Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Khamis, September 30, 2010

Ulama mesti berani menegur pemimpin pemimpin politik yang jahat.

"Keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.Hanya ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik".




(Sumber)

2 ulasan:

Satrio Yudo Pamungkas berkata...

Sepakat bang,

Kita lihat kerosakan yang ada dikalangan kaum muslimin hari ini karena ulama sudah tidak punya maruah dihadapa para penguasa, terlebih lagi penguasa yang zalim.
Juga karena kesalahan para ulama yang memisahkan diri dari kekuasaan.
padahal rasul adalah penguasa dan juga "Ulama", mereka telah menjadi ulama sekuler, yang lebih takut mati ditangan penguasalebih besar dibanding takutnya pada azab Allah.

Mudah - mudahan tulisan abang menyadarkan ulama - ulama semuanya.

Kholid Ali berkata...

Sepatutnya begitulah !! Ada ulamak yang berani tapi tidak mahu mereka bersekongkol dengan pemerintah !! Memang ada yang berani tapi suara mereka tidak akan kedengaran melalui media massa !! Pemerintah akan kawal setiap gerak geri mereka !! Yang selalu muka keluar TV keluar akhbar ialah mereka yang hanya akan berkata "syukur negara kita aman dan ditadbir dengan baik" !! Ungkapan ini pernah keluar dari mulut seorang Mufti sebuah negeri yang saya dengar dengan telinga saya sendiri disiar melalui TV !! Jika inilah ukuran seorang ulamak bahawa negara sudah cukup aman dan ditadbir dengan baik maka baginya apa perlunya kerajaan ditentang !! Cakap-cakap seperti ini tidak ubah seperti puak Quraish yang memusuhi Nabi kerana bagi mereka Nabi adalah punca masyarakat Quraish berpecah belah !! Bagi mereka kalau Nabi tak perjuangkan Islam masyarakat mereka pastinya aman !! Namun untuk menghancurkan segala kesyirikan kaumnya Nabi tetap menyeru mereka kepada hanya menyembah Allah swt walau pun berdepan dengan peperangan demi peperangan !! Sedangkan hari ini Mufti pun sudah tidak kisah lagi dengan syirik asalkan negara aman dan mereka dibayar gaji setiap bulan !!

Pernah saya berbual dengan seorang ulamak (bekas Mufti) dan dia menceritakan bahawa dia telah berkali-kali ditemubual wartawan beberapa akhbar perdana tapi katanya apa yang diperkatakannya tidak pernah keluar dalam akhbar yang diwakili wartawan berkenaan. Saya tahu dia seorang yang tegas cuma mungkin tidak setegas Allahyarham Ishak Baharom. Ulamak/Mufti yang akan diberi ruang dalam akhbar atau TV hanyalah mereka yang apabila berbicara tentang jenayah mereka akan sebut contoh-contoh jenayah yang berlaku di kalangan ikan bilis. Jenayah yang dilakukan ikan jerung tidak berani mereka sentoh !!

Jika sukar nak sebut penyelewengan yang berlaku cukuplah sekadar menyebut sesiapa saja yang memikul amanah tak kiralah dia pegawai rendah atau pegawai tinggi mau pun dia seorang Menteri hatta Perdana Menteri maka hendaklah dia beramanah dan adil. Yang lebih penting ialah amanah Allah mestilah diutamakan dan sunah Nabi SAW hendaklah didahulukan !! Mengapa takut sangat nak menyedarkan Menteri dan Perdana Menteri yang mereka memikul amanah Allah ?? Mufti perlulah berani menegor ! Kalau Mufti pun lebih takut kepada Menteri /Perdana Menteri dari takut kepada Allah swt baiklah balik ngajar kat kampong atau balik tanam jagong !! Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...