Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Oktober 05, 2010

Golongan yang berjuang secara jahil

Apabila kita sebut perjuangan dalam Islam ertinya ada wadah iaitu sebuah jemaah yang ada pemimpin yang di taati, ada pengikut yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah yang di mana ianya di tegakkkan terlebih dahulu dalam jemaahnya sebagai model.


Erti kata, Islam tidak boleh di juangkan secara individu tanpa ada jemaah, pemimpin dan pengikut serta tidak boleh berjuang tanpa buat kerja atau aktiviti.Islam itu adalah politik cara hidup dalam semua bidang bernegara,berekonomi,bermasyarakat,berpendidikan,berkebudayaan, berundang undang, dan sebagainya.

Orang yang memperjuangkan Islam sentiasa sibuk.Mereka yang berjuang melalui Dakwah terlalu sibuk dengan dakwahnya, mereka yang berjuang melalui politik pun begitu juga.Saintis Islam pun berjuang dalam bidangnya dan memang mereka pun terlalu sibuk.Nelayan,guru, buruh,doktor, jurutera,suri rumah dan yang lain lain nya semua di kira berjuang jika perjalanannya betul kerana Allah.

Adalah satu kesilapan besar jika kita anggap perjuangan Islam hanya ada satu saluran iaitu melalui politik pilihanraya sahaja.

Pejuang Islam bolih kita kategori kepada beberapa golongan saperti berikut:

1. Golongan yang hidup matinya kerana Islam.Mereka faham dengan sebenarnya apa yang di perjuangkan.Bersungguh mengamalkannya didalam diri dan keluarga mereka.Memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul.Mereka bersedia menghadapi sebarng risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang di harap harapkan.Syahid adalah cita cita mereka.Golongan ini amat sedikit bilangannya di zaman ini.Darjat mereka amat tinggi di sisi Allah.


2. Golongan ini lebih kurang sama saperti golongan pertama tadi.Cuma mereka lemah mujahadah melawan nafsu.Di dalam kegigihan berjuang maksiat buat juga.Sedangkan Allah berjanji kemenangan dalam perjuangkan hanya di berikan kepada mereka yang paling taqwa.Sebab itu ada pejuang pejuang yang sudah berpuluh puluh tahun berjuang tetapi Allah masih belum beri dia kemenangan.Golongan ini terserahlah kepada Allah.Dia mengampunkan sesiapa yang dia kehendaki.


3. Golongan ke 3 ini adalah golongan yang berjuang secara jahil.Mereka berjuang semata mata kerana fanatik dan semangat semangat.Ilmu tentang hukum Islam pun tidak ada.Ada juga Fardhu Ain pun tak lepas.Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalimi manusia.Mengumpat, mengata, mengutuk,memfitnah, dan mengaibkan manusia adalah mainan mereka.Mereka ini walaupun gigih berjuang namun Allah tidak akan terima perjuangkan mereka.


4. Ini adalah golongan yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam.Mereka berjuang kerana hendak merebut pangkat atau sakit hati dengan lawan atau musuh musuhnya.Berjuang kerana megah terhadap bangsanya (nasionalisma), negara atau kerana ideologi anutan mereka.Islam itu hanya di selit selit di mana ada kepentingan untuknya.Golongan ini memang tertolak.Mereka ini zalim,fasik atau bolih jatuh kafir.


5. Ini golongan yang ingin berjuang tapi masih belum mula kerana wadah wadah perjuangan yang wujud di negara nya atau harakah perjuangan yang ada tidak menyakinkan.Kerana mereka tahu diri mereka tidak kemampuan dan kelayakkan mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunnggu perjuangan yang sebenar.Mereka lebih banyak menyendiri.Golongan ini memang elok menyendiri.


6. Golongan yang menghabiskan masa hanya beribadah dan membaiki diri sedangkan kemampuan untuk berjuang ada.Walaupun ada harakah perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka tidak mahu melibatkan diri untuk berjuang bersama.Mereka tidak mahu bersusah payah atau menanggung risiko.Golongan ini amat di murkai Allah.


7. Golongan ini tidak memperdulikan lansung tentang Islam.Mereka ini Islam keturunan.Ibadah untuk dirinya sahaja, tidak mahu berjuang,malah mereka tidak mahu fikir mengenainya dan hanya mahu hidup semata mata.Kerja, makan,minum,hiburan dan seks.Golongan ini di sangsi ke Islaman nya.


Wallahu 'alam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam ,
Kalau geng jemaah Tabligh tu..kita nak letakkan kat katogeri mana ye...? Sebab kawan musykil sikit kat jemaah ni.....tolong perjelaskan ya..

Tanpa Nama berkata...

Masing-masing anggap diri berjuang, BETULLAH DARI SEGI BAHASA. Tapi rujuk balik ciri perjuangan dari segi matlamat, cara, aspek perjuangan, kadar syumuliyah landasan perjuangan, siapa rakan seperjuangan, siapa jadi ketua (aspek paling pentingni), apa panduan, apa manhaj dia, siapa tempat rujuk?, apa kesudahan kerja yang hendak dicapai, adakah tribulasi yang akan dihadapi menepati ciri sunnah perjuangan yang benar dan syumul atau tidak, siapa sasaran mad`u, kita bekerja dalam kontek apa dan adakan ia dalam kerangka jamaah yang ada peranan masing-masing menuju kepada satu matlamat yang jelas ... apa dia? RASA-RASANYA macam mencapai matlamat sebuah daulah Islamiahje atau KHILAFAH ISLAMIAHKE atau INAMA AL-HUKMU ILLA LILLAH KE ATAU inna al-izzata LILLAH....

Tanpa Nama berkata...

Masing-masing anggap diri berjuang, BETULLAH DARI SEGI BAHASA. Tapi rujuk balik ciri perjuangan dari segi matlamat, cara, aspek perjuangan, kadar syumuliyah landasan perjuangan, siapa rakan seperjuangan, siapa jadi ketua (aspek paling pentingni), apa panduan, apa manhaj dia, siapa tempat rujuk?, apa kesudahan kerja yang hendak dicapai, adakah tribulasi yang akan dihadapi menepati ciri sunnah perjuangan yang benar dan syumul atau tidak, siapa sasaran mad`u, kita bekerja dalam kontek apa dan adakan ia dalam kerangka jamaah yang ada peranan masing-masing menuju kepada satu matlamat yang jelas ... apa dia? RASA-RASANYA macam mencapai matlamat sebuah daulah Islamiahje atau KHILAFAH ISLAMIAHKE atau INAMA AL-HUKMU ILLA LILLAH KE ATAU inna al-izzata LILLAH....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...