaan sebagai parti paling besar di kalangan pakatan pembangkang, dan benar seperti kata perwakilannya ‘jangan menjadi melukut di tepi gantang.’ 




Bagaimana mereka mahu menjadi alternatif kepada UMNO sebagai pejuang bangsa Melayu, kalau mereka akhirnya sekadar menjadi ‘pak turut’ kepada PKR dan DAP. 



Selasa, Jun 08, 2010

Penghalang terjalinnya kasih sayang






Semua orang inginkan kasih sayang.Anak-anak suka kalau mereka dikasihi oleh ibu dan ayah.Isteri berbahagia jika mendapat pembelaan dari suami. Suami pula bangga mendapat layanan dari si isteri. Rakyat puas hati mendapat perhatian dari pemimpin. Tapi terbukti dalam kehidupan manusia hari ini,sudah tandus kasih sayang. Mana perginya kasih sayang?Apa yang menjadi penghalang dari terjalinnya kasih sayang?


Antara perkara-perkara yang menjadi penghalangnya Ialah :


1) Sifat-sifat mazmumah: Misalnya sombong, membesar-besarkan diri di depan orang lain. susah untuk bermesra, tidak merendah diri kagum dengan kebolehan diri sendiri dan berbagai sifat mazmumah lain mendorong dirinya untuk berkrisis dengan orang lain.Dia susah menerima pandangan orang atau susah untuk mengalah. Sifat yang ada pada dirinya menghalang orang untuk menyayangi seterusnya menyukai dirinya. Malah menyebabkan orang semakin benci padanya.


2) Kasih sayang tidak dapat disuburkan kerana kejahilan. Masing-masing tidak tahu pentingnya kasih sayang disuburkan dan tidak tahu bagaimana cara memberi kasih sayang tersebut. Anak-anak meninggi suara bila bercakap dengan ibu dan ayah. Ayah dan ibu pula suka berleter dan berkasar dengan anak-anak dan sebagainya. Begitu juga anak murid tidak pandai menghormati guru sementara guru tidak pandai mengambil hati anak muridnya.


3) Tidak sabar dengan ragam kawan-kawan.Semasa berkawan tentu ada kesilapan sama ada yang sengaja mahupun yang tidak sengaja dilakukan oleh kawan-kawan, .. Kalau kita benar-benar hendak menjaga agar persahabatan dan kasih sayang tidak retak, maka kesilapan itu mestilah dimaafkan. Kita mesti mempunyal sikap bertolak ansur. Jika tidak sabar dengan ragam mereka dan tidak boleh berlebih kurang, sudah pasti berlakulah bermasam muka atau menjauhkan did. Lalu hilanglah kasih sayang yang terjalin sebelumnya.


4) Sangat mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan perasaan atau kepentingan orang lain. Melalui pengalaman kita sendiri walaupun kita ingin disayangi orang, kita juga sangat mementingkan diri sendiri. Kita kurang bersimpati dengan kesusahan orang lain dan tidak sibuk untuk memikirkan tentang nasib orang lain.Kita lebih memikirkan nasib diri dan keluarga kita sahaja.Kesusahan orang langsung tidak dipedulikan.Kadang-kadang ada jiran tetangga yang tidak makan,pun tidak dihiraukan.Tiada belas kasihan dan simpati terhadap keperitan yang ditanggung oleh orang lain.Masing-masing memikirkan hal sendiri.Akhirnya tidak tercetuslah kasih sayang di dalam masyarakat.


5) Rasa fanatik terhadap kaum atau kelompok sendiri dan memandang rendah pada puak yang lain. Bilamana manusia mengikutkan rasa melebihkan puak, dengan sendirinya manusia akan memandang rendah pada puak lain. Masing-masing saling berlumba-lumba untuk menaikkan puak sendiri dan sanggup menjatuhkan puak lain. Maka tertutuplah pintu-pintu yang boleh mencetuskan kasih sayang di antara sesama manusia.


Olih: SifuKu
Sumber: http://answering-libels.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...