Alhamdulillah kerana hari ini Allah telah mengurniakan kemewahan kepada Umat Islam di Malaysia .Dengan kemewahan ini kita lihat ramai yang mengambil kesempatan berbelanja mengerjakan Haji dan Umrah sunat.Samada mengerjakan Haji dan Umrah sunat ini ini satu kesedaran atau hanya satu "trend", Wallahu'alam.
Berbeza dari zaman datuk nenek kita dulu.Zaman itu tidak mewah.Ada yang terpaksa bergolok bergadai harta benda untuk menunaikan kewajiban Haji dan Umrah.Untuk mengerja Haji dan Umrah sunat jauh sekali.
Kini zaman sudah berubah.Kemewahan melimpah ruah di bumi Malaysia.Ramai yang punyai wang untuk menunaikan Haji.Tidak kurang yang hendak menunaikan Umrah.Wanita tidak mahu ketinggalan.
Persoalannya, apakah hukumnya seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram pergi ke Mekah untuk mengerjakan Haji dan Umrah, samada yang wajib mahu pun yang sunat?
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah memberi jawapan saperti berikut:
Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan menunaikan haji sunat atau umrah sunat tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-
1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.
2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.
3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).
4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.
5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah (boleh dipercayai) dan solihat.
6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.
7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.
8. Tujuannya semata-mata kerana ibadat kepada Allah ( taqarrob ) melalui ibadat ini, bukan untuk bermegah-megah, ijab, riak, takbur atau tujuan-tujuan yang lain.
9. Perjalanannya ke haji sunat atau pun umrah sunat ini bukan sebagai "budaya tahunan" tetapi untuk keperluan dan jangka masa tertentu ( setelah beberapa tahun yang panjang ) dan bukan bertujuan melancong semata-mata.
10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ibadah ini pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluan hidup selepas menunaikan ibadah haji sunat atau umrah sunat.
11. Kesihatannya baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya dalam perjalanan hingga balik ke tanah air.
12. Datang daripada hasrat dan kemahuan yang amat kuat dari diri sendiri ( bukan disebabkan oleh ajakan orang lain ).
13. Waniat yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).
14. Mendapat kebenaran dari Uli-Amr.
15. Perjalanan itu semata-mata ke tempat yang ada hubungan dengan ibadah tersebut kecuali perkara-perkara yang tidak dapat dielakan.
16. Telah mendapat kebenaran dari pihak bertanggungjawab kedua-dua Negara (Malaysia dan Arab Saudi).
17. Digalakkan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada mahram/ suami.
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan