Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Julai 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN



BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIYM



10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,
“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan
Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith
2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan
para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan
dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi
selama anda berhubungan
3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri,
dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,
berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun
sesudahnya
4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh
kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah
nafila (tambahan)
5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam
ditempat anda.
6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu
upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan
dalam hidup setelah Ramadhan berlalu
7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama
Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia
tanpa nilai pahala
8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah
dan perbayak bersabar.
9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk
memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir
Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu
10)Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi
kebagusan ibadah kita yang utama.

Kiriman: Husin, Muhammad Haris: Mr. 
(e mail: muhammadharis.husin@epcos.com)





Rabu, Julai 28, 2010

Haram dekati Mufti Harusani



1. FAHAMAN dan amalan politik orang Melayu/Islam sudah sampai ke peringkat hilang punca dan hilang pedoman. Quran dan hadith sudah tidak digunapakai lagi. Budaya dan adat juga dilupakan. Rata-rata mereka hanya menggunakan Islam sebagai alat dan umpan politik tidak lebih daripada itu. Semuanya dapat dilihat kepada perbuatan, kata-kata dan tindakan.

2. Paling mendukacitakan sesetengahnya mengaku Islam, memperjuangkan Islam tetapi fiil dan perangainya lebih buruk dan huduh dari orang kafir. Kafir zimmi di negara ini masih mengekalkan diplomasi mereka untuk mempertahankan kedudukan mereka, tetapi tidak dengan orang yang mengaku Islam sendiri.

3. Betapa tidak ada pemimpin parti Islam, Pas begitu pesimis dengan ulama atau Mufti yang dirasakan tidak berpihak kepada mereka. Mufti yang bercakap tidak menguntungkan politik huminisme dan materialistik (kedudukan dan kuasa) mereka, ditentang habis-habisan. Mereka tidak lagi menilai atau menyelami nawaitu dan seruan tersurat Mufti berkenaan sebaliknya terus diprejudis sebagai pengkhianat perjuangan mereka. Sebabnya sedikit saja, kerana Mufti berkenaan cuba membawa perdamaian dengan Umno maka ia dianggap sebagai barua Umno.

4. Kerana kekacauan fikiran dan fahaman politik itu apa juga yang baik tidak akan dilihat sebagai baik dan elok lagi. Semuanya menjadi huduh. Sebab itu saya mengatakan isu perpaduan Pas - Umno sudah jadi macam tahi.

5. Contohnya apa yang menimpa kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria itu. Mufti itu dituduh dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan kata-kata kesat yang tidak terfikir oleh kita sebelum ini. Belum ada rasanya Mufti di negara ini menghadapi kecaman buruk begitu. Paling-paling pun kalau ada Mufti dikaitkan dengan fahaman yang bertentangan ahli sunah wal jemaah saja. Itu pun Mufti berkenaan tidak dilebelkan dengan berbagai nama huduh.

6. Musibah yang menimpa Harussani itu itulah menyebabkan Mufti lain lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap. Mereka menjadi takut untuk bercakap kandatipun atas aspek yang hak dan dalam bidang kuasa mereka kerana bimbang akan diserang. Walhasilnya maka banyaklah Mufti yang memilik lidah syaitan di negara ini.

7. Pun begitu tuduhan atau tanggapan itu tidak menghairankan. Dalam politik matlamat menghalalkan cara ia boleh berlaku apa saja. Orang kudus pun boleh dilumurkan dengan persepsi dosa dan sebaliknya orang berdosa dan munafik boleh dilumurkan dengan persepsi baik dan mempunyai keramah dan maunah.

8. Tetapi pembiaran kecaman melampau oleh pemimpin tertentu Pas kepada Harussani dilihat sebagai satu perbuatan yang agak melampau.

9. Betapa tidak ada yang membuat andaian Harussani sebagai berbohong atau menjadi alat kepada sesuatu pihak. Anihnya orang berkata demikian kalau dibelek buku harian perjuangannya sebelum ini sangat jelas akan munafiknya. Beliaulah yang membuka parit perpaduan tetapi menutup balik apabila merasakan kedudukannya selesa.

10. Tidak dinafikan kalau ada Mufti berbohong termasuk Harussani. Tetapi saya yakin bohongnya kecil sedikit daripada pembohongan dan munafik orang politik yang sangat jelas dan lebih memualkan. Pembohongan orang berilmu tentulah ada batas-batas dan syaratnya dan tidak sampai termasuk ke dalam golongan melampau.

11. Persoalannya kenapa pemimpin Pas yang ada ilmu bertaraf ulama membiarkan perkara ini? Seolah-olah kecaman kepada Mufti ini direstuinya. Kalau pun Mursyidul Am, atau Presiden bersama Timbalan Presiden dan Naib-naib Presidennya tidak berani tegur kerana takut hilang undi dalam muktamar, tetapi Dewan Ulama patut memainkan peranannnya. Dewan Ulama harus tampil memberi penjelasan mengenai hal ini. Dewan Ulama yang merupakan dewan tertinggi yang menjadi penasihat harus menasihat keterlanjuran melampau ini. Ingatlah aspek dakwah dan terbiah dalam Pas itu perlu dihidupkan sepanjang masa dan ianya tidak harus ditenggelami oleh kerakusan nafsu politik.

12. Apabila ada pemimpin Pas mengecam ulama meskipun ulama semacam Harussani, tindakan itu tampak kontras dengan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam. Ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Pas. Logiknya yang mengecam Mufti dan ulama, Umno, sebalik tidak terjadi begitu. Dalam konteks Harussani ini Umno pula beriya membela Harussani.

13. Perlu disedari fenomena mengecam Mufti ini akan memberi kesan buruk kepada Pas sendiri dan juga institusi Islam lainnya. Kalau Mufti boleh dipermain dan diperolok-olokkan apalah institusi lain, ianya makin boleh dipermain-mainkan. Cuba bayangkan bagaimana orang bukan Islam memerhati keadaan ini. Mereka akan menyangka bahawa Islam sesama Islam juga bergomol. Jadi di manakah peranana Pas selaku pengawal dan penjaga hal ehwal Islam di negara ini?

14. Mengenai sangahan buruk kepada Harussani ini lebih malang lagi apabila ada orang Pas yang melarang orang Pas lain mendekati Mufti berkenaan walaupun atas hal peribadi. Pemimpin itu mencadangkan mana-mana orang mendekati Harussani orang itu hendak dipecat. Cadangan dan arahan ini mencerminkan betapa 'kohong' dan sesatnya pemikiran pemimpin berkenaan. Larangan dan tegahan itu meletakkan Harussani seolah-olah macam anjing dan babi binatang yang bernajis bagi umat Islam. Kenapa begitu sekali?

15. Larangan berkenaan sungguh kejam dan ia bertentangan dengan prinsip Islam dan hak asasi yang diperjuangkan oleh orang Pas itu sendiri. Kepada saya sebelum menyarankan orang lain dipecat seharusnya orang berkenaan berundur dari harakah Pas. Rasanya Pas tidak berminat dengan individu yang ekstrem dan merasakan hanya dia yang pandai dan bijak.

16. Saya tidak kisah kalau kecaman dan kebencian terhadap Harussani diluahkan oleh para bloger

17. Biarlah apa orang nak tuding kepada Harusaani namun kepada saya secara peribadi dia lebih afdal untuk ditemui daripada mereka yang menerima Islam, mendokong falsafah Islam tetapi masih belum melafazkan syahadat -
otak kemetot dan budak-budak hingusan dalam Pas. Itu munasabah sebab mereka muda dan jalaran akalnya pun tidak berapa jauh sangat. Kepala mereka berbuak-buak dengan emosi dan rasa taksub atas apa yang mereka percayai. Mereka tidak boleh disalahkan. Tetapi mereka yang sudah dewasa dan matang, yang janggutnya sudah sampai ke lutut dan melimpah ke pipi perlu memperbetulkan sikap dan fiil ini. Jangan sampai ia melarat sehingga orang akan melihat Pas membenci Islam bukannya menyanyangi Islam.Ashahadul Alaiilahaillah Muhamadur Rasulullah!


Oleh Mohd Sayuti Omar
 

Jumaat, Julai 23, 2010

Kemalangan itu 'mengajar' bahawa Allah sentiasa di sisi

Tulisan: nina mazrina (fuzzy4er@yahoo.com)

Suatu kisah ketika saya terlibat kemalangan jalan raya tempoh hari. Alhamdullilah, Allah masih sayangkan saya dan mengajar hidayah baru, buat manfaat semua.

Kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, kira-kira 8.30 pagi dalam perjalanan saya menuju ke pejabat. Hari baru dengan semangat yang baru, getus hati.

Waktu itu, saya memandu laju mengekori sebuah kereta Avanza putih yang menuju hampir ke persimpangan Setiawangsa, di mana lampu isyarat simpang sedang menyala kuning...lalu

Dengan tidak semena-mena Avanza itu, mengambil keputusan untuk berhenti!

Saya tergamam lantas menekan brek secepat mungkin sambil cuba membelok ke kanan untuk mengelak sipi. Namun takdir Allah sampai jua, apabila kereta saya bertembung bahagian belakang Avanza tersebut.

"Dummm!!!!"

Berdentum kereta saya. Bergegar tubuh dan kejang kaki tangan menahan stering dan brek. Kereta terbabas ke tepi, nyaris tidak 'dibalas' kereta dari belakang.
Ketika itu, mata saya mula berpinar dan sempat mengucap panjang serta beristighfar. Minit yang pertama, saya tersentak dan diam seketika. Pelbagai perkara menerpa dalam kepala tanpa dipaksa.

Masalah-masalah dunia timbul secara borong. Saya mula memikirkan perjalanan kehidupan anak-anak, isteri esok hari. Bagaimana ke sekolah, ke tempat kerja? Apa cara untuk kais wang ribuan ringgit akibat kemalangan ini? Bagaimana kerjaya saya dan terfikir juga, bagaimana kalau pemandu Avanza mengeluarkan beluti atau besi, paling tidak memaki saya, seperti kebiasaan bergaduh dan bertengkar selepas pelanggaran kereta yang berlaku, di mana-mana?

Minit kedua, saya melihat tubuh masih sempurna cukup sifat. Tiada secebis darah yang terbit di muka. Tuhan Maha kuasa, walau terasa seinci nyawa hampir 'terpisah' dari jasad pemandu, namun saya masih bernafas lagi.

Asap mulai merayap keluar dari sudut bucu kereta 'marhaen' saya. Habis kereta saya, remuk bahagian depan, bonet dan enjin. Gear tidak berfungsi. Lampu hancur manakala pintu sukar dibuka, namun saya berjaya meloloskan diri dengan payah untuk keluar, lantas bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dengan tenang saya berdoa dalam hati: "Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini..."

Saya lalu, terpa pemandu Avanza tersebut, dan syukur dia juga selamat tanpa sebarang luka. Sebelum dia sempat mengeluarkan butiran kata-katanya, saya terus meminta maaf berulang kali atas kejadian yang terjadi.

Saya terus mengaku bersalah. Biarpun dia berhenti ketika lampu isyarat kuning masih menyala dan keretanya tidak 'cedera' teruk, saya tetap wajar dipersalahkan.

Sambil menggeleng kepala, dia berbahasa inggeris satu persatu memperkenalkan dirinya kepada saya. Rupanya dia warga Korea dan tidak fasih berbahasa Inggeris.

"What to do now?" soalnya agak panik dan sangkut-sangkut kepada saya, sambil melihat kenderaan berjujut panjang kerana kesesakan yang baru saya 'cipta' sebentar tadi.

"Both of us have to make a police report, to settle this down..." jelas saya.

Dia setuju, lalu dengan rasa malu, saya memohon untuk menumpangnya, memandangkan kereta saya sangat 'parah' dan tidak boleh dipandu lagi. Selepas menyalakan lampu 'Hazard' di kereta, kami bersama-sama ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk membuat laporan.

Dalam perjalanan hampir sejam dicampur gelumang kesesakan lalu-lintas, maklumlah waktu puncak jam 9.00 pagi, saya sempat bersembang dan 'tekanan tinggi' yang kami hadapi sebentar tadi, kami 'tukarkan' menjadi satru perkenalan persahabatan yang baik.

"Maybe, you don't trust me, so would you like to call your friend or agent or anybody to inform your situation, so that, they can advise you whatsoever...," kata saya 'broken' English.

Di balai polis, kedua-dua membuat laporan, dan saya menjadi penterjemah tak bertauliah kepadanya. Sekali lagi, nilai-nilai kemanusiaan juga menyerlah apabila anggota polis di sana turut melayan kami dengan baik.

Seorang sarjan polis kehairanan, dengan tingkah laku saya yang prihatin terhadap pemandu Korea itu. Iyalah...saya rasa bersalah dan rasa patut membantunya sehingga selesai.

"Encik... selesaikan urusan encik dahulu. Tak perlu bimbang hal dia, dan biar dia serta syarikat insurannya uruskan.

"Maaf sarjan, dia orang Korea, dia tak berapa tahu prosedur dan kalau boleh saya nak tahu caranya," jawab saya.

"Tak pe, nanti saya jelaskan padanya dan minta dia hubungi agen dia. Encik tak perlu bimbang ya. Tapi saya nak minta maaflah, terpaksa keluar saman RM300.00 kerana kesalahan encik melanggar kereta dia," katanya membuatkan saya mula resah sedikit dan tunduk, sambil akui kesalahan saya.

Melihat raut wajah saya yang mulai kusut, sarjan itu tersenyum :" Sudahlah encik, yang berlaku dah berlaku...bertenanglah. Tak pe saman ini, saya bagi tempoh selepas Raya nanti ya," katanya membuatkan saya kembali lega.

Sarjan, itu cukup baik melayan kami berdua. Ya , dia polis, pun manusia yang punya hati dan perasaan juga. Kami lantas beredar setelah selesai semua urusan. Ketika warga 'Sonata Musim Salju' menghantar saya berhampiran pejabat, dia ucapkan terima kasih seraya berkata

"You are good person. Thank you,"

Allah, telah permudahkan urusan saya, maka benarlah janji Allah untuk menolong saya, ketika saya ditimba musibah. Dan antara hikmah yang upaya saya terokai, dengan pelanggaran saya ini, orang lain dapat menjalankan tugas dan tanggangjawab dengan baik. Dan antaranya merupakan 'rezeki' buat mereka.

Dari penarik kereta (tow truck), agen syarikat insuran, polis, bengkel kereta semuanya berperanan hari itu, malah mendapat rezeki yang ditentukan Allah, akibat kecuaian saya, seperti pemandu teksi yang menghantar saya ke tempat kerja hari ini, mendapat hasil RM12.00 dari poket saya.

Selain itu, Allah mahu menampakkan nilai-nilai baik yang ada pada manusia, yang mungkin belum pernah ditemui sebelum ini. Malah Allah, mengajar saya, bersangka baik dengan manusia dan melakukan yang terbaik sesama insan.

Itu semua janji Allah. Adakalanya ianya saling berkait antara satu sama lain. Selain itu, hikmah paling besar, ialah menghapus dosa lampau, dan mengajar saya bukan untuk berhati-hati tetapi 'lebih' berwaspada di atas jalan raya dan di mana-mana.

Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: "Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya."

Ujian bertali arus, bertubi-tubi

Setelah selesai semua, kereta ditarik ke bengkel berhampiran Kampung Baru untuk diperbaiki selama dua minggu. Sebaik pulang ke rumah, isteri memaklumkan pula anak sulung saya demam dan batuk-batuk.

Aduhai, betapa debarnya hati dan saya terus kuatkan semangat dengan ujian yang menimpa sambil terus tidak putus-putus berdoa.

Semua Allah 'aturkan' dengan baik. Dengan simpati pengasuh, saya dapat meminjam kereta, lalu membawa anak ke klinik pula. Di klinik, berpusu orang ramai cuba mendapatkan rawatan, semua bimbang wabak maut influenza A H1N1 ini. Syukur, anak saya disahkan demam biasa dengan simpton-simpton yang ada.

Berselirat juga fikiran saya pada mulanya untuk menangani semua. Rupanya, sehebat mana kita sekalipun, kita akhirnya kena bergantung sepenuhnya untuk Allah menjaga kita dan seisi keluarga setiap hari, ketika dan masa. Tak mampu saya nak buat semuanya. Udara yang merayap dan wabak yang merebak, hanya Allah sahajalah yang mampu membendung.

"Senjata orang mukmin itu, doa. Berdoalah, nescaya Allah kabulkan," itu kata-kata nasihat ahli agama.

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)

Rupanya setiap masalah kita kena selesaikan kes demi kes atau satu persatu dan bukan cuba menyelesaikannya secara borong. Dari masalah kewangan, kerjaya, kesihatan, keluarga dan apa saja, kita kena selesaikan secara tenang dan satu demi satu.

Itulah saya tidak tahu apakah, hikmah Allah menumpahkan ujian bertubi-tubi kepada saya. Yang pasti Allah tidak pernah zalim dan tidak buat perkara sia-sia atau untuk suka-suka.

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir setiap hari, saya akan memanjatkan doa yang lebih kurang bunyinya begini:

"....ya tuhanku, selamatkanlah kedua ibu bapa kandungku, isteri, anak-anakku, adik-adikku dan kaum keluargaku daripada pelanggaran kereta, kemalangan jalan raya atau apa saja bencana yang disebabkan oleh kecuaian manusia.......,"

Tetapi saya tetap menerima ujian cukup hebat ini. Bila saya fikir dan ingat balik, rupanya saya hanya berfikir kecuaian manusia, sedangkan kecuaian diri sendiri saya tidak minta Allah hindarkan dan sepatutnya saya berdoa....

"Ya, Allah selamatkanlah kaum keluargaku daripada kecuaian dan kelemahan disebabkan oleh aku....."

Saya ceritakan hal doa kepada bonda, yang mengalirkan air mata melihat keadaan saya, yang bertali-arus ditimpa pebagai ujian.

"Azamin doa setiap hari mak, tapi jadi juga, kenapa ya?

"Sebenarnya, takdir itu telah Allah janji pasti terjadi... namun doa itu, menyebabkan kita tidak cedera parah, kereta tidak teruk sangat, dan kedua-duanya tidak melayang nyawa.

"Dan doa kita tidak boleh putus, terhenti akibat kejadian ini, dan kita disuruh berdoa lagi supaya, ianya tidak berulang lagi atau kalau takdir terjadi tidak teruk lagi," jelas ibu sambil teresak-esak bersyukur anaknya selamat.

"Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Surah ad-Dhuha ayat 1- 5

Sebenarnya, kemalangan yang hampir meragutkan nyawa ini, bukanlah pertama kali bahkan telah melintasi saya sudah tujuh kali sehingga menjadi trauma kepada saya, namun tidak berhasrat menceritakan semua, bimbang perasaan riak dan takbur tiba-tiba menerpa. Cuma yang pasti, kuasa semua di tangan Tuhan.

Jip terbalik seiring laungan Takbir!

Ketika itu, saya berkerja buruh bersama rakan Muhammad Fadhil, memunggah anak-anak benih getah di kaki bukit di suatu lokasi di Sungai Buloh dan dengan kerjasama RISDA, kami perlu menanam lebih 3,000 anak-anak pokok getah. Memunggah ke kaki bukit kerja kami dan menanamnya pula kami upah Orang Asli.

Kami lakukan kerja memunggah dari bawah ke kaki bukit pada sebelah pagi. Kami menaiki jip 1 tan, boleh muatkan 3 orang. Sekali naik boleh letak 200 benih pokok getah di bahagian belakang.

Saya melakukan kerja itu, sebulan lebih, sehingga kulit saya hitam, bertukar warna, kerana terik dibakar mentari. Ketika balik kampung, ibu saya, bercucuran menangis melihat keadaan saya yang kurus, hitam dan botak seolah-olah baru keluar dari penjara ataupun baru melakukan kerja teramat teruk.

Memang kerja teruk, memunggah anak-anak pokok getah setiap hari. Itu belum campur, gerun kalau-kalau harimau menjelma di balik belukar.

Suatu pagi yang bening, ketika jip 'mendaki' bukit, tiba-tiba di pertengahan jalan, enjin jip terhenti serta-merta. Tiba-tiba 'brek' dan 'hand brek' 'tak makan' dan tak berfungsi.

Apa lagi, mengelungsurlah jip kami ke belakang dengan lajunya menuju curam di bawah. Saya dengan panik bertempik dan jerit:

"Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!

Sekuat hati kami laungkan kalimah besar Tuhan itu, dan entah macamana, jip kami terbalik sebanyak dua kali dan tersadai di tengah-tengah bukit serta-merta, tidak jatuh ke curam yang dalam.

Saya dan rakan ketika itu berada dalam keadaan terbalik, kepala di tanah mendongak ke langit dan kakit terapung ke atas. Dengan saki-baki kekuatan yang ada, saya dan rakan cepat-cepat keluar daripada jip, khuatir ia jatuh ke curam.

Saya dan rakan dalam keadan mabuk-mabuk angin. Dan saya tidak dapat menahan lagi, lalu muntah.....

Kemudian secepat mungkin kami pergi ke gigi sungai berhampiran, membasuh muka, sambil meneguk air menghilangkan rasa loya dan pening. Sekembalinya ke tempat kejadian, kami lihat 'sekampung' Orang Asli telah mengerumuni jip tersebut sambil memandang kami dengan mata yang buntang.

Terus bercerita tentang Kuasa-Nya...

Kata Tok Batin, dia sudah mengarahkan orang-orangnya mencari saya dan rakan kalau-kalau jumpa di celah curam.

"Kami cari mayat tak jumpa, rupanya kamu masih hidup," katanya sekaligus membuatkan berjurai air mata saya, mengenangkan nyawa saya diselamatkan Allah jua.

Begitu juga, ketika masih kecil sekitar 1980 ketika usia 6 tahun, saya dan seisi keluarga terlibat dengan kemalangan jalan raya apabila sebuah kereta Nissan melanggar kereta kami, Toyota berwarna merah. Hari itu, minggu Tahun Baru Cina.

Nissan itu terbabas di dalam parit besar betul-betul berhadapan Balai Polis Bagan Serai, Perak manakala kereta kami kemek dan remuk teruk dihentam kereta itu, dan di seret ke tiang elektrik berhampiran.

Mujurlah, walaupun dalam keadaan bahagian hadapan dan belakang kereta kami hancur dan terpaksa guna khidmat polis dan bantuan orang ramai untuk mengeluarkan kami, namun kami tidak cedera. Maha kuasa tuhan yang menciptakan manusia.

Tahu saya di mana ketika itu? Saya terperusuk di bawah kerusi belakang, ketika sedang nyenyak tidur. Maha suci Allah menyelamatkan saya untuk terus bercerita...tentang kekuasaan-Nya sehingga kini. Amin.






katahikmah_004.jpg




Ahad, Julai 18, 2010

Membina rumah cara Islam



Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.


Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.


Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.


Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:





1. Jiran Tetangga yang Baik 

Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik.
Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah,kaki gaduh, atau kaki gossip,jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri,suka buat hal sendiri.Bila ada kematian baru nak cari orang.

Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah.Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu.Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya). 

2. Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit). 


Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)

Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam "Istana" mereka masing masing.

Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar
Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.


3. Jangan membina Rumah Megah 


Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.

Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu" [Al Quran At Takaatsur:1]

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: "Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya" [HR Muslim] 

Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari) 

Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin. 

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: 
"Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat." [Hadis Riwayat Muslim] 

4. Buatlah Rumah yang Baik

Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung." [Al Maa-idah:100] 

Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab.Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih.Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.

5. Rumah juga perlu teguh dan kuat. 


Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.

Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.

6. Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan. 

Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah. 
Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan. 

"Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi) 

7. Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)

Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.

Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub." (Hadis Riwayat Muslim).

Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.

Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.

Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.

Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal.Ambil contoh.Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk? Begitu juga dengan tandas atau jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!

Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .

Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.

8. Rumah Harus Bersih 

Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan. 

"Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi." (Hadis Riwayat Tirmidzi) 

Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah.

9. Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah 

Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari] 

10. Jangan Memelihara Anjing

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940) 

11. Peliharalah Anak Yatim

Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik. 

"Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah) 

12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk 

Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut. 

Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: "Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]

Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.

Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena. 

13. Apabila rumah siap di bina

Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia

Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.



Semoga bermanfaat ... Wallahu 'alam.




Rujukan: http://www.bloggerskafe.com/storeb.php?foodandflower+Tips-Membina-Rumah-Islamik+215



Khamis, Julai 15, 2010

Apa kata Peninju Terkenal Mike Tyson

Ini lah wajah Mike Tyson




sau_tyson



Mike Tyson bekas juara tinju heavyweight dunia 1986 -1990 telah di penjara 10 tahun kerana di dakwa memperkosa Ratu Cantik Amerika 1991.Tetapi di kurniakan hidayah dan taufiq oleh Allah lalu memeluk agama Islam ketika dalam penjara.

NAMA NYA -  ALI

Posted by Picasa

Syaaban bulan persiapan untuk hadapi Ramadan


Setiap bulan Islam mempunyai kelebihan seperti Syaaban yang penuh keberkatan dan kebaikan. Syaaban datang selepas Rejab sering dikaitkan sebagai bulan persediaan sementara menanti ketibaan Ramadan.

Umat Islam sentiasa menantikan ketibaan ketiga-tiga bulan yang mempunyai keistimewaan terutama hamba Allah yang sentiasa berusaha mencari keredaan Tuhannya dengan melakukan amal salih.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadan bulan umatku." (Hadis riwayat Anas bin Malik)

Keghairahan umat Islam melaksanakan ibadat puasa sama ada sunat atau ganti pada Syaaban sering dikaitkan dengan kisah Nabi Muhammad SAW yang berpuasa pada Syaaban.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah: "Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan pada Syaaban (selain bulan Ramadan); sesungguhnya Baginda SAW berpuasa sebulan penuh." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semakin hampir dengan Ramadan, semakin besar ujian dihadapi kerana bagi yang menyedari nikmat melaksanakan puasa sunat, kehadiran Syaaban dimanfaatkan sebagai bulan mempersiapkan diri untuk berpuasa selama sebulan.

Namun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjadikan Syaaban bulan berpesta makanan kerana memikirkan saat lapar dan dahaga yang bakal ditempuh sepanjang Ramadan apabila semua umat Islam diwajibkan menunaikan rukun Islam ketiga.
Usman Zaid menceritakan: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada bulan lain seperti pada bulan (Syaaban) ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara Rejab dan Ramadan. Baginda menjawab: Ini adalah bulan segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya amat suka kiranya amalan diangkat ketika berpuasa." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

Untuk mendapatkan keredaan Allah, sewajarnya kita memperbanyakkan amalan seperti puasa bersedekah dan melakukan kebajikan digalakkan pada Syaaban supaya amal ibadat diterima Allah.

Walaupun umat Islam perlu meningkatkan keimanan kepada Allah setiap saat denyut nadinya, namun tidak dapat dielakkan, sebagai manusia yang lemah, sentiasa memerlukan suntikan semangat terutama dalam melakukan kebaikan.

Apabila ada panduan yang menaikkan semangat seperti amalan puasa Rasulullah SAW pada Rejab dan Syaaban, contoh murni itu menarik perhatian dengan niat mencari kesempurnaan iman.

Saidatina Aisyah turut menceritakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb." (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Selain amalan puasa, umat Islam digalak memperbanyakkan amalan malam seperti solat sunat kerana diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz memberitahu wakilnya di Basrah: "Hendaklah kamu perhatikan empat malam dalam satu tahun kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat-Nya seluas-luasnya iaitu malam pertama Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan Aidiladha."

Selain amalan untuk diri sendiri, umat Islam sentiasa diingatkan memohon keampunan serta rahmat bagi ahli keluarga, saudara atau sahabat handai yang sudah meninggal dunia kerana kebaikan itu juga menyedarkan kita hakikat hidup di dunia hanya sementara.

Justeru, sementara ada masa dianugerahkan Allah, gunakan sebaiknya dan sentiasa mencari peluang mendalami ilmu agama supaya tidak ketinggalan mencapai rahmat Allah yang ada kalanya datang sekali saja.


Oleh Dr Aminudin Mansor



Isnin, Julai 05, 2010

Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Menunaikan Haji Sunat atau Umrah Sunat.


Alhamdulillah kerana hari ini Allah telah mengurniakan kemewahan kepada Umat  Islam di Malaysia .Dengan kemewahan ini kita lihat ramai yang mengambil kesempatan berbelanja  mengerjakan Haji dan Umrah sunat.Samada mengerjakan Haji dan Umrah sunat ini ini satu kesedaran atau hanya satu "trend", Wallahu'alam.

Berbeza dari zaman datuk nenek kita dulu.Zaman itu tidak mewah.Ada yang terpaksa bergolok bergadai harta benda untuk menunaikan kewajiban Haji dan Umrah.Untuk mengerja Haji dan Umrah sunat jauh sekali.

Kini zaman sudah berubah.Kemewahan melimpah ruah di bumi Malaysia.Ramai yang punyai wang untuk menunaikan Haji.Tidak kurang yang hendak menunaikan Umrah.Wanita tidak mahu ketinggalan.

Persoalannya, apakah hukumnya seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram pergi ke Mekah untuk mengerjakan Haji dan Umrah, samada yang wajib mahu pun yang sunat? 


Jawatankuasa  Fatwa Negeri Johor telah memberi jawapan saperti berikut:
Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan menunaikan haji sunat atau umrah sunat tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-
1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.
2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.
3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).
4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.
5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah (boleh dipercayai) dan solihat.
6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.
7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.
8. Tujuannya semata-mata kerana ibadat kepada Allah ( taqarrob ) melalui ibadat ini, bukan untuk bermegah-megah, ijab, riak, takbur atau tujuan-tujuan yang lain.
9. Perjalanannya ke haji sunat atau pun umrah sunat ini bukan sebagai "budaya tahunan" tetapi untuk keperluan dan jangka masa tertentu ( setelah beberapa tahun yang panjang ) dan bukan bertujuan melancong semata-mata.
10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ibadah ini pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluan hidup selepas menunaikan ibadah haji sunat atau umrah sunat.
11. Kesihatannya baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya dalam perjalanan hingga balik ke tanah air.
12. Datang daripada hasrat dan kemahuan yang amat kuat dari diri sendiri ( bukan disebabkan oleh ajakan orang lain ).
13. Waniat yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).
14. Mendapat kebenaran dari Uli-Amr.
15. Perjalanan itu semata-mata ke tempat yang ada hubungan dengan ibadah tersebut kecuali perkara-perkara yang tidak dapat dielakan.
16. Telah mendapat kebenaran dari pihak bertanggungjawab kedua-dua Negara (Malaysia dan Arab Saudi).
17. Digalakkan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada mahram/ suami.

Rujukan: 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 





Jumaat, Julai 02, 2010

Orang mati boleh hidup semula

Kita sering mendengar di kalangan masyarakat Melayu Nusantara cerita orang mati hidup  semula.Cerita orang yang jelas sudah mati, di saksikan oleh ramai orang,di mandikan,di kafankan, di solatkan dan di kebumikan di katakan hidup semula dan kembali kerumah menemui dan berbual bual dengan keluarga.Bahkan ada yang mendakwa simati ini hidup semula dan menjalani hidup saperti sedia kala.




Ada pula yang berpendapat perkara ini mustahil boleh berlaku.Dengan alasan mana mungkin orang yang sudah mati, jasadnya sudah tidak berfungsi lagi,di tanam, dan roh nya sudah di bawa oleh Allah ke alam barzakh boleh kembali ke dunia.


Bagi pengamal perubatan moden, orang yang dikatakan sudah mati tiba tiba bangkit sebelum di kebumikan memang boleh berlaku.Pada pendapat mereka ini terjadi kerana ada kematian yang di istilahkan sebagai "mati klinikal" atau "clinical death" .Bagi para doktor mati saperti ini belum di kira  mati walaupun seseorang itu tidak bernafas.




Cerita orang mati kembali semula kerumah memang biasa kedengaran.Banyak cerita kita dengar, terutama yang berlaku di sebelah Nusantara.Biasanya orang mati ini di anggap luar biasa dan keramat hingga kuburnya di puja.


Cerita orang mati kembali semula kerumah biasanya kita dengar berlaku keatas pengamal ilmu kebatinan saperti di antaranya bomoh,dukun, pengamal sesetengah silat batin, pengamal susuk,pengamal ilmu hitam,pengamal saka dan lain lain dan bukan keatas manusia biasa.



Seorang ulama yang terkenal di Malaysia dan arif mengenai hal hal kebatinan ia itu Al Fadhil Ustaz Dr Haron Din berkata sebenarnya orang yang melihat seseorang yang kembali setelah matinya bukan lah si mati sebenarnya.Besar kemungkinan dia adalah makhlus halus yang di sebut dalam Al Quran yang bernama Qareen atau Quranah iaitu sejenis jin yang menjadi sahabat baik kepada manusia ketika hidupnya.


"Dan kami tetapkan bagi mereka teman-teman (Qareen) yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan (hukuman) asal, pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia bahawa sesungguhnya mereka adalah golongan yang rugi."
(Al Quran Surah Fussilat, ayat 25 ).

 Dr Haron Din menegaskan lagi, Qareen berbeza istilahnya daripada ifrit, jin, syaitan dan sebagainya, kerana Qareen ini dirujuk sebagai makhluk halus yang berdampingan dengan manusia sehingga menjadi kawan rapat yang boleh bantu membantu.


Malah Allah memberi penjelasan bahawa manusia berlindung dengan jin seperti disebut dalam Surah Jin ayat 6 (mafhumnya),"Dan bahawa sesungguhnya ada kalangan laki-laki manusia, berlindung dengan laki-laki daripada jin, maka bertambah-tambahlah kejahatan syaitan ke atas manusia."

Ayat ini merujuk kepada persahabatan yang begitu rapat antara manusia dengan jin, sehingga menganggap jin ada kuasa, ada kebolehan untuk melindungi manusia, mereka berlindung dengan jin, mereka tidak berlindung dengan Allah.

Ini adalah Qareen, sehingga sesudah mati manusia itu pun, jin ini boleh menyerupai seperti mereka untuk menyesatkan manusia dan merosakkan aqidah manusia.

Wallahu a'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...