Ada pula yang berpendapat perkara ini mustahil boleh berlaku.Dengan alasan mana mungkin orang yang sudah mati, jasadnya sudah tidak berfungsi lagi,di tanam, dan roh nya sudah di bawa oleh Allah ke alam barzakh boleh kembali ke dunia.
Bagi pengamal perubatan moden, orang yang dikatakan sudah mati tiba tiba bangkit sebelum di kebumikan memang boleh berlaku.Pada pendapat mereka ini terjadi kerana ada kematian yang di istilahkan sebagai "mati klinikal" atau "clinical death" .Bagi para doktor mati saperti ini belum di kira mati walaupun seseorang itu tidak bernafas.
Cerita orang mati kembali semula kerumah memang biasa kedengaran.Banyak cerita kita dengar, terutama yang berlaku di sebelah Nusantara.Biasanya orang mati ini di anggap luar biasa dan keramat hingga kuburnya di puja.
Cerita orang mati kembali semula kerumah biasanya kita dengar berlaku keatas pengamal ilmu kebatinan saperti di antaranya bomoh,dukun, pengamal sesetengah silat batin, pengamal susuk,pengamal ilmu hitam,pengamal saka dan lain lain dan bukan keatas manusia biasa.
Seorang ulama yang terkenal di Malaysia dan arif mengenai hal hal kebatinan ia itu Al Fadhil Ustaz Dr Haron Din berkata sebenarnya orang yang melihat seseorang yang kembali setelah matinya bukan lah si mati sebenarnya.Besar kemungkinan dia adalah makhlus halus yang di sebut dalam Al Quran yang bernama Qareen atau Quranah iaitu sejenis jin yang menjadi sahabat baik kepada manusia ketika hidupnya.
"Dan kami tetapkan bagi mereka teman-teman (Qareen) yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan (hukuman) asal, pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia bahawa sesungguhnya mereka adalah golongan yang rugi."
(Al Quran Surah Fussilat, ayat 25 ).
Dr Haron Din menegaskan lagi, Qareen berbeza istilahnya daripada ifrit, jin, syaitan dan sebagainya, kerana Qareen ini dirujuk sebagai makhluk halus yang berdampingan dengan manusia sehingga menjadi kawan rapat yang boleh bantu membantu.
Malah Allah memberi penjelasan bahawa manusia berlindung dengan jin seperti disebut dalam Surah Jin ayat 6 (mafhumnya),"Dan bahawa sesungguhnya ada kalangan laki-laki manusia, berlindung dengan laki-laki daripada jin, maka bertambah-tambahlah kejahatan syaitan ke atas manusia."
Ayat ini merujuk kepada persahabatan yang begitu rapat antara manusia dengan jin, sehingga menganggap jin ada kuasa, ada kebolehan untuk melindungi manusia, mereka berlindung dengan jin, mereka tidak berlindung dengan Allah.
Ini adalah Qareen, sehingga sesudah mati manusia itu pun, jin ini boleh menyerupai seperti mereka untuk menyesatkan manusia dan merosakkan aqidah manusia.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan